CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 1

Parti Kencing cari pasal dgn ROS

[Copy link]
Post time 4-4-2014 09:45 AM | Show all posts |Read mode





Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa sudah menjadi ‘trend’ bagi peguam-peguam di Malaysia untuk menjadi menyokong Pakatan Rakyat (PR).  Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang menjadi pengikut ‘trend’ ini, tetapi apa yang pasti ialah peguam yang menyokong PR selalunya begitu vokal dan agresif.  Manakala, mereka yang menyokong BN pula lebih senyap seperti juga majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Sokongan golongan peguam kepada PR terbukti apabila Majlis Peguam secara terbuka menyebelahi pembangkang hampir dalam semua isu.  Apa yang menyedihkan ialah mereka ini terlalu ‘obses’ dengan PR sehingga tidak lagi mampu bersikap professional dalam menangani isu yang melanda negara.   

Tanpa segan silu, peguam yang menyokong PR sengaja memejamkan mata sekiranya pihak PR mencabar atau melanggar undang-undang.  Ini terbukti dalam demonstrasi BERSIH apabila Majlis Peguam memilih untuk menilai keganasan di sebelah pihak polis semata-mata tanpa mengambilkira provokasi melampau perusuh.

Malah, dalam banyak kes lain, peguam-peguram yang menyokong PR sanggup berpura-pura tidak tahu mengenai undang-undang.   Kita tidak mungkin lupa dengan pendedahan tentang bagaimana seorang peguam membantu Anwar Ibrahim ‘mengurung’ saksi dan mendapatkan Akuan Bersumpah palsu ketika Saiful mula-mula membuat laporan polis dahulu.

Selain itu, peguam jugalah yang menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat tetapi kemudiannya peguam yang sama membela Anwar dan menafikan yang beliau meliwat.  Kini, peguam itu juga telah didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak di kala anak guamnya juga telah didapati bersalah kerana meliwat.

Golongan peguam penyokong PR jugalah yang enggan menerima keputusan PRU-13 dengan berbagai alasan sehingga sanggup memohon campurtangan negara asing atas alasan tidak adil.  Tetapi peguam yang sama juga yang berpura-pura tidak mendengar rungutan ahli dan perwakilan DAP yang disingkir dari pemilihan CEC secara tidak adil.   

Nampaknya, perangai putarbelit peguam-peguam PR sememangnya tiada tolok bandingnya.   

Justeru, kita tidak hairan apabila tiada seorang pun dari peguam PR yang menasihati Anwar berkenaan hasrat beliau untuk bertanding Presiden PKR dalam Pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Sedangkan mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang itu telah hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan dibawah undang-undang dan didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun.

Berdasarkan fakta ini, memilih Anwar sebagai Presiden parti merupakan sesuatu yang menyalahi Akta Pertubuhan 1966 dan akan membawa pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan parti.

Persoalannya, tidak mungkin tiada seorang pun peguam PR yang tidak sedar akan hal ini apatah lagi apabila Karpal Singh baru sahaja meletak jawatan atas sebab yang sama.   Kenapa Karpal tidak menasihati Anwar mengenai perkara ini, sedangkan Karpal juga merupakan peguam Anwar?

Nampaknya, Anwar sedang berusaha ‘mencipta’ isu bagi memastikan namanya terus menjadi tajuk berita.  Anwar berharap ROS akan mengambil tindakan membatalkan partinya supaya beliau dapat menuduh kerajaan takut terhadapnya dan sengaja memastikan yang beliau tidak boleh menerajui parti.

Taktik ini tiada bezanya dengan taktik ‘mencipta’ PRK Kajang di mana Anwar menuduh kerajaan telah masuk campur dalam urusan mahkamah untuk memastikan beliau bersalah kononnya kerana takut beliau menang PRK Kajang dan menjadi Menteri Besar.  Walhal, tarikh rayuan kes liwatnya telah dijadualkan jauh lebih awal sebelum beliau mengarahkan Lee Chin Cheh, ADUN Kajang, meletakkan jawatan.

Keterdesakan Anwar mencari publisiti begitu terserlah dalam isu MH370 di mana beliau secara langsung mempromosi diri untuk memberi taklimat kepada media asing.  Tindakan beliau hanya mengundang pandangan sinis sekali gus mengukuhkan prasangka ramai berkenaan peranannya dalam misi ‘penjajahan alaf baru’.

Dan Anwar nampaknya akan tersilap langkah lagi apabila menjadikan ROS sebagai ‘pemangkin’ untuk mendapat publisiti berterusan.   Silap haribulan, PKR akan terbatal.  Dan jangan sekali-kali kita lupa bahawa DAP juga sedang berhadapan dengan kemungkinan yang sama.

Malang nasib rakyat Malaysia kerana mempunyai pembangkang yang tidak mampu membawa perjuangan yang konkrit dan relevan tetapi hanya gemar membuat kecoh dan kerosakan.

Namun, melihat dari pelancaran Reformasi 2.0 yang hambar, kita pasti kekecohan yang Anwar harapkan dengan menimbulkan masalah dengan ROS tidak akan membawa sebarang impak kepada survival politiknya.

Hakikatnya, masa Anwar sudah hampir tamat, atau seharusnya telah pun tamat lama dahulu.  Anwar kini hanya berfungsi atas masa tambahan.

Sepatutnya Anwar menggunakan masa ini untuk bersara dan menikmati sisa-sisa hidup yang ada bersama keluarga bukannya mencari jalan untuk menjadi tajuk berita.  Sekadar menjadi tajuk berita tidak akan membawa Anwar ke Putrajaya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 11:18 PM | Show all posts
bercakap pasal parti2 yg kencing ROS
parti yg dah diharamkan dulu tu da daptar balik dgn nama baru kan?

ikut ROS bleh guna nama yg sama ke mesti letak nama 'baru' ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057595 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list