CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35819|Reply: 268

Misha & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri (Gambar nikah @ pg.2,3 & 4)

[Copy link]
Post time 5-4-2014 07:10 PM | Show all posts |Read mode
5 Apr 2014, 04:55pm   |   Sri Rahayu Mat Nah



Penyanyi popular, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai tarikh pernikahan dengan tunangannya Firos Ezzuwan Rossly. Menurut Musha, tarikh itu menjadi pilihan kerana mahu memenuhi permintaan ibunya yang mahu majlis itu diadakan pada bulan Rejab.

Majlis akad nikah akan diadakan di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada sebelah pagi. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama.

"Majlis pernikahan dan resepsi saya akan diadakan secara sederhana sahaja untuk sanak-saudara dan teman-teman rapat," ujar Misha ketika ditemui di majlis santai bersama pihak media di Kafe Holly Smoke, Shah Alam sebentar tadi.



Credits: gua.com.my
Last edited by achik2009 on 2-5-2014 08:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2014 07:13 PM | Show all posts
Nikah 2 Mei, Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 4:52 PM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my


Misha akan menamatkan zaman bujangnya pada 2 Mei ini dengan juruterbang MAS, Firos Ezzwan Rossly.


SHAH ALAM: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 07:51 PM | Show all posts
gedebab sungguh bakal lakinya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 07:56 PM | Show all posts
da cerai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon posted on 5-4-2014 11:56 AM
da cerai ke?

Cerai ngn sapa plk?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak kusam je misha dlm gmbo kt atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2014 10:45 PM | Show all posts
bam bam nya bakal bantal peluk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:47 PM | Show all posts
akhirnya lepas asek dispeku dah putus tunang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 10:56 PM | Show all posts
Tahniah....I pernah terserempak dgn Misha...Omaigad! Cantik giller..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2014 01:12 AM | Show all posts
Misha Omar Sedih Bakal Berpisah Dengan Kakak

Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 12:21 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my




SHAH ALAM: Ketika sedang menghitung hari untuk bergelar seorang isteri, penyanyi Misha Omar mula berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kakaknya, Mimie yang menguruskan kerjaya seninya selama ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata,  selain menguruskan kerjaya nyanyian,  Mimie juga memanjakannya  seolah-olah dia masih lagi seorang kanak-kanak kecil.

"Selain rapat sebagai adik-beradik, Mimie memanjakan saya dalam semua hal termasuklah kerja-kerja mengemas rumah dan memasak,  semuanya dia yang buat.

“Apabila bercerita mengenai perkahwinan saya, kami menangis kerana kami  tidak mungkin akan duduk sebumbung seperti biasa," katanya kepada mStar Online.


Misha ditemui pada sidang media mengumumkan tarikh perkahwinannya   dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, di Holy Smoke Cafe di sini pada Sabtu.

Pasangan itu memilih 2 Mei depan untuk melangsungkan pernikahan yang akan diadakan Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan.

Akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi sementara majlis resepsi pula diadakan di tempat yang sama pada sebelah malam.

Dalam pada itu Misha berkata, selepas berkahwin dia akan tinggal bersama kakaknya beberapa bulan sebelum  berpindah ke kediaman baharu.

Malah dia juga mula mempelajari cara-cara menguruskan rumah tangga dan memasak daripada Mimie bagi memudahkannya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri.

Sementara itu, Misha turut berasa sedih kerana anak angkatnya iaitu  Muhammad Adam Emir, 8, juga bakal berpisah dengan anak angkat kakaknya,  Arissa, 7, yang mana kedua-dua mereka begitu rapat.

"Mereka sangat rapat dan apabila mendapat tahu akan berpisah selepas saya berkahwin, kedua-duanya bersedih.

"Tetapi Adam memberi kata-kata positif kepada Kyra  yang mereka masih lagi boleh berjumpa, cuma tidaklah kerap seperti biasa. Sebak pula dibuatnya melihat gelagat masing-masing," ujarnya.




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:25 AM | Show all posts
Tahniah kpd pasangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:58 AM | Show all posts
tahniah in advance
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik jd.. Asyik dok tarik tali..
Lm dah che abe dok nunggu tu...
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 08:30 AM | Show all posts
Dah cantik gigi misha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:12 AM | Show all posts
best gila ambik tarikh The Amazing Spider-Man 2, akak suka sangat-sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:13 AM | Show all posts
miss_baby posted on 5-4-2014 10:45 PM
bam bam nya bakal bantal peluk..

baguslah, ga perlu beli bantal lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2014 10:14 AM | Show all posts
semoga till jannah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:14 AM | Show all posts
hyie posted on 5-4-2014 07:51 PM
gedebab sungguh bakal lakinya

lepas kahwin nanti lagi gedebab rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:16 AM | Show all posts
tahniahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 10:56 AM | Show all posts
Tahniah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.131392 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list