CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

ARISSA DANIEL

[Copy link]
 Author| Post time 12-4-2014 11:58 AM | Show all posts
BAB 15




LAMA Arissa duduk di bawah pancuran air di dalam bilik air di rumahnya di Villa Indah.  Air mata masih deras mengalir. Tubuhnya dibiarkan basah lenjun. Masih terbayang di ruang mata, sebaik tersedar pagi tadi, tiada sesiapa di rumah banglo itu. Dia terpaksa pakai baju kemeja Daniel yang diambil dari almari pakaian lelaki itu. Blaus yangdipakainya tadi sudah koyak rabak. Dengan mata masih bengkak, dia meninggalkan banglo mewah tepi laut itu dan menahan teksi di luar jalan kecil. Nasib baik beg tangannya masih ada dalam bilik tu. Tidak terusik.  Dan memang jelas, lelaki gila itu hanya mahu membalas dendam!

Aaarrrggghhh!!!!” Arissa menjerit sekuat hati. Semua barang dalam bilik mandi dicampak merata. Bersepah.

Lama Arissa menangis di bawah pancuran air. Baju Daniel yang melekat di tubuhnya habis basah bersama seluar jeans. Perlahan dia bangun setelah puas menangis.

“Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, tetap tidak akan kembalikan maruah aku semula. Mahkota aku sudah diragut.” Arissa cuba pujuk diri sendiri.

Semua pakaian basah tadi dicampakkan ke dalam bakul di tepi bilik mandi. Arissa menukar baju. Dia melihat jam di atas meja kecil sebelah katil. Waktu zuhur sudah hampir ke penghujungnya.

“Ya Allah...ampunkan dosa ku..” Arissa meraup muka. Sejak kejadian dia diculik semalam sehingga ke saat ini, sudah empat waktu solat ditinggalkan.

Sejadah dibentang mengadap kiblat. Telekung dipakai kemas. Takbirratullihram mula dilafaz. Solat zuhur ditunaikan dengan linangan air mata. Terasa tubuhnya sudah kotor dan jijik. Arissa menitis air mata ketakutan. Takut bila mengingati azab Allah bagi mereka yang berzina. Solat taubat segera dilakukan.  Saat ini terbayang di ruang mata sebaris ayat yang pernah dibaca dalam sebuah majalah Islam dulu.

Benarlah Allah maha mengetahui setiap sesuatu dan Allah melarang hambaNya melakukan zina ada sebabnya. Maka pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat. Tolak ukur kebaikan seorang hamba bukanlah terletak pada pernah atau tidaknya dia berbuat kemaksiatan. Akan tetapi yang menjadi tolak ukur adalah orang yang segera bertaubat manakala berbuat kemaksiatan, serta tidak terus menerus berada dalam kancah kemaksiatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisaa’, ayat 17 dan 18 :
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan:“Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”

Usai solat, lama Arissa menadah tangan berdoa memohon ampun. Tersedu-sedu dia menangis sambil menekup muka. Telekung dilipat dan diletakkan  atas sejadah. Perlahan Arissa menapak ke katil. Bantal dipeluk erat. Masih segar di ruang mata semua kejadian yang berlaku. Satu persatu bermain semula di ruang fikirannya. Diculik dan dirogol tanpa belas kasihan! Kata-kata lelaki itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga.

“Kenapa dia dendam sangat dengan Tan Sri? Siapa ayah dia? Kenapa dia nak rosakkan Nelissa? Dan sekarang...dia ingat aku ni Nelissa?” Arissa mengesat air mata yang mula menitis. Terbayang kembali dirinya dikenalkan dengan nama Nely Badlina oleh Nelissa dan Tan Sri Johari pula terang-terang memperkenalkan dirinya sebagai anak jutawan itu pada malam majlis itu. Mungkin disebabkan itu dia disalahanggap sebagai anak Tan Sri Johari Nasir!

“Ah!Buat apa aku fikir semua tu? Aku dah pun tak ada apa-apa...” Arissa tunduk sambil menekup muka.

Mahkota yang dijaga dan dibanggakan oleh seorang gadis untuk suami tercinta sudahpun punah ranah! Arissa pejam mata rapat. Dia peluk bantal sekuat hati. Sekali lagi perasaanya dilanda hiba. Terasa diri sudah tidak berguna lagi. Ikutkan hati dan kalau tidak ada iman, mahunya dia terjun dari kondominium lima belas tingkat itu. Habis semua masalah! Tapi bukan itu yang dia mahu. Itu bukan penyelesaiannya. Semua kejadian yang berlaku tentu ada hikmah sebaliknya. Tidak ada yang buruk pada pandangan Allah. Menurut sebuah riwayat dari Anas bin Malik,suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya,

''Janganlah salah satu dari kamu meminta mati karena kesulitan hidup yang menimpanya. Jika memang sangat perlu dia berbuat demikian, maka ucapkan doa sebagai berikut, 'Ya Allah, panjangkanlah umurku kalau memang hidup adalah lebih baik bagiku, dan matikanlah aku manakala memang kematian lebih baik bagiku'.'' (HR Bukhari-Muslim).

Arissa menapak pula ke balkoni bilik mengadap panorama Kuala Lumpur. Kepalanya mendongak melihat kepulan awan yang mula mendung. Majalah yang sempat dicapai dari atas meja dibelek sekilas. Tertancap pada sebaris ayat, Derita dan musibah seberat mana pun tidak boleh menyebabkan seorang muslim bersikap putus asa, apalagi mempersoalkan keadilan Tuhan.

Dalam surat Al-Ankabut ayat 2 dan 3 dijelaskan bahawa orang-orang yang beriman akan diuji dengan berbagai ujian dalam kehidupan ini. Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, ''Tiap-tiap bencana apa pun yang menimpa seorang muslim, sekalipun satu duri, adalah kerana salah satu dari dua sebab. Iaitu kerana Allah hendak mengampuni dosa kesalahannya yang tidak dapat diampuni-Nya melainkan dengan ujian itu, atau kerana Allah hendak memberinya suatu kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapainya melainkan dengan ujian itu.

“Aku tak bersalah. Bukan aku sengaja buat dosa besar tu. Aku dipaksa. Bukan aku tak tahu dosa zina.”

Jelas dalam Quran, ayat 32 surah al-israa’-Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”

Arissa menghubungi Syed Faizal. Terpaksa ambil cuti kecemasan. Jiwanya kacau! Berserabut! Telefon dilempar  ke atas katil. Lama Arissa bersandar di kepala katil. Ya..aku perlukan ketenangan.Mungkin jauh dari bumi Malaysia ni. Lupakan seketika kejadian hitam itu. Ya!Aku perlu cari ketenangan jauh dari sini.



KAKINYA melangkah lemah ke bangunan makmal. Semalam dia ambil cuti kecemasan. Arissa mendongak. Hidup mesti diteruskan. Allah maha mengetahui setiap perjalanan hambaNya.  

“Kenapa muka tu?” Syed Faizal tegur Arissa yang sugul. Pucat.

Err...tak..tak ada apa..” Arissa menapak malas ke bilik mikrobiologi. Syed Faizal yang masih berdiri di situ tidak dihiraukan.

“Kak..semalam ada client nak tanya pasal analisa Salmonella pada sampel ayam mentah. Dia kata nak call lagi hari ni.” Wati muncul di muka pintu.

Arissa memandang ke arah Wati yang tersenyum di muka pintu bilik pejabatnya. Dia senyum hambar dan hanya mengangguk lemah. Wati mula beredar dari situ. Dia melihat banyak laporan analisa dan kertas kerja yang bertimbun atas meja.Semalam dia bercuti. Cuti yang sepatutnya menjadi hari yang seronok baginya bertukar menjadi mimpi ngeri! Arissa belek fail tanpa perasaan. Dari kulit kekulit. Mata saja berada di halaman kertas fail tapi fikiran menerawang pada kejadian yang menimpa dirinya. Terbayang wajah lelaki kacukan itu yang begitu tega meratah tubuhnya walau puas dirayu. Sekali lagi Arissa menekup muka. Tanpa sedar air mata menitis perlahan ke pipi. Kedua tangannya digenggam kuat.

“Kak...kenapa ni?”

Arissa mendongak. Suzana sudah tercegat di depannya dengan sekeping laporan analisa untuk ditandatangan. Dia cepat-cepat mengesat air mata.

Er...tak ada apa. Ada report nak kena sign?” Arissa cuba mengukir senyum.

Suzana menghulur laporan analisa air mineral kepada Arissa. Arissa memeriksa laporan yang sudah siap bertaip itu. Semua keputusan diteliti dengan baik. Unit untuk setiap keputusan diperiksa lagi. Mana tahu kalau ada yang tersalah taip.

“Hmm..results ni macam out of specification. Sepatutnya keputusan bilangan bakteria untuk air mineral ni tidak melebihi sepuluh ribu koloni per mililiter. Betul ke teknik kita?” Arissa hulur semula kepada Suzana. Mana tahu ada kesilapan di pihak makmal. Dulu pernah sekali pelanggan marah-marah kerana tidak puas hati dengan keputusan analisa yang diterima. Siap ugut nak saman bagai!

Client sudah tahu kak. Saya dah inform semalam. Mereka pun expect results macam tu. Sebenarnya kilang mereka terbakar dan mereka kena dapatkan keputusan analisa secepat mungkin untuk proses claim insurans.”Suzana menerangkan  situasi sebenar.

Oh..then we should put the statement in this report saying that this water is not good for human consumption. That’s better.Call client, kalau mereka setuju, saya akan release report ni hari ni juga.” Arissa mula bersemangat. Lupa sekejap kejadian sedih dan pahit semalam.

Arissa mula menyibukkan diri dengan kerja makmal. Kalau boleh dia tidak mahu mengingati kembali peristiwa hitam semalam. Tidak sedar waktu begitu cepat berlalu. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Hampir enam petang. Tengahari tadi, Nelissa ada menghubunginya ingin berjumpa. Sebaik habis kerja, Arissa bergegas ke tempat yang dijanjikan oleh Nelissa tadi. Dia terpaksa ambil teksi. Kereta MyVi masih di bengkel.

“Ya Allah..kereta Nely!” Arissa tepuk dahi. Baru teringat Fair Lady putih Nelissa yang masih tersadai di bahu jalan di Presint 2 Putrajaya!

Sebuah teksi ditahan sebaik melihat teksi itu melalui jalan di depan bangunan makmalnya.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 11:59 AM | Show all posts
DI RESTORAN SRI MELAKA, Nelissa masih menunggu kedatangan Arissa. Dia menopang dagu. Otaknya ligat berfikir. Semalam, pengawal peribadi papa menelefonnya mengatakan kereta Fair Lady putih miliknya tersadai di Putrajaya. Keadaan kereta seperti baru dirompak. Pintu di bahagian pemandu terbuka luas. Barang di dalam kereta bersepah. Beg Arissa juga tidak ada. Takkan Arissa sengaja buat macam tu? Letak kereta kat situ, lepas tu berjalan kaki?? Gila ke apa??

“Minah ni..bukan nak cakap kat aku apa yang terjadi. Senyap je! Aku pulak yang kena bambu dengan papa pasal kereta tu!” Nelissa membebel sendiri. Dia mengetap bibir. Geram!

Nelissa melambai tangan ke arah Arissa yang sudah terkial-kial mencari.

“Arissa! Aku kat sini!”

Arissa cepat-cepat melangkah ke tempat Nelissa.

“Kau ke mana?” Nelissa sudah mula bertanya.

Arissa menelan liur. Belum sempat dia melabuhkan punggung di kerusi, Nelissa sudah bertanya hal itu. Memang dia sudah agak.

“Kenapa?” Arissa berpura-pura tidak faham.

“Tanya lagi kenapa. Kereta aku tersadai kat Putrajaya. Kenapa? Kau kena rompak ke apa?” Nelissa tenung muka Arissa yang sudah pucat. Apa kena minah ni? Pucat semacam je..

Arissa masih diam. Masih mencari alasan yang sesuai. Takkan aku nak cerita yang aku kena culik?

“Kenapa kau ni? Kau kena culik eh?” Nelissa sengih. Cuba bergurau.

Pantas Arissa mendongak. Dia menelan liur. Pertanyaan Nelissa tadi terasa sudah tembus ke tangkai jantungnya. Kalaulah Nelissa tahu..

“Aku tanya ni! Kau ke mana? Aku call kau banyak kali tahu tak! Haram kau nak jawab!” Nelissa mula marah-marah.

Arissa masih diam. Macam mana nak jawab kalau dah sepanjang malam itu sehingga ke subuh tubuh aku diperkosa lelaki gila tu!! Nafsu buas sungguh! Memang dia perasan beg tangannya ada di atas meja kecil sebelah katil. Telefonnya melalak lama dalam beg tangannya.

“Nely..aku..aku..” Arissa serba salah. Entah apa alasan aku nak beritahu ni.

Nelissa masih setia menunggu jawapannya. Matanya sudah tepat memandang matanya.

“Nely..aku sebenarnya bawa kereta kau masa tu sebab nak pergi Alamanda. Tiba-tiba je kereta tu buat hal. Tak nak hidup. Aku dah panik. Nasib baik aku dah park kat bahu jalan. Aku terus tahan teksi lepas tu.” Arissa mula bercerita. Berbohong.

“Habis tu kenapa kau biarkan kereta aku tu bersepah dan pintu terbuka luas?” Nelissa semakin geram. Tak munasabah langsung minah ni!

Err...ya ke? Setahu aku, aku kunci kereta tu sebelum aku naik teksi..”Arissa garu kepala. Kantoi!

“Nasib baik bodyguard papa aku nampak. Dia contact toll truck usung kereta tu ke rumah aku.” Nelissa menjelaskan keadaan seterusnya.

Arissa angguk-angguk. Teringat kejadian hari tu, sempat dia tarik kunci kereta yang masih melekat di tempat kunci dan di masukkan  ke dalam beg tangannya sebelum dia ditarik keluar oleh lelaki badan sasa itu. Jelas dia nampak beg tangannya dibawa sekali oleh lelaki itu. Kalau tak, aku kena buat laporan hilang lagi kat balai polis.

“Apa angguk-angguk? Kau jangan main-main dalam hal ni beb. Kalau kau kena rompak ke, culik ke atau rogol ke, siapa yang susah??” Nelissa sudah merajuk.

Arissa pantas mendongak. Dia menelan liur berkali-kali. Harap Nelissa tak siasat hal semalam. Mana tahu dari riak wajah Nelissa, dia seperti syak yang aku ni dah kena culik dan rogol. Tak mustahil dia mengupah pengawal peribadi atau PI untuk siasat hal ni. Mana aku nak letak muka aku ni?? Dah la selama ini aku asyik beri tazkirah kat Nelissa je. Siap ajar lagi hal agama ni. Kalau dia dapat tahu yang aku ni dah kena tebuk macam mana? Aduih!!

“Dah! Kita makan. Makanan pun dah sampai tu!” Nelissa mula senyum. Seorang pelayan restoran mula membawa makanan ke meja mereka.

Arissa senyum hambar. Aku tak akan beritahu kau apa-apa Nelissa. Tidak sesekali!

Masing-masing diam menikmati hidangan. Arissa masih berfikir. Patutkah aku tanya pasal Tan Sri tentang hal tu.

Err..Nely, aku tanya sikit boleh?” Arissa letak sudu dan garfu. Dia tarik straw dalam gelas. Jus anggur disedut seketika.

Nelissa angkat muka. Dia angkat kening.

“Papa kau ada musuh ke?”

Tersembur nasi dari dalam mulut Nelissa. Dia ambil tisu di atas meja disapu mulutnya yang sudah comot.

“Apa hal kau tanya macam tu?”

“Aku dapat rasa yang papa kau tu ada musuh. Kau kena hati-hati Nely. Mana tahu musuh papa kau tu buat sesuatu kat kau nanti.” Saja Arissa berkata macam tu. Ingin melihat riak Nelissa.

“Alah kau jangan bimbanglah. Papa aku tu ada bodyguard la. Siapa yang nak dendam kat dia. Dia tak buat salah apa pun.” Nelissa menyambung semula menyuap nasi dengan lauk ikan kukus halia.

“Siapa Datuk James Brandon?’

“Kenapa?” Nelissa mendongak.

“Kau ingat tak masa majlis malam tu, seorang tetamu rebah dan kau panggil ambulans.” Arissa mengingatkan Nelissa kejadian malam itu.

Nelissa angguk-angguk.

“Kau tahu..Datuk James Brandon tu telah meninggal dunia. Berita kematiannya tersiar dalam paper. Papa kau dan Datuk Mustafa ada beri ucapan takziah sekali dalam tu. Mesti dia ada kena mengena dengan mereka.” Panjang lebar Arissa menjelaskan berita kematian Datuk James Brandon.

“Ya? Maksud kau..lepas dia rebah dan dimasukkan ke hospital hari tu, dia terus meninggal?”Nelissa menelan liur.

“Tak adalah terus meninggal. Datuk James tu meninggal baru je lagi.  Aku rasa ada sesuatu yang papa kau sembunyikan..” Arissa mula korek rahsia.

Nelissa masih bingung. Satu persatu kejadian pada malam itu diputar semula. Memang dia nampak seorang lelaki berbangsa Inggeris datang ke rumahnya malam itu. Papa ada menegur dan kemudian Datuk Mustafa pula berbual dengan lelaki itu. Selepas itulah lelaki Inggeris itu jatuh rebah.

Err..makmal tu..selain papa kau, siapa lagi yang melabur untuk pembinaan makmal tu?” Arissa sudah tak sabar mendengar jawapan dari Nelissa.

“Entah..setahu aku.. Datuk Mustafa. Kenapa?” Nelissa pula berkerut kening.

“Aku rasa Datuk James Brandon tu ada kaitan dengan hal ni. Malam tu, sebelum dia rebah, dia ada berbual dengan Datuk Mustafa tu kan?” Arissa teringat malam majlis tu. Muka Datuk James sudah berlainan riak.

Nelissa angguk.

“Kau kenal Datuk James tu?”

“Tak berapa kenal tapi yang aku tahu dia memang seorang ahli perniagaan berjaya di Malaysia ni malah dia juga ada beberapa syarikat di London. Kenapa?” Nelissa masih tidak faham.

“Oh...tak ada apa.” Arissa senyum kelat. Teringat kata-kata Adam malam tadi. Masih terngiang di telinganya. Lelaki itu menuduh Tan Sri Johari sebagai penyebab  kematian bapanya. Mungkinkah Datuk James tu ayah Adam? Ah! Pening!

Err..dia ada anak tak? Maksud aku..anak lelaki?” Arissa masih tidak puas hati. Dia perlu korek sampai ke lubang cacing! Lelaki itu perlu terima pembalasan atas perbuatannya pada aku!

“Entahlah beb. Apa...kau nak berkenalan ke?” Usik Nelissa.

Arissa senyum kelat. Berkenalan otak engkau! Aku nak balas dendam!!

“Boleh juga. Kalau kau kenal, nak juga aku tahu siapa dia.” Senyum Arissa seperti senyum plastik. Terpaksa berlakon.

“Boleh je. Nanti aku suruh pengawal peribadi papa aku siasat.” Nelissa senyum nakal.

“Ya ke? Aku gurau je la Nely. Lupakan semua tu. Lagipun tak ada kena mengena dengan kita kan?” Arissa senyum dan mula ketawa. Sengaja dia buat ceria macam tu. Tak nak Nelissa perasan riak mukanya tadi.

Nelissa turut ketawa.

Arissa menghabiskan nasi dalam pinggan.

Err..Adam macam mana?”

Arissa tersedak. Dia mendongak. Muka Nelissa sudah tersengih.

“Kenapa dengan dia?”

“Dia kan macam suka kat kau..kau tak nak ambil peluang ni ke balas cinta jejaka kacukan tu?” Usik Nelissa lagi.

Arissa diam. Dia mengetap bibir. Soalan Nelissa tidak dijawab. Balas cinta?? Aku dah ditebuknya!! Bukan cinta yang aku balas tapi tuba!! Racun! Wajah Adam mula terbayang di ruang mata. Segala kejadian malam tu takkan hilang dari kamus hidup aku!! Never Adam!!!!

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 12:30 PM | Show all posts
nak lagik....eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 01:24 PM | Show all posts
ish....daniel serangga perosak!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 03:42 PM | Show all posts
lina21 posted on 12-4-2014 01:24 PM
ish....daniel serangga perosak!!!

ni sebab dendam punya pasal! saya pun geram gak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 03:53 PM | Show all posts
BAB 16





SENYUMAN Daniel semakin lebar. Agaknya sudah sampai ke telinga. Dia bersandar di kerusi empuknya di bilik pejabat. Kepala terdongak memandang siling. Rasa sangat puas! Puas bila dapat membalas dendam. Perasaan itu masih hangat terasa walaupun sudah hampir tiga minggu berlalu. Teringa tkejadian malam itu. Tak sangka, gadis yang telah membuat hatinya bergetar adalah anak kepada musuh ayahnya sendiri!

Ah! Heaven!” Daniel senyum lagi.

Masih terbayang kehangatan tubuh gadis itu. Tidak pernah sebelum ini dia menikmati tubuh perempuan sehebat itu. Seolah tidak pernah jemu. Bayangkan dia mampu melakukannya sampai ke subuh! Sekali lagi Daniel senyum lebar. Mungkin perasaannya yang mula sayang pada gadis itu menyebabkan dia begitu asyik melakukannya malam itu. Seolah ingin memiliki tubuh gadis itu menjadi miliknya selama-lamanya! Tidak seperti perempuan lain sebelum ini. Tiada perasaan apa-apa selain atas dasar nafsu dan hanya untuk berseronok semata-mata.

Hmm...that means..she’s still virgin until that night..” Terbayang ada kesan darah di atas cadar semasa dia bangun ke bilikair. Gadis itu tidur lena. Mungkin kepenatan. Ah! Aku juga yang buat dia macam tu walaupun berkali-kali gadis itu merayu lepaskan diri. Jahat ke aku menikmati tubuh orang yang aku sayang??

Ah! This is not me..” Daniel menekupmuka lama. Teringat perlakuan rakusnya menikmati tubuh Arissa malam itu. Diabukan seorang yang kasar bila bersama perempuan. Tapi malam itu dia sanggupmelakukannya dengan begitu rakus sekali semata-mata kerana dendam kesumat!

Oh my god...that wasn’t me!!!"

Sekarang ini dia perlu melakukan tindakan seterusnya. Dendamnya sudahpun terbalas pada anak gadis Tan Sri Johari Nasir. Sasaran seterusnya adalah Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa. Daniel meneruskan kerjanya yang tertangguh semalam. Fail projek kilang kosmetiknya dibuka. Ada perkembangan yang baik. Mungkin dua bulan lagi produk kosmetik keluaran syarikatnya akan berada di pasaran. Sekeping sampul surat dibuka. Surat dari kilang kosmetiknya di Korea itu mengarahkannya melakukan double check ke atas analisa bahan kosmetik sama ada dari segi kimia mahupun mikrobiologi sebelum produk itu dipasarkan.

Hmm..seems like I have to do the analysis on my products here. Which lab should I choose?” Daniel buka laman sesawang Jabatan Standard Malaysia. Matanya meliar mencari senarai nama makmal yang telah mendapat pengiktirafan akreditasi ISO.

Hmm...not bad..” Matanya tertancap pada nama JN Biotech dengan nama saintis sekali.

Should I go for this lab?” Daniel masih berkira-kira. Masih berfikir makmal mana yang dipilih untuk melakukan analisa ke atas produk kosmetiknya nanti. Kalau dia hantar ke makmal JN Biotech pun,mereka tidak tahu yang aku ni anak kepada Datuk JB! Matanya melirik pada foto di atas meja.

Dad..l love you. I’m happy right now..”Daniel melihat foto mendiang ayahnya di atas meja.

Sekejap lagi dia ada janjitemu dengan pelanggan di sebuah restoran. Memang itu sikapnya jika setiap kali ingin berjumpa rakan bisnes, dia lebih suka memilih restoran mewah daripada hotel. Suasana santai dan menikmati makanan sangat sesuai untuknya berdiskusi soal bisnes.


MERCEDES hitam 7 series dipecut laju ke arah KLCC. Dia sudah berjanji akan berjumpa dengan pelanggan di sebuah restoran terkemuka di situ. Daniel melangkah ke ruang concourse. Dia capai telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Sempat menghubungi Gagak. Selepas kejadian dia menculik anak gadis Tan Sri Johari hari itu, dia perlu berhati-hati. Gagak mesti sentiasa disampingnya. Kemungkinan untuk Tan Sri Johari membalas dendam semula adalah cerah. Tidak mustahil gadis itu akan memberitahu kejadian itu. Jadi dia perlu bersedia bila-bila masa. Laju langkah Daniel menuju ke restoran Madame. Kebetulan pelanggannya kali ini berbangsa cina, jadi dia memilih restoran Madame.

Hello Sir, welcome to Madame. How many people?” Seorang pelayan sudah menunggunya di ruang legar depan restoran.

Two!” Daniel senyum.

Pelayan restoran itu menunjukkan tempat duduk kepada Daniel. Daniel hanya mengikut arah yang ditunjukkan pelayan tadi. Dia duduk di meja di penjuru restoran. Senang untuknya berbincang dengan pelanggan nanti tanpa gangguan dari pelanggan restoran lain memandangkan meja itu tersorok sedikit dari meja lain. Sementara menunggu rakan bisnesnya sampai, sempat Daniel melayari laman sesawang di telefon bimbitnya. Masih mencari makmal yang sesuai untuk penganalisaan produk kosmetiknya nanti. Sesekali dia jenguk ke pintu masuk restoran. Tidak nampak lagi kelibat Mr. Alvin Chia, rakan baru dalam bisnes perabot. Puasmenunggu dia melihat sekitar restoran. Hari ini tak ramai pelanggan yang datang menikmati juadah tengahari di situ. Matanya tertancap pada sesorang yang sangat dikenalinya, Datuk Mustafa! Lama Daniel memerhati Datuk Mustafa di situ.

Huh! So obvious! Bukan dia tak tahu tempat ni tak halal. Kalau dia boleh buat penipuan duit ayah aku, benda kecik macam ni tentu dia tak kisah langsung!” Daniel faham sangat dengan dunia perniagaan. Kebanyakannya tidak menghiraukan halal haram. Janji apa yang diingini tercapai.

Just wait and see Datuk Mustafa..”Daniel mengetap bibir. Dendamnya masih belum selesai. Nelissa yang menjadi mangsa rakus nafsunya hanyalah sebuah permulaan dendamnya.

This is just the beginning..” Daniel senyum. Dia masih memikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan kepada Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa.

Mr.Alvin Chia yang ditunggu sudah mula muncul. Daniel mula berjabat tangan. Mereka mula berbincang sambil menikmati makanan yang sudah dipesan dari tadi.

Ok! Mr. Alvin! Hope we can have pleasure time next time!” Daniel sekali berjabat tangan. Perbincangan tadi menampakkan hasil positif.

Daniel hanya memerhati Mr. Alvin Chia meninggalkan restoran. Sekali lagi matanya tertancap pada Datuk Mustafa yang bergelak ketawa dengan seseorang.

“Bennett??”Daniel menelan liur. Masih keliru. Lama dia merenung Datuk Mustafa dan Bennett berbual sambil menikmati makanan.

“Apa kaitan Bennett dengan Datuk tu?” Daniel masih berfikir. Jelas dia melihat kemesraan Bennett dengan Datuk Mustafa. Takkan Datuk Mustafa semesra itu dengan orang lain? Dengan Sharif, anak sendiri pun dia tak macam tu. Ada apa-apa ke?

“Hmm..”

Daniel mula memanggil pelayan restoran untuk bil. Selesai membayar, dia mula melangkah perlahan ke muka pintu restoran. Sengaja dia lalu di depan meja Datuk Mustafa dan Bennett.

Hi Ben!” Sengaja dia menegur.

Datuk Mustafa dan Bennett serentak mendongak.

Daniel senyum kelat. Nampak sangat muka dua orang tu pucat. Jadi tidak syak lagi telahannya. Something is not right!

Err..hi! Daniel! Come join us!” Bennett mula bangun dan senyum. Bahu Daniel dipaut.

No thanks!” Daniel senyum. Dia jeling Datuk Mustafa yang turut tergamam.

Have a good day!” Daniel mula beredar dari situ. Sebelum melangkah keluar, dia sempat menoleh sekali lagi. Jelas dia melihat keduanya masih tergamam.

“Akuharus siasat siapa Bennett sebenarnya..” Daniel perlahan menapak keluar darirestoran.

Daniel menapak ke lif. Sementara menunggu lif, dia mula menatap skrin telefon bimbit.Melihat jadual dan janjitemu yang perlu dihadiri. Semua itu sentiasa ada dalam telefon bimbitnya walaupun Sherry tidak pernah lupa mengingatkannya pasal segala janjitemu dan mesyuarat. Sebaik pintu lif terbuka, dia mula menapak masuk. Tengahari macam tu memang ramai yang memenuhi pusat beli belah Suria KLCC. Penuh dalam lif. Daniel terpaksa berhimpit-himpit.

“Aduh!”

Daniel berpaling. Dia sedar tadi dia telah terpijak kaki seseorang. Gadis itu tunduk sambil menggosok kaki. Dia tidak mendengar dengan jelas butir kata gadis itu yang membebel sendiri. Agaknya marahkan aku la tu.

Err..miss..sorry.” Daniel mula minta maaf tanpa menoleh ke arah perempuan itu.

Pintu mula terbuka. Dia segera menapak keluar.

Fuh! Lega..” Dia menapak ke ekskalator menuju ke tempat letak kereta.

Err..hello sir! You’ve  left your handkerchief! Sir! Hello!”

Daniel menoleh ke belakang. Nelissa??

Arissa tergamam. Niatnya untuk pulangkan sapu tangan lelaki tadi mula terbantut.

Daniel senyum. Entah kenapa hatinya berdetak kuat setiap kali memandang wajah gadis itu. Dia cepat-cepat melangkah naik dan turun semula mengikut ekskalator lain.

Aik! Mana dia ni?” Daniel garu kepala.Gadis itu sudah lesap. Melilau dia mencari sekitar concourse.

Laju dia melangkah sebaik terpandang Arissa sedang laju menuju ke arah taman SuriaKLCC.

Wait!”

Arissa berpaling. Tangan Daniel sudah melekat di lengannya.

“Kau nak apa lagi?” Arissa sudah menyinga.

I thought you wanna give me that.”Daniel pandang sapu tangan di tangan Arissa.

Arissa campak sapu tangan ke muka Daniel dan terus berlalu pergi.

“Nelissa!!”

Arissa berpaling. Patutkah aku beritahu lagi sekali kepada jantan tak guna ni yang aku bukan Nelissa???

Look! I’m not Nelissa!!” Arissa mengetap bibir. Suaranya tegas.

Oh yeah? And who are you really?” Daniel senyum sinis. Ternyata gadis di depannya begitu keras dan tegas.

Arissa semakin geram. Kerana salah faham, dia menjadi mangsa kerakusan nafsu Daniel.

Remember this name! Aku Arissa LeeBadlisha! Dan aku bukan anak Tan Sri JN! Huh! Nampaknya dendam kau belum lagi berbalas!”Arissa ketawa sinis sambil berlalu pergi. Puas hati melihat riak muka Daniel yang terbeliak tadi.

Daniel hanya memerhati Arissa berlalu pergi. Jelas di telinganya gadis itu kenalkan diri Arissa Lee Badlisha.

“Arissa Lee Badlisha? Jadi..she is JN Biotech's scientist??”Daniel menelan liur. Kalau benar apa yang gadis itu katakan tadi, bermakna dendamnya masih belum ada apa-apa hasil!




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:51 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-4-2014 03:53 PM | Show all posts
DANIEL segera ke tempat letak kereta. Kereta dipecut laju menuju ke pejabat semula. Sepanjang perjalanan, dia masih berfikir kata-kata Arissa tadi. Tiba di pejabat, Daniel terus buka fail projek Bioremediasi yang masih disimpan di bilik pejabatnya. Fail yang sempat disalin dari thumbdrive yang diseludup dari makmal JN Biotech dulu melalui orang dalam. Tidak sempat dia melihat sampai saat ini. Lama maklumat di dalam fail itu digeledah. Satu persatu carta organisasi makmal itu dibaca.

So, it’s true that she is...Arissa Lee Badlisha..” Daniel perhati betul-betul gambar yang terpampang pada carta itu. Memang sah gambar gadis yang disalah anggap sebagai anak gadis Tan Sri Johari Nasir itu adalah orang lain!

Then.. who the hell is Nelissa???”

Daniel menapak ke tingkap bilik pejabat yang menghala ke arah panorama Kuala Lumpur. Nampak jelas bangunan KL Tower dan KLCC Tower. Fikirannya masih kusut. Serabut.

Oh my god..” Daniel menekup muka. Jadi benarlah apa yang gadis itu katakan. Terngiang di telinganya gadis itu merayu-rayu supaya tidak diapa-apakan malam itu. Dan masih jelas di cuping telinganya, gadis itu minta dikahwini sebelum dia melakukan apa-apa pada malam itu. Aku saja yang degil tidak menghiraukan rayuan dia. Argghhh!!!! Daniel menapak semula ke meja. Dia duduk sambil kepala mendongak melihat siling.

Arissa..so..that’s your real name..oh my..” Daniel meraup muka. Jiwanya mula kacau. Gadis yang pertama yang berjaya mencuri hatinya kini telah rosak di tangannya sendiri!

I’m sorry...I’m so sorry...” Sekali lagi Daniel menekup muka. Tunduk termengguk di meja. Rasa cinta pada gadis itu sudah tentu akan dibalas dengan rasa benci meluap oleh Arissa nanti.

Hari itu perasaan Daniel tidak tenteram. Semua kerja yang dibuat serba tidak kena. Dia segera menghubungi Robin dan Gagak. Kemudian dia hubungi pula Sherry.

Sherry! I’ll be away for one week. Please arrange for my flight to Korea tomorrow. Any appoitment, please put into next week’s schedule.” Daniel interkom sekretarinya.

Langkah Daniel laju menuju ke tempat letak kereta. Dia perlu jumpa Robin dan Gagak.



TIBA di tempat yang dijanjikan, Daniel terus mendapatkan Robin dan Gagak yang sudah menunggunya di lobi hotel. Dia mula melabuhkan punggung di sofa di situ.

We’ve made a mistake. Kita salah orang!” Daniel hempas sekeping kertas atas meja. Kertas yang mengandungi carta organisasi JN Biotech.

“Salah orang?” Gagak terbeliak.

Daniel angguk.

Robin turut melihat kertas di tangan Gagak.

That girl was not Tan Sri’s daughter.” Daniel perhatikan kedua orang suruhannya.

“Tapi masa majlis keraian di rumah Tan Sri malam tu, saya sendiri nampak Tan Sri Johari kenalkan perempuan itu pada tetamu.” Gagak mula tidak faham. Jelas dia melihat perempuan itulah yang berada di dalam majlis itu malam itu.

Are you sure?” Daniel jeling Gagak yang sudah berkerut kening.

Err..sorry bos. Kami ingat itu anak Tan Sri Johari sebab dia yang bawa kereta Fair Lady putih tu hari tu..” Robin tunduk. Rasa takut pada Daniel yang bakal bertindak di luar jangkaan.

So..what’s our plan?” Tanya Robin. Rancangannya kali ini gagal. Damn it!

Get me the real Tan Sri’s daughter! This time, straight to my house in Bangsar. I know what to do..” Daniel mula beri arahan.

Gagak dan Robin mengangguk faham.

And one more thing...be careful. I will not be around for one week. You two know what to do. When I’m coming back by next week, I hope that girl is already there.” Daniel mengingatkan Gagak dan Robin.



BALIK dari berjumpa Gagak dan Robin tadi, Daniel terus pulang ke rumah. Tadi, Zarul menelefonnya banyak kali mengajaknya ke Hard Rock Cafe. Lepak-lepak di sana. Terpaksa ditolak. Dia termenung di balkoni bilik yang mengadap panorama Kuala Lumpur. Bintang yang berkerlipan di langit sungguh cantik. Cuaca pula agak panas ketika ini. Pohon hijau yang banyak di sekeliling jalan cukup menarik matanya. Pandangannya dihala pula ke arah jalanraya yang nyata tidak pernah lengang dengan kenderaan. Bagai Kuala Lumpur tidak pernah tidur. Tidak macam di Edinburgh, lebih tepat lagi di  selatan bandar Edinburgh, ibu negara Scotland yang terkenal dengan keindahan bangunan yang unik dan klasik. Cuaca sejuk yang kadangkala mencecah suhu 2 darjah celcius dan disusuli hujan renyai. Namun tetap bangga bila tempat sendiri dijadikan tempat penggambaran cerita fiksyen terkenal adaptasi dari novel penulis terkenal K.K Rowling, Harry Potter! Lama Daniel melayan perasaan di situ. Tersentap seketika dengan kejadian di KLCC tadi. Arissa berkata benar. Aku yang salah anggap. Tapak tangan kanan  diletakkan di dada. Terasa jantung berdegup kencang. Teringat foto yang diambil semasa ke Pulau Nami dulu.

Daniel menapak semula ke meja. Kamera dicapai dari laci meja. Sejak balik dari Pulau Nami dulu, kamera itu tidak berusik. Dia segera sambungkan USB ke komputer di atas meja. Semua foto yang dirakam semasa di Pulau Nami ditatap seketika. Sesekali Daniel senyum.

What a silly boy!” Daniel kata pada diri sendiri sebaik melihat tingkahnya yang dirakam oleh Zaki semasa di laluan pokok yang popular di situ. Entahlah dia sendiri tidak pasti. Menurut pengunjung yang datang ke situ, di situlah tempat dijadikan tempat penggambaran drama popular Korea suatu waktu dulu. Ah, mana aku tahu semua tu. Hidup aku hanya tahu pasal bisnes! Satu persatu foto yang dirakam dulu ditatap.

Hmm..she’s so gorgeous..” Daniel menopang dagu. Matanya tidak lepas dari melihat foto Arissa yang duduk anggun di bangku sambil wajah menala ke kiri. Sempat juga dia merakam potret gadis itu yang cuba menangkap tupai yang tiba-tiba melompat di atas bangku.

So cute!” Daniel ketawa seorang diri. Tenang melihat foto Arissa yang pada pandangannya sangat fotogenik!

Dia segera simpan semua foto itu dalam satu fail dan dimasukkan ke dalam thumbdrive dan tripod. Esok dia akan kembali lagi ke Pulau Nami. Terasa tenang melihat keindahan pulau itu. Lampu bilik ditutup dan lampu di tepi katil dibiarkan menyala. Semua pakaiannya sudah dikemaskan. Daniel menapak ke katil. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Wajah putih kemerahan Arissa terbayang di ruang mata. Alunan merdu lagu Korea dari corong radio sungguh mendayu-dayu. Terbuai-buai perasaannya melayan lirik lagu dari drama Korea Full House itu. Bibirnya turut sama menyanyi walaupun tidak faham bahasa Korea kecuali bahagian lirik bahasa Inggeris.

Arissa..I think I’m in  love with you..” Daniel peluk bantal.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 07:15 PM | Show all posts
BAB 17




SEKALI lagi Daniel menjejakkan kaki ke bumi Korea. Zaki sudah  bersedia menunggunya di lapangan terbang Incheon Seoul. Kereta Hyundai putih meluncur laju menuju ke Myeongdong. Salah satu syurga membeli belah terkemuka di Korea Selatan. Pelbagai barangan boleh didapati di sini, dari baju hinggalah kepada kosmetik.Tempat ini terkenal dengan salah satu pusat membeli belah termahal di dunia dengan pelbagai barang berjenama.  Jadi tidak salah mendiang ayah membeli apartment di situ. Memang strategik. Hanya lima minit berjalan ke stesen subway. Dan yang paling Daniel suka, jalan di bandar Myeongdong itu akan ditutup khusus untuk pejalan kaki bagi menikmati suasana membeli belah dengan selesa tanpa kesesakan trafik jalanraya kecuali awal pagi dan lewat malam. Keretanya mula membelok masuk ke tempat letak kereta di bawah apartment.

“Bos,betul ke bos nak tidur di sini?” Zaki banyak kali bertanya. Semasa di lapangan terbang lagi.

Daniel angguk sambil tersenyum.

Zaki segera mengangkat beg besar Daniel menuju ke pintu lif. Sudah agak lama dia tidak menginap di situ. Selalunya kalau ada urusan bisnes, dia akan menginap di hotel.


MALAMitu, Daniel menikmati juadah makan malam yang dimasak seorang makcik yang tinggal di situ bersama Zaki.  Hidangan lauk masakan Korea dan sudah tentu ada kimchi yang paling sedap yang dia pernah rasa.

Omma..ni bos saya, Daniel.” Zaki perkenalkan bos mudanya kepada ibunya, Fatimah Abdullah, yang lebih selesa dipanggil omma.

Omma?” Daniel berkerut kening.

Omma tu..emak dalam bahasa melayu, mother!” Zaki senyum sambil menjeling ibu di sebelahnya.

Annyeong Haseyo. Selamat datang keKorea.” Fatimah senyum sambil menundukkan sedikit wajah tanda hormat, adat orang Korea.

Oh..so impress! So it’s true that aunty can speakmalay!” Daniel sudah bulat mata. Teringat Zaki pernah beritahunya kisah makcik itu yang pandai cakap melayu. Matanya beralih pada makcik Fatimah.Cantik dalam pakaian tradisi Korea walaupun bertudung.

“Bos,omma ni fasih bahasa melayu dah hampir dua puluh lima tahun!” Zaki sengih.

Daniel tercengang. “Really?”

Zaki angguk. Dia hulur mangkuk kimchi kepada Daniel.

“Makcik,kimchi ni dibuat daripada apa?” Daniel pandang kimchi di dalam pinggan.

“Kimchi ni banyak jenis. Sayur yang digunakan pun banyak jenis. Selalunya sayur sawi cina. Ada juga guna timun. Sayur tu diperap dengan cili giling, garam, gula,bawang putih, halia dan sedikit sos ikan. Air kena lebih sikit untuk perap.Lepas tu peramlah!” Fatimah senyum. Kimchi yang dihidang malam itu dibuat daripada sawi cina.

Oh I see..” Daniel senyum kelat.

Zakiturut senyum. Dia jeling Daniel. Macamlah nak masak kimchi tu! Dia gelak.

Err..Daniel ni nak belajar ke?” Fatimah mula bertanya.

Daniel sengih.

“Tak apa...kalau dia nak belajar, esok kita pergi pasar.” Zaki menyampuk.


USAI menikmati makan malam, Daniel dan Zaki mula berehat di ruang tamu. Banyak benda yang dibualkan. Daniel sesekali melihat Zaki yang begitu ramah dan sopan bila berbicara. Tidak seperti  Zarul dan Sharif. Tidak ada cerita lain. Kalau bukan hal duit, mesti hal perempuan!

Fatimah datang membawa sepinggan kuih tradisi Korea, tteaok, iaitu kuih beras yang berinti kacang merah. Kuih yang dibentukkan macam karipap itu bermacam warna.

“Daniel kena rasa kuih ni.” Fatimah letak pinggan kuih dan seteko teh korea tanpa gula.

Daniel senyum. Makcik Fatimah sungguh baik hati. Teringat mendiang ibunya yang juga ada keturunan Korea.

“Makcik,sebenarnya mak saya dulu pun keturunan Korea..maksud saya Korea-chinese tapi warganegara Malaysia. Dulu masa saya kecil, selalu juga mak buatkan kuih ni untuk saya.” Daniel mula ramah dengan makcik Fatimah.

“Oh ya? Alhamdulillah...” Fatimah terharu mendengar Daniel turut memanggilnya mak.Dia mula sebak. Teringat anak kandung yang sudah lama tidak berjumpa.

Daniel tercengang.

“Kenapa bos?” Zaki pantas pandang Daniel yang sudah berubah riak.

Err..al..ham...dulillahtu apa?”Daniel menyebut lambat-lambat. Tersekat-sekat.

“Oh...itu..maksudnya syukur kepada Allah.” Zaki senyum.

Daniel terdiam. Selama tiga puluh tahun hidup di muka bumi ini, dia tidak pernah sekali pun pergi gereja. Mendiang ayah seorang penganut Kristian biasa yang jarang pergi gereja dan mendiang ibu adalah seorang penganut buddha.

Err..bos fikir apa?” Zaki mula tidak sedap hati bila melihat Daniel diam dari tadi.

Oh..nothing.” Daniel senyum hambar.Memang hidupnya selama ini terasa kosong walaupun dikelilingi perempuan cantik,harta berkepuk dan rumah merata di Malaysia. Malah di London dan Edinburgh.Belum cerita lagi harta datuk dan nenek yang telah berpindah milik kepada mendiang ayah.

“Bos..saya nak solat dulu. Dah masuk waktu..” Zaki minta izin. Dia segera ke bilik air mengambil wudhuk.

Daniel hanya memerhati tingkah Zaki yang mula sembahyang di ruang kosong di sebelah sofa bersama makcik Fatimah. Lama dia memerhati gerak geri mereka. Seakan ada satu perasaan ingin tahu lebih mendalam. Terasa tenang mendengar bacaan yang dibaca Zaki walaupun dia sendiri tak faham. Sama seperti dia mendengar suara dari masjid di kawasan rumahnya dulu. Lepas itu, beramai-ramai orang islam datang ke masjid untuk bersembahyang. Itu saja yang dia tahu.Mungkin laungan suara dari pembesar suara itu memanggil orang islam untuk datang sembahyang di situ. Tingkah Zaki dan makcik Fatimah diperhatikan lagi. Dia terharu melihat cara Zaki menghormati makcik Fatimah dengan mencium tangan orang tua itu. Jauh sekali dengannya yang tidak pernah berbuat begitu. Dia hanya peluk sekali sekala mendiang orang tuanya.

“Maaf bos..lama sikit” Zaki bingkas bangun. Sejadah dilipat dan disangkut di atas palang.

Fatimah juga turut buka telekung dan menyidai di palang yang sama. Dia kemudian minta diri ke bilik.

“Zaki...saya kagum dengan awak. Awak memang seorang penganut yang taat. Tak macam saya...saya sendiri tidak tahu apa agama saya sebenarnya. Ayah kristian, mak budha. Saya sampai saat ini tak tahu nak ikut yang mana. At last, saya ambil keputusan untuk tidak menganut mana-mana agama bila mencecah umur enam belas tahun sehingga sekarang.” Daniel berterus terang.

Zaki hanya mendengar penuh minat. Dia angguk-angguk.

Err..boleh saya tahu tentang agama awak?”Daniel mula berminat. Dia terasa tenang melihat Zaki dan makcik Fatimah menunaikan sembahyang bersama.

“Boleh! Saya sangat senang hati bos!” Jelas ada senyuman gembira di bibir Zaki.

“Bos boleh tanya apa saja. Mana saya tahu, saya akan cuba jawab, insyaAllah!” Zaki senyum semakin lebar.

InsyaAllah?? Sekali lagi Daniel tercengang.

Err..apa makna insyaAllah?”

“InsyaAllah tu..dengan izin Allah atau lebih tepat kalimah insya Allah bermakna “jika Allahmenghendaki”. Selalunya ia berkaitan dengan janji. Maknanya, segala kejadian yang belum berlaku, akan terjadi dengan izin Allah.Sepandai apapun seorang manusia, ia hanya boleh merancang dan berharap.. Allah juga yang akan menentukan apakah rancangan dan harapan itu boleh terlaksana ataukah tidak? Jika kita usaha macam mana sekalipun tapi kalau Allah tak izinkan, benda tu tetap tak akan jadi. Jadi di sinilah umat islam memegang pada kepercayaan kepada Allah dan berharap kepada Allah setelah segala usaha dilakukan. Ucapan ini melambangkan  kesedaran hamba akan hakikat dirinya yang serba kekurangan dan jahil. Sekaligus mengiktiraf kekuasaan Allah swt yang Maha Kuasa dalam menentukan setiap yang berlaku di alam semesta ini. ” Zaki melihat riak muka Daniel yang sudah berkerut dahi.

“Maksudnya...tuhan Allah itu lebih dulu tahu apa yang bakal berlaku?” Daniel mula menyoal.

Zaki angguk.

“Jadi..tuhan Allah itu juga boleh jadikan sesuatu in future itu tidak akan berlaku dengan kehendakNya?”

Sekali lagi Zaki mengangguk. Nampaknya Daniel cepat menangkap maksudnya.

Daniel diam seketika. Dia teringat segala apa yang terjadi di dalam hidupnya. Segala usaha yang dilakukan selama ini dianggap adalah hasil kerja kerasnya. Tapi jika ada yang tidak berjaya, dia sering menyalahkan takdir. Menyalahkan orang lain.Kematian mak dan ayah. Kejadian dia merogol Arissa. Adakah itu semua juga dikira atas izin Allah?? Walaupun perkara jahat yang dilakukan??

“Boleh saya tahu kenapa perkara jahat tetap berlaku?”Daniel sekali lagi lontarkan soalan.

Zaki terkedu. Soalan bos mudanya dirasakan sukar untuknya menjawab. Ini soal akidah dan tauhid. Silap beri jawapan akan menyebabkan dia sendiri terpesong.Nauzubillah!

“Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.Maka setiap perbuatan manusia samada baik atau jahat adalah atas pilihan manusia sendiri berdasarkan akal. Oleh kerana itu, semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia, manusia akan ditanya dan diminta pertanggungjawabkan. Contoh yang jelas, kita dikurniakan nafsu,dalam Islam, seks adalah dilarang sebelum nikah. Jadi jika seseorang melakukannya juga sebelum nikah, bermakna dia telah melanggar syariat Allah,maka perbuatan itu adalah dikira jahat dan buruk. Dalam kes ni, dia telah menggunakan akal untuk memilih jalan yang salah..” Terang Zaki lagi.

Daniel terdiam. Itulah yang dia lakukan selama ini.

“Hanya orang yang yakin kepada hari akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!Kerana dia yakin Allah Maha Melihat.” Tambah Zaki lagi.

“Kenapa dalam Islam seks dilarang sebelum nikah?” Daniel mula serius. Selama ini dia biasa melakukannya tanpa terikat dengan sebuah ikatan pernikahan. Malam kejadian itu, Arissa merayu supaya menikahinya terlebih dulu sebelum dia melakukan semua itu.

“Seks sebelum nikah itu adalah zina. Ada hikmahnya kenapa Allah melarang zina. Dalam al Quran banyak ayat yang melarang melakukan zina. Dalam surah al-Isra’ ayat 32 : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Ayat ini bukan saja melarang berzina tetapi mendekati zina juga. Wanita adalah insan yang perlu dihormati dan ikatan pernikahan adalah cara terbaik untuk menghormati dan seterusnya menikmati seks secara tenang. Pernikahan juga sebenarnya menjadikan seorang lelaki itu lebih bertanggungjawab. Banyak gejala penyakit akibat seks yang sering bertukar pasangan. Munculnya anak hasil seks luar nikah tadi yang tidak diakui statusnya dan tidak diterima masyarakat.”Zaki bersandar di kerusi. Soalan bertubi dari Daniel nyata sudah semakin mendalam.

Daniel tunduk. Patutlah Arissa merayu supaya menikahinya.

“Saya masih tak faham tentang ni. Jadi tak boleh bebas? Kena nikah dulu baru boleh rasa semua tu?  Jika dilakukan suka sama suka, adakah dikira zina juga?” Daniel pandang Zaki tak berkelip.

Zaki senyum. Ternyata bos mudanya masih berminat soal seks. Bukan jatuh hukum apapun pada Daniel yang terang bukan beragama Islam! Bukan dia tidak tahu kehidupan Daniel selama ini. Perempuan keliling pinggang. Tidak hairan baginya kerana Daniel bukan seorang muslim, dikurniakan wajah kacak dan kaya raya. Itu lumrah seorang yang kacak dan berharta menjadi rebutan dan didampingi perempuan!

“Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam al quran. Soalan bos tadi tu saya pasti mesti atas dasar rela merelakan. Macam nilah...cuba fikir, seandainya bebas melakukan seks sebelum nikah dengan sesiapa saja tak kira rela atau paksa, maka akan lahir anak yang tidak berbapa, yang dinafikan haknya sebagai pewaris dan yang lebih ketara, kita seolah tak ubah seperti haiwan. Mahukah kita disamakan dengan haiwan?” Zaki pulangkan semula soalan pada Daniel.

Daniel terdiam. Otaknya mula ligat berfikir. Dalam agama lain pun pernikahan digalakkan untuk anak itu layak mendapat harta dari warisan ibubapa yang sah menikah. Hanya segelintir sahaja yang tidak mahu sebuah komitmen dalam ertikata sebuah ikatan pernikahan sepertinya. Seolah ingin lari dari tanggungjawab.

“Oh..dah hampir tengah malam. Tak mengantuk ke?” Daniel jeling jam. Makcik Fatimah sudah lama masuk bilik.

“Mengantuk jugak..esok ke mana kita?” Zaki mula bertanya. Boleh la dia bersedia lebih awal.

“Ke Pulau Nami. I need some rest there and please bring along our food. Saya tak nak nasi goncang lagi!” Daniel gelak.

Zaki turut ketawa.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 07:33 PM | Show all posts
BAB 18





ARISSA melangkah perlahan menelusuri laluan pokok-pokok yang lebih dikenali Metasequoia Lane. Sesekali dia mendongak melihat dedaun berguguran memenuhi bumi. Warni kuning dan merah daun cukup menarik dan indah. Kakinya menguis-nguis daun yang berguguran. Bila terasa sejuk, Arissa rapatkan mafla di lehernya. Topi yang menutupi rambut turut dibetulkan. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju.Cuti yang dipohon seminggu tidak mendapat apa-apa bantahan dari Syed Faizal walaupun dia tahu tugas di makmal semakin bertambah. Lulus atau tak lulus, dia tetap akan bercuti. Bukan bawa diri tetapi ingin melupakan semua kejadian pahit. Lupakan segala yang berlaku pada malam itu. Ingin mencari ketenangan. Perlahan Arissa menapak ke sebuah bangku. Dia melabuhkan punggung di situ. Kedua tangan diletakkan atas meja kayu sambil menopang dagu. Lama matanya menatap keindahan pulau itu.

“Subhanallah...kalaulah aku boleh sentiasa berada di sini, alangkah nyamannya..” Matanya dipejam rapat

Tanpa sedar titis jernih mengalir lembut ke pipinya. Arissa menekup muka. Kejadian hitam pada malam itu masih jelas di ruang matanya. Perlahan Arissa buka mata.

“Ya Allah..apakah aku mampu menempuh hidup ini? Apakah aku mampu lupakan semua itu?” Sekali lagi Arissa menekup muka. Termengguk di meja. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Nyata dirinya tidak kuat menghadapi semua itu.

Selain dari Allah, dia tiada siapa lagi dalam dunia ni. Kepada siapa dia harus meluahkan semua perasaannya tika ini? Dalam dunia ini, dia hanya sebatang kara.Ayah sudah lama pergi buat selama-lamanya. Ibu pula masih belum ditemui. Jauh sekali saudara mara. Nelissa?? Oh tak mungkin!

Arissa bingkas bangun. Dia meneruskan langkah. Senyuman hambar mula terukir di bibir.Dia pandang sekitar. Pulau indah itu sentiasa dikunjungi pelancong tidak kira masa. Bunga sakura yang berkembang mekar di ranting pokok sungguh cantik.Tersenyum dia melihat begitu ramai pelancong yang berebut mengabadikan foto di situ. Sama seperti di laluan deretan pokok yang menjadi tempat lokasi terkenal drama popular Korea. Angin sejuk mula bertiup. Mafla di lehernya dikemaskan. Kali ini dia menelusuri pula kearah deretan bunga tulip yang mekar berkembang. Berdiri seketika di situ memerhati keindahan ciptaan Allah. Dia berpeluk tubuh. Memang tepat kedatangannya pada waktu ini. Pertengahan April yang sungguh indah! Demam musim bunga! Sengaja dia rahsiakan dari Nelissa. Susah payah dia menaiki tren dan tukar pula menaiki bas dari Gapyeong. Dulu pernah sekali arwah ayah membawanyake situ. Ketika itu suasana tidak seperti sekarang yang sudah dinaiktaraf menjadi tempat pelancongan setelah drama Winter Sonata itu popular di seluruh dunia.



TANPA sedar, tingkah Arissa diperhatikan seseorang. Zaki yang dari tadi memerhati tingkah gadis itu mula tertanya-tanya. Melihatkan wajah gadis itu yang murung,mungkin gadis itu sarat dengan seribu satu masalah. Kalau tak, takkan gadis itu sampai membawa diri sampai jauh ke Pulau Nami seorang diri?

“Hmm..siapa agaknya perempuan tu?” Zaki masih duduk di bangku sambil menunggu Daniel yang sibuk mengambil foto keindahan bunga yang berkembang terutama bunga sakura.

Zaki masih memerhati. Gadis itu dilihat termenung jauh melihat deretan bunga tulip yang berwarna warni. Jelas dia melihat ada riak sugul di wajah putih kemerahan gadis itu. Wajah yang mirip gadis Korea tetapi masih ada ciri melayu..

“Dia orang Korea ke?” Zaki mengusap dagu. Sesekali matanya menala ke arah Daniel yang masih leka membelek kamera.

“Zaki!!”

Zaki menoleh. Daniel sudah melaung dari situ. Dia segera menapak ke arah Daniel.

“Ya bos?” Zaki senyum. Daniel dilihat segak dengan kot putih tebal dengan mafla lembut warna kelabu. Teringat seorang pelakon Korea yang terkenal dalam drama My Girl, Lee Dong Wook, sekali pandang, wajah Daniel memang ada iras pelakon itu walaupun darah yang mengalir dalam tubuh Daniel lebih kepada darah Inggeris yang diwarisi sebelah Datuk JB. Tadi, sebaik tiba di pulau itu, dia perasan ramai juga perempuan yang saling berbisik sambil menuding ke arah Daniel. Malah ada yang cuba bergambar. Mungkin mereka juga ingat Daniel adalah selebriti Korea terkenal itu!

“Kenapa pandang saya macam tu?” Daniel berkerut kening. Dari tadi Zaki asyik memandangnya.

“Oh..tak..tak ada apa. Err..bos tak teringin ke nak berkeluarga?” Entah kenapa soalan itu yang terpacul dari mulutnya.

“Kenapa?”

“Lelaki macam bos ni, pilih saja perempuan mana yang berkenan. Ada rupa, kaya,muda..pakej lengkap.” Zaki berterus-terang.

Oh..please don’t say that.” Daniel senyum malu.

It’s true. Really! Tidakkah bos ingin mempunyai keluarga sendiri? Isteri,anak?” Sekali lagi Zaki bertanya.

Daniel terdiam seketika. Selama ini hidupnya hanya untuk berseronok. Sudah berapa ramai perempuan yang ditidurinya hanya untuk seronok dan bukan untuk komitmen apa-apa. Setakat ini, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumahtangga. Komitmen kerja nyata lebih penting daripada komitmen perkahwinan. Saat ini wajah Arissa mula bermain di mata.

“Bos?”Zaki sentuh bahu Daniel yang kelihatan sedikit sugul.

Zaki..you know me. Saya tak pernah serius dengan perempuan tapi...” Kata-kata Daniel terhenti di situ. Dia serba salah meneruskan kata-katanya tadi. Bimbang Zaki akan mentertawakannya.

“Tapi apa bos?”

Actually...I like one girl..” Daniel mula berterus terang.

Really?” Zaki teruja. Maknanya bos mudanya akan mula berubah sikap tak lama lagi. Orang kata bila sudah suka pada perempuan secara serius, maka akan ada niat untuk bernikah.

Daniel mengangguk lemah. Terus terbayang wajah lembut Arissa yang mula menapak dihatinya. Ya! Gadis yang telah dirosakkannya!

“Boleh saya tahu siapa?” Zaki mengusik.

Daniel senyum hambar. Dia melepaskan pandangan ke arah deretan bunga tulip yang berkembang indah. Kamera di tangannya dihala ke sana. Lensa kamera diputar sedikit, cuba fokus pada bunga tulip. Klik!Klik! Klik!

Daniel menelan liur. Is that Arissa???

“Bos! Kenapa?” Zaki mula pelik melihat riak Daniel seperti melihat hantu.

Daniel genyeh mata berkali-kali. Dia segera meluru ke arah Arissa yang masih berdiri di tepi deretan bunga tulip.

“Arissa..”Daniel beranikan diri menyapa gadis itu.

Arissa yang masih leka dengan bunga tulip mula berpaling.

You???”

Daniel segera tarik tangan Arissa bila melihat Arissa ingin beredar dari situ.Kuat  Daniel menarik tangan Arissa sehingga Arissa terpeluk dalam pelukannya.

Stop it! Let me go!” Arissa tolak badan Daniel.

Arissa..please..forgive me!” Daniel tarik semula tubuh Arissa.

Stay away from me!!!” Jerit Arissa kuat.

Pelancong yang lalu lalang di situ mula berpaling.

Daniel terus tarik tangan Arissa ke tempat yang jauh sedikit dari orang ramai.

Arissa..please...let me explain..”Daniel masih peluk Arissa yang cuba meronta.

Explain what??” Arissa bulatkan mata.Tubuh Daniel cuba ditolak sekali lagi.

I know that..I have done something bad to you. Really, really bad! But trust me! It’s not like you think!” Tubuh Arissa didakap kemas. Dia tahu Arissa akan berlari pergi kalau tubuh gadis itu dilepaskan.

Oh really? Kenapa bila aku merayu pada kau, kau teruskan juga buat kerja laknat tu?” Arissa mengetap bibir dengan kuat. Nada suaranya semakin tinggi.

I..I’m sorry. I was so confused that time. Ithought you were Tan Sri’s daughter. Dendam aku pada Tan Sri masih tebal..and yet..I knew that..you are actually Arissa and not Nelissa..” Daniel tunduk. Perlahan dia lepaskan rangkulannya.

“Baru sekarang kau sedar? Kenapa masa tu kau tak sedar? Kau memang ada niat nak rogol aku kan?? You such a bustard!!”Arissa kuatkan suara. Geram! Tiada lagi bahasa sopan untuk lelaki itu.

Daniel terdiam. Memang salahnya juga. Mungkin malam tu dia keliru.

“Apa pun alasan kau,kau telah rosakkan aku! I have nothing! Nothing! And for the rest of my life, I hate you!!”Arissa menangis tersedu-sedu.

Daniel tatap semula wajah Arissa yang sudah menangis. Bibir Arissa yang kemerahan begitu mempesona. Ingin saja dia mengucup bibir itu sekali lagi. Ah! Daniel! Please dont!!

Arissa masih merenung tajam wajah lelaki di depannya. Memang tidak dinafikan kekacakan jejaka itu menjadi kegilaan ramai perempuan. Bukan dia tidak perasan, banyak mata perempuan muda merenung Daniel dengan senyuman manis dan menggoda. Wajah lelaki di depannya ditatap seketika. Hatinya mula bergetar. Jantung berdegup kuat. Ah! Arissa! Please dont!

Arissa...I love you..” Daniel mula mendekati Arissa. Jiwa lelakinya ingin membelai rambut Arissa dan mengucup sekali lagi bibir milik gadis itu.

Pang!!!

Who do you think you are huh? You loved me?? Shame on you!!” Arissa geram. Padan muka melihat Daniel menggosok pipinya yang dilempang kuat tadi. Ada hati nak cium aku! Go to hell!! Ikut hati nak saja racun mamat ni dengan bakteria Vibrio cholera, biar mampus kojol!! Dia terus berlari meninggalkan Daniel di situ.

Zaki yang berdiri tidak jauh dari Daniel hanya memerhati babak Daniel dan Arissa. Jelas dia melihat pipi bos mudanya ditampar kuat oleh gadis itu. Siapa gadis itu pada Daniel?

Daniel masih berdiri di situ. Terasa pedih bila ditampar kuat oleh Arissa tadi.Pertama kali dapat merasa penampar perempuan. Pada muka kau Daniel! Siapa suruh kau peluk dan cuba cium bibir gadis tu? Kau dah rosakkan dia dan sekarang ada hati nak berbaik dengan gadis tu??Daniel mendongak melihat Arissa yang sudah jauh pergi dari situ.

Zaki mendekati Daniel.

“Bos...maafkan saya. Apa yang berlaku sebenarnya?” Zaki bertanya perlahan. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena antara Daniel dan gadis itu.

Daniel senyum kelat. Memang  patut pun dia terima penampar dari gadis itu. Malah walau beribu kali kena tampar sekalipun, tidak akan mungkin  boleh meredakan perasaan benci dan marah Arissa dan mengembalikan senyuman manis Arissa. Maruah gadis itu sudah tercemar kerana tindakan salah faham aku dulu!

Nothing...let’s go..” Daniel mengajak Zaki pulang ke apartment semula. Seharian mereka berada di situ.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:53 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 07:33 PM | Show all posts
DANIEL termenung panjang di balkoni bilik mengadap panorama Myeong dong yang sentiasa sibuk dengan manusia yang tak pernah lengang di situ. Pusat beli belah terkenal di situ memang sentiasa ‘hidup’.

“Bos..”

Daniel berpaling.

“Maaf..kalau saya tanya sikit..” Zaki mula serba salah. Kejadian di Pulau Nami semalam nyata mengganggu fikirannya.

“Boleh saya masuk?” Zaki teragak-agak.

Daniel angguk.

Zaki menapak ke arah balkoni dan berdiri di sebelah Daniel sambil turut menikmati suasana malam.

“Apa yang awak nak tanya tadi?” Daniel menoleh ke kiri. Zaki dilihat masih memandang ke arah bandar Myeong dong.

“Pasal hal di Pulau Nami semalam. Boleh saya tahu siapa gadis tu pada bos?” Zaki beranikan diri bertanya.

Oh..that girl..why?”

Zaki masih berfikir. Dari pengamatannya, gadis tadi adalah seorang gadis kacukan..mungkin keturunan melayu kacukan dan jika benar, gadis itu beragama Islam. Dia perlu tahu, jika benar gadis itu seperti yang disangkakan, gadis itu perlu diselamatkan dari nafsu rakus Daniel. Siapa tak kenal bos mudanya yang mudah dapat perempuan jika dia berkehendak.

“Bos..suka dia ke?”

Daniel senyum. Matanya beralih semula ke arah pemandangan di luar.

“Itulah gadis yang saya maksudkan hari tu. She’s the one that makes me out of my mind!” Daniel berterus terang.

Zaki menelan liur. Jadi memang benar Daniel suka pada gadis itu. Persoalannya sekarang, suka secara serius ke atau hanya untuk berseronok?

Err..so, bos ada niat ke nak nikah dengan dia?” tersekat-sekat Zaki bertanya.

Daniel pantas menoleh. Wajah Zaki serius.

Why?”

“Gadis tu saya tengok seorang yang baik. Belum pernah saya tengok seorang gadis yang bos kenal bertindak macam tadi. Semua yang saya tahu, mereka lagi suka kalau bos cuba bermesra tapi gadis tu berlainan sekali.” Zaki pula berterus terang.

“Ya..dia memang berlainan. She’s different. And because of that.. I’m falling in love with her. Isn’t that weird?” Daniel pandang Zaki. Menanti jawapan balas dari Zaki.

Zaki senyum. Memang tepat tekaannya. Daniel yang hanya tahu berseronok kini telah mula jatuh cinta.

“Jadi..bos nak ambil dia sebagai isteri?”

I don’t know...awak tengok sendiri bagaimana dia layan saya kan?” Daniel menopang dagu. Mata menala ke arah langit yang terang dengan bintang berkerlipan.

“Boleh ke saya berkahwin dengan dia? Maksud saya..dia muslim and me..I don’t know..” Daniel sugul. Sebenarnya kusut di benaknya kini dengan persoalan seperti itu. I love her!!

“Bos boleh nikah dengan dia tapi bos kenalah belajar Islam dulu..” Zaki senyum.

Pantas Daniel menoleh. “Do you mean..”

Zaki senyum.

“Kalau bos belum bersedia untuk itu, saya rasa bos juga belum bersedia untuk bernikah. Dalam Islam, ikatan pernikahan adalah yang paling suci dan paling disukai Allah. Ikatan yang menghalalkan sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Saya kira, agama lain pun sama. Apa yang berlaku sekarang  ini, manusia cuba menidakkan peraturan itu. Lihat apa yang berlaku sekarang ini, tiada lagi rasa malu dan segan. Kita tak tahu perempuan yang kita tiduri tanpa ikatan sebuah pernikahan itu mungkin anak kepada seseorang, mungkin juga ibu atau isteri kepada seseorang atau kakak dan adik kepada seseorang. Bayangkan jika itu terjadi kepada ibu, isteri, kakak, adik atau anak kita sendiri? Tegakah kita melihat itu semua terjadi?” Zaki menutur lembut.

Daniel terdiam. Terkedu mendengar kata-kata Zaki. Ya, selama ini dia tidak pernah terfikir soal itu. Apa yang dia tahu hanyalah untuk berseronok.

“Jangan pula bos rasa terpaksa masuk Islam hanya semata nak bernikah. Nasihat saya, bos belajarlah dulu apa itu Islam. Jika Allah izinkan, bos tetap ada jodoh dengan gadis tadi. Saya sentiasa doakan bos berada di kalangan orang terpilih dalam menerima hidayahNya. InsyaAllah, jika telah ada niat seperti itu, Allah akan membuka jalan seluas-luasnya.” Zaki memberi harapan.

Daniel tunduk. Hatinya masih keras dengan semua itu.

“Oh ya..ni hadiah dari saya untuk bos. Bos bacalah dulu. Kalau ada apa-apa yang tak faham, saya sedia membantu. Jangan segan bertanya.” Zaki hulur sebuah terjemahan al Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa melayu.

“Apa ni?”

“Quran..kitab suci umat Islam.” Zaki senyum.

Err..maksudnya?” Nampak sangat Daniel tidak tahu semua itu. Dulu, mendiang ayah dan ibu tidak pernah dedahkannya dengan benda itu semua.
“Quran ni adalah kitab yang terakhir diturunkan kepada manusia yang mencakupi segenap perkara. Ia diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah. Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.” Jelas Zaki. Muka Daniel dilihat berkerut. Mungkin belum faham kata-katanya. Biarlah sekurang-kurangnya Daniel ada niat untuk mengenali Islam.

Daniel angguk-angguk.

“Di dalam tu ada semua jawapan yang bos cari selama ini. Termasuk soalan yang pernah bos tanya dulu. Bacalah dulu..”Zaki menapak ke arah pintu.

“Saya masuk tidur dulu. Maaf bos..kat rumah ni tak ada arak.” Zaki teringat waktu sebegini, Daniel suka menghabiskan masa bersendirian seperti tadi sambil meneguk minuman keras.

Oh..it’s ok!” Daniel senyum kelat.



MALAM itu, Daniel termenung lagi. Masih berfikir kata-kata Zaki. Betapa selama ini dia telah merosakkan ramai perempuan yang entah apa status mereka. Mungkin ibu, isteri, anak, kakak atau adik seseorang.

Oh my...”

Dan terakhir..Arissa. Selepas dia meragut kesucian gadis itu malam itu, dia tidak pernah lagi sentuh tubuh perempuan. Setiap kali ingin meniduri perempuan, jiwa dan perasaannya bagai ditarik satu suara untuk tidak melakukannya. Waktu itu juga menjelma wajah Arissa tersenyum manis kepadanya. Bagai melekat kuat di benaknya. Ya, Arissa seorang gadis yang baik seperti yang Zaki katakan. Buktinya pada malam kejdian itu, ternyata Arissa masih ada dara sehinggalah dia sendiri yang meragut itu semua!! Dan jelas di Pulau Nami semalam, gadis itu begitu bencikannya saat dirinya mula menyimpan kasih dan cinta pada gadis itu. Matanya menala pada jam kecil di atas meja sebelah katil. Sudah menghampiri tengah malam. Telinganya ditekap ke dinding. Suara lunak Zaki mengalunkan sesuatu jelas di telinganya. Terasa menusuk ke jantung. Tenang. Tidak pernah lagi dia mendengar ayat-ayat seperti itu sebelum ini apa lagi dialunkan sebegitu rupa.

“Hmm....dia baca apa?” Daniel masih memasang telinga mendengar alunan suara dari bilik sebelah.

Matanya menala pada terjemahan al Quran yang dihadiahkan oleh Zaki tadi. Dibelek sekilas.

“Hmm..nantilah aku baca.” Al Quran itu diletak semula di atas meja.

Komputer riba dibuka semula. Foto Arissa ditatap lagi. Hati dan jantungnya berdegup kencang. Teringat kamera yang disimpan dalam beg di atas meja. Sekali lagi Daniel memuatnaik semua foto yang diambil semasa di Pulau Nami semalam.

Oh my..she’ so beautiful...” Daniel menatap foto Arissa semasa gadis itu membongkok di deretan bunga tulip yang berkembang mekar. Jelas tingkah Arissa memegang sekuntum bunga tulip. Sempat dia mengabadikan wajah lembut itu di lensa kameranya.

I didn’t realize loving one is so hard like this...”Daniel tunduk. Jemarinya mencengkam kuat rambut.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:53 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 09:49 PM | Show all posts
BAB 19




MUKANYA disembamkan ke bantal. Arissa menangis semahunya.  Masih jelas dia melihat sinar mata Daniel tadi. Arissa bersandar di kepala katil. Terngiang di telinganya kata-kata Daniel. Lelaki itu meminta maaf. Ya maaf!! Dan yang pasti, ayat terakhir lelaki itu cukup menyeksa jiwanya.

Why..” Suara Arissa sudah sebak.Tersekat-sekat.

Arissa bangun perlahan. Dia belum solat lagi. Dia pandang jam waktu tempatan. Sudah menghampiri tengah malam. Dia menapak ke bilik air. Usai solat, Arissa masih berteleku di sejadah. Perjalanan hidupnya sudah terasa pelik. Bertemu dan jatuh cinta dengan lelaki yang merogolnya! Dia pandang sekitar bilik hotel. Bilik hotel yang pernah dihuni bersama Nelissa dulu ketika sama-sama bercuti ke situ  masih seperti dulu. Hampir seminggu dia berada di situ. Ada juga dia bertanya orang di sekitar, alamat yang diberi arwah ayah dulu. Tidak seorang pun tahu di mana alamat itu.Sempat bawa foto ibu sekali dan juga ditunjukkan sekali ketika bertanya.Nampaknya percutiannya kali ini juga tidak membuahkan hasil. Quran kecil yang dibawa bersama mula dibuka. Perlahan Arissa mengalunkan ayat-ayat Allah yang maha suci. Jiwa mula tenang. Benarlah dengan mengingati Allah, hati akan tenang.

Sebagaimana firman Allahs.w.t  dalam surah ar-Ra’d ayat 28:
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

Teringat tazkirah dari ustazah Waddah semasa di UK dulu, semua ayat Allah adalah zikir. Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan olehIbnu Umar. r.a, Rasulullah bersabda:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Arissa buka telekung. Quran kecil diletakkan semula di dalam poket beg pakaian. Dia menapak ke katil. Bantal dipeluk erat. Benaknya masih memikirkan kejadian semalam.

“Dia cintakan aku? Pergi mampus kau Adam!!” Arissa menjerit kuat. Berkali dia mengetuk kepalanya sendiri. Tidak mahu percaya kata-kata Daniel. Ucapan dari mulut lelaki seperti Daniel dirasakan hanyalah satu helah untuk mendapat tubuh perempuan!

“Jijik!!”Arissa menekup muka dengan bantal. Geramnya sudah semakin meledak. Dia belek beg tangan. Sebiji botol kecil diambil dari poket dalam beg itu

“Aku akan bunuh kau Adam!” Arissa mengetap bibir. Botol berisi bakteria merbahaya yang sengaja dikultur dan disejukkeringkan masih disimpan elok dalam begnya.Ikut hati nak sahaja dia merealisasikan rancangan jahatnya untuk membunuh perogol itu!!



PAGI lagi Arissa menapak ke bandar Seoul. Percutiannya sudah pun berakhir. Dia menaiki bas dan tren menuju ke lapangan terbang Incheon Seoul dari Pulau Nami. Tiba di lapangan terbang, Arissa segera ke kaunter check in. Tadi dia sudah tersangkut dalam perjalanan ke lapangan terbang. Tergesa-gesa Arissa menuju ke kaunter. Beg pakaiannya ditarik laju.Dalam suasana sibuk di lapangan terbang itu, dirasakan langkah kakinya  sudah tersekat-sekat. Terpaksa rempuh orang yang lalu lalang di situ.

Err..sorry! Bianhae!” Arissa meminta maaf sambil menundukkan kepala. Dia segera berlari ke kaunter.

Zaki menoleh. Dia hanya melihat gadis itu terkocoh-kocoh berlari. Nampak tergesa-gesa. Hmm..pandai juga dia ni cakap bahasa Korea. Nasib baik aku ni faham.

“Eh,itu macam gadis yang Daniel tegur hari tu...” Zaki berkerut kening. Memang sah!Tak syak lagi. Dia terpandang sesuatu di kakinya. Sekeping foto dicapai dari situ.

“Hmm..foto siapa pulak ni?” Zaki perhati foto lama seorang perempuan yang agak berumur. Macam wanita Korea. Dia masukkan ke dalam poket.

Tadi dia baharu saja menghantar Daniel menaiki pesawat pertama ke Kuala Lumpur. Tak sangka dapat bertemu semula dengan gadis itu yang juga turut pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama tapi sayang penerbangan pesawat gadis itu tak sama dengan Daniel. Kalau tak, mereka berdua akan bertemu sekali lagi di situ. Zaki memandu perlahan ke Myeong dong. Di benaknya sarat dengan persoalan hubungan Daniel dengan gadis tadi.

“Hmm..siapa nama dia eik?” Zaki tepuk dahi. Telah banyak perkara dibualkan dengan Daniel tapi sampai sekarang dia lupa bertanya siapa nama gadis itu.


TIBA di apartment, Zaki mula berehat di sofa. Ibunya sibuk menyediakan sarapan.Tadi, Daniel terpaksa keluar awal. Takut tertinggal flight. Ada urusan penting katanya sebab itu dia ambil penerbangan awal ke Kuala Lumpur.

“Omma..masak apa hari ni?” Zaki senyum.

“Masak nasi dan ikan unagi bakar dengan sos tiram.” Fatimah turut senyum. Zakilah satu-satunya saudara yang dia ada sekarang ni.

“Omma...kita pergi Kuala Lumpur nak?” Zaki mula ajak ibunya ke Malaysia.

Fatimah diam. Sudah hampir dua puluh tahun dia tidak jejakkan kaki ke bumi Malaysia.Dan sekarang Zaki mengajaknya pula.

“Omma...saya pun teringin nak jumpa ibu kandung saya di sana.” Zaki peluk ibunya.

Fatimah senyum kelat. Kemesraan Zaki sedikit sebanyak mengubat hatinya yang rindu pada anak kandungnya sendiri yang sudah lama tidak berjumpa. Zaki, anak susuannya semasa di Malaysia dulu. Masa itu Zaki berumur lima bulan dan ketika itu anak kandungnya sendiri masih dalam perut. Bermakna dia dan Zaki sudah tidak ada batas aurat.  Dia pernah bertanya kepada  seorang ustaz dulu semasa di Malaysia berkenaan hal itu. Menurut ustaz itu, apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya.Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya anak kandungnya.

Ada dalil dalam al Quran untuk anak susuan, dari surah Al-Baqarah ayat 233 :“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.

Ibu Zaki menghilangkan diri sejak ditinggalkan ayah Zaki. Sejak itu dia nekad bawa Zaki sekali ke Korea dengan bantuan seorang kenalan dan alhamdulillah, rezeki mereka berdua murah. Ketika itu Zaki berumur lapan tahun. Zaki membesar dan bersekolah di Seoul sampai fasih berbahasa Korea. Zaki akhirnya menamatkan pengajian universitinya  juga di Seoul.Zaki bekerja di sebuah syarikat milik seorang kenalan ayah Zaki dulu selain diberi tempat berteduh. Kebetulan bos Zaki perlukan seorang penterjemah bahasa dan pemandu di sana. Sejak itu Zaki diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah syarikat kecil milik Daniel.

“Zaki..omma pun tak tahu kat mana dia sekarang ni. Kalau alamat terakhir dia tu..dia berada di Pahang.” Fatimah mula mengingati semula kata-kata ibu Zaki dulu. Masa itu dia berada di Kuantan, Pahang.

“Boleh tak kita pergi ke Kuala Lumpur?” Zaki pujuk lagi. Memang dia tahu berat hati ibunya untuk melangkah semula ke bumi Malaysia. Bukan dia tidak ingat pada anak kandungnya tapi dia tak mahu mengingati semula kisah pahit yang pernah menjengah dalam hidupnya dulu. Kisah sedih seorang saudara baru seperti ibunya masa itu yang ingin mengenal Islam tapi dikhianati kekasih hati yang tidak bertanggungjawab.

“Boleh tak?” Sekali lagi Zaki bertanya dengan suara manja.

Fatimah senyum. Dia mengangguk perlahan.

Zaki melompat gembira.

Fatimah ketawa mengekek. Itulah gelagat Zaki sejak kecil.

Err..apa ni?” Fatimah pandang foto yang jatuh atas lantai.

Zaki turut pandang foto itu. “Oh..ini foto yang Zaki jumpa kat airport tadi. Ada seorang gadis tadi tergesa-gesa. Foto ni milik dia agaknya.” Zaki capai foto itu dan dimasukkan ke dalam poket semula.

Fatimah senyum. Oh..dah mula kenal gadis anak bujang aku ni..

“Zaki..omma tanya sikit boleh?”

“Apa dia?”

“Zaki dah suka kat gadis tu ke?” Usik Fatimah.

“Eh omma ni! Gadis tu girlfriend bos Zaki la!” Zaki ketawa mengekek. Terasa lucu dengan pertanyaan ibunya tadi.

Girlfriend? Tapi kenapa dia tak kenalkan kepada  kita? Kenapa tak ajak datang sini?” Fatimah agak terkejut. Tak sangka Daniel sudah mula serius dengan perempuan. Dari cerita Zaki, Daniel seorang yang suka berfoya-foya.

“Hmm..sebenarnya gadis tu seorang muslim. Bos Zaki tak tahu nak mula macam mana. Dia sendiri masih tercari-cari siapa dirinya.  Zaki nak juga tolong dia tu bernikah dengan gadis tu. Nampak jelas bos Zaki tu cintakan gadis tu tapi...” Kata-kata Zaki terhenti di situ.

“Tapi kenapa?”

Zaki pandang ibunya yang begitu beria nak tahu kisah cinta Daniel.

“Gadis tu macam benci padanya. Zaki rasa ada sesuatu yang tak kena..” Zaki mula mengingati semula kejadian di Pulau Nami.

“Tak kena?”

Zaki angguk.

“Apa yang tak kena?”

“Zaki sempat dengar gadis tu kata Daniel telah merosakkannya. Entahlah mungkin Zaki silap dengar..” Zaki tak nak berkata benda yang samar.

Fatimah tergamam. Dia faham kalau gadis itu benci pada Daniel. Itulah yang dia lalui dulu walaupun kisah mereka agak berbeza. Sampai saat ini, lelaki itu tidak tahu yang dia telah hamil dan melahirkan anak seorang diri. Alhamdulillah, ada seorang lelaki yang sudi menjaga dan membiayai kehidupannya tatkala dia dilanda kemurungan dan kesedihan.

“Zaki..omma rasa elok kita tolong bos Zaki tu. Dakwahlah pada dia supaya dia diberi hidayah oleh Allah dan tidak tersesat. Omma kasihan pada gadis tu. Dia jadi mangsa dalam hal ni.” Fatimah mula sugul.

“InsyaAllah omma. Zaki dah beri hadiah terjemahan Quran pada bos Zaki sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.” Zaki senyum.

Fatimah turut senyum. Mereka berdua mula menikmati sarapan. Selesai sarapan, seperti biasa Zaki akan jenguk pejabat sekejap. Sempat dia belek fail untuk bisnes terbaru Daniel dalam bidang kosmetik.

“Hmm..siapa gadis tu sebenarnya?” Zaki teringat foto yang dijumpai di lapangan terbang tadi.

“Hmm..ni foto siapa pula? Apa kaitan foto ni dengan gadis tu?” Zaki garu kepala. Dia kemudian menyambung semula membuat kerja pejabat.
Foto itu disimpan semula dalam poket seluar.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 10:07 PM | Show all posts
BAB 20




PUAS Arissa menggeledah beg pakaiannya.Bersepah semua pakaiannya atas lantai. Beg tangannya turut diselongkar. Tiada.

Hish! Mana la aku letak ni? Dah la ada satu tu je foto ibu aku.” Arissa garu kepala. Dia termenung seketika. Cuba mencari idea di mana dia letak foto itu.

“Aduh! Mana foto ni? Macam mana aku nak cari ibu aku macam ni!!!” Arissa sudah buntu.Foto ibunya sudah hilang! Arissa duduk di birai katil. Dia cuba mengingati semula satu persatu kejadian yang berlaku sejak dari bilik hotel lagi.

“Takkan kat bilik hotel. Aku dah banyak kali periksa. Tak ada satu pun yang tertinggal.Hmm...mana eik?” Arissa mengusap dagu runcingnya.

“Entah-entah masa aku melanggar bahu lelaki tadi kat Airport Incheon tu tak?” Arissa menelan liur berkali-kali.

Kalau betul, bermakna foto ibu berada nun jauh di bumi Korea! Aduh!! Arissa menepuk dahinya berkali-kali. Cuai dalam menjaga barang sendiri. Tambah lagi foto kesayangannya yang sentiasa dijaga. Arissa baring. Dia sudah hilang mood! Telefon bimbitnya berdering kuat. Arissa bangun dan mula menapak ke meja.

“Assalamualaikum.Nak jumpa? Bila? Okey..” Telefon diletak semula. Nelissa sudah berjanji akan berjumpanya di medan selera di Bangsar. Sekejap lagi Nelissa akan datang mengambilnya di Sri Hartamas. Kereta MyVi masih di bengkel. Sebelum bercuti minggu lepas, keretanya memang masih di situ.

Haih..manalah foto ibu aku ni..” Arissa masih lagi mencari.

Dia segera menukar pakaian. Baju yang bersepah atas lantai dikaup dan diletakkan atas katil. Barang-barang dalam beg tangan yang habis bersepah atas lantai pula dimasukkan ke dalam beg tangan semula. Bergegas Arissa keluar rumah dan terus ke pintu lif. Kondominium yang terletak di tingkat lapan itu memang terasa tinggi. Suasana yang agak sunyi cukup membuatnya lebih berhati-hati.

“Lif pula lambat..” Arissa pandang nombor lif. Sesekali dia pandang sekitar. Tiada sesiapa. Matanya kembali menala ke nombor lif.

“Assalamualaikum.”

Arissa berpaling. Lelaki yang berjaket hitam yang selalu dilihatnya menaiki motosikal berkuasa tinggi sudah berdiri di sebelahnya.

Wa’alaikumussalam..” Arissa menjawab acuh tak acuh.

“Nak ke mana?”

Err...keluar makan jap.” Arissa sudah resah.

“Malam macam ni?” Lelaki itu jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir sepuluh malam.

Arissa diam. Banyak tanya pula mamat ni.

Pintu mula terbuka. Arissa terus menapak masuk. Lelaki tadi juga turut masuk sama.Masing-masing diam membisu.

Err..awak ke mana lama tak nampak?”

Arissa mendongak. Ditenung seketika wajah lelaki tadi. Kulit agak putih, tinggi lampai, rambut agak ikal dan yang pasti, lelaki itu manis dengan senyuman.

“Saya bercuti..” Arissa lambat menjawab.

“Oh..patut la..”

Masing-masing diam lagi. Arissa perasan yang lelaki itu asyik memandangnya dari tadi.

“Encik tak nak keluar ke?” Arissa pandang lelaki tadi yang masih mengelamun. Pintu lif sudah lama terbuka di tingkat bawah.

“Oh dah sampai ke?” Lelaki itu sengih.

Arissa senyum kelat. Berangan pulak mamat ni. Dia laju menapak ke pintu pagar. Nelissa sudah berjanji akan mengambilnya di situ. Di tempat itu terang sikit. Tambah ada pengawal keselamatan di situ. Lelaki tadi dilihat sudah menghala ke tempat letak motosikal.

“Hmm..siapa dia tu? Tinggal sama floor dengan aku ke?” Arissa masih memerhati.

Lelaki tadi mula menghidupkan enjin motosikal dan memakai helmet. Tiba di pintu pagar,dia berhentikan motosikalnya.

“Awak nak ke mana?” Sekali lagi dia bertanya.

Erk!Arissa terperanjat. Lelaki tadi sudah berhentikan motosikal di depannya.

“Saya nak jumpa kawan. Kenapa?” Arissa pula rasa gelisah. Pertanyaan lelaki tadi agak mengganggu.

“Saya bukan apa, sekarang ni banyak kejadian yang tak baik berlaku. Tambah orang macam awak ni. Baik berhati-hati. Err..kawan awak tu datang jemput ke?”

Arissa angguk. Baik pulak mamat ni bagi nasihat kat aku.

“Ok,saya pergi dulu.” Dia senyum.

Err..nanti, siapa nama awak?” Arissa mula berani bertanya.

“Saya Tuah!” Motosikalnya menderum laju meninggalkan Arissa sendirian di situ.

“Tuah??”Arissa tekup mulut. Nak tergelak. Ada lagi ke orang bernama Tuah zaman sekarang ni??

Pon!!!!

Arissa terkejut sekali lagi. Bunyi hon kuat dari kereta Nelissa menyedarkan dia dari lamunan. Kereta Mercedes V5 hitam Nelissa dilihat sudah tersadai di depan pintu pagar dekat dengan pondok pengawal. Dia melangkah perlahan ke arah kereta Nelissa.

“Siapa mamat tu?” Nelissa terus tanya sebaik Arissa melangkah masuk.

“Alah..lelaki yang kau selalu usik aku dengan dia tu la.” Arissa tarik tali pinggang keledar.

“Hah?Jadi kau dan dia dah okey?” Nelissa terbeliak. Kereta dipecut laju ke arah Bangsar.

“Okey?Bila masa kami bergaduh?” Arissa jeling Nelissa yang sudah senyum lebar.

“Tak ada la. Maksud aku..kau dan dia kan macam senyap je. Kalau dah mula bersembang tu, ada can la tu.” Nelissa kenyit mata.

Arissa mencebik. Eh, minah ni! Gatal terlebih pulak!

Kereta Nelissa mula membelok ke Jalan Telawi. Kereta diparkir depan Mc Donald.

“Beb,kita makan McD je la malam ni.” Nelissa sengih. Mereka berdua beriringan menuju ke restoran Mc Donald.

Mereka berdua mula menikmati burger yang dipesan. Arissa senyum melihat gelagat Nelissa yang tak pernah rasa kenyang. Selamba dek je dia bantai dua keping burger! Gila!!

“Siapa nama mamat tu?” Nelissa sambung lagi kisah tadi.

“Tuah!”

“Hah?”Nelissa tercengang.

Arissa angguk sambil tersenyum.

“Kau biar betul beb!” Nelisa hirup pula coca cola.

Arissa angguk lagi.

“Tuah apa? Hang tuah?” Nelissa gelak.

Hish! Tak baik kau gelakkan nama orang.”Arissa cubit lengan Nelissa.

“Aku rasa lelaki tu dah sesuai dengan kau beb. Kan dulu kau nak sangat cari boyfriend macam pendekar tu. Hah! Nilah masanya! Kau dah jumpa Tuah tu!” Usik Nelissa.

“Kau ni!” Arissa cubit lengan Nelissa.

“Ok,ok. Kita cakap pasal lain. Ni, kau pergi mana seminggu ni?” Nelissa mula ubah topik.

Arissa diam. Dia kunyah perlahan burger ayam yang dibeli tadi.

Wei! Aku tanya ni! Where have you been?” Nelissa tepuk bahu Arissa.

Tersedak Arissa.

“Alah..aku nak MIA sekejap pun tak boleh!” Arissa senyum. Dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Dia ingin mencari ketenangan tapi lagi seksa jiwanya. Perogol itu juga ada sekali di pulau itu! Bila ingat itu semua, hatinya bagai ditarik-tarik untuk membalas dendam pada Adam!

“Banyaklah kau punya missing in action! MIA konon! Kenapa beb? Kau ada masalah ke?”Nelissa pandang Arissa yang mula diam. Senyuman di bibir gadis itu tidak lagi ceria.

“Tak adalah..kan aku banyak kerja. Aku nak juga rehatkan otak dan badan aku ni.”Arissa cuba cari alasan lain.

“Hmm..ok.Seems like..kau ni nak berahsia dari aku..” Nelissa jeling tajam. Dia habiskan burger.

“Ni..yang kau nak sangat jumpa aku malam buta ni, ada apa sebenarnya?” Arissa pula ubahtopik.

“Malam buta? Tengok ni??” Nelissa tunjuk jam tangannya depan mata Arissa. Sepuluh setengah malam.

So?” Arissa mencebik.

“Malam masih muda beb!”

Arissa geleng. Nyata Nelissa mudah lupa janjinya untuk tidak selalu keluar malam.Pakaian pun dah mula seksi semula.

“Nely,mana janji kau dulu?” Arissa ingatkan Nelisa.

“Janji apa?” Nelissa berkerut kening.

“Kau janji dengan aku yang kau tak nak pakai seksi lagi. Tak nak merayap malam-malam lagi.” Arissa pandang Nelissa. Bila-bila masa lelaki itu akan cari Nelissa kerana dendamnya belum lagi terbalas pada anak gadis Tan Sri Johari itu.Alih-alih aku yang jadi mangsa!

“Oh..itu ke?” Nelissa sengih.

“Habis apa? Kau ingat janji apa?” Arissa luku kepala Nelissa.

Sorry la beb. Aku susah sikit la nak buang semua tu...”

Don’t tell me that..solat pun kau dah tak buat!” Arissa jengil mata.

“Oh yang tu..aku buat beb.” Nelissa sengih. Dia larikan matanya ke arah lain bila Arissa merenung tajam ke arahnya.

Arissa senyum. Tahu pun!

“Eh..Adam kau mana?” Nelissa ubah topik lagi.

Tersembur coca cola yang diminum Arissa.

Weh! What’s wrong with you??” Nelissa sapu blaus yang terkena semburan coca cola Arissa tadi.

Don’t you ever say that name!” Arissa berkata tegas. Benci mendengar nama perogol tu!

“Kenapa dengan kau ni?” Nelissa mula bingung.

Err..maaf Nely. Aku..aku emosi sikit tadi.” Arissa tunduk. Cuba tukar riak. Bimbang rahsianya akan terbongkar.

Nelissa perhatikan Arissa yang sudah berlainan sikapnya.

“Beb..kau okey ke?” Nelissa sentuh dahi Arissa.

“Aku okey..”

Erkk! Urk...uwek!” Arissa meluru ke tandas sambil menekup mulut.

Nelissa berkerut kening. Kenapa dengan minah ni? Salah makan ke? Takkan burger ni dah basi? Nelissa hidu sisa burger.

Ish! Tak ada basi apa pun! Apa hal dia macam nak muntah je??” Nelissa mula curiga.

Lama Arissa di dalam tandas. Nelissa mula tidak sedap hati. Dia capai beg tangan Arissa sekali sebelum menapak ke tandas perempuan.

“Beb!Kau okey ke?”Nelissa dengar Arissa muntah teruk. Beberapa kali mengetuk pintu tandas.

“Aku okey..” Arissa mula buka pintu.

“Kau kenapa ni? Muntah macam ni?” Nelissa papah Arissa yang sudah lemah. Pucat muka Arissa.

“Nely..hantar aku balik.” Arissa basuh muka.

“Kau sakit ni..mari aku hantar kau ke klinik.” Nelissa ajak Arissa.

Err..tak apa. Aku okey je..” Arissa cepat-cepat ceriakan diri.

“Betul ni?”

“Betul!”

Mereka berdua mula melangkah keluar dari restoran menuju ke tempat letak kereta.


BALIK dari restoran tadi, Arissa singgah di sebuah kedai coklat. Coklat yang pelbagai bentuk itu diperhatikan seketika. Dia masih berfikir.

“Aku nak kau mati Adam!”

Arissa segera membayar coklat itu dan mula menapak ke kereta semula. Dia perlu balas dendam atas apa yang telah berlaku. Lelaki itu tidak boleh terlepas darinya. Never! Kereta dipecut laju menuju ke Villa Indah di Sri Hartamas. Pulang dari Pulau Nami minggu lepas, dia sudah nekad. Dia mengatur rancangannya sendiri dengan menyiasat siapa Adam dan di mana lelaki itu bekerja. Sengaja dia guna teksi untuk mengelak kereta MyVinya dikenali. Dan kini segala maklumat  lelaki itu sudah ada dalam genggamannya. Rancangan balas dendamnya perlu dilaksanakan.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:54 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 10:07 PM | Show all posts
SEMINGGU berlalu, Daniel melangkah laju ke ruang pejabat. Hari itu dia perlu hadiri satu mesyuarat penting bersama pengurus cawangan. Jam sudah hampir sembilan pagi. Pukul sembilan setengah nanti, mesyuarat itu akan bermula.

Boss! You have a parcel!”

Daniel menoleh. Sherry menghulurkan sebuah kotak kecil kepadanya.

Parcel? From who? Which company?” Daniel berkerut kening. Kotak itu diperhatikan seketika.

“Tadi, ada seorang gadis datang ke sini membawa kotak ni untuk bos. Dia kata ni hadiah untuk bos sebagai salam perkenalan.” Sherry senyum. Dia tidak hairan jika bos mudanya itu ramai teman wanita.

“Salam perkenalan?” Daniel semakin tidak faham. Kotak itu dibawa masuk ke dalam pejabatnya dan diletak atas meja. Dia bergegas pula ke bilik mesyuarat.


USAI mesyuarat, Daniel menapak semula ke bilik pejabatnya. Dia bersandar di kerusi empuknya. Lega. Banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

“Hmm...semuanya berjalan lancar..”Daniel melemparkan senyuman puas.

Matanya tertancap pada kotak kecil di atas meja. Dia belek seketika.

“Siapa pula yang nak berkenalan dengan aku ni? So mystery..” Perlahan dia buka kotak kecil itu. Coklat??

Hmm..there’s no sender’s name?” Daniel berkerut kening. Coklat itu diletak di atas meja pejabatnya semula. Dia menyambung semula kerjanya. Sekejap lagi dia perlu berjumpa klien.  


USAI jumpa klien, Daniel terus pulang ke rumah. Hadiah coklat tadi turut dibawa bersama dan diletakkan atas meja makan di dapur. Daniel melangkah ke bilik untuk membersihkan diri. Pajamas di tubuhnya ditanggalkan perlahan. Dengan hanya memakai boxer brief, Daniel mula membuat tekan tubi. Dia menapak semula ke meja. Komputer riba dibuka. Dia senyum sebaik terpampang gambar Arissa di skrin.

You know...how beautiful you are...” Lama wajah manis itu diperhatikan. Dia kemudian menyambung semula kerjanya yang dibawa pulang tadi.

Daniel jeling jam. Hampir sebelas malam. Dia menapak ke ruang dapur. Teringat coklat yang diletak atas meja makan tadi. Dia melangkah ke ruang dapur.

“Eh, mana coklat tadi?” Coklat yang diletakkan atas meja makan sudah tiada di situ. Melilau Daniel mencari coklat itu. Matanya membuntang melihat kucing parsi kesayangannya sudah terbaring kaku di atas lantai dekat dengan pintu keluar dapur. Di sebelah kucing itu ada coklat tadi yang sudah separuh habis  dimakan oleh kucing.

What? A poisoned chocolate??” Daniel ambil sisa coklat tadi dan diperhatikan seketika. Dia masukkan ke dalam beg plastik. Coklat itu perlu diperiksa.

“Hmm..siapa yang nak bunuh aku ni?” Daniel duduk di kerusi. Air kosong yang diambil dari peti sejuk tadi diteguk seketika. Benaknya masih sarat dengan persoalan kejadian tadi.


PAGI lagi Daniel menghubungi Gagak. Dia perlu  menghantar sisa coklat itu ke sebuah makmal. Dia meneguk teh tarik perlahan-lahan sambil matanya masih menatap skrin telefon bimbit. Dia senyum sebaik melihat Gagak menapak ke arahnya.

“Ada apa bos?” Gagak melabuhkan punggung di sebelah Daniel.

“Ni, awak hantar ke makmal hari ni juga. Saya nak buat ujian ke atas coklat tu. Kucing saya mati selepas makan tu.” Daniel hulur plastik yang mengandungi coklat yang diterima semalam.

“Coklat?” Gagak berkerut kening.

Someone wants to kill me by using this!” Daniel mengetap bibir.

Gagak terdiam.

“Awak rasa siapa punya kerja?” Daniel pandang Gagak yang masih keliru. Mata Gagak masih pada coklat itu.

“Tak mungkin Sharif atau Tan Sri Johari. Nampak sangat tak profesional..” Gagak mengagak.

Daniel turut mengangguk. Mengiakan kata Gagak.

Nevermind, awak hantar coklat ni ke makmal. Saya nak tahu apa yang dibubuh dalam coklat tu.” Daniel mengarahkan Gagak seklai lagi.

Err..nak buat ujian apa bos?”

“Semua test yang melibatkan keracunan makanan termasuk bakteria sekali.” Arah Daniel lagi.

Gagak mengangguk faham.

Mereka mula beredar dari situ setelah selesai menikmati sarapan.


DARI satu sudut, Arissa masih memandang tajam ke arah Daniel.

“Hidup lagi dia ni! Liat sungguh nyawa kau!” Arissa mengetap bibir. Bermakna bukan Daniel yang makan coklat tu.

“Tak apa...aku ada rancangan lain..” Arissa senyum. Rambutnya yang terjuntai di dahi dihembus ke atas.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 10:37 PM | Show all posts
BAB 21




BANTAL dicampak kuat ke atas lantai. Perasaannya semakin berkecamuk. Ternyata sungguh liat nyawa Daniel. Jelas dia melihat di restoran mamak pagi tadi, Daniel menghulurkan coklat yang diberinya kepada seorang lelaki lain yang berbadan sasa.

“Dia nak buat apa dengan coklat tu?” Arissa masih berfikir. Dia bingkas bangun.Mundar-mandir di bilik.

“Entah-entah dia suruh orangnya buat ujian ke atas coklat tu?” Arissa menelan liur. Dia mundar mandir semula di bilik. Masih mencari idea untuk membalas dendam.Telefon berdering kuat. Dia jeling skrin. Nelissa! Lama Arissa berborak. Sesekali dia tersenyum sendiri.

“Hmm..Nely ajak aku ke majlis pengiktirafan usahawan berjaya. Aku tak akan lepaskan peluang ni. Aku pasti perogol tu tentu ada sekali dalam majlis tu.” Arissa mula mengukir senyuman yang lebar. Rancangannya akan dipastikan berjaya kali ini. Malam esok, di  Hotel JW Marriot, majlis itu akan bermula.

“Esok,aku akan perpare bakteria itu lagi.Kali ini aku akan pastikan semuanya berjalan lancar.”

Lampu bilik ditutup. Malam itu tidur Arissa bertemankan dendam membara di hatinya.


JAM sembilan pagi, Arissa sudah berada di makmal menyediakan bakteria berbahaya di dalam botol kecil. Dia senyum puas.Sesekali dia melihat jam di dinding. Hari itu terasa lambat waktu berjalan.

“Ah..baik aku tak payah sikir sangat. Malam nanti tahulah nasib kau!” Arissa senyum sinis.

Dia meneruskan kerjanya. Semua ujian yang dijalankan oleh ahli mikrobiologi lain diperhatikan seketika. Memang setiap bulan dia kena memantau kerja setiap pekerjanya untuk tujuan rekod. Itu juga akan ditunjukkan kepada juruaudit semasa audit nanti. Hari semakin menginjak petang. Arissa semakin gelisah. Tadi Nelissa sudah mengingatkannya tentang majlis itu. Mulanya dia tidak suka menghadiri majlis seperti itu kerana terpaksa mengikut protokol berpakaian dan berpakaian rasmi tapi bila mengingatkan dendamnya pada lelaki itu, dia nekad untuk menemaniNelissa.BergegasArissa pulang ke rumah. Dia sudah berjanji dengan Nelissa akan bertemu di lobi hotel malam nanti.


SAMPAI di rumah, Arissa segera membersihkan diri. Majlis itu nanti bermula pukul sembilan malam. Pukul lapan setengah dia perlu berada di lobi hotel.

Urk! Urk! Uwekk!” Meluru Arissa ke bilik air. Tekaknya terasa loya dari tadi lagi. Habis makanan yang dimakan siang tadi dimuntahkan di dalam singki. Arissa pegang kepalanya. Terasa pening.

“Aduh..masa nilah nak buat hal. Aku kena hadir juga majlis tu..” Arissa basuh mukanya beberapa kali. Biar segar dan bermaya.

Dia capai gaun warna firus dalam almari. Gaun yang pernah dipakai dulu semasa di universiti. Gaun yang mendapat tempat pertama dalam pakaian paling cantik semasa majlis prom univerisiti. Masih ingat lagi, dia sebenarnya tidak betah dengan semua itu tapi Nelissa yang mendesaknya untuk turut serta dalam acara majlis promp tu. Pemilihan pelajar lelaki paling kacak dan pelajar perempuan paling cantik dengan pakaian yang elegan telah menjadikan dirinya jadi perhatian pada malam itu. Arissa senyum.Itulah kenangan paling indah dalam hidupnya. Dia segera menyarung gaun itu ke tubuhnya. Rambutnya di sebelah kiri disikat kemas ke tepi dan diselit dengan riben kecil bentuk bunga daisi. Lama dia memerhati wajahnya di cermin. Terbayang kembali semasa majlis prom dulu.

“Ah,aku dah lambat ni.” Arissa melangkah laju ke keretanya. Botol kecil yang dibawa pulang dari makmal tadi sudah diselitkan dalam poket gaun yang tersembunyi di sebalik gaun kembangnya yang ala gaun cinderella.


TIBA di lobi hotel, Arissa senyum. Nelissa sudah menunggunya di sofa. Dia mendekati Nelissa yang sedang asyik menatap skrin telefon bimbit.

“Nely!”

Nelissa mendongak. Dia senyum.

Wow! What a lovely gown!” Nelissa bingkas bangun.

Thanks! Kau pun apa kurangnya. I’m sure this gown, kau baharu belikan?” Arissa perhatikan gaun yang membaluti tubuh Nelissa, warna merah hati,ketat di bahagian pinggang dan dada. Cukup seksi di matanya.

“Ha'ah..aku beli semalam di butik Datin Laila. What do you think?” Nelissa pusing-pusingkan badannya.

“Kau pakai apa pun tetap cantik!” Arissa senyum sambil mata melirik pada gaun di badan Nelissa.

“Eh,ni gaun masa majlis prom dulu kan?” Nelissa baharu perasan gaun yang dipakai Arissa.

Arissa angguk. Hanya itu yang dia mampu. Itu pun gaun dua tahun dulu.

“Wow! Masih muat lagi dengan kau?” Nelissa belek-belek gaun yang membaluti tubuh langsing Arissa.

“Muat..aku ni bukan melantak macam kau!” Arissa ketawa. Sempat mengelak bila ditepuk oleh Nelissa.

Mereka berdua mula menapak ke dewan besar di tingkat lima hotel. Kelihatan ramai ahli perniagaan dan usahawan dari pelbagai bidang mula memenuhi dewan. Meja bulat yang disediakan untuk sepuluh orang satu meja cukup memuatkan lebih tiga ribu tetamu.

“Arissa,kita duduk di meja tu. Tadi kita ditempatkan di meja nombor 12.” Nelissa lihat sekeping kad di tangannya yang diberi oleh penyambut tetamu semasa mendaftar diri di luar dewan tadi.

Arissa hanya mengikut. Matanya liar mencari kelibat Daniel. Mereka berdua duduk di meja yang disediakan. Arissa memerhati sekitar dewan. Meja bufet disediakan di sepanjang tepi dinding. Pentas di hadapan sudah dihiasi dengan bunga-bunga segar. Majlis yang begitu berprestij pada fikirannya.

“Arissa..kau cari siapa? Dari tadi aku tengok kau macam mencari seseorang.” Nelissa cuit lengan Arissa.

Err..tak..aku tengok ramai juga usahawan muda di sini. Aku ingatkan semuanya tua-tua.” Arissa senyum.

Nelissa gelak. “Dah tahu ramai yang muda, kau tak kenal ke mereka tu semua?”

Arissa menoleh. Minah ni tak ada fikir lain ke?

“Nak buat apa? Aku tak pandang la lelaki kaya ni. Semuanya plastik!” Arissa senyum hambar.

“Plastik?  Maksud kau?” Nelissa tidak faham.

“Plastik! Maknanya tidak asli. Kau tengok, senyuman dia orang tu, bukan ikhlas pun.Terpaksa senyum sebab nak dapat tender atau job untuk kepentingan masing-masing. Kau tengok cara berjabat pun ada stail. Nak kipas la tu.” Arissa tuding ke arah beberapa orang yang bersembang sesama sendiri.Entah apa yang diborakkan, sekejap angguk, sekejap ketawa dan sekejap juga serius.

“Alah..dah adat dunia perniagaan. Kalau tak buat macam tu, ketinggalan la cik Arissa oi!”Nelissa masih ketawa.

“Kan betul apa aku cakap? Kau sendiri mengaku kan?” Arissa sengih.

Dia pandang lagi sekitar dewan. Matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang ditunggu-tunggu selama ini. Kacak dengan tuksedo putih dan juga kasut putih.Dia menelan liur seketika. Hati dan jantungnya mula berdegup kencang. Jam sudah hampir sembilan malam. Semua tetamu kebanyakannya sudah mula memenuhi dewan. Ucapan dari pengerusi majlis mula kedengaran. Usai ucapan, majlis penganugerahan dan pengiktirafan pun bermula.

“Huh! Menyampah aku!” Arissa mencebik. Lelaki itu turut terpilih sebagai usahawan berjaya.

“Eh,beb, tu Adam! Siapa nama penuh dia eik?”Nelissa cuit lengan Arissa. Tadi masa diumumkan nama usahawan yang terpilih,dia tidak dengar dengan jelas. Suasana di dewan itu terlalu bising ditambah lagi dengan alunan sentimental musik memenuhi segenap ruang dewan.

“Entah!”Sepatah Arissa menjawab. Dia sendiri tidak ambil peduli.

“Rugilah macam ni..” Nelissa mencebik.

Selesai majlis penyampaian sijil, tetamu dipersilakan untuk menjamu selera. Arissa masih memerhati ke arah lelaki tadi. Dia masih mencari masa yang sesuai untuk mendekati lelaki itu.

“Arissa!Jom! Aku tak sabar dah ni nak makan.” Nelissa pantas menarik tangan Arissa ke meja bufet.

Arissa terpaksa mengikut rentak Nelissa. Gaun labuh yang dipakainya diangkat sedikit.



DANIEL masih leka berbual dengan para usahawan lain. Baginya majlis speerti itu patut hadir untuk memudahkannya kenal ramai ahli usahawan lain dan boleh bertukar-tukar fikiran.

Daniel..look at that!” Bennett tuding ke arah seseorang.

Daniel berpaling. Terpegun dengan kecantikan Arissa. Arissa dilihat sungguh elegan bak sang puteri yang ingin bertemu sang putera raja. So drop dead beautiful!

Hey! Your mouth!” Bennett tepuk bahu Daniel yang sudah terlopong.

“Itu Nely Badlina kan?” Bennett masih memandang ke arah Arissa dan Nelissa yang asyik mengambil makanan.

Daniel diam seketika. Nama itulah juga yang diketahuinya dulu dan disalahanggap sehingga gadis itu menjadi mangsanya.

Let’s go over there.” Bennett mengajak Daniel ke tempat Arissa dan Nelissa.

Hi!”

Arissa dan Nelissa serentak menoleh. Riak Arissa sudah berubah. Nelissa pula tersenyum lebar. Matanya melekat pada Daniel.

Daniel tidak berkelip melihat Arissa yang begitu anggun dengan gaun kembang berona firus.

Hi! Jumpa lagi kita ya!” Nelissa melemparkan senyuman manis.

Arissa memandang tajam ke arah Daniel. Bencinya pada lelaki itu semakin menebal.

So, you juga dijemput ke majlis ni. Apa bisnes korang?” Bennett semakin ramah.

No business!” Nelissa ketawa.

Daniel hanya senyum kelat. Bennett di sebelah dilihat turut ketawa sama. Hanya dia dan Arissa sahaja yang diam dari tadi. Masing-masing menelah perasaan.

“Boleh saya cakap dengan awak sekejap?” Akhirnya Daniel beranikan diri bersuara.

Nelissa jeling Arissa. Dia cuit lengan Arissa yang masih merenung Daniel.

Psst..dia tanya tu!” Bisik Nelissa ke telinga Arissa yang sudah dilihat masih membatu di situ. Nelissa mula beredar dari situ bersama Bennett memberi peluang kepada Arissa bersama Daniel.

Daniel faham apa yang tersirat di benak dan apa yang Arissa fikirkan ketika ini. Tentu Arissa masih membencinya disebabkan kejadian malam itu.

You are so beautiful tonight.” Puji Daniel.

Arissa masih diam. Semua itu dirasakan hanya lakonan semata. Daniel dipandang tajam. Arissa..kau kena berlakon juga. Kan kau nak bunuh mamat perogol tu! Kata hati Arissa mula menerjah ruang hatinya.

Really? Thanks!” Arissa mula mengukir senyum. Terpaksa!

Danielberkerut kening. Wajah gadis itu sudah 360 darjah berubah riak. Tadi masammencuka dan memandang tajam ke arahnya dengan riak benci tapi sekarang ni...

Err..I’m sorry about that night. It was my mistake..I’m really sorry..” Daniel berkata perlahan.

Arissa masih senyum tapi di dalam hati nak saja dia tembak kepala lelaki itu. Biar hancur berkecai!

Let’s have some food.” Hanya itu yang Arissa mampu berkata. Dia tak nak berdua lama-lama dengan lelaki itu. Rasa benci dan debaran di hatinya yang pelik itu sama-sama bertarung sekarang ini.

Daniel hanya mengikut rentak Arissa. Mereka berdua sama-sama mengambil makanan. Daniel masih memerhati Arissa yang sudah berubah. Dia masih mencari riak gadis itu yang ternyata masih menjadi tanda tanya.

“Biar saya ambilkan untuk awak.” Sengaja Arissa menawarkan diri. Dia ambil beberapa kuih dan puding dan diletakkan ke dalam pinggan. Dia masih berfikir macam mana hendak memasukkan cecair bakteria itu ke dalam makanan Daniel. Lambat-lambat dia mengambil makanan. Daniel dijeling sekilas. Lelaki itu masih dillihat memandangnya tidak berkelip.

Err..Arissa..let me help you...” Daniel cuba capai pinggan di tangan Arissa setelah melihat Arissa sibuk memegang gaun yang labuh menggunakan sebelah tangan lagi.

Err..tak apa..” Arissa cuba mengelak bila Daniel semakin dekat dengannya.

No, it’s ok. Let me help you.” Daniel berkeras.

Arissa cuba tepis tangan Daniel. Kakinya terpijak gaun, dia hampir jatuh ke lantai tapi sempat dipeluk Daniel. Mata mereka bertembung seketika. Terdiam kaku sebentar.

Erk! Maaf...” Daniel lepaskan pelukannya.

Arissa cepat-cepat betulkan gaunnya. Matanya tertancap pada botol kecil di atas lantai. Alamak..mampus aku kalau Daniel nampak benda tu! Perlahan Arissa beralih tempat dan menutupi botol kecil itu dengan gaun labuhnya.

“Nah,makanan awak.” Arissa senyum hambar.

Thanks. Arissa, you are different..”Daniel masih tidak percaya perubahan Arissa yang tiba-tiba.

Arissa diam. Dia ingin beredar dari situ. Kebetulan Nelissa memanggilnya tadi. Dia minta diri, terlupa pada botol kecil di lantai tadi.

“Eh,apa ni?” Daniel capai botol kecil di atas lantai. Dia meneliti kandungan dalam botol cerah itu. Ada sejenis cecair di dalamnya. Botol kecil itu dimasukkan ke dalam poket seluar.

Telefon bimbitnya berdering kuat.

Yes Gagak? Really? Ok!”

Talian putus. Daniel seluk poket. Botol itu diperhatikan lagi.

“Hmm...jadi semua ni kerja Arissa..” Daniel senyum. Dia simpan semula botol itu dalam poketnya. Dia buat-buat tidak tahu menahu. Langkahnya menghala ke arah Bennett,Nelissa dan Arissa.


BALIK dari majlis tadi, Daniel terus ke rumah. Dia berehat di sofa di ruang tamu. Botol di dalam poketnya tadi diperhatikan lagi.

“Hmm...nampaknya Arissa  benar-benar nak balas dendam pada aku. Benci pada aku sampai dia nak bunuh aku dengan benda ni..” Sekali lagi Daniel senyum. Dia faham dengan perasaan Arissa. Siapa yang tak dendam jika diperlakukan begitu.

“Arissa terlalu naif. Dia boleh je guna senapang atau pun pistol, tak pun upah snipper...” Daniel senyum lagi. Tindakan Arissa sudah dirasakan tidak profesional. Dia senyum kelat.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:56 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 11:26 PM | Show all posts
BAB 22





ARISSA hempas tubuh di atas katil. Tadi Nelissa ingin menemaninya bermalam di kondominum itu tapi Arissa berkeras untuk tidur seorang diri.

“Ya Allah...kenapa dengan aku ni?” Arissa sandar di kepala katil. Terasa jantungnya berdegup kencang bila terpandang Daniel tadi.

Balik dari majlis tadi, perasaannya semakin gelisah. Botol kecil yang terpelanting jatuh atas lantai sudah tidak ada. Dia cuba mencari sebelum balik tadi.

“Mana hilangnya botol tu? Takkan ada orang ambil? Siapa yang nak ambil botol keciltu?” Arissa garu kepala. Pening memikirkan botol bakterianya yang sudah hilang.Kalau tukang cuci hotel buang ke dalam tong sampah dia tidak kisah tetapi kalau ada orang guna benda tu?

Urk! Uweek!” Arissa menekup mulut. Sekali lagi dia meluru ke bilik air. Habis semua yang dimakan tadi dimuntahkan semula.Malam itu, dia tidur tanpa menukar pakaian. Tubuhnya terasa lemah.


PAGI lagi Arissa ke makmal. Dia perlukan habiskan kerjanya. Dari pagi sampai ke petang, dia sibuk di bilik analisa. Tak sedar, jam sudah hampir enam petang.Malam tadi, hampir dua belas tengah malam dia pulang ke rumah.

“Hmm..aku nak ke kedai buku lepas ni.” Arissa mula mengemas.

Bergegas dia ke tempat letak kereta. Kereta dipandu laju menuju ke KLCC. Sampai di KLCC,dia terus menuju ke Kinokuniya.

“Hmm..alhamdulillah..ada juga novel ni..” Arissa senyum.

“Arissa!”

Arissa berpaling. Dia menelan liur. Asyik muka perogol ni!! Kenapa tak mampus saja dia ni??

“Awak buat apa kat sini?” Daniel mendekati Arissa.

Arissa tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan langkahnya ke ekskalator.

Arissa! Wait!” Daniel berlari ke arah Arissa.

Arissa cepat-cepat berlari turun di celah-celah orang ramai yang berdiri di sepanjang ekskalator itu.

Daniel masih mengejar Arissa.

“Arissa!”Pantas Daniel pegang tangan Arissa.

“Kau nak apa?” Arissa sudah menyinga.

Daniel terkejut. Riak Arissa sudah berubah. Nyata berlainan dari malam tadi.

Please Arissa...please forgive me..”Daniel masih memegang tangan Arissa.

Just leave me alone!” Arissa rentap tangannya dari cengkaman tangan Daniel.

I just wanna give you this. I believe this is yours..” Daniel hulur botol kecil itu kepada Arissa.

Membuntang Arissa melihat botol kecil itu berada di tangan Daniel. Dia menelan liur berkali-kali. Mukanya sudah pucat.

“Saya tahu..awak nak balas dendam pada saya kan? Coklat dan botol ini buktinya.”Daniel masih memandang Arissa yang sudah terdiam di depannya.
Arissa tunduk. Pucat. Nampaknya Daniel sudah tahu rancangannya. Haish! Gila punya cekap mamat ni! Macam mana dia dapat tahu aku yang rancang semua tu??

“Lepaskan saya!” Arissa rentap tangannya lagi.

Arissa..please love me..” Daniel seakan merayu.

Arissa membuntang. Cintakan kau? Go to hell!! Dia berlari keluar dari situ ke tempat letak kereta.



MALAM itu, tidur Arissa tidak lena. Sekejap mengiring ke kiri dan sekejap mengiring ke kanan. Dia mula rasa serba salah. Daniel sudah tahu niatnya.

“Apa aku nak buat ni?” Arissa garu kepala. Dia menekup muka.

Arissa bingkas bangun. Dia menapak perlahan ke balkoni. Bintang di langit dilihat masih berkelip indah di atas langit. Rasa nak terbang dan tinggal di atas sana bila memikirkan semua itu. Gila! Daniel sudah gila! Ada ke suruh aku cintakan dia?? Dan aku..kenapa hati aku juga ada rasa itu padanya?? Arissa meluru ke bilik air. Dia rasa nak muntah lagi. Badan sudah terasa lemah. Dia mula baring di atas katil. Kepala pula terasa pening. Berat macam ditimpa batu.Dia tertidur sedarkan diri.


PAGI bila tersedar, matahari sudah terpacak tinggi.

“Ya Allah! Terlepas subuh aku!” Arissa bergegas ke bilik air. Sekali lagi dia muntah. Terpaksa dia telefon Syed Faizal, cuti kecemasan lagi. Kepalanya sudah rasa berpusing.

Perlahan Arissa rebahkan tubuhnya di atas katil. Kepala masih terasa berat. Hari itu saja sudah sepuluh kali dia muntah.

“Aku salah makan ke apa ni?” Arissa pegang perutnya.

Dia terpaksa ke klinik juga. Sudahlah dia bercuti seminggu, takkan nak tambah lagi?


DI KLINIK, Arissa masih menunggu giliran. Dia melihat jam. Sudah hampir sejam dia menunggu di situ. Kebetulan ramai pula pesakit yang datang ke klinik hari tu.

“Puan ni pertama kali ke sini?” Tegur seorang perempuan muda yang agak sarat kandungannya. Arissa mengangguk lemah. Aku salah klinik ke ni? Dia melihat kebanyakan pesakit terdiri dari perempuan hamil. Matanya menala kearah papan tanda klinik. KLINIK WANITA dan KANAK-KANAK.

“Betul la..” Arissa berkerut dahi. Terasa nak muntah. Loya tekak semakin kuat. Berlari lagi sekali ke bilik air sambil menekup mulut. Takut muntah di atas lantai. Sebaik keluar dari bilik air, namanya dipanggil.

“Hmm..sila baring ya cik.” Seorang pembantu klinik menyuruh Arissa baring.

Seorang doktor perempuan mula memeriksa Arissa. Sebelum itu Arissa disuruh mengambil ujian air kencing.

“Hmm..puan tak ada sakit apa.” Doktor itu senyum.

Arissa mula bangun. Tak sakit apa??

Err..doktor, saya muntah teruk sejak semalam lagi. Saya keracunan ke?” Arissa sudah bingung.

“Tahniah puan! Puan hamil lima minggu!” Doktor itu senyum. Dia menulis sesuatu di atas kertas.

Berita yang baru keluar dari bibir doktor itu dirasakan bagai halilintar memanah bumi. Tersentap! Arissa terkedu tidak berkata apa. Pucat!


LAMA Arissa termengguk di meja. Sekejap dia baring, sekejap duduk. Sekejap berdiri.Mata yang bengkak masih merah. Terasa pedih. Sejak pulang dari klinik tadi, dia tak berhenti menangis.

Aaarrrghhh!!!!!” Arissa menjerit sekuat hati.

Terduduk dia di tepi dinding. Meraung sekuat hati. Entah bila dia tertidur. Bila tersedar, bunyi telefon bimbitnya melalak banyak kali. Terketar-ketar Arissa mencapai telefon bimbit di atas meja.

Hello...” Jelas suara serak Arissa menjawab telefon. Terasa sudah tak ada suara.

“Arissa!!Tolong aku! Tolong aku!!!”

Suara cemas Nelissa di hujung talian jelas di cuping telinganya. Arissa genyeh mata. Masih mamai.

“Nelissa ni kenapa? Jangan dia buat hal macam hari tu lagi..” Arissa rapatkan semula telefon bimbitnya di telinga.

“Tolong aku Arissa! Aku..aku diculik! Aku kat Bangsar..aku...aku...Diam!!”

Arissa tersedar dari mamai. Suara kasar dari telefon bimbit Nelissa juga jelas bercampur dengan suara esak tangis Nelissa. Arissa bingkas bangun. Dia segera capai baju kardigan yang disangkut di hujung katil. Berlari keluar dari kondominium.

“Ya Allah! Apa dah jadi pada Nely??” Butang lif ditekan banyak kali.

Sebaik tiba di bawah, Arissa segera menahan teksi yang kebetulan sedang menurunkan penumpang di situ.

“Encik tolong saya! Kawan saya dalam bahaya!!” Arissa mengarahkan drebar teksi itu segera memecut kereta.

Err..nak ke mana cik?”

Arissa garu kepala. Dia tepuk dahi. Ha’ah! Mana Nelissa ni?? Mana aku tahu dia di mana. Aduh!!

Err..saya rasa tadi dia sebut dia kat Jalan Telawi...mungkin kat sana..tolong encik. Cepat sikit!” Arissa sudah cemas.

Sebaik tiba di Bangsar, Arissa meluru keluar dari teksi setelah membayar tambang. Dia sudah bingung. Mana nak cari Nelissa ni??? Dia cuba hubungi Nelissa. Tiada jawapan. Arissa berlari pula ke arah sebuah teksi. Sekali lagi dia menyuruh drebar teksi itu pergi ke kawasan perumahan di situ. Mana tahu Nelissa ada di situ. Dulu, Nelissa pernah beritahunya dia ada seorang kenalan yang tinggal di situ.

“Ya Allah...mana aku nak cari dia ni?” Arissa dongak ke arah rumah banglo yang banyak di kawasan itu. Laju dia melangkah menelusuri sekitar rumah di situ.

“Ah!Takkan Nely ada kat sini. Senyap je kawasan ni..” Arissa semakin bingung.Tidak berani dia beritahu Tan Sri Johari tentang hal itu. Dia pasti ini tentu kerja Adam yang memang menaruh dendam pada Tan Sri Johari. Lelaki itu sendiri yang cakap, dia sebenarnya nak rosakkan Nelissa!!

“Ya Allah..mana Nely ni. Ya Allah...tolonglah selamatkan Nelissa.” Arissa sudah putus asa. Rasa pening dan loya masih terasa. Jalannya sudah terhoyong hayang. Hari yang semakin gelap,tidak memungkinkan dia mencari Nelissa. Terasa berpinar mata melihat kilauan cahaya dari depan. Kedua tapak tangannya cuba menahan silau cahaya itu. Pening dan loya semakin terasa.

Kriiiikkkk!!! Duummm!!

Bunyi kereta dibrek mengejut cukup kuat. Tubuh Arissa sudah tercampak ke tepi jalan.Tidak sedarkan diri lagi.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:56 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 11:41 PM | Show all posts
BAB 23





DANIEL kelihatan mundar mandir di depan bilik kecemasan di hospital universiti PPUM. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Dia kemudian menapak ke kaunter jururawat.

Nurse, macam mana pesakit tadi?” Daniel bertanya tidak sabar.

“Yang mana encik?”

Daniel geram. Tanya lagi!

Err..yang disorong masuk ke dalam bilik kecemasan tadi.” Daniel terpaksa mengukir senyum.

“Oh..hah..tu doktor sudah keluar!” Jururawat itu menuding ke arah bilik kecemasan.

Daniel segera berlari ke arah doktor yang mula menapak keluar dari bilik kecemasan.

“Doktor..macam mana pesakit tadi?”

“Dia isteri encik ke?”

Daniel tergamam. Dia menelan liur. “Err..ya..”

Oh..sorry. I’m sorry for your lost.”

Daniel terbeliak. Bulat matanya memandang doktor muda itu. Arissa meninggal??

What..what do you mean?” Daniel sudah pucat. Suaranya tersekat-sekat.

She just lost her child. I’m sorry.”Doktor lelaki itu menepuk-nepuk bahu Daniel.

Daniel terbeliak. She’s pregnant?? Gaya doktor tadi sama keadaan semasa dia kehilangan ayah dulu.

Err..boleh saya tengok isteri saya?”

Doktor tadi hanya mengangguk.

And one more thing, isteri encik mungkin tidak akan sedar dalam tempoh seminggu dua ni. Kepalanya terhentak kuat masa kemalangan tu.”

Daniel sekali lagi terduduk. Doktor tadi mula menenangkan Daniel. Bahu Daniel ditepuk-tepuk lagi. Perlahan Daniel menapak masuk ke dalam bilik. Arissa sudah dibawa ke bilik lain yang berasingan.

Nurse, please put her in new room. VIP room.”Daniel menyuruh jururawat itu menempatkan Arissa di bilik lain. Bilik untuk pesakit VIP.

Setelah mengisi borang, Daniel mula mengikut jururawat itu menolak katil Arissa ke bilik baru. Arissa dilihat masih tidak sedarkan diri. Lama dia termenung di sisi katil Arissa yang masih tidak sedarkan diri. Jemari Arissa digenggam erat.

Arissa..please forgive me. I..I really don’tknow that you are pregnant...”Daniel menekup muka. Terasa sangat menyesal membiarkan Arissa terseksa sendiri.

Salahnya juga. Tadi, dia tidak sempat menekan brek. Keretanya sudah melanggar seorang perempuan yang sedang terhoyong hayang di tepi jalan. Sangkanya perempuan itu mabuk.

Arissa..I’m sorry...I’m  really sorry..” Tangan Arissa tidak lepas dari genggamannya. Lama wajah pucat Arissa ditatap. Rambut Arissa dielus lembut.

I love you Arissa...I love you so much!”

Daniel selimutkan Arissa dan cium dahi gadis itu sebelum dia sendiri melelapkan mata di sebelah katil yang memang tersedia untuk peneman pesakit. Dia baring di situ sambil mata tidak lepas dari melihat Arissa. Jantungnya berdegup semakin kuat.

“Ah!Gila ke aku ni??” Daniel pandang pula siling.

Matanya beralih pula pada Arissa. Walaupun pucat, wajah lembut gadis itu tetap manis. Masih terbayang sebelum kejadian kemalangan itu, dia memandu laju menuju ke rumahnya di Bangsar. Panggilan Gagak yang mengatakan Nelissa sudah berada di rumah banglonya. Bergegas dia keluar dari sebuah restoran selepas berjumpa rakan bisnes. Kereta dipecut laju dari Kota Damansara. Ketika membelok ke arah rumahnya, dia ternampak seorang perempuan yang terhoyong hayang yang cuba melintas jalan. Tidak sempat menekan brek, perempuan itu sudah dilanggar dengan kuat sehingga tercampak ke tepi jalan.

“Arissa..maafkan aku..” Daniel meraup muka. Dia pejamkan mata rapat. Rupanya dia telah melanggar Arissa!! Paling tak boleh terima, anak dalam kandungan Arissa tidak dapat diselamatkan. Aku pembunuh!!Aku membunuh anak aku sendiri!!! Telefon berdering kuat. Daniel capai dari poket seluar.

Yes Gagak? Good!!”

I hateyou Tan Sri!!” Daniel menggenggam kuat jemarinya. Telefonnya sekali lagi berdering.

“Zarul! Proceed as planned!”

Daniel pandang lagi Arissa yang masih tidak sedarkan diri.



ZARUL senyum. Daniel sudah beri lampu hijau. Malam ini dirasakan malam yang cukup bahagia. Tadi Daniel telah menghadiahkannya sesuatu. Ya, sesuatu yang selalu dia inginkan. Dia memandu laju menuju ke Bangsar. Rumah besar tersergam indah di situ hanya dihuni oleh Daniel seorang.

“Gila mamat ni! Rumah besar macam ni boleh dia tidur seorang diri? Kalau aku la..dah lama aku angkut perempuan setiap malam.” Zarul ketawa kuat.

Dia menapak perlahan ke ruang tamu. Gagak, pengawal peribadi Daniel sudah sedia menunggunya di situ.

“Mana perempuan tu?” Zarul sengih nakal.

“Atas,bilik tetamu!” Gagak turut senyum. Robin di sebelah Gagak juga tersenyum lebar.

Zarul menapak perlahan ke tingkat atas menuju ke bilik tetamu. Pintu dikuak perlahan.Terlentang seorang perempuan yang sudah pengsan di atas katil.

“Hmm...”Zarul kunci pintu. Dia merapati perempuan yang sudah tidak sedarkan diri di situ. Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselak sedikit.

What???” Terlompat Zarul dari atas katil. Dia menelan liur.

“Aduh!Macam mana ni??” Zarul mundar mandir di situ. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sekali lagi matanya menala ke arah gadis yang masih terlentang di atas katil. Skirt labuh dan blaus ketat yang membaluti tubuh gadis itudiperhatikan seketika. Lama dia termenung di atas sofa yang terletak di sebelah katil. Wajah gadis itu ditatap lagi. Serba salah.

“Ah!Aku hanya lunaskan janji aku pada Daniel.” Zarul bingkas bangun dari sofa. Sekali lagi dia mendekati gadis itu.

“Aku pernah dipukul oleh orang suruhan ayah kau. Sekarang ni, aku nak kau rasa sekali lagi. Kali ni untuk dendam aku dan dendam Daniel sekali! Zarul buka butang blaus Nelissa.

Nelissa buka mata. Berpisat-pisat. Terasa ada sesuatu menghempap tubuhnya.

You???” Nelissa menelan liur.

“Hai sayang..lama tak jumpa kan? Since...emm...let me think..hmm..four years ago?” Zarul senyum.

Nelissa cuba menampar pipi Zarul. Pantas Zarul pegang tangan Nelissa dan mengucup bibir dua ulas milik Nelissa.

Stop ity!! Let me go!!” Nelissa tolak tubuh Zarul dengan kuat.

Tersandar Zarul di hujung katil.

“Wow!Sekarang ni kau dah pandai memberontak ya? Kenapa tak macam dulu? Serah tubuh kau tanpa buat macam ni? Come on la Nely...I know you!” Zarul terus memeluk tubuh Nelissa yang sudah terkoyak bajunya.

“Aku ditipu! Kau sengaja letak ubat khayal dalam minuman aku kan?? Lelaki jenis apa kau ni hah?? Kau khianati cinta aku!!” Nelissa menjerit bagai histeria. Masih terbayang dirinya diperkosa Zarul masa di kampus dulu. Zarul cinta pertama dan terakhir. Selepas kejadian itu, dia bagaikan benci pada cinta lelaki, semua lelaki yang ingin mendampinginya akan dipermainkan.

Hahahah!” Zarul ketawa kuat.

Nelissa tarik rapat bajunya yang sudah terkoyak. Terdedah luas bahagian atas.

“Memang aku cintakan kau tapi bapak kau yang bongkak tu hina aku dan keluarga aku!! Apa kau ingat dengan harta berkepuk  tu, bapak kau boleh buat sesuka hati?? Apa bapak kau tu ingat dia  hebat sangat ke hah???” Zarul rentap pula skirt Nelissa.

“Bila papa aku hina kau dan keluarga kau??” Nelissa tak nak mengalah. Suaranya juga turut tinggi.

“Sebelum aku rogol kau dulu lagi. Ayah aku jatuh sakit! Dia meninggal. Aku cari bapak kau untuk buat perhitungan tapi rupanya bapak kau pengecut! Dia upah orang untuk pukul aku!” Kali ini Zarul rentap pula pakaian dalam Nelissa.

Zarul..please...let me go..” Nelissa cepat-cepat tarik selimut menutupi tubuhnya.

Let you go?? Hahahah!” Zarul tarik selimut. Tubuh Nelissa dipeluk kemas.

“Kali ini untuk dendam bagi pihak adik aku! Bapak bongkak kau tu sanggup upah orang untuk rogol adik aku. Kau tahu tak??!!” Zarul semakin geram. Kedua pipi Nelissa dicengkam kuat. Rambut Nelissa disentap. Sekarang Nelissa kena terima padahnya untuk kali kedua!

Zarul..please. Kita boleh buat cara halal..I love you Zarul. Please marry me..” Nelissa merayu.

“Cara halal? Bapak kau yang buat aku lupa cara halal ni! Dan disebabkan bapak kau jugalah aku lebih suka buat cara haram pada kau!!” Zarul sentap lagi rambut Nelissa dengan kuat.

Tidak berdaya Nelissa melawan kekuatan Zarul. Rakus Zarul melakukannya. Dia meraung buat kali kedua setelah apa yang berlaku dulu. Ya lelaki yang sama! Lelaki yang dicintainya!!


PUAS!! Zarul  terbaring kepenatan. Nelissa di sebelah yang tanpa seurat benang dilihat sudah tertidur di situ.

“Maafkan aku Nely...rasa dendam aku pada bapak kau masih aku simpan sampai sekarang.”Pipi gadis itu diusap lembut. Dicium seketika.

Zarul menapak ke  bilik air. Dia bersihkan diri.Seketika kemudian dia menapak ke almari pakaian. Memang tersedia di situ baju perempuan bekas teman tidur Daniel. Dia capai baju dan skirt. Perlahan dia merapati Nelissa yang masih tidur.

I’m sorry my dear...” Baju dan skirt itu dipakaikan ke tubuh Nelissa. Tubuh Nelissa diselimutkan. Dia terus menapak keluar dari bilik itu.

Zarul melangkah ke ruang tamu. Gagak dan Robin sedang leka menonton tv.

“Perempuan tu macam mana?” Gagak menunggu arahan seterusnya.

Zarul diam sebentar.

Send her back!” Zarul senyum sinis.

Gagak dan Robin hanya mengangguk tanda faham. Dia melangkah keluar dari rumah banglo mewah Daniel. Puas hatinya dapat membalas dendam begitu.



DANIEL masih menunggu Arissa di wad. Rambut Arissa diusap lembut.Wajah lembut yang pernah diusap dulu diperhatikan seketika.

Arissa..I’m sorry..” Daniel meraup muka.Tunduk.

Telefonnya berdering lagi. Dia melihat jam. Hampir satu pagi.

Yes Zarul! Good!!” Daniel tersenyum puas. Boleh saja dia sendiri yang melakukannya tapi sejak dia kenal Arissa, dia seolah tidak boleh terima tubuh perempuan lain. Dia mula jijik!

“Aku puas sekarang!!” Daniel genggam kuat tangannya. Tan Sri Johari yang angkuh itu sudah menerima padahnya!! Nelissa sudah jadi bahan melepas nafsu Zarul

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 08:29 AM | Show all posts
BAB 24


NELISSA menangis tersedu-sedu di dalam bilik. Dunia dirasakan sudahtidak adil baginya. Segalanya musnah! Punah! Lebih parah dari dulu!

“Zarull!!!!!!”Nelissa menjerit sekuat hati melepaskan rasa kecewa dan marah. Semua barang dalam biliknya dibaling. Bersepah merata bilik! Nelissa menangis semahunya. Meraung sekuat hati.

“Nely!!Nely!! Kenapa ni? Buka pintu sayang!”

Nelissa tidak menghiraukan ketukan di pintu biliknya. Jelas suara mama memanggilnya berkali-kali.

“Tak ada apa mama!” Nelissa terpaksa menjawab supaya Puan Sri Zarina tidak lagi mengganggunya.

Nelissa kembali menekup muka. Matanya sudah bengkak. Dia perhatikan dirinya yang sudah kusut masai. Tersedar dari pengsan tadi, Nelissa terasa tubuhnya sudah lebam dan lenguh-lenguh. Bila buka mata, dia sudah berada di dalam kereta semula di tempat yang sunyi dan jauh dari kereta yang lalu lalang. Terus saja dia memandu pulang ke rumah.

“Zarul..sampai hati kau buat aku macam ni. Kenapa kau khianati cinta aku?? Apa salah aku? Apa dosa aku? Salahkah aku cintakan kau???” Sekali lagi Nelissa menjerit kuat. Dia baling bantal ke lantai. Cadar katilnya ditarik dan turut dilempar. Habis berselerak!

Nelissa terlentang di atas lantai. Menangis semahunya sehingga tertidur di situ.


SEMBILAN PAGI. Nelissa mula sedar. Dia menapak perlahan ke tepi tingkap.Kelihatan papa dan mama sedang asyik menikmati sarapan bersama di tepi kolam ikan. Bibirnya diketap kuat.

Why papa? Why???” Nelissa sekali lagi menumpahkan air mata. Kata-kata Zarul jelas di cuping telinganya. Papa upah orang untuk memukul Zarul dan merogol adik Zarul! Siapa yang tidak dendam kalau diperlakukan sedemikian rupa??

Arrghh!!!!” Nelissa menjerit sekuat hati. Dia terduduk di tepi tingkap.

Puas menangis Nelissa mula bangun perlahan. Dia menapak ke bilik air. Lama dia menadah tubuhnya di bawah pancuran air mandi. Membiarkan baju tidurnya basah kuyup. Segala kejadian malam tadi berputar kembali di benaknya. Dia diculik dua orang lelaki ketika melalui jalan sunyi. Niatnya ketika itu ingin mengambil jalan singkat ke sebuah restoran yang sudah lama dia ingin singgah yang terletak di pinggir bandar Kajang. Jelas dia melihat dia dibawa ke arah Bangsar. Tak sangka, malam itu menjadi permulaan hidupnya kembali malap.

“Arissa...mana kau? Kenapa kau tak datang selamatkan aku?” Nelissa meraung lagi. Jenuh dia menjerit memanggil Arissa masa dia menelefon Arissa pada malam itu. Terasa hidupnya sudah kosong!



TAN SRI JOHARI tersenyum. Anak gadisnya sedang melangkah menuju ke arahnya.

“Anak papa ni kenapa? Muram je?” Tan Sri Johari mula menegur Nelissa.

Nelissa tidak menghiraukan teguran papa. Dia melabuhkan punggung di sebelah mama.Sekeping roti diicapai  dan dikunyah perlahan. Habis sekeping dia teguk pula teh panas.

“Sayang...kenapa ni? Kenapa pucat je muka tu?” Puan Sri Zarina pula bertanya.

Nelissa masih diam. Matanya beralih pada ikan yang berenang-renang di dalam kolam.Kalau aku jadi ikan, alangkah indahnya..

Nely, what’s wrong with you?” Tan Sri Johari mula tidak senang dengan sikap Nelissa yang mula acuh tak acuh. Surat khabar diletakkan atas meja.

“Malam tadi..kenapa Nely menangis sakan?” Puan Sri Zarina juga turut tidak senang hati. Ada sesuatu yang tidak kena.

“Menangis?”Tan Sri Johari mula serius.

Nelissa masih diam. Dia buat tak reti. Sekeping lagi roti dikunyah.

Nely..what’s wrong honey?” Puan Sri Zarina mengusap lembut rambut Nelissa.

Ask papa!!” Nelissa bingkas bangun dan terus menapak masuk ke dalam rumah semula.

Tan Sri Johari dan Puan Sri Zarina saling berpandangan.

Did you hear that?” Tan Sri Johari pandang isterinya tak berkelip.

“Ya..why?

Ask me???” Tan Sri Johari angkat kening.Bingung. Keliru.

Puan Sri Zarina jongket bahu.



NELISSA sudah bertukar pakaian.Dia mengenakan blaus lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambutnya ditocang satu. Beg tangan dicapai dari atas meja solek. Dia perlu ke rumah Arissa. Laju kakinya melangkah ke kereta.

Nely! Where are you going?” Tan Sri Johari melaung dari tepi kolam sebaik terpandang Nelissa yang sudah buka pintu kereta.

Nelissa hanya menjeling tajam. Dia terus masuk ke dalam kereta dan keretanya dipecut laju meninggalkan lama rumah.

“Tengoklah tu! Malam keluar, siang keluar! Tak reti nak lekat kat rumah! Malam tadi, dia balik pukul berapa?” Tan Sri Johari mula membebel.

“Entahlah tapi balik je dia berkurung dalam bilik. Menangis!” Puan Sri Zarina teingat sikap Nelissa malam tadi.

Tan Sri Johari menggeleng. Memang  degil betul!

You kena alert pasal anak dara you tu! Ni sibuk dengan persatuan la, spa la, entah apa lagi!” Tan Sri Johari mula menyalahkan isterinya.

“Eh!You ni! Kenapa I pulak?” Puan Sri Zarina mencebik.

You mama dia. Sepatutnya you jaga Nely tu bukan manjakan dia!Tengok! Suka hati je keluar macam rumah ni rumah tumpangan! Esok-esok perut tu dah buncit, you jugak yang meraung!Konon malu dengan datin yang lain tu!” Tan Sri Johari semakin geram. Sejak dulu, isterinya manjakan sangat anak gadis mereka.

“Dia dah besar panjang! Kalau dia macam tu, bukan salah saya lagi. Dia tahu fikir mana yang baik dan mana yang salah.” Puan Sri Zarina masih tidak mahu mengalah.

Eii!! Cakap dengan you ni nak menang memanjang!” Tan Sri Johari bingkas bangun.

“Hah!Nak ke mana pulak tu?” Puan Sri Zarina mendongak.

“Kelab golf!”

“Tu la you! Sama jugak! Bukan nak lekat kat rumah!” Puan Sri Zarina turut bangun dan mula menapak ke dalam rumah.

Tan Sri Johari mula menaiki kereta. Pemandunya diarahkan ke Royal Selangor kelab Golf.



NELISSA mendongak ke arah kondominium yang setinggi lima belas tingkat itu. Dia melangkah lemah ke pintu lif.

Err..maaf, cik ni nak cari siapa?”

Nelissa menoleh. Seorang lelaki berjaket hitam sedang tersenyum di sebelahnya.

“Awak..Tuahkan?” Nelissa cuba mengukir senyum.

“Macam mana awak tahu nama saya?” Tuah berkerut kening.

“Saya Nelissa, kawan Arissa.” Nelissa hulur tangan untuk berjabat.

Tuah hanya senyum. Tidak menyambut salam dari Nelissa.

Nelissa malu sendiri. Dia tunduk.

“Oh...jadi kawan awak tu namanya Arissa?” Tuah melemparkan senyuman manis.

Err..jadi selama ni awak tak tahu nama dia?” Nelissa berkerut kening.

“Nama je tinggal satu bangunan tapi baru hari tu kami berkenalan. Itu pun dia tak beritahu nama dia. Err..cik Nelissa ni nak jumpa Arissa la ni?” Tanya Tuah lagi sekali.

“Tak payahlah panggil saya cik. Panggil Nely saja.” Nelissa pula senyum. Wajah lelaki di sebelahnya diperhatikan seketika. Ada kejujuran.

“Jadi Nely nak jumpa Arissa la ni?” Ulang Tuah.

Nelissa angguk.

“Hmm...semalam saya nampak dia keluar. Dia tahan sebuah teksi. Macam tergesa-gesa. Tak sempat saya nak tegur. Kebetulan saya pun ada hal penting nak kena cepat.” Terang Tuah tanpa disuruh.

“Hmm...hari ni dia ada tak?” Nelissa juga cuba ramah. Jelas lelaki ini memang ramah dan sopan. Tidak seperti lelaki yang selalu dia jumpa. Mata meliar memandang tubuh!

“Entah..dari semalam saya tak nampak dia. Kereta dia pun tak nampak.”

“Oh..kereta dia rasanya masih di bengkel lagi tu sebab minggu lepas kereta dia rosak.Hmm..tak apa lah, saya naik dulu. Mana tahu dia ada di rumah.” Nelissa minta diri.

“Baiklah..”Tuah senyum. Dia segera ke tempat parkir motosikal.

Nelissa pula mula masuk ke dalam lif setelah pintu lif terbuka. Dia melangkah menuju ke unit rumah nombor 8 sebaik tiba di tingkat lapan.

“Assalamualaikum!Arissa!” Laung Nelissa kuat. Loceng pintu ditekan beberapa kali. Tiada jawapan.

Hish..mana pula minah ni? Baik aku call dia sekejap.” Nelissa capai telefon bimbit dari beg tangan. Nombor Arissa dihubungi beberapa kali.

“Eh,mana dia pergi ni? Tak jawab pun.” Nelissa masih tercegat di muka pintu.

“Takkan MIA lagi?” Nelissa mula meninggalkan kondominium Arissa dan terus menuju ke keretanya semula.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, Nelissa masih berfikir kata-kata Tuah tadi.

“Arissa keluar tergesa-gesa? Dia nak ke mana? Ke...dia nak datang tolong aku???” Brek kereta ditekan kuat. Terbabas Fair Lady putih Nelissa ke bahu jalan.

“Janganlah dia pun kena culik macam aku!” Nelissa menelan liur.

Tuk! Tuk! Tuk!

Nelissa menoleh ke kanan. Seseorang mengetuk cermin keretanya.

“Awak buat apa kat sini? Kereta rosak ke?”

Nelissa jenguk. Tuah sudah berhenti di sebelah keretanya dengan motosikal masih kedengaran enjinnya.

Err..tak..tak ada apa. Tadi..ada kucing melintas. Saya brek mengejut.” Nelissa berbohong.

“Oh..ingatkan rosak. Awak jangan sesuka hati berhenti macam ni. Bahaya! Tambah awak tu perempuan.” Tuah mengingatkan Nelissa.

Nelissa hanya mengangguk.

“Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Bawa kereta hati-hati.”

Nelissa hanya memandang Tuah beredar dari situ. Motosikal berkuasa tinggi itu dipecut laju.

“Hmm...inilah pertama kali aku jumpa lelaki baik dalam dunia ni.” Nelissa mula sebak. Wajah Zarul mula menerobos ruang fikirannya. Nyata dendam Zarul terlalu kuat. Dua kali aku diperkosa oleh Zarul!

“Arissa..mana kau pergi ni?” Nelissa teringat semula tujuannya tadi.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 08:46 AM | Show all posts
BAB 25





SEMINGGU berlalu. Daniel masih setia menemani Arissa yang masih tidak sedarkan diri. Bunga ros merah yang dibawa setiap hari sudah penuh satu bilik. Bau harum dan wangi bunga ros memenuhi segenap bilik itu.

Arissa..please wake up..” Daniel hampir menitis air mata. Sebak melihat keadaan Arissa yang seorang diri terlantar disitu. Sejak Arissa terlantar di situ, dia perasan tidak ada seorang pun saudara mara Arissa yang datang melawat.

“Dia tak ada saudara mara ke?” Daniel tatap wajah lembut Arissa.Dia gelisah. Keadaan Arissa seperti tiada perubahan. Segera dia menapak ke bilik doktor yang merawat Arissa.

Pintu bilik diketuk perlahan.

“Masuk!”

Daniel pulas tombol pintu. Sebaik pintu terbuka, dia melihat senyuman doktor itu sungguh berseri. Tenang.

“Silakan duduk Encik Daniel. Ya, apa yang saya boleh bantu?”

“Doktor..berapa lama lagi isteri saya macam ni?”Daniel melabuhkan punggung di kerusi depan meja doktor tadi.

“Hmm..insyaAllah isteri encik akan sedar dalam sehari dua lagi. Dari perkembangan kesihatannya,dia menunjukkan tanda positif. Mungkin sehari dua ni, dia akan mula sedar.Berdoalah pada Allah. Setiap doa seorang suami itu amat bermakna untuk seorang isteri. Allah maha mendengar doa hambaNya.” Doktor itu menutur lembut.

Daniel terdiam. Dia pandang tag nama pada poket baju putih doktor tadi. Dr. Firdaus Abdullah. Matanya menala pula ke wajah doktor tadi. Tak ada rupa orang melayu..

“Kenapa pandang saya macam tu?” Dr. Firdaus senyum.

Err...maaf kalau saya tanya. Doktor ni..” Daniel berkerut kening.

“Saya faham...saya selalu di salah anggap. Saya memang orang cina tapi saya masuk Islam selepas saya mengenali isteri saya. Saya terpikat dengan sikap isteri saya yang tidak pernah jemu mengajak saya ke arah jalan kebenaran. Isteri saya juga orang cina tapi sudah lama memeluk Islam. Pada mulanya saya tak tahu dia Islam sehinggalah suatu hari masa kami keluar dating,dia minta saya hantarnya ke sebuah masjid untuk solat. Saya terkejut. Patutlah sepanjang kami bercinta dia selalu menjaga pergaulan. Tidak pernah benarkan saya menyentuh apa lagi pegang tangan. Saya curious masa tu. Dia kata ikatan pernikahan adalah jalan terbaik untuk seorang lelaki menyentuh tubuh perempuan. Dulu, saya kaki perempuan. Semua bangsa saya sapu. Tapi selepas saya kenal isteri saya, saya terpukul. Pertama kali saya jatuh cinta pada seorang perempuan. Alhamdulillah..saya rasa tenang selepas memeluk Islam dan bernikah. Benarlah hati akan tenang bila sudah halal..”Lembut tutur kata Dr. Firdaus.

Daniel tunduk. Teringat kisah hidupnya yang bengkang bengkok. Keseronokan dunia yang dikejar.

“Kenapa encik tanya macam tu?”

Err..tak..”

“Encik Daniel bertuah kerana saya tengok isteri encik itu seorang yang kuat semangat. Melihatkan keadaan kecederaannya tu, tak ramai yang boleh bertahan sampai macam ni.Selalunya kes macam ni, pesakit akan mengalami koma paling lama enam bulan dan mungkin akan hilang ingatan. Hantukan di kepalanya agak kuat. Tapi dari pemeriksaan saya, isteri encik memberi respon yang amat baik. Emm..dia kehilangan anak dari kemalangan tu. Ini anak sulung kan?” Dr. Firdaus tanya pada Daniel yang masih tunduk.

Daniel mendongak. “Err...ya..”

“Kami juga pernah alami benda yang sama. Isteri saya hampir putus asa. Sudah banyak kali kami usaha untuk dapat zuriat. Hampir sepuluh tahun tapi bila isteri saya disahkan hamil, dia pula keguguran. Lama jugalah saya pujuk isteri saya supaya bersabar dengan ujian Allah. Alhamdulillah..sekarang ni kami  sudah ada sepasang anak.” Dr. Firdaus senyum.

“Perempuanlah yang sebenarnya pendorong untuk kita maju atau sebaliknya. Jika kita ditemukan dengan seorang perempuan yang baik dan berakhlak, hidup kita insyaAllah akan terjaga lurus. Dengan syarat kita yang lelaki ni kenalah juga jaga akhlak.Sebab itu sekitaran itu penting. Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat dengan kita sebab kita tak cukup baik dan kadang-kadang Allah tarik balik mereka  semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik kerana Allah atau kerana manusia. Keseronokan dunia tak akan ke mana. Tempat terakhir kita di akhirat. Syurga atau neraka. Kita diberi akal untuk memilih.” Sambung Dr. Firdaus.

Thanks doc..” Daniel bingkas bangun dan berjabat dengan Dr. Firdaus.

“Jaga isteri encik baik-baik. Isteri adalah amanah Allah.” Sempat Dr. Firdaus berpesan.

Daniel melangkah lemah ke biilik Arissa. Arissa dilihat masih lagi lena di atas katil.

Arissa...please be my wife..” Daniel pegang lembut jemari Arissa.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 08:46 AM | Show all posts
DANIEL terpaksa pulang ke rumah. Ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri. Semua dokumen berkaitan mesyuarat itu masih belum dilengkapkan. Dari hospital tadi, dia memang berat hati meninggalkan Arissa seorang diri. Rasa bersalah semakin menebal. Dia bergegas ke bilik tetamu. Bersepah dan berselerak atas katil. Pakaian Nelissa sudah koyak rabak atas lantai sekali dengan pakaian dalam.

“Hmm...nafsu gila kau Zarul! Bersepah bilik ni. Tahu seronok je, tak tahu nak kemas!” Daniel senyum sinis. Puas bila dapat membalas dendam pada Tan Sri Johari.

Dia segera ke biliknya membersihkan diri. Semalaman tidak mandi. Selesai mandi dan bersarapan, Daniel memandu ke pejabat. Urusan pejabat banyak yang terbengkalai sejak balik bercuti dari Pulau Nami. Seminggu pula dia menemani Arissa di hospital.

“Hmm..banyak surat yang kena tengok.” Sempat Sherry menghulurkan seggenggam surat tadi. Satu persatu dibelek.

Very good!” Daniel senyum lebar. Produk kosmetik dan mandian dari kilangnya di Korea Selatan sudah mula dipasarkan.

Dad..I did all these just for you.” Daniel tatap foto mendiang ayahnya yang sentiasa berada di atas meja.

Tak sedar waktu begitu cepat berlalu. Daniel jeling jam di dinding. Hampir waktu makan tengahari. Dia mula bergegas ke tempat letak kereta. Sempat beli sejambak ros merah sebelum memecut ke hospital.

“Aku harap Arissa sudah sedar.” Senyuman Daniel semakin lebar. Dia mencium bau wangi bunga ros berkali-kali. Bunga ros yang segar berkembang itu sudah rasa seperti hatinya yang turut berkembang segar.



ARISSA perlahan buka mata. Dia lihat sekeliling. Peningnya masih terasa. Perlahan tangannya memegang dahi. Berbalut!

“Ya Allah...kenapa dengan aku ni?” Arissa bingung. Seingatnya dia baru sahaja  berada di tepi jalan kawasan perumahan di Bangsar dan tiba-tiba ada cahaya silau datang dari arah depan. Lepas itu, dia tak ingat apa yang berlaku.

Nurse..kenapa dengan saya?” Arissa terus bertanya seorang jururawat sebaik melihat jururawat itu menapak masuk ke biliknya.

“Alhamdulillah puan dah sedar.” Jururawat itu tersenyum manis.

Err...kenapa dengan saya?” Arissa keliru.  
                        
“Puan kemalangan dan tak sedarkan diri seminggu. Puan kena rehat dulu. Tak boleh banyak bergerak.”Arissa disuruh berehat.

Arissa masih keliru. Dia tekup kepalanya dengan kedua belah tangan.

“Kemalangan?” Muka Arissa sudah berkerut seribu.

Jururawat itu angguk.

“Puan makan ubat ni dulu. Lepas tu, intercom kami untuk menu makan tengahari.” Jururawat itu hulur dua biji ubat dan segelas air. Menu makanan diletakkan di  atas meja. Sebelum ni Arissa hanya diberi makanan dan ubat cair melalui tiub kecil.

Err..ubat ni okey ke? Err..maksud saya..tak mudarat ke?” Arissa teringat yang dia sedang hamil.

“Maksud puan?”

“Saya...hamil..” Arissa terpaksa beritahu.

“Oh..maaf puan. Puan keguguran. Puan banyak tumpah darah. Kami tidak dapat selamatkan kandungan puan.” Jururawat itu ambil semula gelas kosong.

Arissa tergamam. Dia menekup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi. Aku keguguran?? Jadi aku telah membunuh anak aku sendiri??

“Sabarlah puan. Itu semua ujian dari Allah. Allah lebih sayangkan anak puan. Puan boleh berusaha lagi. Puan masih muda. Kita sebagai isteri ni harus redha dengan ketentuan Allah. Kalau asyik bersedih, hidup kita akan tertekan. Berdoalah semoga kita sentiasa tenang. Bila dah tenang, mudah nanti puan nak mengandung lagi.” Jururawat itu senyum.

Arissa jeling nama pada tag di poket baju. Hasliza. Tentu gadis itu ingat aku sudah bersuami sedangkan apa yang berlaku hanya Allah saja yang tahu.

Err..cik, siapa bagi bunga ni semua?” Arissa baharu perasan di bilik besar yang lengkap dengan televisyen dan ruang santai itu dipenuhi dengan bunga ros merah segar. Hampir sepuluh jambak kesemuanya!

“Oh..suami puan yang beri semua ni. Cantik kan? Kalau saya dapat suami macam suami puan tu, saya akan setia sehingga akhir hayat.” Hasliza senyum. Memang sejak mula melihat Daniel, dia mula rasa cemburu. Sudahlah kacak, bergaya, maskulin, Daniel dilihat sangat romantik. Haih...terkenang bakal suaminya yang kini sudah pun menjadi tunang. Harap tunang aku pun seperti Daniel tu.

Arissa terlopong. Suami?? Siapa??

Err...cik, suami saya ada kata nak datang tak hari ni?” Saja Arissa bertanya. Dia perlu tahu siapa yang menyamar jadi suaminya.

“Ya, masa puan tak sedarkan diri, dia selalu temankan puan sampai ke pagi. Pagi dia balik rumah. Tengahari datang semula. Habis kerja, dia datang lagi sampailah keesokkan paginya tu. Tu la..puan. Puan sungguh bertuah ada suami macam tu. Bersyukurlah pada Allah.” Hasliza senyum lagi. Muka Arissa dilihat sudah seperti orang bingung. Pelik..

“Kenapa puan macam keliru je?” Hasliza mula bertanya.

Err..tak. Mungkin saya masih pening.” Arissa tunduk. Siapa agaknya? Matanya menala lagi pada jambak bunga ros. Dia pandang pula bilik yang dihuninya. Memang besar. Lengkap!

“Nanti puan pilih menu. Tekan je butang tu. Kami akan datang ambil order. Puan rehat dulu ya.” Selimut ditarik sehingga ke paras dada.

Err..cik, berapa lama saya tak sedar?” Arissa sempat bertanya sebelum jururawat itu menapak keluar.

“Dah seminggu puan. Alhamdulillah, puan kuat semangat. Banyak berehat ya puan.” Hasliza menapak keluar.

Arissa bingkas bangun.

“Suami? Siapa??” Arissa semakin bingung.  

Perutnya mula berbunyi. Arissa capai menu atas meja di hujung katil. Dia segera tekan butang. Tak lama kemudian, hidangan tengahari tiba di di biliknya. Daging panggang dengan kentang lenyek. Jus lobak merah dan puding mangga. Seorang pekerja lelaki yang membawa hidangan tengahari itu mula beredar dari bilik.

“Hmm..dah alang-alang aku duduk dalam bilik besar ni. Aku bedal je la makanan yang sedap.” Arissa mula menikmati hidangan barat yang dipesan tadi. Terasa perutnya sudah kosong lama sangat. Memang patut pun! Dah seminggu rupanya aku tak sedarkan diri.

Arissa terhenti mengunyah. Bunyi suara seseorang bertanya pada jururawat. Dia amati suara itu dengan menadah telinga.

“Ya Allah! Itu macam suara Adam...” Arissa cepat-cepat tarik selimut. Dia bingkas bangun semula dan segera menutup hidangan tengahari dengan penutup. Dia kembali baring. Mata dipejam rapat-rapat.



DANIEL buka pintu perlahan. Dia senyum. Arissa dilihat masih nyenyak tidur. Bunga ros yang dibawa diletakkan di sebelah bunga ros semalam.

“Hmm..kau sedar juga Arissa.” Daniel melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Arissa. Tadi dia sempat bertanya pada jururawat yang menjaga Arissa. Jururawat itu memberitahunya yang Arissa sudah mula sedar.

Rambut dan jemari Arissa dipegang lembut. Lama wajah Arissa ditenung. Hati dan jantungnya mula berdegup.

Oh my...what happenned to me??” Daniel letak tapak kanannya pada dadanya sendiri. Terasa degupan jantung kuat berdegup.

Matanya melirik pada hidangan tengahari. Perlahan Daniel bangun dan mendekati meja di hujung katil. Dia buka penutup. Senyum melihat daging panggang yang sudah lebih separuh habis dimakan. Matanya beralih pada Arissa yang masih lena tidur.

“Hmm...takkan lepas makan terus tidur?” Daniel berkata sendiri. Dia menapak perlahan ke arah Arissa. Sengaja dia dekatkan mukanya ke muka Arissa yang masih lena tidur di situ.

“Sayang...I know you dah sedar. Jus tu I dah minum habis..” Daniel bisik perlahan ke telinga Arissa.

Diam.

Daniel senyum lagi. Oh..nak berlakon ya? Kali ini Daniel dekatkan bibirnya pada bibir Arissa. Hampir bersentuh.

Pantas Arissa bingkas bangun. Dia tolak selimut dengan kuat. Daniel pula sudah terjelepok atas lantai dengan muka sudah tertutup dengan selimut tadi. Arissa pantas berlari masuk ke dalam bilik air. Bilik air dikunci rapat. Habis terbalik tiang palang yang menyambungkan tiub air ke lengannya.

Daniel menggosok-gosok dahinya yang terasa senak. Terjelepok dia di atas lantai macam nangka busuk.

“Encik Daniel kenapa ni?”

Daniel mendongak. Jururawat yang merawat Arissa sudah menapak masuk membawa mesin tekanan darah.

Err...tu..” Daniel tuding ke arah bilik air.

“Hah?” Hasliza tidak faham. Dia segera angkat semula peralatan hospital yang sudah terbalik.

“Mana isteri encik?” Hasliza mula perasan Arissa tidak ada di atas katil.

“Dia masuk ke bilik air tadi..” Daniel mula bangun dan duduk di kerusi. Dahinya masih rasa sengal dan pening. Kuat juga Arissa hantuk kepalanya tadi.

“Oh..dah lama ke dia masuk?”

“Baru kejap tadi.” Daniel masih menggosok dahinya.

Hasliza mendekati pintu bilik air. Dia mengetuk bilik air.

“Puan! Kami nak ambil tekanan darah puan. Saya tunggu di luar ni ya.” Hasliza menapak semula ke katil. Dia mula buka suis mesin yang dibawanya tadi.



ARISSA masih dalam bilik air. Dia mundar mandir di situ. Sesekali dia tekup telinga ke daun pintu bilik air. Senyap.

“Dah keluar ke dia orang ni?” Arissa teragak-agak buka pintu.

“Ah! Buatnya terjongol muka perogol tu depan pintu bilik air ni? Bukan boleh percaya mamat tu! Kat hospital ni pun dia boleh buat kerja setan tu! Macam aku tak tahu apa yang dia cuba buat tadi tu!” Arissa geram.

“Puan! Kalau puan lama lagi, saya datang pukul dua setengah nanti.”

Arissa mendengar dengan jelas suara jururawat Hasliza dari luar.

“Hmm..satu dah selesai. Tinggal perogol tu lagi. Blah la cepat! Ada hati mengaku suami aku! I hate you!!” Arissa masih membatu dalam bilik air. Tidak mahu menatap wajah lelaki yang merogolnya!

“Sayang...tak nak keluar ke?”

Arissa tergamam. Sayang? Pergi mampus kau Adam! Rasa nak muntah mendengar suara manja Daniel jelas menyuruhnya keluar dari bilik air.

“Sampai bila you nak duduk dalam bilik air tu? Ni, puding mangga dah tinggal sedikit ni. Jus karot pun dah habis. Sedap juga makanan hospital ni ya. Kalau you tak nak keluar, I masuk!”

Arissa terbeliak. Adam nak masuk? Aku dah kunci dari dalam la! Lama Arissa diam di situ. Suara memujuk Adam sudah tidak kedengaran lagi.

“Hmm..dah blah la tu agaknya..” Arissa senyum. Dia buka pintu bilik air perlahan-lahan. Hanya kepala menjulur keluar dari daun pintu yang sedikit terbuka. Dia intai semua ruang bilik. Nyata lelaki itu sudah tiada di situ.

“Hmm..tahu pun nak blah!” Arissa buka pintu dan mula menapak keluar dari bilik air.

Gotcha!!!”

Arissa menoleh. Lelaki itu tersengih di belakangnya. Tak balik lagi??

What are you doing here?” Arissa menapak ke belakang. Lelaki itu dilihat semakin dekat dengannya. Menyampah! Benci!

“Salah ke seorang suami datang melawat isterinya sendiri?” Daniel senyum semakin lebar. Kelakar melihat gelagat Arissa yang sudah pucat lesi.

“Suami? Kau dah gila!! Aku bukan isteri kau! Dan tak akan pernah jadi isteri kau!” Jerit Arissa. Geramnya masih membara.

“Tenang sayang...kenapa jerit-jerit ni. You kan sakit. Remember?” Daniel menapak semakin dekat.

Don’t you ever touch me!” Arissa sudah rapat ke dinding.

Daniel senyum. Dia semakin rapat dengan Arissa. Mukanya dirapatkan ke muka Arissa. Sengaja!

“Hmm..you sakit macam ni pun masih cantik...” Pipi Arissa diusap perlahan. Jantungnya berdegup laju. Oh my god..I’m really fall in love with this girl!

Pantas Arissa tepis tangan Daniel.

Go to hell!” Arissa mengetap bibir. Daniel dilihat semakin galak mendekatinya.

“Arissa..kenapa you marah sangat dengan I?” Daniel semakin rapat. Bibir Arissa dilihat semakin mempesona.

Stop it!!” Arissa tolak tubuh Daniel. Tergolek mereka berdua jatuh berpeluk di lantai bila Daniel sempat tarik baju Arissa tadi.

“Ehem!”

Serentak mereka berdua berpaling. Jururawat Hasliza sudah tercegat di muka pintu dengan muka dipalingkan ke arah lain. Malu melihat perlakuan kedua suami isteri itu. Kut ya pun nak berpeluk..tunggulah balik rumah ke apa ke..

Arissa cepat-cepat bangun. Dia betulkan baju hospital yang dipakainya.

Err..maaf, boleh saya ambil tekanan darah puan?” Hasliza tersenyum simpul.

Arissa senyum kelat.

Daniel pula melemparkan senyuman nakal sambil menjeling Arissa yang sudah terkebil-kebil menapak ke katil semula.

Err..nurse, I have to go now. Kalau ada apa-apa beritahu saya. Mana tahu isteri saya ni nak terjun bangunan pulak.” Daniel jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir dua setengah petang. Dia perlu masuk pejabat semula.

“Baiklah Encik Daniel.” Hasliza senyum

Arissa mendongak. Terkedu. Daniel? Bukan ke nama dia Adam??

“Sayang..take care ok!” Daniel mendekati Arissa dan mencium dahi gadis itu walaupun cuba ditepis Arissa. Dia menapak keluar dari bilik Arissa.
Hasliza senyum melihat perlakuan Daniel yang nyata sungguh romantik. Haih....

Arissa masih berada di atas katil. Dia cuba tepis tangan Daniel  tadi. Nyata tangan Daniel lebih dulu memegang kedua belah pipinya, Pantas dahinya dicium. Ikut hati mahu saja bagi penumbuk sebiji tapi memandangkan jururawat itu juga berada di situ terpaksa dia berlakon sekali. Hmm..jadi nama kau Daniel..

“Jaga kau Daniel! Aku akan bunuh kau!!” Jerit Arissa sekuat hati.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 02:03 PM | Show all posts
BAB 26




DANIEL senyum lebar. Kelakar mengingati kembali gelagat Arissa tadi. Nampak sangat Arissa masih menyimpan rasa benci. Siapa yang tak ada rasa itu kalau sudah diperkosa sedemikian rupa? Ah! Kenapa aku pula yang sibuk nak dekat dengan dia? Bukankah dia terang-terang bencikan aku? Pelik rasanya hidup ini!

What a funny girl!” Daniel gelak sendiri.

What so funny?”

Daniel mendongak. Sherry sudah terpacak di muka pintu sambil tersenyum memandangnya.Tadi sebelum masuk ke bilik pejabat, sempat dia berpesan pada Sherry untuk mendapatkannya fail projek Bioremediasi.

Oh...nothing. So, you have that file?”Danile terus ke perkara pokok.

Sherry mengangguk. Dia menapak ke arah meja Daniel dan menghulurkan satu fail warna hijau.

Anything else?”

Nope! I’ll call you later.” Daniel senyum. Sherry dipandang tak berkelip. Hmm....apa kena dengan sekretari aku hari ni? Bergaya sakan! Sherry mengenakan skirt pendek atas lutut yang ketat dan baju tanpa lengan dengan bahagian dada terdedah luas. Seksi!

“Ah..aku hanya ada Arissa. Arissa saja yang mampu buatkan jiwa lelaki aku bernafsu!”Daniel senyum lagi.

Dia meneruskan  kerjanya. Fail yang diterima tadi dibelek sekilas. Lama dia perhatikan tandatangan mendiang ayahnya yang terdapat pada kertas kerja dan surat perjanjian. Ayah menerima satu salinan dari tiga salinan. Tandatangan satu lagi adalah tandatangan Tan Sri Johari.

Hmm....why all these while I don’t knowabout this?” Daniel mula tertanya-tanya. Setahunya dia tak pernah melihat ayah menandatangani sebarang dokumen tanpa dia sendiri memeriksa dan membaca isi kandungan dokumen itu. Selalunya ayah akan meminta pendapatnya sebelum membuat sesuatu keputusan.

No wonder I know nothing about this lab and this project!” Daniel mula menyiasat. Dia baca satu persatu salinan kertas kerja dan surat perjanjian yang hanya diterima melalui kiriman pos.

Weird...looks like my dad signatures was not so authentic.” Daniel perhati pada bentuk tandatangan mendiang ayahnya di surat perjanjian itu. Surat perjanjian antara rakan kongsi untuk pembinaan makmal itu. Dia mula teringat kata-kata ayahnya dulu. Ayah pernah beritahunya tentang surat itu. Ayah belum lagi tandatangan apa-apa dokumen untuk projek rawatan air sungai itu. Hanya kertas kerja saja yang sempat diturunkan tandatangannya untuk kelulusan tender.

Then...where the hell this signature camefrom??” Daniel bersandar di kerusi. Mata menala ke siling. Masih berfikirapa yang telah berlaku sebenarnya sehingga ayah kesayangan meninggal dunia.

“Hmm...Bennett..dia ada bersama Datuk Mustafa masa di KLCC dulu. I need to know what is Bennett up to!” Pantas Daniel menghubungi Robin dan Gagak.



DI SEBUAH restoran barat di KLCC, Daniel berbincang bersama Robin dan Gagak dan dua orang lagi orang suruhannya.

So, I need you to look at this guy. What’s he really up to! Give me the full report in one week times.” Daniel bingkas bangun.

Ok boss!” Gagak tutur bangun.

Robin dan dua orang lagi juga turut menghantar Daniel ke muka pintu restoran.

Enjoy the food.” Daniel hulur segenggam wang kertas kepada Gagak. Dia terus beredar dari situ.


SENYUMAN Daniel sudah sampai ke telinga sebaik sahaja meletakkan kereta di kawasan hospital. Dia jeling bunga ros putih di tempat duduk penumpang sebelah.

Arissa..I really love you..” Bunga ros putih dicium seketika sebelum menapak keluar dari perut kereta.

Wajah Daniel sudah ceria. Tak sabar bertemu Arissa. Entah apa yang gadis itu akan buat nanti bila dia datang jenguk. Tengahari tadi, Arissa seperti nak mengelak dari berjumpa.

Whatever it is, aku tak akan berputus asa ambil hati dia. I love her so deeply!!”Daniel menapak laju ke tingkat tiga hospital.

Err..Encik Daniel!”

Daniel menoleh sebaik tiba di pintu bilik Arissa.

Yes?”

“Isteri encik dah keluar tadi.”

Hah??What??” Daniel menelan liur.

“Tadi ada orang datang bawa Puan Arissa keluar dari sini. Saya ingat Encik Daniel dah tahu.” Hasliza, jururawat yang menjaga Arissa turut menyampuk.

“Siapa orang tu?” Daniel berkerut muka.

“Perempuan..dia kata saudara Puan Arissa. Kenapa Encik Daniel?” Hasliza mula pelik.

“Macam mana bil hospital?” Daniel garu kepala. Siapa pula yang sibuk bawa Arissa keluar dari hospital. Setahu aku, Arissa tiada sesiapa sejak seminggu dia temankan Arissa di hospital. Kenapa tiba-tiba muncul saudara Arissa dan terus bawa keluar?

“Bil hospital saudara Arissa yang bayar semuanya.” Hasliza senyum.

Daniel tercengang. Dah bayar? Aku sengaja tempah bilik VIP. Kos satu malam saja mencecah lima ribu ringgit. Siapa perempuan tu??

Err..Encik Daniel okey ke?” Hasliza melihat Daniel yang sudah terkedu di situ.

Err..tahu tak  ke mana mereka pergi?”

Hasliza semakin pelik. Takkan suami sendiri tak tahu isteri pergi ke mana. Mestilah balik rumah!

“Mestilah balik rumah Encik Daniel kan?” Hasliza tolong jawab soalan Daniel yang dirasakan tak munasabah.

Err..aa..ya..ya..lupa pula saya. Agaknya tengahari tadi kepala saya terhantuk. Kalau macam tu tak apalah. Saya pergi dulu. Ni bunga untuk awak kerana setia menjaga isteri saya.” Daniel hulur bunga ros putih kepada Hasliza dan terus berlalu pergi.

Hasliza senyum lebar.  Siapa yang tak kembang hidung bila mendapat hadiah bunga dari jejaka kacak macam Daniel.

“Amboi!Senyum dah sampai ke langit la tu!” Salah seorang jururawat di kaunter mengusik.

Hasliza sengih. Banyak kali dia mencium bau wangi ros putih.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:59 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.122315 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list