View: 3463|Reply: 18
|
MH370: Apa sudah jadi dengan radar Markoni - Anwar.
[Copy link]
|
|
Salaam.
Markoni?
KAJANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa sistem radar tidak dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu ketika melintasi ruang udara dan perairan negara.
Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.
"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Takkan ditutup?
"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu.
Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.
Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn digesa meletakkan jawatannya jika gagal menjawab kegagalan radar tersebut berfungsi pada hari kejadian itu.
"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.
Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.
Menurut Ketua Pembangkang lagi, pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.
"Ini ancaman keselamatan negara. Kerana apa? Sibuk cari duit, cari kesalahan orang, hina orang, zalim pada orang, fitnah orang negara jadi rosak," katanya. Last edited by BelovedTaeyeon on 22-3-2014 04:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboih.. Dok gelut dgn radar makroni makaroni.. Radar canggih emerika sarikat pun tak dpt detect...
Btw, radar mengesan omega plus cam na? Tak jumpa2 lagi kah? |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 posted on 22-3-2014 10:57 PM
Amboih.. Dok gelut dgn radar makroni makaroni.. Radar canggih emerika sarikat pun tak dpt detect...
...
Merika tu beribu batu jauhnya nun di sana.
Makaroni tu atas bumbung kita ni..takleh kesan pesawat asing yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
tintabiru73 posted on 24-3-2014 09:14 AM
Merika tu beribu batu jauhnya nun di sana.
Makaroni tu atas bumbung kita ni..takleh kesan pesawa ...
radar markoni tu dah tukar status jadi radar astro kot? |
|
|
|
|
|
|
|
btol la apa pak brahim katakan tu . malu la jika Negara sendiri x dapat detect pengerakkan kapal di ruang udara kita sendri. |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 posted on 22-3-2014 10:57 PM
Amboih.. Dok gelut dgn radar makroni makaroni.. Radar canggih emerika sarikat pun tak dpt detect...
...
Tu la pasai. Smua nak harap oghang kapiaq ja
Last2 kena kencing dengan oghang kapiaq
|
|
|
|
|
|
|
|
kapal selam mmg dah ada dekat muzium . kikiki .
radar ni confius ckit . xkan x boleh detect ?
rasanya mebi dorg nak rahsiakan maklumat . entahh la . |
|
|
|
|
|
|
|
Tak heran la jika pekara begini boleh berlaku dalam ATM... enjin jet F5 pun boleh hilang dan diekspot ke negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal selam anta aquaria klcc |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam.
Masa mula nampak perkataan 'Markoni' tue, aku ingatkan ada kena mengena dengan awek Kedah.
Markonah
|
|
|
|
|
|
|
|
isk tak boleh bayangkan if kapal terbang yg melintas tu mmg kapal musuh..dia jatuhkan sebijik bomb kat KL abis mati katak je rakyat malaysia..dah TUDM nampak ada objek melintas kat radar tapi tak buat apa2...Nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...malu la kan...org marah sgt tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bateri markoni dah rosak..solar dah expired waranty |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi orang politik cakap pasal radar, pandai pusing sana pusing sini. Pengikut jadi TAKSUB.... senang cerita
Pi la cari pakar pasal radar kalau nak cakap pasal radar! |
|
|
|
|
|
|
|
"Ini ancaman keselamatan negara. Kerana apa? Sibuk cari duit, cari kesalahan orang, hina orang, zalim pada orang, fitnah orang negara jadi rosak," katanya.
Cari sebab nak memburukkan kerajaan Malaysia, tak kira ada ilmu pasal radar atau tidak, bukankah menjadi ancaman pada negara kita juga?
Kalau Malaysia dedahkan segala data berkaitan radar kita untuk jawab soalan pasal radar, itu dah jadi satu ancaman pada keselamatan negara, sebab negara luar boleh tahu kelemahan kita.
Apa saja kelemahan pertahanan negara kita kena bincang secara DALAMAN untuk perbaiki dan perkuatkan, bukannya heboh untuk tambah memburukkan keadaan.
Last edited by mnm77 on 31-3-2014 10:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|