CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40181|Reply: 256

Jaga Sensitiviti, Pengarah 'Aku Isterinya' Bataskan Babak Intim

[Copy link]
Post time 26-3-2014 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Anzalna Nasir memengang watak Mya Arlissa dalam drama 'Aku Isterinya'. Kredit foto Danish Haikal.

Pengarah Fairuz Loy, mengakui kurang berpuas hati apabila terpaksa membataskan beberapa babak intim dalam drama bersiri terbaru arahannya berjudul 'Aku Isterinya'. Namun beliau akur demi menjaga sensitiviti. Sekaligus mengelak dari timbulnya sebarang isu atau kontroversi apabila siri yang bakal menghiasi slot Akasia di saluran TV3 itu ditayangkan mulai 31 Mac ini.

"Pihak kami harus menjaga sensiviti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh stesen televisyen dan kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya kena olah semula beberapa dialog yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan kami tak boleh buat sampai babak atas katil tetapi kami visualkan dari segi kata-kata pandangan dan senyuman.

"Lagipun slot ini disiarkan selepas waktu maghrib, jadi kita faham dengan waktu itu adalah waktu yang sangat sensitif", katanya ketika ditemui pada sidang media drama arahannya itu yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.

'Aku Isterinya' diadaptasi dari novel terlaris nukilan Acik Lana. Drama tersebut menampilkan gandingan utama, Izzue Islam dan Anzalna Nasir.

Dalam pada itu Fairuz juga berkata beliau tidak gembira kerana terpaksa menukar judul drama arahannya itu kerana tajuk asal novel, 'Aku Bukan Mistress' tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Pengarah drama 'Aku Isterinya', Fairuz Loy.

"Pada saya, tajuk sesebuah karya itu sangat penting. Apatahlagi jika drama itu diadaptasi daripada novel popular. Sebelum ini drama-drama di slot Akasia menggunakan judul asal novel yang diadaptasi.

"Tetapi bila giliran saya, pihak KDN tidak meluluskan atas alasan tidak boleh mencampur-adukkan bahasa. Saya agak tidak gembira dengan keputusan itu kerana tak dinafi sedikit sebanyak boleh menjejaskan drama ini. Tapi saya akur", katanya..........................................................................


http://www.malaysiandigest.com/h ... an-babak-intim.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 11:00 AM | Show all posts
cita ni ke kata hero cita ni  buat anzalna cam hina dina sgt.kalo bersentuhan siap p basuh tgn tu? pok jueee
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:04 AM | Show all posts
800214 posted on 26-3-2014 11:00 AM
cita ni ke kata hero cita ni  buat anzalna cam hina dina sgt.kalo bersentuhan siap p basuh tgn tu? p ...

e eh iyer ke?

baik pencen berlakon laguu tuu

ades la..sian kat anzalna
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:06 AM | Show all posts
Pok Jue tak perlu mengada-ngada sangat. Kalau betul ko bersentuhan takkan hilang la dosa tu dengan basuh tangan sajo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:12 AM | Show all posts
kalau betul, pok jue ni overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:13 AM | Show all posts
Pelakon Lelaki Layan Anzalna Macam Sampah!

Pelakon Lelaki Layan Anzalna Macam Sampah! | Al kisahnya pelakon Anzalna telah diperlakukan dengan tidak sewajarnya oleh seorang pelakon lelaki di set lokasi penggambaran sebuah drama.Seolah wanita yang tidak bermaruah, Anzalna dilayan seperti wanita yang sangat jijik dan kotor pada pandangan pelakon lelaki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2014 11:17 AM | Show all posts
overrrrrrnye pok jue..
awinkah penyebabnye???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:19 AM | Show all posts
rasanya sbb anzalna ade buat something yg buat pok jue ni marah sangat2.... kalo dia x ok smpai basuh2 tangan kenapa plak dia bleh amik job tu kan... x adil nak salahkan pok jue.. kena tau citer dr side lelaki plak kenapa... perempuan ni kadang2 sbb dia perempuan org akan cepat kesian tu senang nk amik kesempatan utk tagih simpati walaupun terang2 salah dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 11:21 AM | Show all posts
bini izzue la yg over...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:24 AM | Show all posts
pokjue layak berlakon ngn heroin kurang cantik jer...yg sengal2...yg cantik2 manja2 x bleh ok..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:27 AM | Show all posts
800214 posted on 26-3-2014 11:00 AM
cita ni ke kata hero cita ni  buat anzalna cam hina dina sgt.kalo bersentuhan siap p basuh tgn tu? p ...

betul ke pok jue..hari tu beria2 betul isteri dia awin nafi..

iskh iskh,,kalo cmtu berhenti lah berlakon kan lebih baik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:38 AM | Show all posts
tajuk tak diluluskan KDN sebab campuk aduk bahasa, abes tu playboy itu suami aku tu tak campuk aduk bahasa ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:41 AM | Show all posts
lucky_peace posted on 26-3-2014 11:38 AM
tajuk tak diluluskan KDN sebab campuk aduk bahasa, abes tu playboy itu suami aku tu tak campuk aduk  ...


Lps tu Yess Boss, Love U Mr. Arrogant ???

Kenapa KDN ambil alih kerja Dewan Bahasa???
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:43 AM | Show all posts
alaa pokjue tak yah berlakon terus ye. itu baru anzalna. kalau neelofa, mohon pokjue cuci mata sekali dgn sabun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 11:49 AM | Show all posts
joey_mcintrye posted on 26-3-2014 11:41 AM
Lps tu Yess Boss, Love U Mr. Arrogant ???

Kenapa KDN ambil alih kerja Dewan Bahasa???

Yess Boss dgn Love U Mr Arrogant tu KDN boleh terima la kot sebab fully english katenye, takde campur aduk, hehe...

hah kann, sejak bile KDN jadi DBP nieyh??
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 12:04 PM | Show all posts
pok jue memang lah rembes..

tp watak mikael tu macam x sesuai jerr...

tengok trailer pon pok jue macam selekeh, ngan bermisai..

awat x jambu macam dlm SSID..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 12:11 PM | Show all posts
Enggan Layan Karenah ‘Budak-Budak’, Anzalna Akui Tidak Selesa Izzue Bawa Isteri Di SetMarch 25th, 2014 | by Noraniza | 40 comments
Share the post "Enggan Layan Karenah ‘Budak-Budak’, Anzalna Akui Tidak Selesa Izzue Bawa Isteri Di Set"

ISU & KONTROVERSI
Kontroversi yang berlaku antara pelakon cantik, Anzalna Nasir dan Izzue Islam terus diperkatakan sehingga kini oleh para peminat.
Isu tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu isteri Izzue yang juga merupakan pembantu peribadinya, Awin Nurin.
Anzalna ketika ditemui di sidang media drama Aku Isterinya itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia enggan melayan karenah ‘budak-budak’ dan mengakui wujud perasaan tidak selesa apabila Izzue membawa pasangannya ke set.
Anzalna profesional dalam kerjayanya dan tidak mahu layan karenah ‘budak-budak’
“Di pihak saya memang tiada masalah. Tetapi tidak tahu pula di pihak sana. Saya malas nak layan ‘budak-budak’ dan saya profesional serta tidak mahu masukkan hal peribadi di set.
Yang saya tahu saya hanya mahu memberikan yang terbaik dan tetap menjaga batasan saya. Saya pun mahu jaga hati teman lelaki. Saya tak kisah dia nak bawak isteri, tapi kadang-kadang rasa tak selesa juga sebab hari-hari ada di set.”
Anzalna membawa watak perempuan simpanan dalam drama Aku Isterinya
Anzalna juga memberitahu bahawa dia tidak pernah mengambil langkah untuk bersemuka dan berbincang dengan Izzue kerana isu ini bukanlan berpunca daripada pihaknya.
“Sebelum ini saya banyak juga berlakon dengan suami orang. Tetapi ini kali pertama timbul isu sebegini. Saya tidak mahu menafikan tetapi saya tidak mahu komen banyak. Lambat-laun orang akan tahu juga.”
Sementara itu, pengarah drama tersebut, Fairuz Loy mengakui bahawa isu ini sedikit sebanyak ada mengganggu jadual penggambaran. Namun, ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 01:02 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 26-3-2014 11:38 AM
tajuk tak diluluskan KDN sebab campuk aduk bahasa, abes tu playboy itu suami aku tu tak campuk aduk  ...

iols x rasa sebeb tu..klau ikut novel,tajuknya aku bukan mistress aka aku bukan perempuan simpananmaybe perkataan mistress tu sensitip kot

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 01:05 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 26-3-2014 12:11 PM
Enggan Layan Karenah ‘Budak-Budak’, Anzalna Akui Tidak Selesa Izzue Bawa Isteri Di SetMarch 25th,  ...

klau citer ni x meletopp,kompom rmai salahkan pokjue
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 01:06 PM | Show all posts
sukaati la nk bwk bini ari2 pn..nape ko plak yg xselesa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.076486 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list