CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: BelovedTaeyeon

Penipuan selama 30 tahun Mahathir terbongkar.

[Copy link]
 Author| Post time 30-3-2014 08:41 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2014 01:14 PM | Show all posts
tapi .. kenapa peristiwa memali terjadi.. kenapa .. apa sebab nya.. dan mana duit tabung memali hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2014 02:00 PM | Show all posts
Salaam.

Cam biasa.

Macai bila sebut jer Memali, macai akan konar baring sebut pasal tabung.

Cai...cai...kesiannya.

Dah takde hujah...konar jer la sampai lutut terburai
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 05:05 PM | Show all posts
Peristiwa Memali konspirasi jahat Umno, media arus perdana jadi alat Mahathir

SHAH ALAM, 29 MAC: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China mengukuhkan lagi dakwaan peristiwa berdarah Memali berlaku hasil konspirasi jahat kepimpinan Umno. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, peristiwa Memali sebagai satu perbuatan jijik yang dilakukan Mahathir berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan Tun Musa Hitam. “Pendedahan Musa Hitam memberikan jawapan yang memperkukuhkan dakwaan sebelum ini ketika peristiwa itu berlaku bahawa ia terhasil daripada konspirasi politik jahat kepimpinan Umno sendiri. “Apabila Musa mengatakan Mahathir berada di Malaysia ketika itu dan beberapa hari selepas kejadian tetapi media arus perdana melaporkan beliau (Mahathir) berada di China.

sepenuh: http://bm.selangorku.com/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2014 05:17 PM | Show all posts



https://www.facebook.com/photo.p ... 61864036&type=1


Dr M tak ingat sama ada berada di KL? Mungkinkah juga dia tak ingat jadi Perdana Menteri masa tu? Mahathir mudah lupa atau dah nyanyuk? Mahathir, you boleh tipu buat lupa. Tapi sampai bila? Mahathir buat2 lupa Memali. Tunku Muszaffar Shah mantan OCPD Baling 1981-1986 dah tulis buku. Dia dah dedahkan pada 2011 lalu.

Mahathir bohong! Tunku Muszaffar Shah ketua polis daerah Baling masa tragedi Memali. Dia tulis buku "Memali: A Policeman Remembers". Tulisan Tunku Muszaffar Shah dedahkan Dr M ada dlm negeri masa Memali. Dr M bohong!

Bohong jika xda yg pernah baca!!! Bohong jika ada yg kata x pernah jumpa kat library!!! Library Polis juga ada bukan? Bohong juga kalau ada yg kata buku ni x wujud!!!

Mereka boleh terlepas selama BN berkuasa. Tapi takda "statute of limitation" dlm soal pembunuhan. Sebab tu mereka mati2an pertahankan kuasa.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 10:42 PM | Show all posts


gambar TUN paling sexy i penah tengok uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 08:57 AM | Show all posts
aku rasa bukan che det je lupa, tapi musa hitam ni pon lupa dia dulu mcm mana..
jgn konon2 dia nak bongkar pasal che det, org bongkarkan kisah dia pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:11 AM | Show all posts
Buka semula kes Memali sebelum jadi isu perkauman, kata bekas polis

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.
Mat Zain berkata, jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.
"Saya berpendapat jika kerajaan gagal atau sengaja enggan membuka semula penyiasatan tragedi Memali yang meragut 18 nyawa termasuk 4 anggota polis, selepas pendedahan mengejut yang dibuat oleh Musa beberapa hari lalu, ia mungkin akan dijadikan isu perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam lebih-lebih lagi dalam suasana politik negara hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.

sepenuh: http://www.themalaysianinsider.com/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 01:03 PM | Show all posts
marilah tutup thread ni sebelum bergaduh...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:03 PM | Show all posts
Tun Musa ni lama lama rahsia dia org buka pula.Pernah kahwin dengan perisik Soviet antara kisah kisah Tun Musa yg popular.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:00 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 28-3-2014 05:48 PM
1st time org balas "baik" mcm ni.. salu akan cpat butthurt.
lebih2 lgi pro bn.. aku xpro mana2. y ...

kes lahad datu :

zahid hamidi nak dedahkan 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang?

sampai sekarang senyap?

kes memali :
punca ajaran sesat .

Sekiranya punca ajaran sesat, kenapa ayah pin, kassim ahmad, al arqam tidak di hukum bunuh seperti peristiwa memali?

adakah ini jenayah politik?

sebagai forumer yang bijak kita membicarakan dengan FAKTA bukan dengan personal attack seperti mana mereka yang ketandusan idea dalam berbicara.

bila membicarakan sesuatu isu mudah sahaja di capkan penyokong parti A penyokong parti B.

bila membicarakan RASUAH mudah di capkan parti pembangkang.

walhal isu RASUAH isu kewangan negara. masalah negara.  membicarakan rasuah di malaysia ibarat jenayah berat dan di cerca di hina menjadi fanatik pembangkang.

di sini kita dapat melihat tahap pemikiran rakyat malaysia akan datang , tahun mendatang.

benarlah cakap sang pujangga, orang cerdik akal nya tajam, orang jahil lidahnya tajam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:03 PM | Show all posts
hydrocloric posted on 30-3-2014 01:14 PM
tapi .. kenapa peristiwa memali terjadi.. kenapa .. apa sebab nya.. dan mana duit tabung memali hehe ...

kena bunuh sebab ajaran sesat.

tapi kassim ahmad, ayah pin, al arqam tidak kena hukuman sebegitu?

pelik tapi benar.

jenayah politik.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:06 PM | Show all posts
hydrocloric posted on 30-3-2014 01:14 PM
tapi .. kenapa peristiwa memali terjadi.. kenapa .. apa sebab nya.. dan mana duit tabung memali hehe ...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang[1] dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Isi kandungan [sorokkan]



Lokasi[sunting | sunting sumber]
Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.
Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malayapada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.
Tayangan video[sunting | sunting sumber]
Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video singkat oleh RTM1.[2], [3] Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjataparang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan[nyatakan menurut siapa?] telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.

Operasi Angkara[sunting | sunting sumber]
Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah.Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:06 PM | Show all posts
Polis bertindak[sunting | sunting sumber]

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dianggap oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.
Persediaan di Madrasah[sunting | sunting sumber]

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK)[perlu rujukan], dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia[4] . Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. [5] Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu adalah mendung & gelap mengikut penduduk disitu. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden ini.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [6]
Korban[sunting | sunting sumber]

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. [7]
Kontroversi Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2014 di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku dan bukannya di China. [8], [9]
Buku-buku mengenai Memali[sunting | sunting sumber]

Memoir tragedi Memali oleh Riduan Mohamad Nor, C. N. al Afghani [10]
Peristiwa Memali: Kertas Perintah 21, Tahun 1986 : Dikemukakan Dalan Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah [11]
Peristiwa Memali Dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara., 1986 - 25 pages [12]
Memali : A policeman remembers' [13]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Maklumat tambahan tentang Peristiwa Memali
Rujukan[sunting | sunting sumber]

Jump up ↑ [http://www.freemalaysiatoday.com ... an-kasih-ke-memali/ Konvoi ‘Titian Kasih ke Memali’ FMT Staff, November 17, 2011]
Jump up ↑ Malaysian politics: the second generation, Gordon Paul Means
Jump up ↑ LAWASIA human rights bulletin, Volumes 5-10, Law Association for Asia and the Western Pacific
Jump up ↑ Imbasan Peristiwa Memali 1985 di Dewan Utama MDPP
Jump up ↑ Paradoxes of Mahathirism: an intellectual biography of Mahathir Mohamad, Boo Teik Khoo
Jump up ↑ Tuan Guru Azahari Razak: Ulama tegas tapi terbuka.
Jump up ↑ http://pemuda-trg.tripod.com/cucu/cucu028.htm
Jump up ↑ https://www.youtube.com/watch?v=cN2_g3U9icI
Jump up ↑ Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali.
Jump up ↑ Memoir tragedi Memali oleh Riduan Mohamad Nor, C. N. al Afghani
Jump up ↑ Peristiwa Memali: Kertas Perintah 21, Tahun 1986 : Dikemukakan Dalan Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah
Jump up ↑ Peristiwa Memali, Dicetak oleh Jabatan Percetakan Negara., 1986 - 25 pages
Jump up ↑ Ex-OCPD: Bukit Aman made poor decisions in Memali
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 12:53 PM | Show all posts




Musang Hitam nak minta maaf pd che det sbb fitnah dia.
kononnya che det ada kt KL masa Tragedi Memali tuuu..
orang lain bikin temberang lama juga orang percaya...
Musa Hitam bikin temberang cepat benor kantoi nyer..

TT pon sama hati hitam legam..
Ingat CNN jer jahat? Yg terlibat tulis ni pon sama jgk.
jwb la nnti kau dgn Tuhan.





Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.411762 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list