CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3914|Reply: 7

[Tempatan] Rakyat Malaysia kini 30 juta orang

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2014 10:15 PM | Show all posts |Read mode
        
                                                                          Sewaktu rencana ini mula ditulis pada jam 10.55 malam, 2 Mac 2014, penduduk Malaysia berjumlah 30,075,276 orang. Itu kiraan yang dibuat oleh website Population Clock. Sebanyak 1,192 orang lagi bertambah hari itu. Dalam masa 61 hari tahun 2014, Malaysia mencatatkan pertambahan 101,599 orang dengan 23,761 kematian. Ini bermakna secara purata 1,600 rakyat Malaysia lahir dan 389 mati setiap hari.

Pada hari bersejarah Tunku Abdul Rahman Putera mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, rakyat Malaya hanya 6.3 juta orang. Sepuluh tahun kemudian (Sabah dan Sarawak sudah menjadi sebahagian daripada Malaysia) jumlah penduduk menjadi 10.1 juta. Angka itu menjadi 12.7 juta orang pada tahun 1977 dan 16.7 juta pada tahun 1987. Sepuluh tahun selepas itu, angkanya mencecah 21.8 juta (1987). Pada tahun 2007, jumlahnya ialah 26.8 juta orang.      



      Tidak banyak yang menyedari bahawa pada 27 Februari 2014, rakyat Malaysia yang ke-30 juta telah lahir ke dunia. Dalam masa tujuh tahun terakhir ini berlaku peningkatan 3.2 juta penduduk, jumlah yang kecil jikalau dibandingkan dengan banyak negara lain. Dalam masa tujuh tahun kita hanya mampu menambah penduduk yang seramai rakyat Singapura.      
      
     

Dijangka penduduk Malaysia akan mencecah 30.6 juta pada tahun 2040 dan 65 juta pada tahun 2100. Pada tahun 2040 jumlah orang Melayu dijangka 20.9 juta orang atau 54 peratus jumlah penduduk. Kaum Cina diramalkan akan menjadi 7.1 juta orang atau 18 peratus penduduk.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menggemparkan negara apabila menyebut dasar 70 juta penduduk pada tahun 1984. Pada masa itu beliau baru saja empat tahun memegang tampuk pemerintahan. Penduduk Malaysia masih 15.3 juta orang. Tidak banyak orang yang percaya Malaysia boleh mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100. Berdasarkan ramalan, mungkin kita terkurang lima juta orang sahaja daripada sasaran Tun Mahathir itu.

Lagi pula daripada segi kepadatan penduduk, kita masih selesa dengan 89 orang bagi setiap kilometer persegi. Kadar pertambahan penduduk kita adalah di sekitar 2.4 peratus setahun, relatif kecil berbanding banyak negara lain.      
Apakah makna pertambahan penduduk bagi sesebuah negara? Sudah tentulah keperluan lebih banyak pada pelbagai sumber daripada makanan, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Bilangan penduduk yang banyak juga bermakna pasaran domestik lebih besar. Kebangkitan China sebagai kuasa baru ekonomi ada kaitan dengan jumlah penduduknya. Memang benar China pernah memenjara dirinya daripada luar. Tetapi, apabila ia membuka dirinya pada tahun 1979, kesannya cukup luar biasa.


China hari ini mempunyai penduduk melebihi 1.3 bilion orang. Ia bukan sahaja memberi peluang niaga yang lebih besar pada rakyatnya tetapi juga keupayaan menakluk dunia dengan kuasa ekonomi.

India yang kini mempunyai 1.2 bilion penduduk dipercayai akan mengalahkan China dalam waktu terdekat daripada segi jumlah penduduk. Tetapi ekonomi India tidak ditadbir dengan baik berbanding China. Indonesia kini mempunyai 250 juta penduduk. Sekiranya negara itu mengamalkan dasar yang betul, ia akan menjadi kuasa ekonomi yang penting di rantau ini.

Jumlah kelas menengah di China, India dan Indonesia cukup luar biasa. Bagi Indonesia sahaja, sekiranya hanya satu peratus rakyatnya tergolong dalam kategori ‘terkaya’ jumlah itu ialah 2.5 juta orang. Bayangkan jikalau 20 peratus rakyat India dikategorikan sebagai ‘kelas menengah.’ Jumlahnya ialah 240 juta orang, hampir sama dengan seluruh rakyat Indonesia atau lapan kali jumlah penduduk kita.

Kita perlukan jumlah, tetapi bukan mudah untuk menangani bilangan yang besar. Ekonomi yang dirancang dengan baik akan mendapat suntikan daripada bilangan rakyat yang besar. Banyak negara ramai penduduk, tetapi sarat dengan masalah seperti makanan, tempat tinggal, pengangguran dan lain-lain.

Pada abad yang ke-18, seorang ahli ekonomi Inggeris bernama Thomas Robert Malthus menulis eseinya tentang prinsip kependudukan.

Beliau meramalkan bahawa dunia tidak dapat menampung pertumbuhan penduduk kerana sumber makanan yang terjejas dan penyakit. Teori Malthus tidak sepenuhnya benar. Ternyata dunia masih boleh menampung tujuh bilion manusia. Apa yang penting ialah kualiti hidup manusia itu sendiri.

Dalam konteks kita, jumlah penduduk pada akhirnya tidak penting sekiranya negara ditadbir dengan baik dan sistem ekonomi dapat menampung keperluan rakyat. Dalam masa 57 tahun semenjak merdeka telah berlaku peningkatan 23.7 juta penduduk. Insya–Allah, negara ini pasti boleh menampung 70 juta orang satu hari nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
oooo.... nk kna bangga le ni kan... hmmm

yeayy... ok...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dok ada berapa juta ni pun jenuh nak kais pagi makan petang.. Tak campoq lagi dengan inflasi cam haram jaddah.. Peluang pekerjaan yg makin mengecik akibat kebanjiran PATI dan PADI.. Nak beli umah, harga cam pelaq..
Tak dak makna rakyat bnyk tp merempat dlm negara sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:23 PM | Show all posts
perancangan kurang baik aku nampak
harga rumah tak terkawal contohnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 11:08 PM | Show all posts
musim mengawan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:30 PM | Show all posts
5 juta jer rakyat asing .... or maybe more?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2014 11:49 PM | Show all posts
PATI dah berapa ekor masuk dlm peratusan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 12:17 AM | Show all posts
Sepatutnya Malaysia dah lama ada 30 juta rakyat kalau banyak bayi baru lahir tidak diarwahkan atau dimendiangkan dalam tong sampah dan parit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.196402 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list