CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 12

Anwar mintak TGNA doakn kesejahteraan dirinya

[Copy link]
Post time 1-4-2014 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Anwar pohon Tuan Guru Nik Aziz doakan kesejahteraan
MAR 31, 2014 RATU SYAHADAH


KOTA BHARU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kesejahteraan dirinya agar diberi kekuatan untuk bersama-sama seluruh pemimpin Pakatan Rakyat  bagi menumbangkan Umno dan BN.

Permintaan itu dibuat ketika bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka, Sabtu lalu.

Anwar menyifatkan  pertemuan itu memberikan inspirasi, kekuatan dan semangat kepadanya bagi menghadapi fitnah dan konspirasi politik yang dihadapinya sejak sekian lama.

"Saya memohon jasa baik Tuan Guru supaya mendoakan kesejahteraan saya bagi menghadapi situasi saya kini," ujar beliau.

Anwar yang hadir di Kota Bharu dalam menjayakan siri ceramahnya berkesempatan bertemu dengan Tuan Guru ketika menunaikan solat Subuh berjemaah.

Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir, Adun Gucil, Mohd Roslan Puteh, Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR negeri, Muhammad Hisomuddin Bakar dan para pimpinan PKR negeri.

Anwar berkata, bayangan kuasa rejim BN yang hampir jatuh ekoran kebangkitan rakyat dan Pakatan Rakyat menjadi mimpi ngeri Umno dan BN.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu dilihat kukuh dan mampu meyakinkan seluruh rakyat bahawa ia bersedia mengambil alih kerajaan ekoran kegagalan ketara kerajaan BN sekarang menangani isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, Tuan Guru begitu terharu dengan kunjungan Anwar malah terkilan kerana tidak dapat turut berceramah bersama Ketua Pembangkang itu kerana keuzuran.

Dalam tazkirahnya Tuan Guru berkata, pihak musuh tidak akan senang dengan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kekentalan jiwa Anwar yang tabah menghadapi fitnah dilemparkan para pemimpin Melayu sendiri akibat takut hilang kuasa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2014 10:33 AM | Show all posts
org tua tu dah sakit......dia yg sihat tu pulak suh org tua tu doakan tuk dia....puuuuiiiiii...celako punye org...

ko tak leh doa sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 10:35 AM | Show all posts
Anwar kan kena hukuman penjara 5 thn so bila dia sepatutnya masuk penjara ?........aq mmg x ikut perkembangan psl dia nie, kureng gemar bab politik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 10:45 AM | Show all posts
pok nik dah insap la pakcik...agak2 la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 10:46 AM | Show all posts
sekel posted on 1-4-2014 10:35 AM
Anwar kan kena hukuman penjara 5 thn so bila dia sepatutnya masuk penjara ?........aq mmg x ikut per ...

tak tau lagi....sbb dia tgh tggu nik aziz doakn dia.....sbb nik aziz je yg boleh berdoa.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 10:50 AM | Show all posts
akughi posted on 1-4-2014 10:46 AM
tak tau lagi....sbb dia tgh tggu nik aziz doakn dia.....sbb nik aziz je yg boleh berdoa.....

nik Aziz skg berdoa utk keampunan dia selama memerintah Kelantan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2014 11:14 AM | Show all posts
sekel posted on 1-4-2014 10:50 AM
nik Aziz skg berdoa utk keampunan dia selama memerintah Kelantan

sepatutnye dia kene buat cam tu....tapi ni anwar suruh dia doakn tuk kesejahteraan diri dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:52 AM | Show all posts
mana phailang, xnk hentam thread yg ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 10:20 AM | Show all posts
akughi posted on 1-4-2014 10:33 AM
org tua tu dah sakit......dia yg sihat tu pulak suh org tua tu doakan tuk dia....puuuuiiiiii...celak ...

Biarkan lah dia nak minta doa dari orang yang sakit...

Itu lebih baik dari buat fitnah atau memburukkan musuh politiknya...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 03:13 AM | Show all posts
Doalah sendiri anwar oiii. Dahlah nik aziz tak sihat. Janganlah bebani dia walaupun mungkin dia akan buat seperti dipinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 08:25 AM | Show all posts
munchkin posted on 3-4-2014 03:13 AM
Doalah sendiri anwar oiii. Dahlah nik aziz tak sihat. Janganlah bebani dia walaupun mungkin dia akan ...

nuar ni suke mengkudakan org lain

org tua pun dia kudakn.... tapi para penyokong dia setuju aje tindakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:15 PM | Show all posts
akughi posted on 3-4-2014 08:25 AM
nuar ni suke mengkudakan org lain

org tua pun dia kudakn.... tapi para penyokong dia se ...

dia tu doakan juga untuk nik aziz agar semua dipermudahkan (mungkin dia dah buat kita tak tahu). doa mohon Allah sihatkan kembali nik aziz. tapi toksahlah "bebankan" orang tua tu. dahlah uzur tak sihat. sian je tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:07 AM | Show all posts
Doa lebih afdal kan diri sendiri yg buat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068711 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list