CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1812|Reply: 14

Edisi Fakta - Peguam Anwar kata, beliau layak pegang persiden

[Copy link]
Post time 3-4-2014 09:08 AM | Show all posts |Read mode
TERSEBUT ADALAH UNDANG2 YG MEMBOLEHKN ANWAR PEGANG JAWATAN PRESIDEN

Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.



Anwar mahu cabar ROS?



1)  Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas    apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.


2)  Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari memegang jawatan di dalam pertubuhan atau dia dikenakan tindakan disiplin yang melarangnya memegang jawatan.





PETALING JAYA 2 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang.
Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.
Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.
Pada malam itu, PKR tidak membenarkan Anwar bertanding dan dia mengumumkan berundur. Apabila dia berundur, saya juga tidak bertanding sebab saya hanya mahu lawan dia.
Sebab itu bagi saya, kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya, di sini hari ini.
Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.
Abdul Rahman berkata, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah.
Hal ini sekali gus membayangkan beliau sengaja mahu mencabar ROS," tegasnya.
Abdul Rahman tidak menolak PKR akan mengheret penyokong mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ROS menolak pencalonan Anwar atau mengisytiharkan kemenangannya sebagai tidak sah.
penyokong akan beranggapan Anwar dianiaya dan dinafikan hak untuk bertanding," katanya.
Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.
Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari memegang jawatan di dalam pertubuhan atau dia dikenakan tindakan disiplin yang melarangnya memegang jawatan.




Berita baru....keadilan daily 4/4/2014

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN
KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.
Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.
Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.
Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia.










persoalannye....

adakah anwar ibrahim sengaja..., buat2 tak tahu atau sebaliknya?

ape komen forumer yg dihormati?
Last edited by akughi on 4-4-2014 08:32 AM

Single Polls, Total 9 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuar berahim ni hidup dia hari hari pikir mcm mana dan apa yg nak di kencing
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 09:12 AM | Show all posts
anwar ibrahim dengan kerja gilanya, kami semua sudah bosan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 09:15 AM | Show all posts
aku vote tak sengaja....sbb aku tak nak sakitkn ati puak PR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 10:06 AM | Show all posts
aiiiii mane gi pakar undang2 ni semua?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:08 AM | Show all posts
Aku ni kesian kat penyokong pkr yg betul betul naik kebaikan kat negara kita ni... They are better off without this guy... mcm UMNO better off without some of its ministers and its PM tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 10:10 AM | Show all posts
akughi posted on 3-4-2014 09:15 AM
aku vote tak sengaja....sbb aku tak nak sakitkn ati puak PR

haha! baiknya you ni!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:02 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 3-4-2014 10:08 AM
Aku ni kesian kat penyokong pkr yg betul betul naik kebaikan kat negara kita ni... They are better o ...

1 grup better out wit ONE..... while other side better out wit SOME..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 01:44 PM | Show all posts
akughi posted on 3-4-2014 09:15 AM
aku vote tak sengaja....sbb aku tak nak sakitkn ati puak PR


betul la tak sengaja...

kesian kt bang nuar tau







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 02:03 PM | Show all posts
Honeyda posted on 3-4-2014 01:44 PM
betul la tak sengaja...

kesian kt bang nuar tau

sbb tu aku vote tak sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:05 PM | Show all posts
jom sambung meratib anwart.



anwart-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart
-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart
-anwart-anwart-anwart-

anwart-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart
-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart-anwart
-anwart-anwart-anwart-



.....ahh, lega
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 08:21 AM | Show all posts
bangcak posted on 3-4-2014 08:05 PM
jom sambung meratib anwart.

panas bontot ke bang sbb tuan ko buat hal lagi.....kat malaysia ni sape lagi yg nak buat hal2 bodoh kalo bukan tuan ko tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 09:09 AM | Show all posts
rupe2nye banduan layak pegang jawatan sbb ade peruntukan utk beliau



TERSEBUT ADALAH UNDANG2 YG MEMBOLEHKN ANWAR PEGANG JAWATAN PRESIDEN

Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 08:54 PM | Show all posts
akughi posted on 4-4-2014 09:09 AM
rupe2nye banduan layak pegang jawatan sbb ade peruntukan utk beliau

tolong carikan jugak klausa yg memperuntukan
".....untuk berkuasa, parti yg tewas dibolehkan menceroboh dewan rakyat yg sedang bersidang, menculik
speaker dan menghalau ahli2 dewan supaya bersidang diluar"



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 08:12 AM | Show all posts
bangcak posted on 7-4-2014 08:54 PM
tolong carikan jugak klausa yg memperuntukan
".....untuk berkuasa, parti yg tewas dibolehkan men ...

ko cakap pasal sape cai....thread ni pasal banduan sebenarnye ade undang2 utk dia jadi presiden PKR.....

boleh tak kalo tak spin satu minit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069444 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list