CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3274|Reply: 33

[Tempatan] {9} Isu MH370 senyapkan isu lain! iyeke ?

[Copy link]
Post time 13-3-2014 07:40 AM | Show all posts |Read mode
13 Mac 2014

Insiden ‘ghaibnya’ pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China melenyapkan pelbagai isu yang ‘bergentayangan’ tanpa henti dalam senario semasa di negara ini apabila ia menggamit kehadiran dan minat hampir kebanyakan agensi media di seluruh dunia.


Memang Malaysia menjadi terkenal, tetapi ia agak merunsingkan apabila popularnya dengan insiden yang tidak pernah disangkakan dan ia dijadikan aset sesetengah pihak menangguk di air keruh sama ada melemparkan luahan simpati atau sebaliknya dalam media sosial walaupun pihak berkaitan melakukan pelbagai usaha untuk menangani insiden itu.


Pastinya, waris atau keluarga penumpang pesawat adalah mereka yang masih memikirkan nasib insan tersayang dalam pesawat itu selain meletakkan harapan tinggi mereka selamat.


Entri terkini http://hakakuhakaku.blogspot.com memuatkan tajuk Semoga Tabah....
Terkejut dan sebak bila dapat tahu ada kapal terbang kita hilang.

Pertama, yang terlintas di otak, macam mana dengan orang di dalam kapal?...

Sedih dan simpati, sebab sudah lima hari berlalu, tetapi masih tiada khabar.

Dengar berita tadi, kerja-kerja pembenihan awan juga ditangguhkan.

Kadang-kadang kita perlu berkorban jika itu yang terbaik.

Diharapkan ahli keluarga mereka diberikan semangat, kesabaran dan ketabahan… Geram dan ‘loya’ dengan ada sikap manusia, suka ‘menabur garam’ dengan keadaan sekarang.

Simpati hanya di mulut, tetapi hati penuh dengan ‘bangkai’.

Ada yang siap menambah ‘perisa’ untuk menyedapkan cerita.

Cerita ‘aib’ semua dibuka, tetapi mereka ini tidak sedar agaknya mereka membuka aib mereka sendiri.

Kita belum tahu keadaan mereka, sepatutnya doakan yang terbaik, bacakan surah Yasin untuk kesejahteraan mereka.

Selebihnya kita berserah kepada Allah SWT.

Dia yang lebih mengetahui… Cubalah fikir ‘kesihatan’ hati ahli-ahli keluarga yang terbabit.

Kadang-kadang lebih baik ‘diam’ daripada menambah dosa….Itu belum lagi yang sudah pandai menjadi ‘detective conan’.

Macam-macam versi.

Ada versi ‘terlampau’ pula tu.

Kalau betul tidak apa, tetapi apa yang ‘disebarkan’ itu akan menimbulkan suasana panik orang ramai, itu yang menjadi masalah.

Tidak ada kerja agaknya….

Doa untuk anggota keselamatan yang terbabit dalam pencarian, semoga mereka diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghadapi cabaran ini, kerana ramai yang menantikan berita.

Baik atau tidak, itulah yang dijanjikan Allah SWT.

Mungkin inilah saja cara untuk ‘menyatukan’ umatnya….
Manakala, http://parpukari.blogspot.com memuatkan tajuk #prayforMH370.

Kemana Perginya MH370? Bingung aku semakin bingung dengan kehilangan MH370.

Dah nak masuk hari kelima, masih belum jumpa lagi, segala petanda-petanda kapal terbang itu terhempas pun tak dijumpai lagi, tapi menurut blogger RBF Online, KLIK SINI ada saksi yang dengar bunyi macam kapal terbang yang terbang rendah.


Kalau ya mana pergi kapal terbang tu? Hingga kini dengan begitu banyak bantuan dari kapal laut dan kapal terbang masih belum jumpa apa-apa lagi.

Menteri Pertahanan pun sendiri ikut misi mencari pesawat MH370.
Polis dalam PC (sidang media) tadi kata mereka menyiasat kemungkinan hijack, sabotaj atau ada masalah dalaman antara krew kapal.

Misteri MH370 ni makin menggusarkan rakyat seluruh dunia, langsung tak ada kesan kapal terbang itu.


Seperti yang kita tahu kapal terbang Boeing 777 ni sangat canggih takkan la ia dah ghaib begitu saja kan? Sudah ramai yang menunaikan solat hajat dan kita harap pasukan penyelamat dapat dipermudahkan untuk mereka menjumpai pesawat MH370 dan berharap sangat yang semua penumpang selamat.


Apa yang terjadi dengan pesawat MH370 ni sebenarnya? Ya Allah permudahkanlah semua petugas yang mencari kapal itu agar dapat dijumpai.

Marilah wahai rakyat Malaysia jangan berhenti berharap dan sama-sama doakan MH370 dijumpai.


Tidak ketinggalan http://duniatiger.blogspot.com memuatkan renungan yang boleh dikongsi bersama Renungan Rimau: Secara kebetulan ketika kejadian 911 di New York, CNN (media luar negara) sudah melaporkan peristiwa itu dengan terperinci sekali sehingga dapat merakamkan kejadian kapal terbang melanggar bangunan.

Ia seolah-olah memaparkan ada orang sudah tahu kejadian itu akan berlaku.

Begitu juga kes MH370, CNN juga memberi laporan yang terperinci sejak awal lagi mengejutkan banyak stesen televisyen dan media tempatan termasuklah pengalaman pengacaranya di kokpit bersama dengan pembantu juruterbang beberapa minggu sebelum itu.

Tidak hairan.


Hakikatnya, semua pihak perlu memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa bagi menangani insiden MH370 kerana ‘mata’ masyarakat dunia kini tertumpu sejauh mana kebijaksanaan pihak berkuasa di negara ini menguruskan insiden itu.


Sama ada suka atau tidak imej negara dan prestasi mengagumkan MAS sebelum ini terus menjadi sandaran supaya usaha menyelesaikan kehilangan pesawat itu ada noktah.

p/s Trending...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 07:54 AM | Show all posts
  lain cerito ...dah tutup ...bagi maso ...untuk merancang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa isu yang ditutup tu. Isu anwar main bontot dah setel, prk kajang tengah rancak, selangor dah sign langat 2, pembenihan awan dihentikan seketika.

Ape lagi isu2 yg dikatakan ditutup tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 09:36 AM | Show all posts
yup, kdg2 timing ni la yg plg bgs untuk menutup isu2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup Pakatan Rakyat...kami sentiasa bersamamu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2014 11:25 PM | Show all posts
sahamboi posted on 13-3-2014 08:00 AM
Apa isu yang ditutup tu. Isu anwar main bontot dah setel, prk kajang tengah rancak, selangor dah sig ...

entah, hujan pun dah turun lebat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 11:29 PM | Show all posts
Board CI nie bagus tukar nama jadi board MH370 jah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz posted on 16-3-2014 11:29 PM
Board CI nie bagus tukar nama jadi board MH370 jah.

Hehehe.. Selanyaknyalah kot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tertutup makin terbukalah ada la... Rakyat singapura dah mula tanya kat menteri deme kalo jd kat negara deme mcm mn... Antara jawapan yg diberi ialah kita kn tingkatkan bahagian perisikan serta kerjasama dgn negara luar.. Ni yg sempat dengar la
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:03 AM | Show all posts
poyohabis posted on 16-3-2014 11:41 PM
Bukan tertutup makin terbukalah ada la... Rakyat singapura dah mula tanya kat menteri deme kalo jd k ...

bila tanya menteri kita apa akan buat untuk mengelakkan terjadi lagi... ?? kita tukar kod pesawat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 17-3-2014 12:03 AM
bila tanya menteri kita apa akan buat untuk mengelakkan terjadi lagi... ?? kita tukar kod pesawat. ...

Bila media UK speku pilot adalah totok anwat, adakah PKR nak amik tindakan saman?
Jawapan Tian Cuak, TIDAK.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 17-3-2014 12:03 AM
bila tanya menteri kita apa akan buat untuk mengelakkan terjadi lagi... ?? kita tukar kod pesawat. ...

Tu la mslhnya menteri2 kita ambik mudah... Tgk dia org dah sibuk nak perkuatkan sumber risikan n segala bagai takut terkena kat negara deme... Pak menteri kita asyik nak korup duit je x abis2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:19 AM | Show all posts
najib888 posted on 17-3-2014 12:12 AM
Bila media UK speku pilot adalah totok anwat, adakah PKR nak amik tindakan saman?
Jawapan Tian Cu ...

speku trus saman.. ko bodoh kaa tak berakal...

aku speku mungkin mongolia hijact pesawat nak bagi rasa najib ayam singgit camna hilang org tersayang tak dapat pembelaan.... pasnih najib ayam singgit saman aku laa kan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:21 AM | Show all posts
poyohabis posted on 17-3-2014 12:15 AM
Tu la mslhnya menteri2 kita ambik mudah... Tgk dia org dah sibuk nak perkuatkan sumber risikan n s ...

tolong laa jgn upgrade... bukan aku tak sayang negara... bukan tak penting keselamatan negara.. tapi sedih mengenangkan sepatut beli senjata baru 1 bilion.. tapi jadi 5 bilion dibawah UMNO...
Last edited by slippergombak on 17-3-2014 12:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 17-3-2014 12:21 AM
tolong laa jgn update... bukan aku tak sayang negara... bukan tak penting keselamatan negara.. tap ...


Hehehe kenyataan yg amat memedihkan tp terpaksa la kita terima.. Belum lg org singapura rancang beli tnh m rumah kat johor lps tu nak jual kat org tempatanmalaysia gan harga tinggi lipat2 ganda... Bila krjn nak naikkan peratus tuk deme n Nak perketatkan deme blh jual pd bukan org malaysia iaitu jumlahnya kat org singapura atau bangsa selainmalaysia br deme bising x dpt keuntungan... Deme tu buat untung je kat malaysia ni... Msh x sedar2 lagi org kita... Sakit ati je dgr berita ni... Tp ttp nak tau gak dr sudut pandangan ddeme kan... Last edited by poyohabis on 17-3-2014 12:30 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 12:33 AM | Show all posts
poyohabis posted on 17-3-2014 12:29 AM
Hehehe kenyataan yg amat memedihkan tp terpaksa la kita terima.. Belum lg org singapura rancang  ...

gomen meniaga dengan rakyat malaysia lagi lagi untung berlipat kali ganda dari meniaga dengan org luar....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 01:02 AM | Show all posts
najib888 posted on 17-3-2014 12:12 AM
Bila media UK speku pilot adalah totok anwat, adakah PKR nak amik tindakan saman?
Jawapan Tian Cu ...

Macai PKR tolong komen sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nk ttup lama mana... skrg dh reda skit psal mh370 tu... org dh semakin kembali ke rutin asal.. dh mula amik tau semula berita lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:15 AM | Show all posts
poyohabis posted on 17-3-2014 12:29 AM
Hehehe kenyataan yg amat memedihkan tp terpaksa la kita terima.. Belum lg org singapura rancang  ...

kata bulan lima nak kuatkuasa foreigner hnya boleh beli umah 1 million ke atas.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.085376 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list