CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2304|Reply: 8

PKR bongkar rahsia penduduk Taman Delima tegar UMNO berhijrah sokong PKR.

[Copy link]
Post time 26-3-2014 08:24 PM | Show all posts |Read mode
                                                Salaam.


ADUN KOTA ANGGERIK SELAKU TIMBALAN PENGARAH PILIHANRAYA PRK KAJANG TAMAN DELIMA BONGKAR RAHSIA MENGAPA PENDUDUK TAMAN DELIMA TEGAR UMNO BERHIJRAH MENYOKONG KEADILAN








Taman Delima, Kajang adalah sebuah taman perumahan kos sederhana didiami oleh majoriti penduduk-penduduk berbangsa Melayu.

Taman Delima ini juga di kelilingi oleh kampung-kampong tradisional iaitu Kampung Batu 13, Kampung Batu 14 dan Kampung Sungai Balak.

Selama ini kawasan pusat mengundi Taman Delima telah dikuasai oleh UMNO/BN... terkenal sebagai antara kubu terkuat UMNO/BN di DUN N25 Kajang.

Dalam PRK DUN25 Kajang baru-baru ini, pengundi telah pun melakukan perubahan angin berhijrah dengan memberi sokongan kepada calon dari Parti KEADILAN/PR iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Di Taman Delima khasnya, KEADILAN  menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.. Suatu peningkatan yang cukup membanggakan sekali.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah daripada usaha gigih pertugas-petugas  Pakatan Rakyat khusunya DM Taman Delima yang telah menyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk-penduduk setempat tentang dasar-dasar kerajaan PR Selangor.

Rakyat mula yakin untuk menyertai PR untuk ke Putrajaya.

Menurut Y.B Dr Haji Yaakob bin Sapari selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Taman Delima, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan sekaligus mampu merampas Taman Delima daripada UMNO/BN adalah:-

1. Ceramah kelompok yang terus kepada sasaran .. walaupun berskala kecil tetapi cukup memberi impak dan kesan.

2. Cara kempen dan serangan keterlaluan kepada DSAI sehingga menimbulkan dari rasa benci timbul kesian.

3.  Penggunaan Mahkamah untuk sekat DSAI dari bertanding dilihat sebagai mencermninkan rasa takut tidak bersebab.

4.  Para perayu undi BN yang dilihat bersikap terlalu kasar dan dengan budaya samsengnya.

5.  Penduduk masyarakat Melayu terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar sudah tidak mudah ditipu dan diperdayakan dengan momokan dari Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM ... kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari .. mengakibatkan mereka mampu untuk menilai berita yang sahih dan fitnah.

6.  Anak-anak muda Melayu bukan lagi anak-anak muda Melayu zaman 80an dan awal 90an .. ditiupkan dengan slogan laungan Hidup Melayu akan menyebabkan bulu roma mereka meremang .. kini sudah tidak wujud lagi .  Laungan Hidup Melayu hanya segelintir saja kelompok elit Melayu UMNO yang hidup senang lenang tetapi majoriti kaum Melayu masih lagi merempat.

7.  UMNO dilihat pada kaca mata rakyat terutamanya anak-anak muda Melayu adalah sebuah parti yang poyo ketinggalan zaman .. jumud dan kaku .. diselaputi penuh dengan mungkar, salah guna kuasa, penyelewengan, tidak cekap dan rasuah.

8. Rakyat menolak politik perkauman melampau.

9. Rakyat juga menolak kempen politik yg aggresif dan lucah


Ins'yAllah pada PRU 14 akan datang cahaya kemenangan merampas Putrajaya adalah cukup cerah sekali.
               
                                                                                                                                                        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 09:07 PM | Show all posts
So?? Apa motip? Bru tahu ke? Kesian3 benang hambar...


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 09:37 PM | Show all posts
buatlah apa yang patut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 08:41 AM | Show all posts
orang kata...
everthing must start from de basic..
so ape basic kita as a muslim??
kembali / rujuk pada Islam laa..

nice info btw..tq..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 12:41 PM | Show all posts
Tahniah.... strategi PR berjaya. Tapi jangan la sombong bila berjaya. Ni dah kedengaran exco-exco Selangor yang dah mula sombong dan susah rakyat nak jumpa.

Prestasi dan sikap kena la konsisten tak kira berapa lama jadi wakil rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 02:24 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2014 03:35 PM | Show all posts
kat Malaya.....
3.  Penggunaan Mahkamah untuk sekat DSAI dari bertanding dilihat sebagai mencermninkan rasa takut tidak bersebab.

Kat Sarawak....
Rafizi, Tian Chua pemimpin PKR ketiga dihalang masuk ke Sarawak  http://www.themalaysianinsider.com/

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 10:44 PM | Show all posts
asyik hentam nuar je...kalau nuar mati hentam la nuar cukup2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2014 11:51 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 27-3-2014 08:41 AM
orang kata...
everthing must start from de basic..
so ape basic kita as a muslim??

back to basic
...islam

alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.441119 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list