CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5537|Reply: 34

Penipuan selama 30 tahun Mahathir terbongkar.

[Copy link]
Post time 28-3-2014 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Salaam.

Kalau tanya Tun Mahathir nanti, Tun Mahathir jawab 'Saya dah lupa'



Setelah hampir 30 tahun berlalu.. Akhirnya terbongkar jua penipuan Mantan Presiden UMNO yang menjadi PM pada masa tragedi Memali berlaku..

1Malaysia diberitakan kononnya Mahathir berada di luar negara.. tetapi hakikatnya!! lihat apa Tun Musa Hitam dedahkan ini..







Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God,"
kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka ~ The Malaysian Insider

Last edited by BelovedTaeyeon on 28-3-2014 10:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 04:57 PM | Show all posts
semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.

dari sini dah nampak yg kau hanyalah mencari kesalahan BN/UMNO kerana bencikan bn dan umno.

hairan pulak bila sampai parti2 yg kau minat, semuanya betul, xde satu pun salah.

hakikatnya setiap parti pasti ada lakukan kesilapan masing, dan tak ada satu pun yg betul.

cara kau menilai sesuatu parti adalah tak matang dan berfikiran sempit.

maknanya kau tak nampak kesalahan yg ada pada parti kau, dan kau nampak semuanya betul dan kau tak nampak kebaikan pada parti yg kau benci, dan semuanya salah.

cara menilai macam ni memang bahaya dan tak sihat. menilailah dengan cara yang matang dan bijak.




Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:04 PM | Show all posts
menilai cara macam ni sama jugak macam kau bencikan seseorang sebab orang yg kau benci tu terlalu baik.

dan kau nampak orang tu menolong orang lain kerana mengharapkan pujian, sedangkan hakikatnya orang tersebut menolong dengan ikhlas.

ini membuatkan kau takkan nampak kebaikan pada orang yg kau benci tersebut.  apa yang kau nampak hanyalah kesalahan, kesalahan dan kesalahan.

sebaliknya menilailah dengan cara yg matang dan hati yang terbuka. kalau kau bencikan sesuatu, cubalah menilai samaada benda yg kau bencikan tu ada mendatangkan kebaikan ataupun tidak, dengan hati yg terbuka, dan bukannya dengan hati yg marah.  kerana menilai dgn hati yg marah, kita akan dikaburi dgn kesilapan2 yg dilakukan, dan tiada kebaikan.




Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:37 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 04:57 PM
semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.

dari sini dah nampak yg kau hanyalah m ...

bagaimana pula yg buka thread dengan memburukkan parti pembangkang? xde pula ko cantas dorg.
ko pro bn?
rilek sudah. masing2 ada akal. biaq pi la nk burukkan sspe pon, dosa fitnah dia tanggung. ape ade hal.
butthurt sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:37 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 05:04 PM
menilai cara macam ni sama jugak macam kau bencikan seseorang sebab orang yg kau benci tu terlalu ba ...

terbaik...

klu terlampau taksub dgn sesuatu parti begitu lah jadinya....

semua silap..semua jahat...takde yang baik...klu baik pun di katanya hanyalah untuk mengumpan / merasuah rakyat...(typical thinking of fanatic opposition)

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:41 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 28-3-2014 05:37 PM
bagaimana pula yg buka thread dengan memburukkan parti pembangkang? xde pula ko cantas dorg.
ko p ...

kalau aku balas balik komen kau ni pun sebenarnya boleh. tapi aku tahu, kau adalah jenis manusia yg macam TT.

yg akan menilai setiap komen2 dengan penuh perasaan marah. bila dah marah dan emosi, terangkan dan jelaskanlah berapa banyak pun semuanya takkan betul pada mata kau.












Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2014 05:48 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 05:41 PM
kalau aku balas balik komen kau ni pun sebenarnya boleh. tapi aku tahu, kau adalah jenis manusia y ...

1st time org balas "baik" mcm ni.. salu akan cpat butthurt.
lebih2 lgi pro bn.. aku xpro mana2. yg baik kita puji, yg buruk kita hentam, tp selidik dlu
aku hentam ko bkn sbb apa, individual sgt ko sound, abeh tu forumer lain yg memburukkan org lain, parti dia je hebat ko xhentam plak.
mcm nmpk sgt ko anti pembangkang. itu sahaja. jgn risau aku bkn jenis cpt melenting. msing2 ada akal kan. heee

p/s ko ade join forum lain ke, mcm familiar ko punye nickname
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:48 PM | Show all posts
seri_mawr posted on 28-3-2014 05:37 PM
terbaik...

klu terlampau taksub dgn sesuatu parti begitu lah jadinya....

tulah... aku memang sangat2 jarang masuk hal2 politik. tapi kalau dah lebih2 sgt, aku rasa patut jugak aku suarakan apa yg aku rasa




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 05:55 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 28-3-2014 05:48 PM
1st time org balas "baik" mcm ni.. salu akan cpat butthurt.
lebih2 lgi pro bn.. aku xpro mana2. y ...
aku hentam ko bkn sbb apa, individual sgt ko sound, abeh tu forumer lain yg memburukkan org lain, parti dia je hebat ko xhentam plak.
mcm nmpk sgt ko anti pembangkang.

hmm... salah tu tanggapan kau. forumer lain yg memburukkan orang lain dan merasakan parti sendiri tu betul pun mungkin aku akan balas komen yg sama.

cuma kebetulan benang ni jatuh pada pihak pembangkang, so seolah-olah org akan nampak aku pro bn.

p/s ko ade join forum lain ke, mcm familiar ko punye nickname

tak ada.







Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 05:55 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 05:48 PM
tulah... aku memang sangat2 jarang masuk hal2 politik. tapi kalau dah lebih2 sgt, aku rasa patut j ...

elok la gitu...klu selalu berpolitik kang....gaduh jek jadinya..tercemar pemikiran dan bahasa...

bukan TT jek yang gitu...kat opis aku ni ha...belambak suka ngutuk terutamanya yg seangkatan dgn TT la..
aku biasanya dgr jek...klu dah lebih2 baru la aku tegur apa2 patut...pastu kang slow la sikit...pastu jadi balik...

suka hati korang la...ngata n kutuk la selagi boleh...nnti dah mati jawablah sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 06:47 PM | Show all posts
macam mana mau mark ini post..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:04 PM | Show all posts
Tak suka sama Malaysia, sila blah dari Malaysia!! Tak kira kalau korang sokong BN ke PR ke, korang harus berambus!! PR pun parti Malaysia tahu??!!! Kalau korang tak suka kerajaan ataupun pembangkang, sila migrate!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:22 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 04:57 PM
semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.

dari sini dah nampak yg kau hanyalah m ...

per masalah kau kalau dia bukak benang ni pun

aku hargai info ni..at least semua orang dah tau kisah sebenar


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 10:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 10:51 PM | Show all posts
Suudahler, macai amengok. Bila benda yang benar, maka habehlah kata orang tu tak patut le tak boleh extrimisr ler.
Tapi kalau bab hat yang pitenah, mati-matian dok pertahan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 10:57 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 04:57 PM
semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.

dari sini dah nampak yg kau hanyalah m ...
  1. semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.
Copy the Code
benda dah benar bahawa itulah keburukan amengok dan BN, akuilah sahaja.
Tu benda keluar dari mulut ex TPM pun korang masih macam tak pircaya lagi
Macamlah jugak ada keluar video pengakuan Mamak Kutty psl kes Anuar tu adalah satu konspirasi politik
pun macai2 masih tak pircaya
ramai manusia memang macam itulah
benda2 alam ghaib hari alam akhirat pun masih ramai yang ragu2 dan kurang percaya
itu yang banyak buat maksiat dan ikut hawa napesu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 11:43 PM | Show all posts
Pailang posted on 28-3-2014 04:57 PM
semua benang2 yg kau bukak adalah memburukkan bn dan umno.

dari sini dah nampak yg kau hanyalah m ...

terbaikkk... Next step, copy lah ini komen, ganti perkataan 'bn dan umno' kepada 'PR dan Pas/Dap/Pkr'
kalau nak minta peminat PR 'menilailah dengan cara yang matang dan bijak. ' --aku setuju sangat.
Tapi kena minta pada pencinta BN juga.
Itu hari ada sorang peminat BN bukak topik flooded satu page. Pasal betapa jahanamnya PR ni.
Tak percaya buka page 13 atau 14 (sebelum terlambat) dan lihat topik topik yg tiada replynya iaitu '0' saje
Yang jenis itu, melimpah ruah di sini.
Harap dapat diteruskan usaha anda kepada semua pihak.
Syabas.


Last edited by amukgemuk on 28-3-2014 11:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2014 07:53 AM | Show all posts
dio tak tipulah ...kito semua keno ...mee goreng mamak ...baaaik punya goreng ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:48 PM | Show all posts
Salaam.

Kan aku dah kata

http://www.malaysiakini.com/news/258583


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak,"
kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2014 08:41 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.075377 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list