CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22635|Reply: 347

Doa pecah perut makan diri= terpaksa usung pundi kencing

[Copy link]
Post time 31-3-2014 03:41 PM | Show all posts |Read mode
NIK AZIZ SUDAH BERTAUBAT














KOTA BHARU 29 Mac - Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini.
Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.
Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.
"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.
Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.
Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013.
Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.
Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.
Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.
Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat.
Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.
Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka.





MOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN MANA SATU NI POK NIK ?

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999;

2.  “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999;

3. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

4. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999 ketika mengulas buku Shit karya bekas ahli PAS Professor Datuk Shahnon Ahmad yang memaki Tun Mahathir dengan perkataan carut “P…M..”;

5. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

6. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

7. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

8. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

9. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

10. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

11. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

12. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

13. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

14. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

15. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

16. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

17. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk Al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

18. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

19. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

20. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

21. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

22. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009
Last edited by akughi on 3-4-2014 12:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 03:45 PM | Show all posts
Lohh aku igtkn ada picca ngeri td bce tjuk
rupanya politik jahh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:47 PM | Show all posts
kan dah ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:48 PM | Show all posts
Cukup2 la nak berpolitik & sebut benda2 yg mengaibkan.
Berbeza pandangan politik tak harus menjadikan kita manusia yg tak berhati perut.
Regards of apa jer kekhilafan seseorg, hormatla mereka sbg org tua & manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 03:51 PM | Show all posts
Innrukia posted on 31-3-2014 03:48 PM
Cukup2 la nak berpolitik & sebut benda2 yg mengaibkan.
Berbeza pandangan politik tak harus menjadik ...

itu yg aku nak bg tau semua org yg nik aziz dah bertaubat dan tak buat fitnah serta memecahbelahkn umat islam.....

harap semua org sedia maklum bahawa nik aziz dah bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:52 PM | Show all posts
ok le tu kurang2 dia boleh merendah diri memohon maaf kalau2 ada kesilapan & kesalahan dia..
drpd org yg tak pernah sedar2 diri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
apakah... isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:52 PM | Show all posts
prostat mmg macam ni
kena bawak beg urine
tapi lepas operation biasanya akan baik

korang yg lelaki ni jangan cakap besar sangat
biasa prostat boleh menyerang org berumur 50 tahun ke atas
biasa dalam wad, di HUKM contohnya, umur yg biasa kena ni 70 - 80 tahun
macam2 bangsa
cina melayu india

dia mula dengan kencing tak lawas
so tuan tanah yg bukak thread, kalo ko lelaki, jangan sampai meludah ke langit ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 03:53 PM | Show all posts
haryatie posted on 31-3-2014 03:52 PM
ok le tu kurang2 dia boleh merendah diri memohon maaf kalau2 ada kesilapan & kesalahan dia..
drpd o ...

syukur dai sedar bahawa fitnah itu dosa besar, dia patut mintak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:54 PM | Show all posts
thread riak takbur kah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 03:55 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 31-3-2014 03:52 PM
prostat mmg macam ni
kena bawak beg urine
tapi lepas operation biasanya akan baik

mintak disimpangkan........Tun M smp sekarang sihat walaupun dia doakn pecah perut...lagi pun Tun M tak pernah nak balas kejahatan dia.....syukur dia pun dah insaf
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:55 PM | Show all posts
Vellfire posted on 31-3-2014 03:47 PM
kan dah ada thread ni

dapek satu kredit bah ...termasuk aku ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 03:55 PM | Show all posts
tebuanharimau posted on 31-3-2014 03:54 PM
thread riak takbur kah

bukan mcm tu maksud aku.....cume nak tunjukkn contoh serta tauladan pade yang lain2
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:57 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 31-3-2014 03:55 PM
dapek satu kredit bah ...termasuk aku ...

hehehe aku bukan sengaja tau
baca tajuk pun dah ngeri

aku ingatkan ada gambar betul2 tadi
ropa2nya citer sama
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:57 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 31-3-2014 03:52 PM
prostat mmg macam ni
kena bawak beg urine
tapi lepas operation biasanya akan baik

arwah megat junid ex menteri umno pun meninggal sbb prostat cancer kan? so cancer/penyakit menyerang tak kira siapa..so kita yang sihat walafiat ni jgn excited sangat bila orang lain kena....

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:59 PM | Show all posts
sekurang2nye Allah swt dah bukakkan pintu hati beliau utk bertaubat dan memohon maaf pd org yg disakiti. beliau sedar beliau tidak maksum. kite2 ni bile lagi kan? kot ye dipanjangkan umur, kalau tak mcm mane kan? nauzubillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 03:59 PM | Show all posts
akughi posted on 31-3-2014 03:55 PM
mintak disimpangkan........Tun M smp sekarang sihat walaupun dia doakn pecah perut...lagi pun Tun  ...

tu m happy jer sindir nabi muhammad simpan janggut sbb dedolu takder gillette....tak kena apa2 pun kan kan ?? so mari kita enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:01 PM | Show all posts
zamzam posted on 31-3-2014 03:57 PM
arwah megat junid ex menteri umno pun meninggal sbb prostat cancer kan? so cancer/penyakit menyera ...

NIK AZIZ je yg byk dosa dan salah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 31-3-2014 03:55 PM
dapek satu kredit bah ...termasuk aku ...

dapat juga satu crdt sebelum mod tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:03 PM | Show all posts
zamzam posted on 31-3-2014 03:57 PM
arwah megat junid ex menteri umno pun meninggal sbb prostat cancer kan? so cancer/penyakit menyera ...

tulah saya pun bilang tadi jgn lebih2 gembira

kalo prostat yg cancer mmgla lebih teruk..boleh bawak maut
tapi prostat yg tidak cancer, insya Allah boleh baik


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083617 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list