CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Misha & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri (Gambar nikah @ pg.2,3 & 4)

[Copy link]
Post time 3-5-2014 08:43 AM | Show all posts
sambaldurian posted on 3-5-2014 08:38 AM
Bam bam husband beliau, pilot noks. Ko hado:lol

kena tinggal la sokmo,sunyi la adik misha kita terrr

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2014 08:52 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 3-5-2014 08:14 AM
fisheye

wahh!!!...mod minat kamera ek?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 08:54 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-5-2014 08:52 AM
wahh!!!...mod minat kamera ek?...

baru nak belajar,beginner gitu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 08:55 AM | Show all posts
Suami Yakin Fitnah Misha Omar Lenyap Lepas Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 12:49 AM

Mohd Al Qayum Azizi  
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my



Misha dan Firos bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.


KOTA BAHRU: Suami kepada penyanyi Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly yakin fitnah dan gosip tentang isterinya yang bertebaran sebelum ini akan lenyap selepas mereka sah disatukan pada Jumaat (semalam).

Firos, 32, berkata, penyatuan mereka sebagai suami-isteri adalah pengakhiran kepada semua cakap-cakap itu dan bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.

"Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir," katanya kepada mStar Online.

Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.

Misha menerima sepasang gelang emas sebagai Mas Kahwin sebagai simbolik cinta mereka.

Tambah Misha, dia tidak perlu mempertahankan gosip buruk tentangnya kerana paling penting perkahwinannya dengan Firos adalah nyata.


Misha dan Firos selamat diijabkabulkan pada pagi Jumaat.

"Dari dahulu lagi saya tidak melayan gosip buruk mengenai diri saya dan membalas cakap-cakap tersebut dengan perkara nyata seperti hari ini (perkahwinan dengan Firos), katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata, biarpun perasaannya gementar saat dijabkabulkan dengan Firos namun ia adalah saat paling gembira dalam hidupnya.

"Perasaan gemuruh ketika mengadakan persembahan pun tidak macam ini tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Firos berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus membenarkan isterinya bergiat aktif dalam bidang seni.

Jelas Firos, dia yakin Misha dapat menjaga batas dan nama baiknya sebagai seorang isteri selepas ini.

"Tiada sebab kenapa saya perlu halang dia untuk aktif dalam bidang seni malah akan sentiasa menyokongnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia dan suaminya merancang ingin berbulan madu di New York namun masih belum menetapkan tarikh untuk ke sana.

Ini kerana kata Misha, jadual mereka yang padat membuatkan perancangan itu terpaksa ditamgguhkan terlebih dahulu.

"Kami hanya cuti selama seminggu sahaja untuk berkahwin dan perancangan untuk berbulan madu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

"Kemungkinan saya akan ikut suami ke destinasi penerbangan ketika dia bertugas kelak, seperti di Sydney atau Melbourne," jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan mereka untuk menimang cahaya mata, Firos dan Misha sepakat untuk menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan sahaja.

"Soal anak, kami serah kepada rezeki dan ketentuan Allah. Saya suka budak-budak. Mungkin saya mahu anak seramai enam atau lapan orang," ujar Firos berjenaka.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 08:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 08:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2014 08:59 AM | Show all posts


syaifulbaharim   And selfie with the couple... Congratulation Misha & Firos.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 09:01 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 3-5-2014 08:54 AM
baru nak belajar,beginner gitu

takpe...slow2...InsyaAllah satu hari nanti akan jadi jurugambar pro...hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 09:02 AM | Show all posts
Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.


kalu dah buat di Renaissance bukan sederhana doh tu,grand sangat2 doh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:03 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-5-2014 08:58 AM

old skol betul pakaian

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:06 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-5-2014 09:01 AM
takpe...slow2...InsyaAllah satu hari nanti akan jadi jurugambar pro...hehe..

itulah,dah 5 tahun jadi nebi,belum pro2 lagi,haha

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:11 AM | Show all posts
Tahniah misha dan suami.akhirnya bersatu juga
baju dan viel cantik cume tang dada tu xsesuai dgn bertudung
Design bra..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:17 AM | Show all posts
Baju nikah satu hal
pahtu bj sanding xsama ngn laki
yela nk buat kelainan tp xkena
mcm carca merba jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:45 AM | Show all posts
hmm baju dia tak best sgt..
plus gambar yg kredit utusan tu sgt tak flattering.. sian..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 10:51 AM | Show all posts
lebih kurang mcm raja shahirah nikah dulu
( anak raja bahrin )
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey je badan cam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2014 12:33 PM | Show all posts
tahniah misha dan suami,
semoga jodoh berkekalan sehingga akhir hayat.
minta maaf, sy rasa those forummers yg dok persoalkan rupa paras sesama insan ni agak keterlaluan, kena ingat, rupa paras tak boleh dibentuk, tapi mmg dah dikurniakan oleh Allah swt. Pendek, gemuk, kurus, hidung mancung, kemek itu kurniaanNya, alhamdulillah.
doakan yang terbaik untuk couple ni...
sama macam kita nak org doakan yang terbaik utk kita suami isteri...bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 12:40 PM | Show all posts
firos ni ok je sbnrnya.. mmg le bdn dia agak gempal sikit berbanding kwn2 pilot yg lain..
tp ok le tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:08 PM | Show all posts
mana kawan baik comolot tokti?? tak kena jemput ka??? ini sgt kejam
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 01:27 PM | Show all posts
tahniah misha.semoga berkekalan  hingga di jannah.walau ramai mengutuk baju pengantin.itu bukanlah pengukur kebahagiaan perkahwinan.apa guna baju pengantin cantik dan dipuji tapi malangnya perkahwinan x sampai setahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.080150 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list