CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1548|Reply: 2

Lawak April Fool dalam melerai krisis

[Copy link]
Post time 1-4-2014 11:06 AM | Show all posts |Read mode
1 April 2014 / 1 Jamadil Akhir 1435
Politik lawak PKR dalam melerai krisis
DARI JENDELA TOK KI

TIDAK pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan politik Malaysia dan dunia, suami mencabar isteri dalam jawatan Presiden parti.

Sejarah terdahulu memperlihatkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terbaharu di Kajang, Wan Azizah menggantikan Anwar dan tidak mustahil sekiranya Anwar terpaksa mengosongkan Permatang Pauh, Wan Azizah bakal ditempatkan semula di situ.

Yang tersirat daripada kisah lawak ini adalah Anwar gagal menyelesaikan masalah Wan Azizah dengan Azmin Ali. Hairan juga Azmin yang menganggap Anwar sebagai pemimpin dunia tidak mampu menyelesaikan masalah domestik.

Mengapakah masalah peribadi tidak mampu dileraikan? Membiarkan ia berlarutan ibarat api dalam sekam yang boleh membakar PKR. Anwar bercita-cita mahu ke Putrajaya. Bolehkah ini terjadi jika ditakdirkan Anwar ke penjara lagi? Dan Wan Azizah dan Azmin akan terus bersengketa.

Lawaknya, mengapa Anwar terpaksa mencabar Wan Azizah dalam jawatan Presiden. Ia mendalamkan lagi krisis Wan Azizah-Azmin. Sepatutnya Azmin yang harus bertanding jawatan Presiden.

Anwar tahu kes Mahkamah Persekutuan mungkin tidak memihak kepadanya. Seperti dia tahu keputusan Mahkamah Rayuan menyebabkan dia menarik diri bertanding di Kajang. Karpal Singh lebih gentlemen. Meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP walaupun rayuan masih dibuat.

Tawaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menentang Azmin juga menarik untuk dianalisis. Abdul Khalid adalah proksi Wan Azizah. Azmin selalu meremehkan Abdul Khalid. Sekiranya Abdul Khalid menang dan Anwar akhirnya menarik diri, bertambah kukuhlah pasukan Wan Azizah dalam PKR.

Andaian yang boleh dibuat adalah Anwar semacam tidak mahu Azmin menduduki jawatan Presiden. Dia hanya percaya kepada Wan Azizah saja. Kalau Azmin diletakkan calon Presiden dan menang kerana Anwar menarik diri dan Abdul Khalid menang dalam jawatan Timbalan Presiden krisis peribadi yang membawa kepada krisis politik akan bertambah parah.

Azmin ada pengaruh dalam PKR Selangor dan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar ada juga pengaruh. Ditakdirkan Abdul Khalid kalah apakah beliau perlu meletakkan jawatan Menteri Besar dan membolehkan Azmin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa menggantikannya? Cara begini cita-citanya ingin menjadi Menteri Besar akan terkabul.

Kalau begitu strategi Kajang Move untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar bagaimana? Inilah agaknya percaturan lawak yang sedang dilakukan Anwar. Bagi Anwar, Wan Azizah ialah pertaruhan tetap baginya. Menyingkirkan Azmin adalah cara terbaik mengatasi krisis yang berlarutan bertahun-tahun.

Sekiranya Anwar ingin terus mencabar Wan Azizah sebagai Presiden kerana keputusan Mahkamah Persekutuan belum tahu entah bila, Wan Azizah kena menarik diri. Sekiranya ini terjadi, ditakdirkan Azmin menang jawatan Timbalan Presiden dan Anwar ditakdirkan dipenjara, kekosongan bagi jawatan Presiden dan Azmin bakal jadi pemangku.

Jika ini terjadi Wan Azizah-Abdul Khalid akan terancam dan krisis antara mereka akan terus menyala. Ia akan melibatkan politik PKR kerana PKR dalam krisis tidak mungkin boleh melonjakkan strateginya ke Putrajaya.

Krisis yang berbangkit simptomnya adalah Anwar cuba mencaturkan politik Kajang Move dan pemilihan kepimpinan PKR Mei ini. Akar sebabnya adalah Anwar gagal meleraikan krisis Wan Azizah-Azmin dan menyebabkan Anwar gagal mencari jalan keluarnya. Bayangkan kalau Anwar ke penjara krisis akan bertambah parah lagi.

Politik Malaysia memerlukan kepimpinan berintegriti bukan politik krisis peribadi yang tidak terlerai atau politik keluarga yang tidak pernah selesai. Pemimpin harus punya wibawa untuk menyelesaikan masalah sama ada yang bersifat politik mahupun keluarga.

Politik lawak mengukuhkan kroni bukan politik sihat bagi Malaysia. Politik negara ini menuntut personaliti yang bersih kalau tidak pun kelihatan bersih.

Politik Malaysia menuntut keterampilan pemimpin yang mempunyai visi dan strategi praktis bagaimana perubahan boleh berlaku dan kemajuan boleh terjadi.

Politik taksub, benci-membenci dan dendam kesumat bercanggah dengan ajaran Islam. Islam menganjurkan politik ukhuwah dan memahami tentang kekuatan dan kekurangan pihak lain dan cuba menyantuni dan melengkapi supaya politik bangsa Melayu menjadi kuat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... risis#ixzz2xbGzdU9v
© Utusan Melayu (M) Bhd



partai carca marba...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 11:07 AM | Show all posts
selamat april fool semua warga pkr
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 05:08 PM | Show all posts
autason ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063703 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list