CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39373|Reply: 426

[Tempatan] Penerbangan AirAsia tiada tolak ansur?

[Copy link]
Post time 21-2-2014 08:22 PM | Show all posts |Read mode
"Tiada tolak ansur" Penerbangan Air Asia Bakal Jadi Pilihan Terakhir Mahasiswa!

Kuala Lumpur, tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.



Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.

Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.

Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.

Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.

"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.

Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.

"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.

Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.

Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.

Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.

Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.




*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*

Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!


Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANAYAI tak wajar berlaku!


Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.


Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.


Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sbb ini akan menganggu schedule penerbangan”. Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!


Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.


Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!


Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.


Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU!
SENANG JE KAN!!


Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!


Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!
Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..


HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!


Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teranayai dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!


So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!
Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.


Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!!
#BYE #HateAirAsia
p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly

*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 08:25 PM | Show all posts
Dia tak bagitau pukul berapa dia sampai ke LCCT. Sepatutnya kalau international flight, paling lambat 3 jam sblm departure kena ada kat airport dah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:28 PM | Show all posts
kalau pessenger lambat.... kena denda... kalau flight delay, tak apa....

lantak ko la tony
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:29 PM | Show all posts
Muntz posted on 21-2-2014 08:25 PM
Dia tak bagitau pukul berapa dia sampai ke LCCT. Sepatutnya kalau international flight, paling lamba ...

3jam menda...kaunter pun belum bukak la dol...

baik tidor semalam je kat airport..



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:32 PM | Show all posts
Nak dapat flight murah terpaksalah hadap semua ni.... nasib baik lcct ni kecik saa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:32 PM | Show all posts
tu dia.....Samadol dah mai dahhhh

lantak ko ler dollllll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2014 08:36 PM | Show all posts
tambang mirah air asia selalunye ade plus plus plus ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 08:36 PM | Show all posts
so apa lagi boikot lah!!! dah miskin tu buatla cara miskin. naik flight murah kenala bersedia dari awal.

bagus juga korang tak mau naik air asia.. kurang sikit penumpang2 pprt.

tapi.. benda ni tak mungkin berlaku. boikot ker, tak mau naik la konon air asia lagi, korang tetap juga naik air asia kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 08:39 PM | Show all posts
Iya ke seminit, kalau kat indon check in  kurang dari sejam masih boleh je.

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:01 PM | Show all posts
asal eh..

lepas ada citer tak sedap pasal MAS,
mesti lepas tu keluar citer tak sedap pasal Air Asia pula.

Cam kebetulan jer kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:32 PM | Show all posts
pprt yg jarang naik flight mmg mcm ni..
lain la kalo ko0 dh online check in and without lugagge ..boleh la nak berlanggang bagai...

ni dah la international flight, ada lugagge lagi, kena la set awal2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:35 PM | Show all posts
seperti kata kak senah, selayaknya lah
flight delay ke, passanger ttp kena on time
biar flight delay dr dilanda insiden yg x diingini
utk bdak2 hingusan tersebut sila belajar tepati masa
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu contoh kegagalan untuk mendisiplinkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Flight delay sbb syarikat penerbangan yg sengaja nak delay ke?
check balik baik2....siapa yg berkuasa penuh utk jadual berlepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:41 PM | Show all posts
Haha low fare kena la service low class oops i meant low cost service.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:47 PM | Show all posts
flight murah bertabah la dik ....... memang staff die pun kureng ... x cukup gaji ker aper .... MAS airline gak baik layan Iols, bagi cokelat lebih sume ......... I lap U ... abng and kakak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
inilah akibatnya bila kita lantik keling jadi ketua...gila kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:50 PM | Show all posts
*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)
ini sebab mamat staf airasia tahu....silakan menayangkan kebodohan anda di serata media.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Diri sendiri lewat banyak bunyi pula. Akak pun pernah pintu pesawat katup tatkala akak sampai kat gate naiki pesawat MAS.
Hadap sahaja lah udah memang kita yang lewat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat penerbangan rasis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.332153 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list