PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno
KAJANG 15 MAC: PKR hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang menuduh kononya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ‘lepas tangan’ dalam isu kesesakan lalu lintas di Kajang. Sebaliknya, Timbalan Bendahari Agung PKR, low Chee Chong berkata, kesesakan lalu lintas di sini berlaku sejak tahun 90an iaitu ketika Umno memerintah Selangor lagi. “Saya anak kelahiran di sini, dia (Wee) tak tahu apa berlaku di Kajang. “Lalu lintas di Kajang sesak sejak 90an, dari zaman BN jadi kerajaan, bukan baru berlaku sejak PR perintah 2008,” kata beliau dipetik Harakah Daily. http://bm.selangorku.com/
gossip ni takan masuk TiBi... |