Ceramah ditengah panas?. dah gila ke penceramah BN ni..
Daripada membuang masa berceramah tanpa ada orang yang mendengar, ada baiknya jika penceramah Barisan Nasional (BN) membuat kunjungan rumah ke rumah bagi merayu undi.
Seperti yang disaksikan wartawan di Sungai Jelok, Kajang tengahari semalam, tidak ada seorang pun pendengar di atas padang kerana cuaca panas, mereka yang lalu lalang pula hanya tersenyum melihat gelagat penceramah BN seramai empat orang ini.
Tidak nampak di mana rasionalnya berceramah tengah panas tanpa ada sesiapa yang mendengar tetapi lebih rasional lagi kalau cukup seorang sahaja yang memberi ceramah dan tidak perlu dibuat bergilir.
Bak kata seorang lelaki yang sedang makan di warung berhampiran, usaha dan niat petugas BN adalah baik tetapi tidak kena pada tempatnya.
"Dia sanggup berdiri tengah panas dan bercakap seorang diri. Sepatutnya, dia dan kumpulannya fikirkan cara lain untuk mendekati pengundi dan bukan cara ini.
"Saya bukan orang pandai untuk menegur sesiapa tetapi kumpulan penceramah BN itu harus lebih peka dengan apa yang dilakukan sama ada wajar atau tidak,” ujarnya. - MalaysiaGazette
p/s :
Kajang Pak Nuar Kajang Bertempat
Kajang al Jibby Mengkuang Layu
Apo keno eh sey ceramah tak bertempat
Yang dongar cumo ghumpuit dengan tiang kayu
AdamBillionaire posted on 21-3-2014 10:14 PM
cai dalam forum xturun padang ke? kih3..
Adam nk harapkan krohfire, uniq61, pokmang, akughi, ankel AN berjemor tongah paneh tu ? Ntah2 depa kut hat bagi ceramah tu. kasian2. sekor haboq macai2 tak turun. Iyolah tongahhari. Oghang gilo pun maleh nak layan. keh keh keh