|
Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883),
Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.
Dalil-dalil ateisme
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah
Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
Masalah kesengsaraan di atas bumi
Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
Masalah Logikal
Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
Ketidaksinambungan
Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
Faktor-faktor kemunculan ateisme
Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
Perkembangan Teknologi dan Sains
Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
Fahaman Sosial-Progresif
Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
Faktor Moraliti
Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ai selalu terpikir point 'masalah kesengsaraan di atas bumi. tu, huhu.... semoga iman ai dikuatkan oleh-Nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga anak-anak muda tak terpengaruh dengan fahaman ni. moga ditetapkan iman |
|
|
|
|
|
|
|
diri sndiri cari masalah pastu salahkan tuhan..apa punya org daa |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace posted on 26-3-2014 11:35 AM
ai selalu terpikir point 'masalah kesengsaraan di atas bumi. tu, huhu.... semoga iman ai dikuatkan o ...
konsep dia camnie...beli kereta honda,tuan kedai bagi manual kereta honda..tp pembeli engkar...nak gak pakai manual kereta mercedes..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
palmolive posted on 26-3-2014 03:03 PM
konsep dia camnie...beli kereta honda,tuan kedai bagi manual kereta honda..tp pembeli engkar...nak ...
tapi itu kereta honda dgn pembeli.. takkan kite nak samakan kereta honda dgn tuhan... tuhan kan maha kuasa, tapi kenapa die tak hapuskan kesengsaraan di muka bumi? astagfirullah, ape yg ai fikir nieyh, huhu... ai bukan nak menidakkan kekuasaan-Nya, tidak sama sekali, tapi ai hanya nezahirkan ape yg ai pernah fikirkan, itulah semoga iman ai tidak terpesong oh tuhan...
|
|
|
|
|
|
|
|
As a free thinker myself, memang saya rasa (bukan percaya 100%) Tuhan tak wujud. Tiada sesiapa yang dapat membuktikan kewujudan Tuhan. Saya rasa orang zaman dulu mencipta idealogi Tuhan cuma untuk menjaga sosial dan masyarakat masa tu, seperti undang-undang untuk zaman moden ini. Dengan atas nama kewujudan Tuhan, maka masyarakat akan rasa takut untuk melakukan kejahatan.
Jika Tuhan benar-benar wujud, kenapa Dia tak adil kepada umatnya? Kenapa ramai orang baik dianiayai? Kenapa pula ramai orang yang jahat hidup senang?
Ada banyak lagi persoalan yang ingin saya bertanya tetapi artikel di atas tu dah menerangkan kesemuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga iman kita dilindungiNYA... |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace posted on 26-3-2014 05:26 PM
tapi itu kereta honda dgn pembeli.. takkan kite nak samakan kereta honda dgn tuhan... tuhan kan ma ...
manusia ni tuhan buat sbg makhluk yg diberi pilihan beza ngan haiwan...nak makan apa leh pilih jek..tak kira halal haram...kalo lembu makanan dia rumput jek...dia xleh mkn ciken chop,lamb chop ker....
dah tu tuhan dh bg kitab panduan hidup yg paling lengkap..tp manusia degil,suruh tutup aurat dia bukak aurat..kena rogol nak salahkan tuhan...byk lawa muka...
manusia sendiri pilih sengsara..ego xmo g jumpa tuhan..terima la bala dia
kalo kaji,kita pandang pd alam ni...punyalah cantik..punya detail dicipta...takkan la terjadi sndiri...nasik lemak yg dijual tepi jalan tu pun penjual nasik lemak tu yg masak..takkan tetiba ada nasik lemak xtau dari mana terus jadi...haha Last edited by palmolive on 28-3-2014 09:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada org sengsara, itu bukan tanda tuhan tak adil. Itulah namanya ujian. Org yg hidup senang pun sebenarnya diuji oleh tuhan. Ada org yg kaya, tiba2 jadi miskin. Ada org yg miskin tiba2 jadi kaya. Semua itu ujian dari tuhan. Tuhan nak lihat hamba dia sabar dan bersyukur atau tidak. Tak perlu huraikan panjang lebar kat sini. Manusia ada akal utk fikir kan? Tuhan itu ada. Segala tanda2 wujud tuhan ada di sekeliling kita. Tengok dgn betul2. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 27-3-2014 12:14 AM
As a free thinker myself, memang saya rasa (bukan percaya 100%) Tuhan tak wujud. Tiada sesiapa yang ...
bukan u islam ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab orang tahu berfikirlah maka mereka tahu Tuhan tak wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
mujer_in_espejo posted on 30-3-2014 08:58 PM
bukan u islam ke?
Who says so?
|
|
|
|
|
|
|
|
firaun masa nyawa di kerongkong baru dia ngaku ada tuhan...kita ni selagi duk atas dunia senang lenang xngaku punya... |
|
|
|
|
|
|
|
kita x nampak x semestinye DIA x wujud...
4 example can u see the oxygen than u breath in.. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 27-3-2014 12:14 AM
As a free thinker myself, memang saya rasa (bukan percaya 100%) Tuhan tak wujud. Tiada sesiapa yang ...
Kalau kau masuk islam, kau akan jumpa jawabannya. Semua bukti keujudan tuhan ada pd al quran. Tapi dgn syarat kau open minded lah, takde niat utk pelekeh.
Dlm agama lain, kau tak akan jumpa bukti2 itu. Kaji lah sebelum berlaku qyimqt pd diri kau.....mati
|
|
|
|
|
|
|
|
sktg posted on 1-4-2014 11:01 PM
Kalau kau masuk islam, kau akan jumpa jawabannya. Semua bukti keujudan tuhan ada pd al quran. Tapi ...
Tapi kalau agama lain, mereka pun akan cakap cuma Tuhan mereka saja wujud. Saya nak percaya siapa? Semua agama pun terhegeh-hegeh cakap sendiri paling hebat dan suci mulia. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 1-4-2014 11:06 PM
Tapi kalau agama lain, mereka pun akan cakap cuma Tuhan mereka saja wujud. Saya nak percaya siapa? ...
Sebab itu kita perlu kan bukti, aku tahu tuhan hindu, budha, kristian dll mcm mana iaitu spt yg blh kita baca pd ruang agama mereka. Bila banding dgn hujah perbincangan keujudan tuhan dlm islam, mcm langit dgn bumi. Tak logic pd akal(jgn salah faham, aku tak hina agama mereka).
Kenapa umur kita pendek, kenapa kejap kita suka kejap duka, dan mcm2 permasalahan dan persoalan manusia, ada jawaban dlm islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya lagi kau menuntut ilmu lagi kau membaca lagi kau mengkaji lagi kau berfikir lagi kau dekat kepada atheism dan pluralisme. Aku tak penah jumpa lagi orang atheist yg bodoh. Kebanyakan depa dah kaji semua kitab samawi termasuk kitab kitab kuno dulu. Apa yang depa jumpa dalam kitab kitab tu malas la aku nak citer sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 27-3-2014 12:14 AM
As a free thinker myself, memang saya rasa (bukan percaya 100%) Tuhan tak wujud. Tiada sesiapa yang ...
bagus kau bersangka baik dengan Tuhan, bagi kau Tuhan sangat adil, tapi bila kau saksikan penderitaan manusia dia bumi kau memutuskan utk tidak percayakan Tuhan. Bagi aku Tuhan ciptakan alam ini dengan sistem tersendri semuanya berjalan secara automatik, terpulang kepada manusia untuk mencoraknya.Aku pun tak tahu sama ada Tuhan sedang memerhatikan kita ataupun membiarkan/tidak ambil peduli kita. Manusia mungkin seumpama hamster didalam sangkar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|