CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8397|Reply: 17

Adakah Ditindih Semasa Tidur, Gangguan Makhluk Halus?

[Copy link]
Post time 1-4-2014 04:29 PM | Show all posts |Read mode
FAKTA KOT - Adakah Ditindih Semasa Tidur, Gangguan Makhluk Halus?
Kajian Sains dan Orang Barat berpisah tiada...

FAKTA KOT - Adakah Ditindih Semasa Tidur, Gangguan Makhluk Halus? | Mungkin ada di antara kita pernah mengalami saat yang mencemaskan dan menyeramkan apabila merasai seolah-olah sedang ditindih dengan makhluk halus. Persoalannya di sini, adakah ia benar makhluk halus atau sekadar satu bentuk tindakbalas yang mengaitkan dengan teori sains. Satu kajian di luar negara telah dilakukan oleh beberapa orang saintis. Tetapi artikel ini juga ada yang menolak dengan mengatakan tindihan tersebut adalah gangguan sebenar daripada makhluk halus. Sejauh benar dakwaan ini?

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana anda terjaga daripada tidur dan secara tiba-tiba ada sesuatu yang berat sedang menindih tubuh anda? Bagi kami, ianya sudah menjadi kebiasaan bagi admin kerana pernah melalui keadaan ini beberapa tahun lalu dan saat itu, hanya ada satu perkara sahaja yang bermain dalam fikiran: Ada hantu sedang duduk di atas badan aku!

Bukan sahaja tidak dapat menggerakkan tubuh, malah hendak mengeluarkan suara untuk menjerit pun tidak mampu, seolah-olah sudah lumpuh. Biarpun tidak sampai seminit, tapi impaknya terasa cukup menggerunkan sekaligus membuatkan kami tidak mampu melelapkan mata selepas itu kerana cukup keliru dan takut dengan apa yang berlaku. Kami yakin ramai individu di luar sana turut mengaitkan insiden ‘lumpuh’ ini dengan gangguan hantu atau makhluk halus.




Hakikatnya, apa yang terjadi itu sebenarnya dinamakan Sindrom ‘Old Hag’ atau ‘lumpuh tidur’ yang sememangnya pernah direkodkan sejak zaman purba lagi dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Menurut Pengarah Pusat Gangguan Tidur di Pusat Pentadbiran Perubatan Veteran, Houston, Dr. Max Hirshkowitz, ‘lumpuh tidur’ terjadi semasa otak sedang mengalami peralihan fasa nyenyak, mimpi dan bangun, memetik laporan About.com.

Sewaktu berada dalam fasa mimpi, otak akan menghentikan semua fungsi otot agar kita tidak melakukan mimpi secara fizikal, sekaligus menjadikan kita ‘lumpuh’ sementara. Secara mudahnya, jika anda tidak ‘dilumpuhkan’, mungkin anda akan berjalan, melompat, berlari atau melakukan sebarang perkara berbahaya mengikut mimpi anda. Sindrom ini berlaku apabila anda terjaga sewaktu fasa ini sedang berlaku, sekaligus membuatkan anda tidak dapat menggerakkan tubuh.

Adakalanya, ‘lumpuh tidur’ turut disertakan dengan halusinasi yang menjadikan anda seolah-oleh mendengar ada orang sedang berjalan di dalam bilik, bunyi pintu dibuka, suara dan sebagainya, sekaligus menambahkan elemen ‘seram’ bagi mereka yang tidak memahami perkara ini.

Teori dan Pencegahan

Antara teori yang berkaitan dengan ‘lumpuh tidur’ ini ialah, ia kerap terjadi apabila anda tidur dalam keadaan telentang, selain tubuh yang terlalu letih. Selain itu, gangguan mental atau pengambilan dadah penenang seperti Xamax dan Valium turut memungkinkan perkara ini terjadi. Biarpun sindrom ini tidak dapat dijangkakan, anda boleh mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya dan menjauhkan diri daripada tekanan. Senaman secara kerap juga boleh dilakukan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, namun pastikan ia tidak dilakukan pada masa yang terlalu hampir dengan waktu tidur anda.
Kesimpulannya, ‘lumpuh tidur’ ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gangguan hantu seperti yang digembar-gemburkan selama ini dan anda tidak perlu panik sekiranya perkara ini terjadi.Apa yang penting, ambil masa untuk bertenang dan anda akan pulih seperti biasa tanpa perlu membuat andaian yang anda ditindih hantu!

HairanBlog - Jika ditanya pendapat kami, sememangnya kami yakin bahawa situasi ditindih ini ada kaitan dengan makhluk halus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 04:57 PM | Show all posts
comelnya baju tidur gadis itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kedua pendapat betul...

i x pernah alami.. tp hubby slalu kena... menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org ckp kalau pandai kawal time kene tindih tu kt boleh dpt OBE
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 09:25 AM | Show all posts
Aku pernah kena tindih. memang tak leh bergerak langsung. Buka mata nampak gelap shj. Cuba baca ayat al-Quran agak susah nak keluar dari mulut, selepas kuatkan diri baru berjaya.

Pernah dengar ceramah Ustaz Kazim, dia kata antara faktor kena tindih disebabkan mulut berbau. Mungkin lepas makan kari tp kita tidor tak gosok gigi antara penyebab.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 10:52 AM | Show all posts
Selalu kena tindih.  Bila sebut Allahuakbar lps tu baca doa doa yang patut terus badan meremang lepastu baru boleh bangun. Nak keluar suara pun payah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2014 11:09 AM | Show all posts
erm dari segi saintisnyer btol ler paralayse..tapi kalau ikut bahasa ghaibnyer kne tindih dek jin...erm kite slalu je kne..baru je last week kne lagi..smpai nk tdo takut dh sorang2...

kalau tnya ayah kita..dia ckp sbb tido dlam keadaan penat dn panas so badan tak selesa tu yang rase macam kene tindih..tapi..if kne tindih xde aper yang gangu its ok!!..skng ni..ade je bnde2 pelik kita nampak...

macam haritu..kita baru je balik dari kursus seminggu so dalam kul 12 lebih la sampai rumah...pagi tu kita ada aktiviti sukan (confirm2 ler tak mandi.). pnat sgt terus tido...

rasanyer macam baru je tido..tapi..orang ckp mungkin nak kne masa tu n kita pun mmg yakin seblum tido..sbb bilik berbahang...confirm dah mesti sat g aku kne tindih lah ni...and mmg betol..masa tido tu xtau lah mimpi ke aper atau keaadaan kene tindih..xleh gerak...rase mcm ade orang datng MIL ADL and mak and ayah datg..tapi pelik..y there r so excited yang kita ni balik rumah xpenah2 pun excited macam tu siap check aku ni btol ke dah balik belum bukak pintu..berebut2 nk tgk dari jauh dah dgr dorg sebut name aku  ..n nampak seko2 bukak pintu nk tgk aku...org petama bukak pintu is MIL..patu ADL..disebabkan aku tido aritu dalam keadaan panas aku open sikit baju bahagian perut...n dorg yang jengah aku dalm bilik tu siap boleh cakp.."dah balik dah..eh tdo..xpe2 jangan kacau dia tdo jom..jom kua.." sume mcm menghormati orang tgh tido..

kemudian aku dgr orang borak2 kt depan mak ayah n MIL sume tgh borak..MIL mcm gaya tengah masak kat dapur maklum ler dok umah flat je..jadi sume boleh dgr...

patu tibe2 ade nampak kelibat orang tua tebongkok2 masuk...pergi ke sisi katil..pastu xtau dia buat aper..aku tau2 ada tali macam tali gantung tu jerut leher..orang tua tu dok tarik talik tu nk jerut aku..aku plak cuba nk tanggal .(sbb dah terbiasa kne himpap..aku cuba gerakkan kaki sbb orang ckp kalau kne himpap2 gerakkan ibujari kaki..)..so degn berhempas pulas nk tanggal xleh..pngil mak ayah..dorang x dgr...smpai satu tahap aku sebut allahuakbar..dn goyangkan kaki sepenuh hati..baru terjaga.. n yang
sebenarnya..xde sape pun dalm rumah tu kecuali aku..sama seperti keadaan aku balik tadi..sunyi..(konfirm2) lah org kan tgh kje ari jumaat...
so siapa kah wajah2 yang hadir semasa aku kne himpap@Mimpi tu???







Last edited by SS87 on 2-4-2014 11:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 04:27 PM | Show all posts
letak bawang putih dalam bilik tidur, insyallah tak kena tindih lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 08:35 AM | Show all posts
Huhuuuu... Aku baru malam td kene.. Siap nampak bayangan kak ponti bermain-main d kiri kanan lagi kau..
Last2 laki aku kejut sebab die dgr aku ketawa panjang/mengilai tapi mata pejam.. Erk?! Apakah..
Aku kene tindih ke kak ponti yg kene tindih? Knape aku plak yg mengilai..
Sgt misterius sainstiuss....!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 03:09 PM | Show all posts
nsmj posted on 2-4-2014 10:52 AM
Selalu kena tindih.  Bila sebut Allahuakbar lps tu baca doa doa yang patut terus badan meremang lepa ...

Akupun selalu kena tindih..biasanya sebab aku yang start tindih dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tintabiru73 posted on 3-4-2014 03:09 PM
Akupun selalu kena tindih..biasanya sebab aku yang start tindih dulu

Ni cerita hantu tindih yg lain kot. Selalunya malam jumaat, disusuli dgn sound effect/bunyi2an spt orang kelemasan. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:04 AM | Show all posts
ijui@long posted on 3-4-2014 09:34 PM
Ni cerita hantu tindih yg lain kot. Selalunya malam jumaat, disusuli dgn sound effect/bunyi2an spt ...

lalala...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 07:50 AM | Show all posts
ini semua fantasi,kesetanan la apa la,kan simpton sleep paralysis,apa da.dulu kira setan penuh dalam bilik sewa,asyik roomate ja kena tindih,ha ha..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidur berjalan dah macam filem the conjuring:Q
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:22 PM | Show all posts
pnah kne tindih..tgk dgn ank mata..
fuh!! dok gelak je tgk aku..
jgn layan sgt..tdo je
die fade up..die brambus la
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 05:38 PM | Show all posts
Ni cerita drpd BF sy yg sememangnya ada 'pendamping". Ada sekali dia ditindih pastu dia nampak kat atas dia, sorang pompuan rambut panjang muka buruk dok hampar selendang atau sehelai kain atas dia. Lepas tu terus xde pompuan tu. Apa maksud dia dh tebar kain ats BF I pun xtahu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 06:09 PM | Show all posts
pernah kena 4-5 kali... bila terbuka mata.. nmpak semua... just nk bergerak x boleh... sebut Allahuakhbar tp x boleh keluar suara.. dlm hati "Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar" smpai terus terkeluar dari mulut Allahuakhbar! then baru boleh bergerak..

pastu pernah sekali tu,, mimpi tgh jln2 kt kawasan hutan,, pastu suluh lampu suluh kat satu pondok dlm hutan tu,, tetiba ada mcm lembaga terus terkam sy.. pada masa yg sama terus terjaga kena tindih.. mmg rasa mcm ada bnda terkam ke arah saya tu.. tapi x boleh nk bergerak.. tak boleh bercakap.. rasa2 dekat 30saat cmtu.. hanya dlm ahti sebut Allahuakhbar ja... smpai boleh bergerak kepala... dan terus terkeluar kalimah Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar dari mulut..  penat jugak dok berusaha nk bergerak bercakap time kena tindih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 11:36 AM | Show all posts
Rasanya memang ada kaitan dengan makhluk halus. Sbb kebiasaannya sebelum aku kena tindih mesti aku mimpi pasal hantu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.076109 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list