CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6182|Reply: 14

Negara-Negara Komanwel

[Copy link]
Post time 17-3-2014 01:08 PM | Show all posts |Read mode


Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.




Sejarah

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Senarai ahli mengikut benua

Tarikh keahlian (dalam kurungan).
Eropah
  • United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
  • Cyprus (1961)
  • Malta (1964)
  • Amerika Utara
  • Kanada (1931) (Alam Komanwel)
  • Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
  • Trinidad dan Tobago (1962)
  • Barbados (1966) (Alam Komanwel)
  • Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
  • Grenada (1974) (Alam Komanwel)
  • Dominica (1978)
  • St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
  • Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
  • Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
  • Belize (1981) (Alam Komanwel)
  • St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)


Amerika Selatan
  • Guyana (1966)
  • Afrika
  • Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
  • Ghana (1957)
  • Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
  • Sierra Leone (1961)
  • Tanzania (1961)
  • Uganda (1962)
  • Kenya (1963)
  • Malawi (1964)
  • Zambia (1964)
  • Botswana (1966)
  • Lesotho (1966)
  • Mauritius (1968)
  • Swaziland (1968)
  • Seychelles (1976)
  • Namibia (1990)
  • Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
  • Cameroon (1995)
  • Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)


Asia
  • India (1947)
  • Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)

  • Sri Lanka (1948)
  • Malaysia (1957)
  • Singapura (1965)
  • Bangladesh (1972)
  • Maldives (1982)
  • Brunei (1984)
  • Australia dan Oceania
  • Australia (1931) (Alam Komanwel)
  • New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
  • Samoa (1970)
  • Tonga (1970)
  • Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
  • Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
  • Vanuatu (1980)
  • Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
  • Kiribati (1979)
  • Nauru (1999)


Ahli yang kini digantung:
Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)

Bekas ahli:
  • Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
  • Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
  • Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.
  • Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2014 01:08 PM | Show all posts

Faedah Malaysia Menyertai Komanwel

·    i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·        ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·        iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.
·         iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.

nfo Tambahan...

CHOGM
CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut.  CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.

Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara  berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.


Faedah menyertai Komanwel
1. Pemindahan teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju seperti Britain.
2. Meningkatkan perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel.


Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.

3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan bersama.

http://4.bp.blogspot.com/-yWhJXP ... KjZo270vM1Y/s320/UK,+India+dan+Komanwel.jpg

Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain. Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.

Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.

Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota. Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 02:06 PM | Show all posts
nice info thanks ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 02:23 PM | Show all posts
hydrocloric posted on 17-3-2014 02:06 PM
nice info thanks ..

kita negara komanwel
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 02:38 PM | Show all posts
NICE INFO TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 02:40 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 17-3-2014 02:38 PM
NICE INFO TQ

PESOALANYA ADAKAH kita akan berperang lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2014 03:04 PM | Show all posts
pestol posted on 17-3-2014 02:40 PM
PESOALANYA ADAKAH kita akan berperang lagi?

persoalannya, knpe tanya aku?

sbb kita tak tahu kepala otak politician ni, unexpected. Wlwpon sesama "persatuan" pon msg2 nk menjatuhkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 03:32 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 17-3-2014 03:04 PM
persoalannya, knpe tanya aku?

sbb kita tak tahu kepala otak politician ni, unexpected. Wlwpon  ...

Doa la banyak2 MH370 ni Da jadi mainan usa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 03:42 PM | Show all posts
pestol posted on 17-3-2014 03:32 PM
Doa la banyak2 MH370 ni Da jadi mainan usa

DH KOMPEM KE? Haih... ape lgi la dorg ni xpuas...
insyaallah, moga kita dihindarkan dr segala bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 03:52 PM | Show all posts
knp digantung tu? Mls nak gugel
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 03:52 PM | Show all posts
Pejanjian 5 negara antara malaysia, singapore, new zealand, australia dan england main attention adalah tuk mengekang .. agresive responde dari Indon ... mase pesta ganyang malaysia dulu.. and dari perjanjian ini jugak lah .. kita berjaya juga mengekang aggresive respond dari philipinos ... even depa ader buat subversif action yang mana hasilnya.. pejuang Moro lahir hasil respond dari kita,


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 04:03 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 17-3-2014 03:42 PM
DH KOMPEM KE? Haih... ape lgi la dorg ni xpuas...
insyaallah, moga kita dihindarkan dr segala ben ...

YA.. sbb tu refer balik sejarah. kita ni negara komanwel setahu abg Kita tidak akan berperang lagi.

cuba google mh370 911
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 04:09 PM | Show all posts
pestol posted on 17-3-2014 04:03 PM
YA.. sbb tu refer balik sejarah. kita ni negara komanwel setahu abg Kita tidak akan berperang lagi ...

hmm kk, tq abam pestol.
nk mencari gak ni, ade gak dgr2, tp tak amek port sbb skrg ni byk sgt "teori"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 06:19 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 17-3-2014 04:09 PM
hmm kk, tq abam pestol.
nk mencari gak ni, ade gak dgr2, tp tak amek port sbb skrg ni byk sgt "te ...

teori" tu la. jgn cpt percaya tapi kalu ada logik nya kna la siasat jgak klu ada jalan cerita ke kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:26 PM | Show all posts
dari dulu lagi aku tertanya-tnya..

US merdeka dari Kingdom of great britain..

tak boleh or tak nak join commonwealth?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.706562 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list