CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160396|Reply: 2475

[Dunia] V11 MH370 : Hisham - Cannot confirm "no hijacking,"

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2014 08:18 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menafikan sebuah laporan media yang mengatakan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) itu tidak benar.

“Laporan itu tidak tepat. Pesawat itu akhir sekali dikesan pada 1.07 pagi yang menunjukkan semuanya normal,” kata Hishammuddin semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Hishammuddin berkata pihak pengeluar enjin pesawat Rolls Royse dan pihak Boeing turut menafikan laporan tersebut.

“Rolls Royce dan Boeing berada di sini di Kuala Lumpur untuk bekerja dengan pihak MAS dan pihak penyiasatan  sejak Ahad. Isu  ini tidak pernah dibangkitkan.

“MAS telah meminta Rolls Royce dan Boeing tentang laporan itu dan mereka berkata  ia tidak tepat,” katanya.



Menurut laporan WSJ, penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas.

Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 yang merupakan sebahagian daripada program peyelenggaraan dan pemantauan rutin syarikat itu.

Masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bererti pesawat itu mampu terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika. Ia boleh terbang sehingga  Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Lautan Arab, bergantung kepada kelajuan pesawat tersebut.

WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat.

Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat itu atau individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.

Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.

Seorang pegawai yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata salah satu teori yang disiasat ialah kemungkinan pesawat itu dialihkan "dengan niat untuk menggunakan pesawat itu kemudian, untuk satu tujuan yang lain."

Sistem pemantauan enjin pada pesawat itu dibekalkan oleh pembuat enjin, Rolls Royce yang secara berkala akan menghantar maklumat berhubung  keadaan enjin, operasi dan pergerakan pesawat serta kemudahan di darat.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraannya, Penerbangan Malaysia menghantar data enjin secara langsung untuk dianalisa oleh Rolls -Royce.

Sistem ini mengumpul data dari dalam pesawat  777 dengan prestasi enjin berkembar Trent 800 itu.

Menurut laman web Rolls -Royce, data tersebut diproses secara automatik "supaya perubahan kecil pun  boleh dikesan."

Data enjin tersebut sedang dianalisa untuk membantu menentukan laluan penerbangan pesawat selepas transponder berhenti berfungsi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 19:09 (MYT)


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... shammuddin-31786?cp

Last edited by vespa_oren on 14-3-2014 06:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kerana berjaya membukak thread :-P
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:20 PM | Show all posts
expected dah.....hahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:20 PM | Show all posts
link rumah sebelum ini versi 10: http://mforum.cari.com.my/forum. ... 1121&extra=page%3D1



Senarai negara dan aset yg terlibat

Malaysia has 18 aircraft and 27 ships including a submarine that can detect objects 1,000metres under water.

China has nine ships involved along with at least two aircraft. It has also assigned 10 satellites to the search.

Vietnam has at least seven aircraft and eight ships involved but their equipment is old and the country lacks resources.

India today announced it had deployed three ships and three aircraft to the Andaman and Nicobar Islands

The U.S. has deployed two navy ships along with experts from the National Transportation Safety Board who are analysing data.

Australia and New Zealand have sent three aircraft with eight personnel on board.

Singapore has sent two aircraft, two ships, and a submarine with divers.

Indonesia has sent five sea vessels and a surveillance plane.

Thailand has sent a helicopter and a patrol ship while another two remain on standby.

The Philippines has sent two planes and two ships.

Four Japanese aircraft are involved in the search.


berita palsu setakat nie... jika ada leh notice nanti aku update

statement krew talisman pelesu

Sumber tldm butterworth pulau pinang

beg mayat

jumpa terhempas kt pulau perak

kena rampas flight kt mongolia

jumpa kt vietnam

jumpa rakit kecemasan kat port dickson

Wassap anak palsu

Account twitter palsu

Isi minyak kt Nanning

Tergantung antara 3 negara

Kat banjaran titiwangsa

Rakaman suara pompuan gedik menipu kt wassap
Last edited by vespa_oren on 13-3-2014 09:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:21 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 13-3-2014 08:20 PM
berita palsu setakat nie... jika ada leh notice nanti aku update

yang membawa berita palsu semua tu harus ditembak sampai mampos...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:21 PM | Show all posts





UPDATE [6:25pm]: In today's press conference, acting Transport Minister Hishamuddin Hussein said that the Chinese ambassador to Malaysia has confirmed that the release of Chinese satellite imagery of alleged MH370 debris was 'an accident' and 'a personal behaviour' which is now under investigation. He added that an MMEA plane was deployed but found nothing and that the government of China neither authorised nor endorsed the release of satellite images.

Hishamuddin added that:
1. There was no passenger on board MH370 with flight experience.

2. Every single name on the passenger manifest is being investigated by local and international forces.

3. Reports of engine plane flying for 4 hours after last transmision are not true. "Based on records, the last transmission was at 1:07am local time. It did not run beyond that." Hishamuddin said Rolls Royce and Boeing was called in to assist and that they have verified this.

5. Reports that police have searched the crew's homes are untrue.

6. Reports that search and rescue efforts have slowed down are untrue. "That is totally untrue. In fact, we have intensified the search," he said.

7. Currently 43 ships and 40 aircraft are involved in the search and the capabilities of all assets will be released tomorrow.

8. Hishamuddin also says he is still confident in Malaysia's radar capabilities and that this has now 'been verified by the FAA and NTSB.'

9. Hishamuddin also said all information that is not verified will affect search and rescue operations, using the information on the satellite images as an example. "We had to send our assets to check and it turned out to be untrue," he said, adding that it affected operations.


Last edited by vespa_oren on 13-3-2014 09:22 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Spekulasi iols ... rampasan pesawat...pesawat ditawan oleh ?? MSS ? KGB ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:25 PM | Show all posts

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
MH370: Keluarga penumpang sedih, terganggu dengan imej dan berita tidak menyenangkan
Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2014

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Kranti Shirsath, salah seorang penumpang penerbangan MH730 sedih dan terganggu dengan imej serta berita tidak menyenangkan yang dipaparkan media.

Kranti dilaporkan terbang ke Kuala Lumpur dari Mumbai sebelum menaiki pesawat Boeing-777 Malaysia Airlines itu ke utara Korea melalui Beijing.

Media seluruh dunia yang masih belum pasti dengan apa yang berlaku turut menyiarkan berita yang belum sahih serta spekulasi kemungkinan yang membawa kepada kehilangan penerbangan MH370.

Ia sememangnya mengganggu emosi ahli keluarga Kranti, terutamanya mereka berharap tiada sebarang insiden buruk menimpa wanita berusia 44 tahun itu yang merupaka seorang bekas pensyarah kimia.

Ibu kepada dua orang anak ini adalah antara lima penumpang warganegara India, dan sedang dalam perjalanan bertemu suaminya Prahlad Shirsat.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... nyenangkan-31784?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 08:26 PM | Show all posts
kalau dapat kat whatsapp..mat2 polis sndiri dah kata tk boleh pakai...kalian adja yg mahu mempurcayainya..selayaknyalah kalian itu pprt sumanya adja...lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Da vol 11 da.. sangat laju seperti kpl terbang....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragedi yg sangat misteri...
Apa sebenar nya yg terjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:29 PM | Show all posts
chakkkkkk aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

hi hi hi .. pest tyme dapat berkuntum kat page 1 ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sebaran berita palsu..maknanya banyak rakyat malaysia ni ada masalah mental:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:29 PM | Show all posts
Dah masuk v11? Rumah V10 aku tak sempat intai pun apatah lagi masuk bertandang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:30 PM | Show all posts
#dimanaMH370 Umat Islam diseru mendirikan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon dipermudahkan usaha mencari MH370 http://ow.ly/uxOnx

TERKINI #DimanaMH370 5.40pm. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Kerajaan China sahkan imej satelit yang tersebar hari ini adalah kesilapan di pihak mereka.

TERKINI #DimanaMH370 5.40pm. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Laporan media antarabangsa mengatakan pesawat MH370 terbang 4 jam selepas hilang dari radar adalah tidak tepat.

Details on ships, planes searching for missing jet
Associated PressBy ERIC TALMADGE | Associated Press – 2 hours 44 minutes ago
TOKYO (AP) — Nearly every navy with a presence in Southeast Asia is involved in the extensive search for the Malaysia Airlines Boeing 777 that disappeared early Saturday. Some details on the key responders and their capabilities:
UNITED STATES:
The U.S. Navy is easily the biggest and best equipped Navy in the Pacific and was fast to participate. Two San Diego-based destroyers have been searching areas designated by the Malaysian government. The USS Kidd searched the southwest section of the Gulf of Thailand before heading to the Strait of Malacca as of Thursday, according to 7th Fleet spokesman Cdr. William Marks. The USS Pickney searched the northeast area, between Thailand, Cambodia and Vietnam before heading to Singapore for maintenance.
The Kidd's two HM-60R Seahawk helicopters flew sorties from dawn to dusk in search of debris. They can search a 400- to 600-square-nautical mile area during a typical 3½-hour sortie, depending on sea and weather conditions and the size of object it's trying to find. Its onboard sensors can detect small objects in the water, in addition to the crew using binoculars or the naked eye. The Seahawks also have forward-looking infrared cameras for night use.
A Navy P-3C Orion aircraft has been searching over both the Strait of Malacca and the Gulf of Thailand. The P-3C can search for extended periods and cover 1,000-1,500 square miles every hour. On-board sensors allow the crew to clearly detect small debris in the water.
CHINA:
Four Chinese naval vessels are joining the effort. The Jinggangshan is the largest in the Chinese navy and has a large flight deck capable of launching several helicopters. An air force plane was dispatched to search for signals from the flight's black box.
The People's Liberation Army Newspaper, run by the ruling party's military commission, said Beijing also sent four helicopters and four civilian search vessels. The Kunlunshan — another amphibious landing ship with two helicopters — arrived at the designated area in the Gulf of Thailand early Thursday morning.
China plans to expand the scope of its search in the northwest toward the Gulf of Thailand and to cover 5,000 square nautical miles (17,000 square kilometers) in the Gulf of Thailand, the military newspaper said.
"That is equivalent to a medium-sized city, and we must be meticulous in our work because of the higher demands to conduct the search in such a vast area," Liu Zhonghu, captain of Jinggangshan, told the newspaper.
On state-run China Central Television, PLA navy officers said the helicopters took off from the Jianggangshan and Kunlunshan to search, the ships were using underwater sonar and robots to detect the plane, and the crews have been surveying the sea.
THE PHILIPPINES & VIETNAM:
Despite its meager resources, the Philippine military immediately dispatched search and rescue vessels and aircraft into the South China Sea southwest of Manila within hours of the plane being reported missing Saturday.
The Philippines' largest and newest naval vessel, the BRP Gregorio del Pilar, a former U.S. Coast Guard cutter, was deployed on Wednesday to replace two smaller patrol boats that returned to port for refueling and resupply, said 1st Lt. Cherry Tindog, spokeswoman for the military's Western Command.
She said an air force Fokker 27 that searched on Saturday and Sunday was replaced by a navy Islander on Monday. A C-130 was deployed on Tuesday. The navy Islander and the Gregorio del Pilar were both searching on Thursday.
Tindog also said all fishermen and fishing boats in the area have been advised to help in the search.
Meanwhile, in Hanoi, Lt. Gen. Vo Van Tuan, deputy chief of staff of Vietnamese People's Army, told The Associated Press that Vietnam has dispatched for the first time a helicopter to scour jungles of U Minh in southern Vietnam after the massive sea search found no clues.
"We have instructed related regional military commands to deploy searches on land from the beginning," he said. "Now we use helicopters for searches in areas few people could access." He said the searches by helicopter will be widened to other jungles in the south central region.
MORE ON THE WAY:
Japan, which has been increasing its effort to participate in regional humanitarian missions, said it will deploy two C-130 transport planes and two P-3C aircraft to the area. A spokesman for Japan's Defense Ministry on Thursday said the transport aircraft are already on site and the P-3Cs will be deployed as soon as possible unless the situation changes.
Neighbors Indonesia, Singapore and Brunei have already provided ships, and Singapore is planning to add more aircraft. Thailand has contributed helicopters, while Australia has offered two P-3C aircraft and India is reportedly mobilizing coast guard vessels.
___
AP writers Didi Tang in Beijing, Tran Van Minh in Hanoi, Niniek Karmini in Jakarta and Oliver Teves and Jim Gomez in Manila contributed to this report.
Last edited by vespa_oren on 13-3-2014 09:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah baru. Hope pencarian akan berakhir tak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tt menempek berita palesu di page 1
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:32 PM | Show all posts
Semua usaha dan ikhtiar telah digunakan
Harapan terakhir...tunggu hujan turun., seperti kata seorg forumer tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:32 PM | Show all posts
siapa takde keje jom kita tour Nanming pakai google earth. Kat Nanming ade airport nama Guiyang Longdongbao International Airport.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:33 PM | Show all posts
Sejarah Teknologi Pengimejan Satelit Dan Intipan

Teknologi pengimejan satelit mendapat perhatian rakyat Malaysia minggu ini kerana insiden kehilangan MH370. Secara tiba-tiba kita menyedari terdapat pelbagai jenis satelit yang digunakan untuk mengambil gambar muka bumi dari ketinggian ratusan kilometer. Pada ini pula kita diberitahu satelit milik China berjaya menjumpai 3 kelompok puing di Laut Cina Selatan yang berkemungkinan adalah serpihan MH370 yang sudah hilang untuk hari ke 6.  Kami rasakan ada baiknya jika kami gunakan kesempatan ini untuk menulis tentang sejarah teknologi pengimejan satelit

Kita tidak boleh memulakan penceritaan sejarah pengimejan satelit sebelum melihat apakah teknologi yang digunakan sebelum ianya tercipta. Kita boleh mengikuti leluhur teknologi ini seawal sejarah penciptaan belon pada kurun ke-18. Seperti majoriti teknologi yang digunapakai sekarang, teknologi mengambil gambar dari kedudukan tinggi bermula dari keperluan ketenteraan. Belon digunakan bagi melakukan pemantauan posisi dan pergerakan musuh seawal 1794 di Pertempuran Fleurus diantara tentera Perancis dan perikatan Britain, Hapsburg, Belanda dan Brunswick. Tentera Perancis menggunakan teknologi terkini ini bagi memastikan kemenangan pada hari pertepuran. Gambar dari udara pertama di dunia diambil oleh  Gaspard-Félix Tournachon pada tahun 1858 yang diambil oleh beliau di atas belom yang terbang di ruang udara Paris. Malangnya gambar bersejarah ini hilang ditelan zaman. Gambar tertua dari udara yang masih wujud ialah ‘Boston, as the Eagle and the Wild Goose See It.‘ yang diambil  James Wallace Black dan Samuel Archer King pada tahun 1860. Ia diambil dari ketinggian 630 meter menggunakan sebuah belon.

Kita melompat beberapa ratus tahun ke Perang Dunia Pertama. Belon digantikan dengan kapal terbang yang dilengkapi kamera bagi memeta posisi musuh yang kemudiannya dibedil menggunakan meriam artileri. Teknik ini dipelopori oleh Jerman sebelum dimajukan lagi oleh Perancis. Kerana misi melakukan peninjauan menggunakan kapal terbang adalah berbahaya, gambar medan tempur juga diambil menggunakan burung merpati. Sekali lagi teknologi ini dipelopori oleh Jerman dan dicipta oleh  Julius Neubronner pada tahun 1903. Beliau mencipta kemera kecil yang diperbuat daripada kayu yang mengambil gambar secara beransur-ansur menggunakan mekanisma jam khas. Teknologi ini digunakan sekali lagi oleh kedua-dua pihak Jerman dan bersekutu pada perang dunia kedua. Seekor burung merpati boleh mengambil 200 keping gambar lokasi musuh setiap misinya.

Bundesarchiv_Bild_183-R01996,_Brieftaube_mit_Fotokamera_croppedSelepas berakhirnya Perang Dunia Kedua teknologi roket Jerman digunakan Amerika Syarikat bagi membangunkan program misil dan angkasa lepas mereka. Roket V2 yang sebelum ini digunakan bagi mengebom London, mengambil gambar sub orbital pertama bumi pada tahun 1946. Beberapa keping gambar diambil dari roket V2 pada ketinggian 105 kilometer dari aras laut. Teknologi roket Wernher Von Braun ini akan dimajukan oleh Amerika untuk menjadikan pengintipan dari angkasa lepas menjadi realiti dalam masa kurang dua dekad.

Apabila perang dingin semakin hangat di antara negara Barat dan Soviet. Keperluan risikan oleh badan perisikan CIA mendorong NASA untuk membangunkan teknologi intipan menggunakan satelit. Satelit pertama yang mempelopori teknologi pengimejan satelit ialah Explorer 6 milik Amerika Syarikat. Gambar pertama menggunakan satelit diambil pada tahun 1959 pada ketinggian 27 000 kilometer dari aras laut. Gambarnya boleh anda lihat di bawah dan jelas sekali teknologi pengimejan satelit pada waktu itu masih belum cukup matang untuk tujuan pengintipan. Cabaran utama mengambil gambar menggunakan satelit ialah mengambil gambar yang tajam ketika satelit bergerak pada kelajuan ribuan kilometer sejam. Sementara menanti teknologi menjadi lebih matang pesawat supersonik SR 71 Blackbird dan Lockheed U2 menjadi aparatus pengintipan utama Amerika Syarikat.

Inisiatif mengumpul gambar bumi dari angkasa lepas yang paling menyeluruh dilakukan melalui program Landsat NASA pada tahun 1972. Program Landsat masih lagi berterusan sehingga hari ini dengan pelancaran Landsat 8 pada Februari tahun lalu. Tujuan program ini ialah mengumpul data terperinci keseluruhan muka bumi secara berterusan bagi melihat perubahan yang dilakukan oleh alam semula jadi dan manusia. Imej-imej yang diambil Landsat boleh dimuat turun oleh umum melalui laman Earth Explorer. Gambar yang diambil menggunakan satelit Landsat mempunyai resolusi spatial di antara 15-60 meter. Apakah maksud resolusi spatial? Sebagai contoh resolusi spatial 15 meter bermaksud setiap satu pixel di dalam gambar yang diambil mewakili kawasan seluas 15×15 meter.  Satelit Landsat memerlukan 16 hari untuk melakukan pemetaan keseluruhan muka bumi. Tempoh peredaran lengkap ini dipanggil resolusi temporal.landsat-7

Perbezaan di antara puluhan satelit yang mengorbit bumi terletak pada kemampuan resolusi spatial dan resolusi temporalnya. Semalam syarikat Digital Globe memberikan akses kepada imej terkini kawasan sekitar Teluk Siam. Resolusi spatial satelit yang digunakan oleh Digital Globe adalah  1.84 meter dengan resolusi temporal 1.7 hari. Satelit Digital Globe boleh mengambil gambar pada resolusi spatial 0.46 meter dalam format hitam putih (panchromatic)  namun akses  kepada imej beresolusi lebih tinggi ini tidak diberikan kepada umum. Dengan kata lain sekiranya gambar Teluk Siam diambil hari ini, gambar terkini hanya boleh diambil 1.7 hari selepas itu. Sebuah satelit milik Digital Globe mampu mengambil gambar kawasan seluas 750 000 kilometer persegi setiap hari.

Setakat ini kita bercerita tentang pengimejan satelit untuk kegunaan awam. Bagaimana pula dengan pengimejan satelit kegunaan perisikan dan peperangan? Satelit perisikan paling terkenal dan kita tahu kemampuannya satelit dari keluarga KH-11 milik Amerika Syarikat. Jika dan peminat tegar buku Ryanverse nukilan mendiang Tom Clancy, KH-11 bukanlah nama yang asing. Sebanyak 16 satelit KH-11 dilancarkan oleh Amerika Syarikat sejak 1976. Hanya 5 masih berfungsi dengan satelit terakhir dilancarkan pada Ogos 2013. Adalah dipercayai KH-11 mempunyai resolusi spatial 0.15 meter dalam format panchromatic dan resolusi temporal selama 4 hari. Jadi aksi filem Hollywood yang menunjukkan anda boleh diintip dari angkasa menggunakan satelit adalah berlandaskan realiti.  Kenapa hanya 5 satelit KH-11 masih berfungsi? Apakah terjadi kepada satelit-satelit lama? Setiap satelit akan menghadapi geseran dengan atmosfera ketika mengelilingi bumi. Ini mengakibatkan ianya ditarik semula ke arah bumi oleh tarikan graviti. Bagi memastikan ketinggian orbit satelit dikekalkan ia ditolak semula ke orbit yang betul menggunakan sistem tujahan roket (rocket reboost). Jumlah bahan api yang dibawa terhad dan selepas beberapa tahun ianya akan habis dan satelit akan menjunam kembali ke muka bumi.  Jangka hayat sebuah satelit KH-11 adalah sekitar 8 tahun. Proses penggantian satelit ini tidak murah kerana setiap satu menelan belanja $6.36 Billion. Ianya lebih mahal dari kos membina sebuah kapal pengangkut kapal terbang nuklear kelas Nimitz  Tentera Laut Amerika Syarikat.

Bagaimana pula dengan China yang semalam menggunakan 10 satelit pengintip mereka untuk mengambil gambar sekitar kawasan hilangnya MH370? China sudah melancarkan 19 satelit pengintip Yaogan sejak 2006. Hanya 18 masih beroperasi. Kemampuan resolusi spatial dan temporalnya adalah rahsia. China benar-benar menggunakan kemampuan teknologi dan ketenteraan mereka untuk membantu mencari MH370 yang membawa lebih 120 rakyatnya.

Jadi apakah yang kita belajar sepanjang insiden MH370? China ialah negara yang mempunyai kemampuan pengimejan satelit paling meluas dan terbaik dunia pada ketika ini. Kemampuan mengambil gambar dari angkasa lepas ialah sebuah proses yang rumit dan tidaklah sejelas yang kita sangkakan. Paranoia anda sedang diintip dari angkasa juga bukanlah ketakutan yang tidak munasabah. Inilah teknologi yang ada sekarang. Jika dilihat lompatan kemampuan pengimejan dari 1959 Explorer II dengan KH-11 sekarang jelas boleh dilihat perbezaannya. Kita hanya boleh mengagak berapakah resolusi spatial satelit pengintip masa hadapan. Ingat, anda sentiasa diawasi oleh teknologi satelit manusia dan Allah Azza Wajalla.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.160550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list