View: 2680|Reply: 7
|
Bung Nuar Lawan Kak Jijah Untuk Jawatan Presiden Parti
[Copy link]
|
|
Anwar-Azizah bertembung lagi rebut jawatan presiden PKR
Ahmad Fadli KC | 5:40PM Mac 29 2014
Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.
Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman
Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.
Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.
Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.
Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.
Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa izzah tak lawan presiden sekali
Baru one family parti
Laki bini anak semua ada |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon TT buat poll, kita tengok samada Azizah atau Anwaq yang menang ?
Pertandingan agak sengit kerana kedua-duanya mempunyai macai tegaq masing-masing yang sanggup tidoq atas jalan persis lembu kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ado thread!sapo tah bukek! |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun anak beranak jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sandiwara dua laki bini anak beranak la ni...tak lain tak bukan |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 3-4-2014 12:10 PM
tred anwart misti kene bukak byk2.
.....itu dah tugas kami
hehehhe
ko teruskan je lah
jgn sampei jatuh cinta sudahlah...
HAHAHAhaah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|