CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5828|Reply: 48

Edisi Hudud-umno pulak yg nak kene bentangkan...alasan smp ke sudah

[Copy link]
Post time 2-4-2014 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Hudud: Asyraf hanya bermain politik

SAYA tertarik untuk mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Saya melihat kenyataan Asyraf hanyalah bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.

Menggesa PAS untuk membawa deraf hudud ke Parlimen membuktikan Asyraf hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. Sedarkah beliau bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian (private bill) perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul.

Ia berbeza dengan Menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan membentangkan rang undang-undang. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan deraf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.

kurang nilai Islam

Adakah ahli Majlis Tertinggi Umno ini mengakui bahawa Umno 'kurang nilai Islamnya' berbanding PAS sehingga walaupun mempunyai kerusi parlimen empat kali ganda melebihi PAS, Umno mewakilkan kepada PAS untuk membawa deraf hudud ke parlimen?

Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno? Bukankah Umno juga parti yang dianggotai orang Islam?

Tahukah Asyraf bahawa pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang.

Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Pada Mac 2006 pula, Salahuddin Ayub (pada masa itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.  Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.

Justeru, apa jaminan apabila PAS mengemukakan rang undang-undang hudud, ia tidak akan ditolak? Dan tidakkah lebih terjamin sekiranya ia dikemukakan oleh pihak yang berkuasa sekarang, iaitu Umno?

Kanun Jenayah Syariah (II) 1993

Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengulangi gesaan kepada kerajaan negeri Kelantan agar mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Pewartaan ini sangat penting sebagai menandakan langkah ke depan di dalam pelaksanaan hudud.

Saya sangat yakin komitmen yang tidak berbelah bahagi Kerajaan Kelantan di dalam pelaksanaan undang-undang ini.  Justeru, ahli-ahli parlimen PAS juga khususnya perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang ini khususnya di Kelantan.

Sesungguhnya langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Namun, bagaimana mahu melangkah seribu jika berhenti selepas beberapa tapak melangkah?
__________________
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2014 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 09:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 12:46 PM | Show all posts
hehehehehehe tak de sekor pun macai yg berani nak petik isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:00 PM | Show all posts
yg ni boleh tt?

Syabas K'tan! Laksana Hudud Paling Lewat 2015.. Allahu Akbar!

Photo: Wednesday, April 2, 2014.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

"Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

"Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu dibuat kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

"Kerajaan Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015,"

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :

1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.

4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.

Sekian, salam hormat.

Ustaz Dato Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita nak dengar apa lagi alasan BN dan kuncu-kuncunya untuk mengagalkan  perlaksanaan hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya di negeri Kelantan. Negeri Kelantan dipilih oleh rakyat secara sah melalui demokrasi pilihan raya, yang dalam manifestonya terdapat peruntukan perlaksanaan hukum hudud.

Kami rakyat Islam di Malaysia mengalu-alukan untuk melaksanakan ajaran agama kami di negeri kami seperti yang ditentukan oleh Tuhan kami. Kerana mengikut sejarah awal kebangkitan Islam, yang menolak hukum Allah SWT hanyalah golongan 'munafiqun', 'fasiqun' walau pun mengaku Islam, dan 'kafirun' yakni kafir harbi.  Allahu 'aklam.



Last edited by abbyhoney on 3-4-2014 01:03 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2014 01:06 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 3-4-2014 01:00 PM
yg ni boleh tt?

Syabas K'tan! Laksana Hudud Paling Lewat 2015.. Allahu Akbar!

ko cedok kat mane info ni?

kalo malaysia kini baik ko delete je, kurang2 pun ko kene cedok kat keadilan daily....paling mujarap kat haramkah......kalo utusan pun ko kene delete takut nnt kene ludah puak PAS
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:19 PM | Show all posts
tt ni org dah bagi info tak nak terima pulak...nah tengok sini.. http://atsixty-zakriali.blogspot ... d-paling-lewat.html nanti saya cari info lagi ye.. Last edited by abbyhoney on 3-4-2014 01:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2014 01:34 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 3-4-2014 01:19 PM
tt ni org dah bagi info tak nak terima pulak...nah tengok sini.. http://atsixty-zakriali.blogspot .. ...

bukan aku yg tak terima....tapi macai pas tak terima......ko tak pernah kene maki lagi ke ngan lobai pas ni?

aku dah biase dah kene maki ngan lobai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:37 PM | Show all posts
nmpak gayanya kamu yg susah nak terima...Utusan nk ke keluarkan berita ni? TV3? Berita Harian? I don't think so... Last edited by abbyhoney on 3-4-2014 01:39 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:42 PM | Show all posts
http://www.astroawani.com/news/s ... s-tahun-depan-33074

Kelantan mahu laksana hudud, qisas tahun depan

Astro Awani | Kemas kini: April 03, 2014

Kelantan mahu laksana hudud, qisas tahun depan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

"Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan.

Dua rang undang-undang yang akan dikemukakan ke Parlimen itu ialah pertama, kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan qisas mengikut Artikel 76(A) Perlembagaan Persekutuan dan kedua, pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 untuk bidang kuasa lebih luas kepada mahkamah syariah di Kelantan.

Bidang kuasa lebih luas itu akan membolehkan mahkamah berkenaan mengenakan hukuman sejajar dengan peruntukan hudud dan qisas dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1993.

Enakmen itu tidak dilaksanakan sehingga sekarang kerana dari segi undang-undang, kuasa pelaksanaan undang-undang jenayah bagi kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam enakmen itu seperti hudud untuk mencuri dan merompak serta qisas untuk jenayah bunuh terletak pada kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan juga berpendirian undang-undang jenayah Islam yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan itu sebagai ciptaan PAS serta bertentangan dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Jamil Khir dalam kenyataannya semasa menggulung usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat minggu lalu berkata kerajaan Persekutuan sedia untuk bersama menyokong sekiranya ada undang-undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan di Parlimen.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 02:03 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 3-4-2014 01:37 PM
nmpak gayanya kamu yg susah nak terima...Utusan nk ke keluarkan berita ni? TV3? Berita Harian? I don ...

kalo utusan atau tv3 keluar cerita hudud ni....nanti ade pulak mulut2 puak pas kata umno tak abis2 main isu lapok......nnt ade pulak ayat ni keluar "umno politikkn hudud"

so kite tggu sejauh mana keihklasan kerajaan pas.....

sbb aku bace harakah ni byk dia duk salahkn org lain je bile bab hudud ni...wal hal dulu kat terengganu dah buat hudud dah

tak pulak time tu dia bg alasan kerajaan pusat sekat
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 02:57 PM | Show all posts
tak pe la tt...kita tunggu je la..InsyaAllah..Semoga Allah permudahkan semua..benda baik kita sokong la..yg tak baik kita tentang...tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:00 PM | Show all posts
akughi posted on 3-4-2014 02:03 PM
kalo utusan atau tv3 keluar cerita hudud ni....nanti ade pulak mulut2 puak pas kata umno tak abis2 ...

isu lapok up balik ka?
ok, next isu = kalimah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 08:22 AM | Show all posts
bangcak posted on 3-4-2014 08:00 PM
isu lapok up balik ka?
ok, next isu = kalimah

yg start naikkn tu pemimpin ko la sape lagi.....kalo duk hadap kitab busuk ko tu je mmg ko tak tau hal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:47 AM | Show all posts
akughi posted on 3-4-2014 01:06 PM
ko cedok kat mane info ni?

kalo malaysia kini baik ko delete je, kurang2 pun ko kene cedok kat  ...

Kelantan Akan Laksanakan Hudud PAS atau Hudud Islam?





Mungkin tidak tahan dengan tekanan dan sindiran mengenai perlaksanaan hudud di Kelantan, maka Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob akhirnya mengumumkan akan membentangkan di dalam sidang parlimen, ‘perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 1993 tetapi tidak pernah dilaksanakan’. Pengumuman ini dibuat sejurus seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

Menurut Ahmad Yakob, pihaknya akan mengenalpasti sessi yang sesuai untuk pembentangan tersebut dan sekiranya ia diluluskan oleh parlimen, maka Kelantan akan melaksanakan Hudud seawal tahun hadapan.

Permohonan perlaksanaan Enakmen 1993 tersebut telah sebelum ini ditolak oleh kerajaan pusat dalam surat yang bertarikh 8 Jun 1994, setelah mendapati ‘kecacatan yang ketara’ dalam proses keadilan. Kerajaan pusat pada ketika itu mengambil pendirian enggan bersubahat sekiranya berlaku ketidakadilan atau kezaliman akibat dari undang-undang yang banyak kelemahan.

Malangnya, penyokong PAS telah memilih untuk menghentam kerajaan pusat sebagai ‘menolak hukum Islam’, tanpa berusaha memperhalusi apakah ‘kecacatan’ yang dimaksudkan.

Begitu juga pihak kerajaan PAS Kelantan telah memilih untuk tidak menghiraukan alasan-alasan penolakan yang diberikan oleh kerajaan pusat, jauh sekali menanganinya. Sebaliknya, isu ini dijadikan modal politik secara berterusan sehingga ke hari ini.

Setakat ini, tidak semua negara Islam di dunia menggunapakai undang-undang syariah secara total, kecuali Arab Saudi. Antara yang mengamalkan undang-undang Syariah itu pula, tidak semuanya menggunakan sistem keadilan dan hukuman yang sama. Jelas, bahawa di kalangan negara-negara Islam sendiri mempunyai pendapat berbeza mengenai undang-undang ini.

Ini tidak menghairankan kerana setiap negara bergantung kepada penterjemahan dan pentafsiran masing-masing terhadap ayat-ayat Allah SWT mengenai hukuman terhadap penjenayah. Terjemahan dan tafsiran manusia pula tentunya ada kelemahannya.

Justeru, kebanyakan negara Islam memilih untuk tidak melaksanakan undang-undang ini sepenuhnya kerana khuatir pentafsiran yang kurang tepat mungkin membawa kepada ketidakadilan. Ini kerana, AlQuran bukanlah teks undang-undang, tetapi merupakan panduan lengkap bagi manusia untuk menjalani kehidupan, termasuklah dalam merangka undang-undang yang adil berdasarkan keadaan dan kesesuaian. Pokoknya di dalam Islam ialah keadilan, dan bukannya cara pengadilan dijalankan.

Malangnya, dalam dunia hari ini di mana umat Islam gemar berlumba-lumba menunjuk alim, ramai yang lebih berminat untuk bercakap mengenai ‘undang-undang’ berbanding ‘keadilan’. Akibatnya, ‘hudud’ menjadi alat politik, alat publisiti serta alat untuk membangga diri sebagai muslim sejati.

Atas alasan yang sama, maka Enakmen Hudud 1993 yang telah ditolak sebelum ini, bakal dibawa ke parlimen tanpa menyatakan sebarang kajian semula atau penambahbaikan bagi mengatasi kecacatannya. Antara kecacatan yang menjadi kekhuatiran kerajaan pusat sebelum ini ialah:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.


Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan Hudud PAS, sekiranya seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut hudud PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Contoh yang diberikan oleh kerajaan pusat adalah seperti berikut:

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.


Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

Syarat saksi yang tidak punya dosa besar dalam mengadili kes rogol dengan sendirinya menunjukkan yang ianya mengatasi kemampuan manusia kerana tiada manusia yang mampu mengetahui, atau berhak menilai dosa pahala orang lain.

Jelas, bahawa hudud bukanlah sesuatu yang remeh yang mampu dilaksanakan secara bersahaja oleh mana-mana manusia biasa. Malah, di zaman Rasulullah SAW juga, diceritakan bahawa Mais, iaitu seorang pesalah zina yang dihukum rejam tetapi tidak tahan sakit lalu melarikan diri ketika hukuman dijalankan lalu ditangkap dan direjam sehingga mati. Apabila berita itu disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda bertanya kenapa pesalah tidak dibiarkan lari sahaja?

Berdasarkan kisah tesebut, apakah pengamal hudud di Kelantan nanti berhak mengambil sikap yang sama? Apakah adil jika seorang pesalah dibiarkan lepas lari kerana tidak tahan sakit ketika melalui hukuman? Jika pesalah dibiarkan lari, apakah jaminan yang semua pesalah lain tidak akan berbuat yang sama?

Bagaimana pula dengan bukti-bukti forensik? Apakah ia boleh digunakan dalam hudud?

Jika kita mengambil masa untuk berfikir, maka kita akan faham bahawa pengajaran dari kisah Rasulullah SAW tersebut ialah, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum seseorang dengan begitu mudah terutama jika diambilkira realiti sikap manusia dan keadaan dunia hari ini.

Realitinya, manusia pada hari ini begitu licik dan tidak semudah itu untuk mengaku salah serta mendesak hukuman ke atas diri sendiri. Realitinya juga, manusia mempunyai pendapat, perasaan dan mungkin juga kepentingan yang mampu mengaburi penilaian mereka terhadap pihak yang didakwa bersalah.

Justeru, proses perbicaraan yang merangkumi bukti dan saksi serta peguam dan pendakwa merupakan satu-satunya proses yang mampu membantu manusia biasa membuat pengadilan terbaik pada hari ini.

Kesimpulannya, perlaksanaan hukum hudud memerlukan lebih dari sekadar pembentangan kertaskerja dan dana. Apa yang penting dalam perlaksanaan hukum hudud ialah pembentukan peribadi mukmin sejati terlebih dahulu di kalangan masyarakat, kepimpinan terutama pengamal undang-undang.

Mampukah PAS Kelantan menyediakan semua ini sekali gus seawal tahun hadapan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 10:25 AM | Show all posts
Aku langsung tak percaya dengan perancang PAS ni... iyelah...seperti kebiasaan...hu ha hu ha...lepas tu diam... bila ada ahli PAS sendiri yang mohon perkara ini dibangkitkan, hu ha hu ha sekejap...lepas tu diam... begitulah seterusnya bertahun-tahun , berzaman-zaman.... tambahan bila dah bersekutu dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Reput..... "over my dead body " la jawabnya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 11:03 AM | Show all posts
crossfire posted on 4-4-2014 09:47 AM
Kelantan Akan Laksanakan Hudud PAS atau Hudud Islam?

nah amik ni




Karpal Larang Kelantan Laksana Hudud..Ayoyooo... Rakan Sekutu Kesayangan PAS Bersuara Lagi

KUALA LUMPUR 3 April - Pemimpin Pembangkang Karpal Singh menegaskan kepada kerajaan Kelantan untuk tidak melaksanakan hukum hudud dan memberi amaran kepada Parlimen untuk tidak membentangkan sebarang rang undang-undang berkaitan hukum tersebut.

Menurut Karpal, Kalantan juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan hukum hudud menerusi Enakmaen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 menerusi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tersebut.

“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.

“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang dilaporkan akan membentangkan RUU persendirian do Parlimen untuk melaksanakan hukum tersebut.

“Rang undang-undang persendirian itu akan meminta Perlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah syariah di Kelantan sahaja.

“Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” kata Ahmad Yaakob.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan pelaksanaan hukum tersebut juga bertentangan dengan pendirian DAP ekoran hukum tersebut tidak sesuai dengan zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 11:04 AM | Show all posts
Nadim posted on 4-4-2014 10:25 AM
Aku langsung tak percaya dengan perancang PAS ni... iyelah...seperti kebiasaan...hu ha hu ha...lepas ...

Peguam kanan Karpal Singh memberi AMARAN bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasakan undang undang Hudud.



Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 05:07 PM | Show all posts

Alhamdulillah MB Kelantan yg baru

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.084616 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list