CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4306|Reply: 70

[Tempatan] Team baru cybertrooper akan diwujudkan segera

[Copy link]
Post time 5-3-2014 10:53 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Wanita BN menubuhkan unit khas mengendalikan media sosial bagi memantau dan menyerang balas segala bentuk tohmahan dan fitnah yang dilemparkan parti lawan sepanjang kempen PRK Dun Kajang bermula minggu depan.
       
        Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia berikutan tindakan pembangkang yang dilihat semakin agresif menyerang pemimpin BN menggunakan media sosial dengan laporan yang tidak benar.
       
        “Kita tengok politik pembangkang amat dahsyat sekali terutama dalam laman media sosial, mereka lempar tohmahan dan fitnah untuk kepentingan polisik dan kemudian melarikan diri.
       
        “Kita akan buat serangan balas kerana kita tengok sejak kebelakangan ini terlalu mendadak dan berleluasa serangan terutama dalam media sosial, mereka (pembangkang) baling batu sembunyi tangan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penggal Pertama Wanita BN Tahun 2014, di sini, semalam.
       
        Hadir sama dalam sidang media itu, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei dan beberapa Ketua Wanita Bahagian komponen BN.
       
        Beliau berkata,penubuhan unit yang akan dikoordinasi bekas Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad, yang juga Penolong Setiausaha Wanita BN, itu akan meluaskan lagi capaian maklumat rakyat terutama pengundi di Kajang yang majoritinya celik komputer tetapi mungkin terkeliru dengan tohmahan pembangkang melalui medium itu.
       
        Katanya, ia juga selaras dengan pendekatan ofensif yang akan digunakan BN ketika berkempen seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
       
        Bagi memenangi hati 39,278 pengundi di Dun Kajang merangkumi 50.07 peratus wanita, beliau berkata, Wanita BN akan meneruskan peranan yang sudah sinonim dengan mereka iaitu bergerak dari ‘pintu ke pintu’ untuk  bersemuka dengan pengundi bagi menerangkan mengapa calon BN perlu dipilih.
       
        Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata selain menjelaskan kemelut yang melanda parti lawan yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri Selangor, jentera Wanita akan berperanan sebagai ejen penyatuan rakyat bagi merungkai tuduhan pembangkang kononnya BN tidak sensitif dengan kehendak penduduk apabila meletakkan wakil MCA sebagai calon.
       
        “Sebagai tulang belakang BN, Wanita akan bergerak ke setiap rumah menjelaskan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang serta kemudaratan yang mungkin berlaku sekiranya calon dari parti lawan menang dalam pilihan raya itu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2014 11:24 PM | Show all posts
sekali angkat kain
mau terkelu lidah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.220519 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list