|
Salaam.
"Tak nak pilihanraya TANPA isu liwat dan dakwat bermasalah, sila keluar dari Malaysia dan gi dok Indonesia"
- Kata macai tepu
Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal 7 pagi. Jam 1 petang, tempat mengundi ditutup.
Mengundi menggunakan dakwat kekal. Saya cuba dakwat tersebut. Saya balik bilik, cuba cucikan dan memang kekal untuk seminggu.
Jam 1 petang nanti, pengiraan undi dibuat di tempat mengundi. Saya akan ke situ sekejap lagi. Satu tempat mengundi mempunyai 300-380 pengundi.
Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya ialah kesejahteraan hidup rakyat dan masa depan negara. Kata mereka lagi, di sini tidak ada isu seks dan politik liwat.
Dengan perlahan, saya keluar baris. Aduh!
KERAJAAN UMNO/BN PATUT RASA MALU DAN BELAJAR DENGAN PEMERINTAH INDONESIA CARA MANA MAU BERPOLITIK DAN MENGURUS PILIHAN RAYA UMUM.
Last edited by BelovedTaeyeon on 9-4-2014 03:05 PM
|
|