CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

ARISSA DANIEL

[Copy link]
Post time 14-4-2014 03:28 PM | Show all posts
sambung lg yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2014 03:42 PM | Show all posts
BAB  32





ARISSA sudah buntu. Puas dia mencari seluruh bilik. Habis semua barang dalam bilik itu digeledah. Semua foto dalam albumnya dikeluarkan satu persatu. Semalam balik dari menghantar Nelissa di KLIA yang bertolak ke Jerman, untuk urusan perniagaan selama dua minggu, dia sempat bergambar dengan Nelissa sebelum membeli buku motivasi di sebuah kedai buku disitu. Foto segera dari kamera itu turut diletakkan dalam album. Baharu sedar yang foto familinya sudah hilang.

“Mana pulak aku letak?” Arissa garu kepala.Foto keluarganya sudah hilang. Itulah satu-satunya foto yang dia ada. Sudahlah foto ibu juga hilang.

“Aduh!Macam mana pulak boleh hilang ni?”Arissa sudah bingung. Dia cuba mengingati semula di mana dia letak foto itu.

“Takkan hilang macam tu je? Foto ibu tu mungkin tercicir kat Korea ke apa ke tapi foto famili aku ni memang sentiasa ada dalam album aku ni..” Arissa henyak tubuh atas katil. Sudah penat mencari.

Matanya menala pada jam di atas meja. Hampir tengahari. Semalam dia sudah berjanji dengan ustazah Waddah untuk berjumpa di tasik Titiwangsa pukul dua petang nanti. Sejak bertemu ustazah Waddah hari itu, Arissa sentiasa mengharapkan pertemuan seterusnya. Nyata Ustazah Waddah sudi mendengar masalahnya. Malah sejak itu, hubungannya dengan ustazah Waddah sudah seperti sebuah keluarga, adik dan kakak.

“Ah,lantaklah! Aku dah lambat ni!” Arissa bergegas ke tempat letak kereta. Hari itu dia ambil cuti. Baju kurung berona kuning yang tersarung di tubuhnya diperhatikan seketika. Dia capai beg tangan dan sebuah nota kecil untuknya mencatat apa yang ustazah Waddah ajar nanti.

Kereta MyVi Arissa dipecut laju menuju ke Tasik Titiwangsa.



PANJANG leher Arissa mencari kelibat Ustazah Waddah. Dia menapak ke sebuah pondok di tepi tasik. Sementara menunggu ustazah Waddah tiba, Arissa sempat membaca semula nota yang dicatat di situ. Sejak bertemu semula dengan Ustazah Waddah, dia seboleh mungkin ingin belajar sebanyak mungkin dari wanita yang dikaguminya itu sejak di kampus lagi.

“Assalamualaikum..”

Arissa mendongak. Tersenyum. Ustazah Waddah sudah tersenyum di depannya.

Wa’alaikumussalam.. ustazah seorang je ke? Ustaz dan anak mana?” Arissa senyum. Selalunya ustazah Waddah akan bawa sekali suaminya, Ustaz Hakimi beriadhah di tasik.

“Oh..ustaz ada hal. Kawan lamanya nak jumpa.” Ustazah Waddah melabuhkan punggung sebelah Arissa.

“Haikal?”Arissa bertanya pula anak lelaki Ustazah Waddah.

“Mak akak yang jaga sekejap. Nak bawa sekali nanti, susah pula kita nak bincang.”Ustazah Waddah senyum.

“Hmm...tak best la kak. Arissa nak sangat main dengan Haikal. Comel!” Arissa menopang dagu. Haikal, anak lelaki Ustazah Waddah yang baru berumur dua tahun sudah mula rapat dengannya.

“Kalau macam tu, apa kata Arissa nikah dan dapat anak cepat?” Usik Ustazah Waddah.

Arissa terkedu. Terus terbayang wajah Daniel.

Err...saya mana ada boyfriend kak. Siapalah yang nak kat saya ni...” Arissa senyum hambar. Syarat Daniel masih diingatinya. Pejam celik sudah hampir sebulan berlalu. Tinggal dua bulan lagi. Memang dia tak berusaha mencari duit untuk membayar gantirugi kereta Daniel yang rosak kerana dia tahu walau kerja seumur hidup sekali pun dia tak akan mampu membayar semua tu. Kerja sebagai ahli mikrobiologi berapa sangatlah gaji yang dia dapat. Syarat Daniel inginkannya membayar penuh. Bukan secara ansuran! Itupun nasib baik rumahnya tak perlu dibayar sewa. Kalau Tan Sri Johari ambil semula rumah tu, dia kenalah pindah dan terpaksa pula bayar sewa. Lainlah kalau dia anak orang kaya macam Nelissa.Beli beg tangan pun macam beli ikan kat pasar. Pakai ambil je!

“Takkan orang cantik macam Arissa ni tak ada yang berkenan?” Usik ustazah Waddah lagi.

“Tak ada la kak...” Arissa tunduk.

“Hmm..jom kita belajar.” Ustazah Waddah faham bila melihat Arissa sudah tunduk begitu.

Petang itu mereka sama-sama belajar. Banyak ilmu yang dikutip Arissa. Dari bab tauhid sampailah ke bab fiqah.

“Hmm...jadi perempuan ni lebih banyak terdedah kepada dosa?” Arissa pandang Ustazah Waddah.Wajah tenang Ustazah Waddah sungguh mendamaikan.

“Ya,sebab itulah Allah menyuruh orang perempuan menjaga aurat dan tingkah laku.Jelas dalam al Quran ada suruhan itu. Firman Allah s.w.t dalam surah Al Ahzab, ayat 59 :“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Begitu juga dalam surah An-Nur ayat 31. Firman Allah.s.w.t yang bermaksud, Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Banyak dalil sebenarnya.Sabda Rasulullah s.a.w., hadis riwayat dari Bazaar dan At-Tarmizi juga ada mengatakan “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Arissa tunduk malu. Sehingga saat ini dia masih tidak menutup aurat sepenuhnya. Ya Allah...

“Arissa...Arissa..”Ustazah Waddah menyentuh lembut bahu Arissa yang sudah mula bergenang air mata.

“Kak...saya jahat kan?” Arissa mengesat air mata yang sudah mula menitis.

“Siapa kata? Kita semua adalah hamba Allah yang baik. Yang berbeza, kita sendiri yang menentukan siapa kita sebenarnya. Sebab itu Allah bagi kita akal untuk berfikir. Kita disuruh menggunakan akal untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Yang baik pula perlu diamalkan dengan ikhlas. Bila sudah beramal dengan ikhlas, kita perlu istiqamah supaya tidak kembali pada sikap kita sebelum ini. Akal itu seperti mata, ilmu itu seperti cahaya, amal itu seperti pintu, ikhlas itu seperti kunci pintu dan istiqamah itu pergerakan yang bawa kita untuk melepasi pintu kepada redha Allah swt. Semua itu berkait rapat kerana akal tanpa ilmu, kita mudah tersesat. Ada ilmu tapi tidak diamalkan, kita tersalah pintu. Amal pula bila tidak ikhlas, kita seolah kehilangan kunci pintu itu dan akhirnya, amal yang tiada istiqamah, pintu yang telah terbuka itu akan perlahan tertutup kembali. Biar segala amalan kita buat dengan istiqamah. Biar sekecil mana pun amalan itu.” Ustazah Waddah masih menyentuh bahu Arissa yang terhenjut-henjut menahan sendu.

“Allah turunkan kitab suci al Quran sebagai manual untuk kita mengikut prosedur berdasarkan SOP di dalamnya. Arissa tentu lebih faham apa itu SOP kan? Itulah Standard Operating Procedure.  Standard yang digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan sesuatu prosedur. Kita ikut sungguh-sungguh supaya kita dapat pengiktirafan ISO, supaya kita mudah mendapat akreditasi dan lulus kehendak ISO. Kalau itu kita ikut bersungguh-sungguh  dan beria buat, kenapa kitab suci Allah yang maha agung itu kita buat sambil lewa saja?”

Arissa mendongak. Titisan jernih masih menitis laju di pipi. Tak sangka Ustazah Waddah begitu banyak pengetahuan.

“Kak..saya berdosa kak tapi saya masih tidak ada kekuatan untuk berubah seperti akak.”Sekali lagi Arissa peluk Ustazah Waddah.

“Arissa...berdoalah.Cuba dulu..insyaAllah..kita akan ada kekuatan untuk berubah. Kata Allah lebih utama dari kata manusia.” Ustazah Waddah tenangkan Arissa yang semakin menangis di bahunya.

“Ingatlah Allah maha melihat. Apa yang kita lakukan semuanya Allah tahu. Aurat tu bukan hanya semasa solat sahaja. Lepas solat kita buka aurat. Jadi tak ada makna kita solat sekiranya kita masih mengingkari suruhan Allah yang lain.” Lembut tutur Ustazah Waddah. Biarlah berdakwah perlahan-lahan.

“Kak...terima kasih. Saya banyak terhutang budi pada akak. Saya bersyukur sangat dapat berjumpa dan kenal akak.” Arissa peluk Ustazah Waddah.

“Dah catat semua tu?’ Ustazah Waddah jeling nota Arissa.

“Dah kak..” Arissa sengih.

“Oh ya! Hujung minggu depan, akak ada buat majlis kesyukuran sikit. Akak nak jemput Arissa.” Ustazah Waddah senyum. Arissa dipandang lembut. Ada riak kekesalan di wajah gadis manis itu.

“Majlis kesyukuran apa kak?”

Ustazah Waddah senyum meleret. “Alhamdulillah...Haikal bakal ada adik tak lama lagi.”

Arissa mendongak. “Ya kak? Alhamdulillah!!” Pantas Arissa peluk Ustazah Waddah.

“InsyaAllah kak..saya akan datang.”

Mereka berdua mula bersurai selepas menjamu selera di sebuah restoran di tepi tasik.



LAMA Arissa memerhati dirinya di cermin. Balik dari berjumpa Ustazah Waddah siang tadi, hatinya bagai ditebuk-tebuk. Terasa diri terlalu banyak dosa. Tambah lagi dirinya yang sudah tidak suci lagi.

“Ya Allah...ampunkan aku..” Arissa menangis di depan cermin. Masih terngiang kata-kata ustazah Waddah siang tadi.

“Salah aku kah semua ini terjadi?” Arissa pandang wajahnya sendiri di dalam cermin.Tubuh dan maruah yang dijaga selama ini dengan senang sahaja dirobek oleh Daniel.

“Mungkin sebab aku macam ni....aku senang diperlakukan macam tu..” Arissa menekup muka.

Dia menapak perlahan ke almari pakaian. Sebuah kotak putih ditarik dari celah pakaian yang dilipat di situ. Perlahan dia menapak ke katil. Kotak putih itu dibuka.

“Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk aku mengikuti SOP Mu ya Allah..” Sehelai tudung dikucup lama. Air mata menitis laju.

Perlahan Arissa melangkah semula ke arah cermin besar di depan meja solek. Tudung berona kelabu itu masih dalam genggaman tangannya. Sekali lagi dia merenung imej dirinya. Rambut ikal yang melepasi bahu diperhatikan seketika. Terngiang suara Ustazah Waddah dulu, rambut adalah antara perhiasan wanita yang indah.Perhiasan yang sepatutnya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami untuk melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustazah  Waddah tadi bila surah An-Nur ayat 31 dibaca.

Arissa masih kaku berdiri di depan cermin. Masih melihat dirinya sendiri. Teringat lagi satu hadis Rasulullah s.a.w dari riwayat Muslim : Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: 1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). 2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.

“Ya Allah...bantulah hamba Mu ini..bantulah aku...” Arissa menangis teresak-esak.Tudung yang masih dalam genggamannya dipeluk dan dikucup lama.

Kata-kata Ustazah Waddah yang dicatat dalam nota begitu banyak memberinya kesedaran.Peristiwa Israk Mi’raj yang dialami Rasulullah s.a.w:
‘Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih: Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang,pedihnya tidak terkira.
Peristiwa Mi’raj : Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu adalah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk adalah balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)’

Arissa masih menangis tersedu-sedu. Basah tudung di dalam genggaman tangannya.Perlahan dia mendongak. Melihat dirinya sekali lagi. Terketar-ketar tangannya menyarung tudung ke kepala. Tudung itu dililit dan dikemaskan. Air mata masih mengalir deras.

“Arissa...kau kena kuat. Kau kena tabah. Kau kena tegas dengan hati kau sendiri.” Arissa mula bermonolog dengan imejnya di dalam cermin. Lama wajahnya diperhatikan. Benarlah segala yang diperintahkan oleh Allah itu nyata membuatkan hatinya tenang. Ada satu rasa yang belum pernah dirasai selama ini.

“Kuatkah aku nanti bila berdepan dengan mereka di luar sana?” Arissa mula mencari dirinya sendiri.

“Ah!Buat apa nak ambil kira kata manusia, kata Allah adalah lebih utama.” Arissa masih merenung wajah barunya di cermin.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:05 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 03:42 PM | Show all posts
SELIMUT ditolak ke tepi. Arissa bergegas ke bilik air. Usai mandi, dia segera menunaikan solat subuh. Lama berteleku di sejadah. Berdoa dan terus berdoa. Telekung dilipat dan diletakkan atas rak di tepi almari pakaian. Laju tangannya mencapai baju kurung berona biru tua. Baju itu disarungkan ke tubuh. Kotak yang mengandungi tudung shawl diperhatikan seketika. Malam tadi, dia mencuba shawl kelabu yang dibeli dua tahun dulu.

“Hmm...kuatkah aku?” Arissa masih teragak-agak. Dia menapak ke depan cermin. Matanya sudah bengkak. Malam tadi banyak sangat menangis.

Shawl warna putih dengan corak bunga daisi biru dicapai dari lipatan tudung dalam kotak. Lama dia memerhati dirinya sendiri.

“Arissa..kau dah janji..kau kena kuat semangat!” Arissa pejam mata rapat. Cuba mencari semangat yang mula hilang. Malam tadi bukan main lagi semangatnya berapi ingin berubah. Menangis sampai bengkak mata. Kenapa bangun pagi ini dia mula rasa lain?? Ah! Setan semua tu!

Shawl putih dililit menutupi rambutnya yang sudah siap dipakaikan dengan anak tudung. Tudung itu dikemaskan rapi. Bahagian hadapan tudung pula dilabuhkan sehingga menutupi sebahagian dadanya.

Arissa..this is your image now!” Arissa senyum. Dia segera capai beg tangan dan kunci kereta dari atas meja solek.

Kereta dipecut menuju ke Serdang.



SYED FAIZAL senyum sebaik melihat Arissa melangkah masuk ke dalam makmal. Gadis itu dilihat berlainan sekali hari ini. Lama Arissa ditenung.

Err..awak tengok apa? Pelik sangat ke?”Arissa mula tidak  selesa bila dipandang sebegitu rupa.

“Manis..” Sepatah Syed Faizal menjawab.

Arissa tunduk. Dia segera ke bilik mikrobiologi. Tadi masa menapak masuk ke makmal, dia perasan banyak mata memerhati. Macam ada sesuatu yang pelik  berlaku di makmal.

“Kak! Tahniah!” Suzana senyum lebar. Dia segera peluk Arissa yang kelihatan manis dengan shawl di kepala yang dililit ikut trend sekarang tapi masih ikut syariat.

“Terima kasih..” Arissa tunduk  malu.

Wati dan Shahrul turut mengucapkan tahniah kepada Arissa.

Arissa hanya senyum kelat. Terharu dengan sambutan rakan sekerja. Tak sangka dia diterima dengan  hati terbuka oleh teman sekerja. Masa di perjalanan tadi, macam-macam yang dia fikir.

“Alhamdulillah kak. Shahrul suka sangat akak berubah macam ni. Rambut tu hanya untuk tatapan suami saja..” Shahrul usik Arissa.

Arissa terdiam. Memang sejak dia bekerja di situ, Shahrul selalu berkias dengannya pasal hal tu. Saja dia buat tak dengar dan buat tak faham. Dan hari ini buat pertama kali, dia tampil dengan imej baharu.

“Terima kasih semua. Doakan akak istiqamah..” Arissa menutur lembut. Rupanya mereka juga mengharapkannya berubah.

Arissa mula membelek fail dan prosedur. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Cutinya juga sudah lama habis. Sama juga cuti sakit. Ini semua gara-gara kejadian hitam itu dulu. Hari itu masanya dirasakan terlalu singkat. Kerja yang banyak membuatkannya tidak sedar waktu sudah hampir enam petang. Dia mula berkemas. Dia sudah berkira-kira untuk ke pusat beli belah di Puchong membeli buah tangan untuk Ustazah Waddah dan keluarga bila berkunjung ke rumah Ustazah Waddah hujung minggu depan.


DI KEDAI buku, Arissa masih meneliti buku terbaharu di situ. Dia masih berfikir hadiah apa yang hendak diberi kepada Ustazah Waddah nanti.

“Hmm..buku motivasi ni okey jugak. Tak pun aku beli jugak bunga kat kedai bunga tu sekejap lagi.” Arissa senyum. Dia belek buku motivasi di rak buku.

Sejak mengenali Ustazah Waddah, dia sudah tahu kegemaran ustazah yang suka membaca buku-buku motivasi terutama dari penulis yang popular dan juga dari ustaz-ustaz ternama. Satu buku dipilih karya Azizi Abdullah. Selesai membayar, Arissa menapak pula ke kedai bunga.

“Hmm...banyak pilihan bunga kat sini.” Arissa senyum sebaik menapak masuk ke dalam kedai bunga.

Dia mula meninjau bunga apa yang perlu dihadiahkan kepada ustazah Waddah. Arissa perhati sekitar. Banyak bunga ros berbagai warna dijual di situ.

Excuse me! Miss, give me a bouquet of red rose please!”

Arissa masih melihat-lihat bunga-bunga di kedai itu. Suara orang yang ingin membeli bunga di kedai itu tadi tidak dihiraukan. Dia bukan penjual bunga.

Excuse me!! Miss! Miss!”

Laung satu suara dengan agak kuat.

“Siapa pulak yang memekik ni? Tak ada orang yang jaga ke? Pembantu kedai tak ada ke?” Arissa mencari kelibat penjual bunga dan juga lelaki yang memekik tadi.

“Hah??” Arissa menelan liur. Terus dia sorokkan dirinya di celah-celah bunga. Nasib baik dia berada dekat dengan bunga matahari yang besar-besar.

Err..miss! Excuse me!”

Arissa semakin tunduk. Suara lelaki itu jelas semakin dekat menapak ke arahnya.

“Aduh! Mana pulak penjual bunga ni? Pembantu pun tak ada ke?” Arissa menggumam. Dia tarik kelopak bunga matahari menutupi wajahnya.

Err..miss. I need a red rose bouquet.”

Arissa masih diam. Jelas dia melihat lelaki tadi sudah berdiri di depannya. Seluar jeans dan kemeja T lengan pendek warna hitam.

Hello!” Lelaki itu cuba intai wajah Arissa.

Arissa dapat rasa lelaki itu mula menundukkan wajahnya. Arissa tarik lagi kelopak bunga.

Erk! Arissa? Is that you??”

Arissa mendongak. Dia tersengih di situ. Terus bingkas bangun. Daniel dilihat masih berdiri di depannya.

Sorry! I’m not Arissa!” Langkah Arissa sudah kelam kabut. Dia capai pula daun keladi besar di tepi bunga matahari tadi. Cuba menutup mukanya sekali lagi.

Arissa! I know,it’s you!”

Arissa makin cepat melangkah.

Err..cik, daun tu cik nak beli ke?”

Arissa menoleh. Seorang pembantu kedai muncul.

Err..aa....” Arissa sudah menggelabah.

Daniel senyum. Padan muka! Nak lari dari aku sangat!

Miss, give me two red rose bouquets.” Daniel menghampiri gadis penjual bunga. Arissa dilihat masih berdiri di situ. Terpegun seketika.

You look so sweet.” Daniel memuji.

Arissa masih diam membatu. Sweetlah sangat! Ada makna la tu! Bukan aku tak tahu siapa kau Daniel!

“Encik, ni bunga encik..” Penjual bunga tadi hulur dua jambak bunga ros merah kepada Daniel.

Thanks!” Daniel mula bayar. Dia berpaling ke arah Arissa.

Here, take this! I know it’s not leaf.” Daniel senyum sinis.

No thanks!” Arissa menapak keluar dari kedai bunga.

Daniel segera mengejar Arissa.

Arissa, wait!”

“Kau nak apa lagi?” Arissa jeling Daniel.

You have two months more. Afterthat, you have to marry me.” Daniel tenung wajah Arissa yang sudah berlainan. Tudung yang menutupi rambut ikal Arissa nyata sepadan dengan bentuk wajah Arissa. Makin manis. Makin menarik.

Arissa mengetap bibir.

“Aku tahu! Aku tak akan lupa tapi aku  juga ada syarat!” Arissa merenung tajam Daniel yang sudah senyum.

“Apa dia?”

“Kau kena peluk agama Islam dulu dan..” Kata-kata Arissa terhenti di situ.

“Dan apa?” Daniel sudah tidak sabar. Syarat pertama itu memang sudah lama dia ingin realisasikan walaupun tanpa Arissa sekalipun.

“Aku akan jadi isteri kau tapi kau tak boleh sentuh aku selagi  aku ada rasa benci dalam hati aku. Take it or leave it!” Arissa terus beredar dari situ. Laju langkahnya meninggalkan Daniel yang sudah terkedu di situ.

Daniel hanya memerhati Arissa pergi dari situ. Syarat Arissa tadi nyata mencabar kelelakiannya.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:06 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 04:06 PM | Show all posts
BAB 33




BINTANG dilangit ditenung lagi. Daniel mendongak melihat bintang yang berkerlipan di atas sana. Sesekali dia meraup muka. Lama dia termenung di balkoni bilik. Memiliki Arissa tidak semudah yang disangka. Masih terngiang kata-kata Arissa dua hari lepas. Nyata gadis itu tegas memberi kata dua kepadanya.

Why is it so hard to have you Arissa?”Daniel tunduk. Dia kemudian mendongak semula ke dada langit. Bintang masih berkerlip cerah.

Kata-kata Arissa semasa di Pulau Nami dulu pun masih melekat di benaknya. Arissa membencinya seumur hidup.

“Daniel...kau yang bersalah. Kerana ikut dendam tu, kau telah buatkan Arissa membenci kau!”Daniel menjerit sekuat hati.

Tuk! Tuk! Tuk!

Daniel berpaling. Bunyi ketukan di daun pintu jelas di telinga. Dia kemaskan pajamas di tubuh dan mula menapak ke pintu bilik.

“Ya Zaki?” Daniel cuba senyum sebaik pintu dibuka.

Err...tadi saya dengar bos menjerit. Bos okey ke?”

Daniel hanya senyum. Zaki memang perihatin padanya.

“Oh..tak..tak ada apa. Test suara saja.. Daniel cuba buat lawak.

“Bos,hujung minggu ni Ustaz Hakimi jemput kita ke rumahnya. Ada majlis kesyukuran.Bos ikut tak?” Zaki sengih.

“Boleh je. Err..saya kena pakai baju Melayu ke?” Daniel garu kepala. Memang dia ada beberapa pasang baju Melayu yang digunakan untuk majlis tertentu.

“Bos ada baju melayu ke?” Zaki pula berkerut kening.

“Ada..kan saya kena hadir macam-macam majlis..” Daniel sengih.

“Hmm...kalau macam tu pakai sajalah. Saya pun tak pernah tengok bos pakai baju Melayu. Tentu lagi kacak kan?” Usik Zaki.

Daniel hanya senyum kelat. Dia tahu usikan Zaki bukan menyindir. Apa saja yang keluar dari mulut Zaki adalah dari hati yang jujur lelaki itu.

“Esok,kita ada kelas belajar lagi tak?” Daniel teringat Ustaz Hakimi yang Zaki kenalkan padanya sudah mula menjadi guru rasmi kepadanya mendalami agama Islam.

“InsyaAllah ada tapi ustaz Hakimi minta kelas diadakan sebelah malam. Dia akan datang rumah ni. Sebelah petang dia ada kelas mengaji Quran untuk budak sekolah.” Terang Zaki, teringat pesanan Ustaz Hakimi semalam.

“Oh..dia okey ke datang rumah saya ni? Tak jauh ke?” Daniel teringat Ustaz Hakimi tinggal di Gombak.

“Tak..diasendiri yang ingin datang waktu malam. Lepas maghrib, dia akan mula mengajar.”Zaki senyum.

“Baiklah..tapi kalau saya ada hal penting, saya akan beritahu Zaki. Mana tahu saya kena jumpa klien. Kerja macam saya ni tak kira masa.” Daniel senyum lebar.

Zaki hanya angguk.

Err..bos, bila bos nak temukan Arissa dengan omma?” Zaki teringat permintaannya dulu. Sudah hampir seminggu dia berada di rumah Daniel.

“Oh...hmm..macam nilah. Nanti saya ajak dia sekali ke majlis kesyukuran tu. Macam mana?” Daniel mula mengusul cadangan.

“Hmm..elok juga tu.” Zaki turut setuju. Dia mula minta diri.

Daniel kembali ke balkoni. Jenuh dia berfikir cara untuk mendekati Arissa.

“Macam mana nak ajak dia ke majlis tu?” Daniel sudah buntu. Lama dia berfikir mencari idea.

“Ah!Aku ugut dia la.” Daniel sengih. Dia menapak ke katil.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Daniel capai dari meja kerja.

Yes Gagak? Ok! Good!”

Talian dimatikan. Daniel senyum. Gagak sudah ada maklumat tentang surat perjanjian asal antara Tan Sri Johari Nasir dan mendiang ayahnya. Maklumat tentang ibu kandung Zaki juga sudah ada di tangan Gagak.



LAPAN pagi, Daniel sudah bersiap-siap hendak ke pejabat. Sempat dia menjamah sarapan yang dimasak makcik Fatimah.

“Zaki,nanti kalau nak ke mana-mana, pakai je kereta saya tu. Saya pergi dulu!” Daniel bergegas melangkah ke kereta.Gagak sudah menunggunya di dalam kereta.

“Bos!Kerja ke hari ni?” Laung Zaki dari anjung rumah.

“Ya!Ada kerja sikit.” Daniel turut laung dari dalam kereta.

“Ke mana kita bos?” Gagak terus bertanya.

“Kita ke pejabat dulu. Lepas tu ambil saya dalam pukul sepuluh pagi. Kita ke satu tempat.” Arah Daniel. Dia betulkan tali leher yang tak sempat dikemaskan tadi.

Gagak mengangguk tanda faham. Kereta Mercedes hitam dipandu ke arah Mid Valley. Tiba di pejabat, Daniel menyambung kerjanya yang sudah hampir seminggu tidak disentuh. Cuti seminggu yang diambil tidak dapat digunakan sepenuhnya.  Dia perhatikan semula dokumen pembinaan makmal dan juga projek Bioremediasi. Masih meneliti setiap ayat yang tercatat dalam dokumen itu.

“Hmm..Tan Sri memang licik. Segalanya teratur.”

Daniel capai pula sampul surat yang dihulur Gagak tadi. Maklumat tentang surat perjanjian antara mendiang ayahnya dengan Tan Sri Johari yang dipalsukan tandatangan.

So, surat tu nyata palsu.” Daniel baca lagi maklumat yang baru diterimanya. Dalam surat asal perjanjian tu jelas mengatakan nama asal syarikat  adalah JN JBiotech. Surat perjanjian asal telah diubah dan diletakkan nama JN Biotech,milik penuh Tan Sri Johari Nasir.

“Aku ada bukti kukuh untuk ambil alih makmal tu.” Daniel senyum. Dia akan mengambil tindakan mahkamah buat masa ini. Jika tidak berhasil, dia kena fikir cara lain.Dia pasti Tan Sri Johari tidak semudah itu melepaskan makmal itu kepada musuh!

“Jelas,pelaburan ayah aku lebih lima puluh peratus!” Daniel bersandar di kerusi. Dia masih berfikir cara yang sesuai untuk merampas kembali makmal itu. Bukan tamak tapi demi menebus maruah mendiang ayah dan memberi pengajaran kepada Tan Sri Johari penyangak itu!

Daniel simpan semula maklumat ke dalam sampul surat. Sampul surat kuning pula dibuka.Maklumat tentang ibu kandung Zaki.

Hmm...interesting! This gonna be more exciting!” Daniel senyum lebar. Dia simpan maklumat itu semula di dalam sampul kuning tadi.

Sherry! Give me a copy of certififcate of analysis for our cosmetics testing results from JN Biotech.” Daniel mula interkom setiausahanya.

Seketika kemudian Sherry menapak ke bilik Daniel membawa satu salinan keputusan makmal dari JN biotech.

Thank you very much!” Daniel senyum lebar. Sherry dilihat semakin seksi. Skirt paras lutut yang terbelah sampai ke pangkal paha dan baju tiub yang hanya ditutupi dengan kardigan hitam yang juga ketat sehingga nampak luas bahagian depan. Dia menelan liur. Cepat-cepat matanya dialihkan ke arah lain. Mengurut dada. Daniel...kau kena sabar. Arissa is your girl now!!

Anything else boss?” Sherry senyum menggoda.

Err..no, thanks.” Daniel mula meneliti keputusan makmal yang dihulur Sherry tadi.

Fuh..” Daniel mula lega. Sherry sudah menapak keluar dari biliknya.

Keputusan makmal diteliti seketika. Jelas ada tandatangan Arissa di sebelah tandatangan Syed Faizal.

Hmm..so, she is actually microbiologist for this lab..” Daniel senyum melihat tandatangan Arissa. Keputusan untuk analisa mikrobiologi dan kimia untuk produk krim kecantikan diteliti lagi.

So, the products free from all these. That’s good!” Mata Daniel masih pada keputusan itu. Bahagian analisa mikrobiologi dibaca lagi. Hydroquinone juga tidak ada.

Pathogenic bacteria semuanya okey. Absent. Total Plate Count??” Apa ni? Kira plate ke apa?” Daniel garu kepala. Tidak faham.

Dia segera menghubungi makmal. Jelas di telinganya dia mendengar suara di hujung talian menyebut nama Arissa. Daniel senyum.

Hello! Can I speak to Miss Arissa Lee Badlisha?” Sengaja Daniel sebut nama penuh Arissa.

Speaking..”

Daniel senyum lagi. Ah! Rindunya aku pada kau Arissa!!

I’m from DJB Cosmetics company, this is regarding your results. I just received yesterday. May I know what is the meaning of Total Plate Count?” Daniel mula bersandar di kerusi empuknya.Senyumannya semakin lebar.

Oh..TPC is for bacteria count sir. Err..may I know the results.” Suara lembut Arissa jelas kedengaran di hujung talian.

Don’t you have that results with you?”

No sir, I need to get from admin for the copy.”

Daniel senyum lagi. Hatinya sudah kembang setaman.

Okey..”

Err..what is the result sir?”

“According to this report, the result is less than 10 cfu per gram. What is the meaning?” Daniel mula membaca keputusan analisa yang tertera di atas kertas laporan itu.

Oh..that’s mean your products free of bacteria sir. Less than 10 is actually not contain bacteria in 10 grams. That is our standard report for cosmetic products.”

Daniel mula berkerut kening. Keliru. Tak faham.

Err...you mean..the products free from bacteria in just 10 grams?” Daniel garu kepala. Rasanya produk kecantikan seperti krim yang dipaketkan adalah lebih dari 10 gram.

Yes sir. It is actually represent for the whole products. That result is valid based on our standard method used. United State Pharmacopoea International method.” Terang Arissa di hujung talian.

“Oh..okey..”Daniel senyum. Puas hati dengan penjelasan Arissa.

Anything else sir?”

Oh...this week end I need to see you,personal.” Daniel sengaja berkata demikian.

Senyap.

Hello! Are you still there?”

Err...yes. Why do you wanna see me sir?”

Daniel ketawa mengekek. Suara tergagap-gagap Arissa jelas di hujung talian.

I just want to discuss more about my product and the analysis. Is it ok with you?”

Err..I’ll let you know tomorrow.”

Talian putus.


Daniel senyum lebar. Arissa...Arissa...what a funny girl!

Jam di dinding sudah menghampiri sepuluh pagi. Gagak terus dihubungi. Daniel mula mengemas meja dan mula menapak keluar dari bilik.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:06 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 04:06 PM | Show all posts
DI LOBI hotel, Daniel dan Gagak masih berehat di sofa sementara menunggu Robin tiba.

“Maklumat tu semuanya saya dah baca. Saya nak awak hantar surat dan semua maklumat ni kepada lawyer saya, Mr. Mahendran. He knows what to do. And one more thing..Bennett mana?”Daniel lihat sekitar lobi hotel. Sebelum dia keluar dari pejabat tadi, sempat dia suruh Gagak menghubungi Bennett.

On the way.”

Daniel angguk.

Now, saya nak semua maklumat ni jadi bahan bukti nanti. Dan Datuk Mustafa, dia juga tak akan terlepas. Cari bukti kukuh yang menunjukkan dia terlibat dalam hal ni.” Daniel hulur sampul kecil kepada Gagak.

Daniel senyum sebaik melihat Bennett menapak ke arah sofa.

So, dah buat keputusan?”

Bennett angguk.

Good! Aku nak kau rapat dengan Datuk Mustafa. Aku tahu dia ada agenda tersendiri. 25% yang dia dapat bagi aku tak banyak. Kau dah sedia?” Daniel jeling Bennett yang tunduk.

Yup!” Bennett mendongak. Rasa bersalah pada Daniel masih tebal. Tak sangka selama ini Daniel banyak menolong keluarganya.

Ok, good!” Daniel mula menerangkan apa yang patut dilakukan.

Lama mereka berbincang.

“Daniel..aku minta maaf sebab aku dah khianati kau..” Bennett peluk Daniel sebaik mereka sudah hendak bersurai.

It’s ok. Ayah aku pun dah tak ada. Aku harap jangan kerana duit kau hanyut dalam dunia kotor manusia yang tidak bertanggungjawab.” Daniel menepuk bahu Bennett.

So, you know what to do next.” Daniel mengingatkan Bennett. Meraka mula beredar dari situ.



DANIEL senyum lebar. Segala rancangannya akan dipastikan berhasil. Tan Sri Johari, Datuk Mustafa dan Datuk Chong akan menerima padahnya.

Just wait and see..” Daniel sengih. Dia kemudian ketawa. Matanya menala ke skrin komputer riba. Gambar Arissa ditatap lagi.

“Arissa...kau pun dah berubah...” Teringat pertemuan tak sengaja di kedai bunga. Penampilan Arissa nyata sudah berlainan sekali.

“Hmm..esok aku akan pujuk dia pergi ke majlis tu..” Daniel senyum sambil memandang siling. Zaki dan makcik Fatimah sudah tidak sabar untuk bertemu Arissa. Bila difikirkan balik, betapa kecilnya dunia ini. Aku kenal Arissa dan jatuh cinta tapi aku juga yang rosakkan gadis itu kerana salah sangka dan dendam membara. Zaki, pekerja aku yang setia dan baik tinggal bersama ibu Arissa. Dan yang paling tidak sangka Arissa ada kaitan dengan Nelissa dan Zaki sebenarnya.

“Arissa..walau sedalam mana pun kau bencikan aku, aku akan tetap cintakan kau dan aku akan pastikan kau milik aku!” Daniel tatap lagi wajah gadis putih kemerahan itu. Setiap inci wajah gadis itu diperhatikan. Kulit putih gebu, kening hitam lebat, rambut ikal melepasi paras bahu, mulut merah semulajadi dan jelas mata gadis itu tidak seperti gadis Korea yang kebanyakkannya sepet. Kalau ada yang besar pun mungkin dah dibuat pembedahan plastik!

“Hmm..no wonder dia lagi cantik dari selebriti Korea..” Daniel senyum.

Daniel menapak ke ruang tamu. Makcik Fatimah sedang memasak juadah makan malam di dapur. Mak Ti hanya berkhidmat di waktu siang hari sahaja. Zaki pula baharu selesai sembahyang.

“Dah siap?” Daniel senyum melihat Zaki melipat sejadah.

Zaki angguk.

Daniel melabuhkan punggung di sofa. Zaki turut duduk di sebelahnya.

“Zaki, saya sudah dapat maklumat tentang ibu kandung awak.” Daniel mula buka bicara.

Zaki pantas menoleh. “Ya?”

Daniel angguk.

“Dia kat mana sekarang ni?” Zaki sudah tidak sabar.

“Tak jauh tapi...” Daniel senyap seketika.

“Tapi apa?”

Daniel bisik ke telinga Zaki.

“Jadi..selama ini ibu saya..” Zaki tunduk. Ada riak sugul di wajahnya.

“Ya..maafkan saya tapi ada sesuatu yang awak perlu tahu.” Daniel masih memandang Zaki yang mula sugul.

Zaki mendongak.

“Zaki, Daniel! Mari makan!” Fatimah laung dari dapur.

Hmm..dinner is ready. Let’s eat first.” Daniel bingkas bangun. Zaki turut membuntuti Daniel.



USAI makan malam, mereka bertiga berbual sekali lagi di ruang tamu. Fatimah siap sediakan kuih karipap dan teh panas.

“Makcik pandai buat karipap?” Daniel tercengang.

“Mestilah pandai! Kan dia sudah tinggal lama di Malaysia. Kuih kasui pun omma pandai!” Zaki sengih sambil menjeling ibunya. Dia kunyah karipap yang masih panas.

Daniel senyum. Sejak Zaki dan makcik Fatimah datang ke rumahnya, dia begitu berselera jamah makanan dan lebih selesa makan di rumah.
“Arissa suka karipap ni. Makcik masih ingat dulu, dia sibuk nak buat sekali. Sampai habis bersepah tepung atas lantai. Muka Arissa pula penuh dengan tepung.” Fatimah ketawa.

“Ya? Dia suka apa lagi makcik?” Daniel teruja.

“Hmm..dia suka makan ayam percik. Malah dia pandai buat ayam percik. Umur tujuh tahun dia sudah tolong makcik masak. Daniel dah pernah rasa ayam percik?” Fatimah pandang Daniel yang sudah terkebil-kebil.

Zaki hanya senyum melihat tingkah Daniel.

Err..ayam percik tu macam mana?” Daniel senyum kelat.

“Ayam panggang dengan kuah percik...” Zaki tolong jawab.

“Oh..sedap tak?” Sekali lagi Daniel garu kepala.

“Mestilah sedap. Arissa pun pandai masak ayam percik ni...” Fatimah mula tunduk. Matanya mula bergenang. Umur Arissa mencecah tujuh tahun, dia terpaksa bawa diri ke Korea bersama Zaki yang tua setahun dari Arissa.

“Omma...kita akan jumpa juga Arissa..” Zaki rangkul bahu ibunya. Daniel hanya memerhati tingkah Zaki dan makcik Fatimah. Sungguh rapat.

“Makcik..Arissa suka bunga apa ya?” Daniel kembalikan suasana  ceria yang mula sugul.

Fatimah mendongak. Dia senyum.

“Dia suka bunga warna putih yang harum. Dia pernah kata pada makcik, bunga ibarat seorang perempuan, putih bunga lambang kesucian dan wangi bunga pula lambang keindahan perempuan.” Fatimah senyum. Sedih bila teringat kenangannya bersama Arissa.

Daniel tunduk. Arissa layak digelar perempuan putih dan wangi tapi dia yang merubah semua itu sejak malam dia meragut kesucian Arissa.

“Daniel cintakan Arissa?” Fatimah pandang Daniel tidak berkelip.

Daniel senyum kelat. Aduh! Dah terang-terang tanya ni. Nak jawab macam mana ni?

Err..ya makcik tapi Arissa tak pernah sukakan saya. Mungkin saya ni bukan lelaki pilihan dia..” Daniel terpaksa berterus terang.

“Tak apa...makcik akan pujuk dia terima Daniel. Lagipun Daniel pun sekarang belajar Islam kan?” Fatimah senyum lebar.

Err...boleh tak saya nak masuk meminang?” Daniel beranikan diri. Cintanya pada Arissa terlalu mendalam.

Zaki dan ibunya tergamam.

“Maksud Daniel? Kan Daniel belum lagi peluk Islam?” Fatimah menelan liur.

“Omma..sebenarnya bos saya ni sudah pun peluk Islam. Hari pertama dia jumpa Ustaz Hakimi, dia sudah bersedia untuk itu. Padanya keinginannya untuk peluk Islam melebihi segalanya. Bukan kerana nak bernikah dengan Arissa.” Zaki menjelaskan perkara sebenar.

“Oh...alhamdulillah..” Fatimah meraup muka dan berdoa penuh syukur.

“Tapi..makcik tak pernah nampak pun Daniel solat?” Fatimah berkerut kening.

“Omma..bos saya ni baharu lagi jadi seorang muslim. Kita buat perlahan-lahan. Zaki dah ajar sedikit cara nak solat. Nanti bila dah belajar semua langkah, insyaAllah kita akan sama-sama solat.” Zaki tersenyum lebar.

“Zaki..insyaAllah...saya dah belajar semua tu. Saya rasa saya dah yakin..” Daniel mula rasa lega. Zaki dan makcik Fatimah menerimanya dengan hati terbuka.

“Cuma saya harap..makcik dan Zaki rahsiakan pengislaman saya ni dari Arissa. Saya nak saya sendiri yang beritahu dia. Lagi satu, panggil saya Daniel saja walaupun saya dah pilih nama Islam saya..” Daniel tunduk.

“Hmm..kalau macam tu, waktu Isyak nanti kita solat sama-sama. Tentang bacaan tu, bos jangan risau. Belajar perlahan-lahan. Yang penting kita tak tinggal solat.” Zaki tepuk bahu Daniel.

Zaki senyum. Teringat hari pertama dia membawa Daniel ke rumah Ustaz Hakimi. Penuh khusyuk Daniel mendengar nasihat dan belajar agama dari Ustaz Hakimi. Hampir setengah hari mereka berdua mendengar ceramah Ustaz Hakimi yang bijak menangani masalah seperti Daniel. Masih jelas di matanya, Daniel beberapa kali mengesat air mata. Akhirnya, dengan rela hati dan izin Allah, Daniel akhirnya melafazkan dua klalimah syahadah disaksikan oleh tetamu yang hadir di situ. Kebetulan ada majlis menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w. Masa Daniel mengucap dua kalimah syahadah di depan Ustaz Hakimi, jelas dia melihat Daniel menitiskan air mata semakin laju. Tanpa sedar, dia sendiri turut menangis. Siapa sangka lelaki kaya raya, kaki minum dan kaki perempuan telah dipilih oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Benarlah hidayah itu milik Allah dan dikurniakan kepada hanya orang yang terpilih. Daniel, dialah antara insan terpilih itu!

Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:12 PM | Show all posts
Salam Ipo...

Dah baca.

Tapikan...rasa macam ada sikit lebih kurang dgn plot The Wedding Breaker / Ariana Rose....



Sorry...sekadar pendapat.
Last edited by Nicki_Meow on 14-4-2014 04:25 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 04:19 PM | Show all posts
wah!!! gigih me-marathon kan diri hari ni...   
sambung lagi ye...
xsabar nak tahu susur galur zaki pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:23 PM | Show all posts
sambung lagik....syok merempit hari nie...ehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2014 04:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:12 PM
Salam Ipo...

Dah baca.

Salam juga Nicki_Meow..

ya ker?...mungkin kebetulan ada persamaan..tapi rasanya watak Tg.Adam Kamil tu lain sikit dari watak daniel ni..daniel ni bukan Islam dan dia dendam kerana kematian ayahnya..sedangkan Tg Adam Kamil tu balas balik perbuatan Ariana yang rosakkan majlis kahwin dia kan? Dan Adam ni ingat Ramzul yang hantar Ariana Rose ni, nak jatuhkan bines dia..
Watak Arissa, pekerja makmal tu..setakat ni tak suka pada Daniel..dan mencari berbagai cara utk bunuh daniel tu. Rasanya the wedding breaker tu, watak heroin Ariana Rose tu terima Tg Adam kamil.

Itu pendapat Ipo la...actually citer ni Ipo nak ketengahkan dan dedahkan juga serba sedikit macam mana kerja kat makmal tu. Dan untuk citer ni, ARISSA DANIEL ni , ini baru part 1. So, nanti ada part 2. Alhamdulillah..setakat ni ada penerbit yg berminat nak ambik citer ni..masih fikir lagi ni..

Anyway, terima kasih kerana sudi baca dan komen. Ipo terima je apa jua komen..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:34 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-4-2014 04:28 PM
Salam juga Nicki_Meow..

ya ker?...mungkin kebetulan ada persamaan..tapi rasanya watak Tg.Adam K ...

Part kena culik & rogol tu yg macam sama

Anyway, iols tak baca pun TWB. Tengok AR pun sikit2 jah. So, pendapat iols pun mungkin kurangn relevan.  Iols tahu pun sebab baca komen kat bod sebelah sinun...

Keep it up. Kasi matilah si Daniel dengan Zarul, boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 04:37 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:34 PM
Part kena culik & rogol tu yg macam sama

Anyway, iols tak baca pun TWB. Tengok AR pun sikit2 ...

Mungkin jugak tu..part kena culilk dan rogol tu..

Nicki_Meow tak tgk ke drama tu?...Ipo beli jugak novel tu tapi baca sekerat jalan je..drama lagi la tak tgk langsung sebab ditayang masa maghrib..

terima kasih ya baca novel ni...appreciate any comments lagi from uols
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:34 PM
Part kena culik & rogol tu yg macam sama

Anyway, iols tak baca pun TWB. Tengok AR pun sikit2 ...
Kasi matilah si Daniel dengan Zarul,
erk..nicki..kan zarul n daniel dh insaf n reverted back to islam..kesian la kalo kasi mati pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:45 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-4-2014 04:37 PM
Mungkin jugak tu..part kena culilk dan rogol tu..

Nicki_Meow tak tgk ke drama tu?...Ipo beli ju ...

iols ada novel WB....
iols perasan ada persamaan part culik dan rogol
tapi iols percaya ipo mst leh kembangkan cerita ni lebih baik dari novel WB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 04:46 PM | Show all posts
BAB 34




ARISSA rebahkan tubuhnya di atas sofa. Hari ini terasa sangat penat. Kerja yang banyak di makmal siang tadi cukup membuatkannya terbayangkan suasana santai sambil menikmati buah-buahan segar. Jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Pertama kali terpaksa buat kerja lebih masa. Tadi ada lagi satu projek yang diarahkan oleh Tan Sri Johari. Syed Faizal yang beritahunya pagi tadi.

“Ah...nak cari kaedah analisa bukan senang.” Arissa sedikit mengeluh. Makmal JN Bioetch telah mengikat perjanjian dengan Kementerian Kesihatan berkenaan penyakit Leptosperosis, penyakit bawaan tikus iaitu kencing tikus. Nak tak nak, dia terpaksa juga belajar mengenai penyakit itu. Bakteria Leptospira sp bukan senang untuk dikultur.

Arissa menapak malas ke bilik. Solat Isyak belum ditunaikan lagi. Esok, dia akan kaji lagi kaedah untuk menganalisis bakteria bawaan tikus itu. Beg tangan dicampak ke atas katil. Arissa capai tuala di hujung palang katil dan mula menapak ke bilik air. Usai solat isyak, dia berehat di atas katil. Buku motivasi yang dibeli di Puchong semalam ditatap seketika. Masih dalam pembalut plastik. Itu buah tangan yang akan dibawa lusa ke rumah Ustazah Waddah.

“Hmm...hidup lagi rupanya perogol tu. Ikut hati aku nak je bunuh dia tu!” Arissa mengeluh. Terbayang kembali pertemuannya dengan Daniel di kedai bunga. Terasa dunia semakin kecil bila bertembung dengan Daniel di mana-mana.

“Ah,kalau tak nak bertembung, kau tinggal je lah di planet lain Arissa oi..” Arissa sengih. Mengutuk diri sendiri.

Matanya menala pula pada album di atas meja. Puas dia mencari sekeping foto keluarganya yang telah hilang. Satu-satunya foto keluarga yang dia ada.

“Ibu...Arissa rindukan ibu...” Arissa peluk bantal. Rindunya pada ibu kandungnya tidak dapat dibendung lagi.

Telefon bimbitnya berdering kuat. Arissa capai dari dalam beg tangan.

Hello...” Malas Arissa menjawab.

“Assalamualaikum..”

Arissa jauhkan gagang telefon dari telinga. Siapa pulak ni? Tak pernah dengar suara ni?

Wa..wa’alaikumussalam..err..siapa ni?”Arissa berkerut kening.

“Saya pekerja DJB Cosmetics. Saya nak ajak awak keluar makan esok boleh?”

Erk! Pekerja DJB Cosmetics?? Siapa? Puas Arissa berfikir.

Err..siapa ya?” Arissa masih bingung.

“Saya yang call awak siang tadi bertanyakan pasal keputusan analisa produk saya. Remember?”

Arissa masih keliru. “Ya Allah!” Dia tepuk dahi. Baharu teringat ada seorang klien yang menelefonnya siang tadi bertanyakan bilangan bakteria dalam produk krim kecantikan.

“Oh ya...err..encik nak apa? Macam mana encik tahu nombor telefon saya ni?” Arissa sudah resah. Masih ingat lagi lelaki itu ingin berjumpa dengannya.

“Saya tanya bos awak.”

Arissa menelan liur. Huh! Ni mesti Syed Faizal yang gatal beri nombor telefon aku pada lelaki ni.

Err...jadi awak nak apa call saya malam-malam ni? Kalau pasal hal kerja, maaf, saya rasa encik call saja esok pagi di makmal saya.” Arissa terasa terganggu.

“Oh..saya call ni nak ajak awak keluar makan esok. Boleh tak? Saya ada hal penting nak beritahu.”

Arissa berkerut kening. Hal penting??

“Cakap kat sini je la. Hal penting apa?” Arissa sudah gelisah. Entah siapa mamat ni!Kenal pun tidak, alih-alih nak ajak aku keluar makan. Eii! Memang tak aarr!!

“Awak setuju ke tak?”

Arissa sudah geram. Eii! Mamat ni! Tak nak cakap hal apa yang penting sangat. Sibuk tanya aku setuju ke tak! Entah-entah perangai sama macam Daniel!!

“Hal penting apa??” Arissa mengetap bibir. Suara sudah naik satu oktaf. Aku off karang telefon ni!

“Ibu kandung awak..”

“Hah??Awak jangan bergurau! This is not a jokeok!!” Arissa sudah menyinga.

It’s true! I have information about your mother. I know where she lives.”

Arissa terdiam. Antara nak percaya atau tidak. Sekarang ni banyak taktik digunakan untuk membuat kerja jahat. Tak nak aku diculik dan dirogol lagi sekali!

How do you know I’m looking for my mother?” Arissa sengaja tanya.

Well...just my luck. Awak takkan menyesal kalau terima pelawaan saya tu. And if you datang esok jam lapan malam di restoran Sari di Bangsar, saya akan ceritakan segalanya. Dan lepas tu saya akan bawa awak jumpa ibu kandung awak.Macam mana?”

Arissa semakin gelisah. Ah! Arissa kau jangan tertipu dengan kata-kata lelaki ni. Kau tak kenal dia!

Nope! Saya tak akan terima pelawaan awak tu. Saya tak kenal awak. “ Arissa mula tegas.

Ok! Makcik Lee Dae Hae!! Ada orang nak cakap ni!”

Arissa terbeliak! Jelas di telinganya lelaki di hujung talian itu melaung memanggil nama ibu kandungnya. Itu nama ibu aku!! Macam mana dia tahu??? Aduh!!

Err...how do you know my mum’s name?”Arissa menelan liur.

Now you percaya bukan?”

Arissa masih diam. Masih berfikir.

“Baiklah..saya terima tapi kalau awak tipu saya, saya tak akan teragak-agak buat laporan polis.” Arissa mengugut.

My pleasure. See you tomorrow night at restoran Sari. 8 o’clock. Sharp! Bye!”

Talian putus.

Arissa masih tergamam. Otaknya ligat berfikir siapa sebenarnya lelaki tadi.

“Pekerja DJB Cosmetics? Siapa?”Arissa garu kepala.



DI MAKMAL, jam lapan pagi Arissa sudah tercongok di bilik mikrobiologi. Malam tadi dia tidak lena tidur. Puas dipejamkan mata. Entah bila dia tertidur.

“Hmm...siapa mamat tu?” Arissa menopang dagu. Ligat berfikir kata-kata lelaki malam tadi.Nak tanya Nelissa, minah tu masih di Jerman. Aduih..

“Kak, projek Leptosperosis tu macam mana?” Suzana muncul di muka pintu bilik.

Arissa menoleh. “Err...masih dalam proses.Akak tengah cari method yang sesuai untuk kajian analisa. “ Arissa segera belek fail yang diterima semalam dari Syed Faizal.

“Kenapa?”Arissa tanya Suzana semula.

“Tak ada...Faizal cakap, Tan Sri nak tahu perkembangan. Semalam dia cari akak.” Suzana senyum. Dia melabuhkan punggung di kerusi depan meja Arissa.

“Faizal cari pukul berapa?”

“Pukul sepuluh malam..” Suzana menjawab malas.

“Akak dah balik la masa tu. Ada ke malam-malam cari orang!” Arissa mencebik.

Suzana sengih sambil menjongketkan bahunya.

“Tak apa..nanti akak inform Tan Sri terus.” Arissa mula buka komputer.

Suzana pula mula sibuk dengan analisa ke atas produk yang banyak sejak semalam. Wati dan Shahrul serta dua lagi pembantu makmal lain juga turut sibuk menyediakan bahan kultur bakteria. Sedar tak sedar, jam sudah hampir enam petang. Arissa masih di meja kerja. Kertas kerja dan laporan analisa perlu diteliti sebelum dihantar kepada klien.

“Nak pergi ke tak nak...” Arissa jeling jam. Sudah enam setengah petang. Serba salah.

“Ah...pergi jelah. Dah lama aku nak tahu mana ibu aku. Kalau dia tipu, aku buat laporan polis.” Arissa senyum. Dia mula mengemas. Pukul lapan nanti, dia kena tepat datang ke restoran Sari.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 04:46 PM | Show all posts
MELILAU Arissa melihat kelibat lelaki itu. Malam tadi, sempat dia tanya lelaki itu pakai baju warna apa. Haram nak beritahu. Kononnya dia kenal aku! Gila dunia ni!

“Mana la dia ni...” Arissa panjangkan leher. Dia melabuhkan punggung di kerusi di sebuah meja kosong di penjuru restoran. Terselindung sedikit dari tempat meja lain.

Lama dia menunggu di situ. Matanya menala ke arah  beberapa pengunjung yang mula memenuhi ruang restoran yang menyediakan makanan segar hasil laut. Kena buat pesanan baru dimasak panas-panas.

“Hmm..bencinya. Suruh aku sharp datang lapan malam. Batang hidung dia pun tak nampak!” Arissa menopang dagu. Dia capai telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Asyik dia melihat status di facebook. Nelissa sempat hantar mesej dari Jerman.

“Kelakar juga  minah ni. Ada ke send gambar dia tengah menguap dalam meeting..” Arissa gelak seorang diri. Geli hati melihat gelagat Nelissa yang nampak sangat bosan bila terpaksa menghadiri persidangan dan mesyuarat bagi pihak Tan Sri Johari.

“Rasa kau Nely..” Arissa senyum sendiri.

“Hai!”

Arissa mendongak. Daniel??

“Kau?”

Daniel angguk sambil melemparkan sebuah senyuman manis kepada Arissa.

Arissa terus berdiri. Beg tangannya disangkut di bahu kiri. Dia mula beredar dari situ. Langkahnya terhenti.

“Nanti!” Daniel pegang tangan Arissa.

Arissa jeling tajam. “Kau nak apa?”

Please sit down..” Daniel berkata lembut.

Arissa masih tercegat di situ.

Daniel tarik tangan Arissa sehingga terduduk gadis itu di kerusi semula.

“Kita makan dulu.” Daniel panggil pelayan restoran. Tak sampai lima minit, segala makanan laut dihidangkan di atas meja. Ketam masak pedas, udang goreng mentega, sotong goreng tepung, ikan merah bakar dan sayur kailan ikan masin.

Arissa tercengang. Terliur melihat lauk kegemarannya terhidang di atas meja. Bila masa dia order??

“Kita makan dulu ok?” Daniel pujuk Arissa yang masih mencuka.

“Maaf! Aku tunggu seseorang!” Arissa bingkas bangun semula.

Daniel turut bangun. “Kenapa awak degil sangat ni?”

“Siapa yang degil?” Arissa jengilkan mata.

“Duduk! Eat!” Arah Daniel. Geram!

“Aku kata tak nak!” Arissa meninggikan suara.

Pelanggan restoran yang lain mula berpaling.

“Awak tak malu ke orang tengok tu?” Daniel tunjuk ke arah pelanggan lain yang sudah senyum-senyum.

Err..maaf..isteri saya ni tengah mengidam. Dia nak suruh saya suap agaknya..” Daniel sengih.

Arissa terbeliak. Isteri?? Gila!!

“Aku nak balik.” Arissa masih terpacak depan Daniel.

“Awak nak tahu pasal ibu kandung awak kan?” Daniel akhirnya bersuara bila melihat  Arissa ingin beredar dari situ.

Arissa mencerlung. Jadi..

“Jadi kau yang call aku malam tadi?”

Daniel angguk.

“Jadi kau pekerja DJB Cosmetics tu?” Tanya Arissa lagi. Dia menelan liur.

Sekali lagi Daniel angguk.

Arissa duduk perlahan di kerusi.

Daniel senyum. “Makan!”

Terpaksa Arissa makan juga. Tidak sabar dia nak tahu tentang ibu kandung yang dicari selama ini.

Daniel senyum. Arissa dilihat sudah mula menjamah hidangan makan malam mereka. Uih! Laju juga dia ni makan! Tadi beria tak nak makan!

“Kenapa kau senyum?” Arissa mencebik.

“Awak ni tak makan seminggu ke? Pelahap!” Daniel senyum sinis. Habis ketam dan sotong dimakan oleh Arissa.

Arissa buat-buat tak dengar. Memang sejak dulu dia suka makan ketam dan sotong. Masaklah apa pun! Semuanya dimakan tanpa pandang kiri kanan. Pelahap pun pelahaplah! Aku bukan nak kontrol ayu depan dia ni! Eii!!

“Hmm..dah kenyang?” Daniel sengih. Gelihati melihat Arissa yang macam orang kebulur!

Burp! Opss!” Arissa tekup mulut.

“Tak senonoh!” Daniel mencebik. Tu la makan tak tengok kiri kanan, sendawa pun dah macam lembu kenyang!

“Mana dia information penting sangat tu?” Arissa kembali ke topik asal.

Daniel masih merenung Arissa. Manis dengan tudung warna ungu muda menyerlahkan lagi kulit putih gadis itu. Dagu yang nampak agak terbelah sungguh menarik di matanya. Arissa sudah berubah.

“Eh, aku tanya ni!” Arissa petik jari di muka Daniel beberapa kali.

Err..awak tanya apa?”

Arissa jeling tajam. Berangan mamat ni! Kalau kau berangan nak rogol aku lagi, siap kau!!Arissa pandang pada  makanan dalam pinggan Daniel. Ikut hati nak saja dia bubuh bakteria Salmonella typhimurium dalam makanan Daniel banyak-banyak, biar dia mati keracunan!

“Mana maklumat pasal ibu aku?” Arissa kuatkan sedikit suara.

Daniel senyum. Arissa sudah jadi orang lain. Tidak lagi lemah seperti dia mula kenal dulu. Bila teringat masa malam itu, bila difikir balik, kuat juga Arissa tendang tubuh aku masa tu. Senak jugalah kena penendang tu!

“Hmm..kalau saya beritahu awak, awak nak balas dengan apa?” Usik Daniel. Sempat kenyit mata.

“Memang dasar nafsu buas! Lelaki macam kau ni elok dibunuh saja!” Arissa mula geram.

Daniel ketawa. Nyata Arissa sudah fobia. Asyik fikir hal itu selalu. Baharu cakap pasal nak balas dengan apa..dah buat kesimpulan yang dia kena serah tubuh!

“Hmm...awak hanya ada masa tak sampai lagi dua bulan. Duit dah cukup?” Sindir Daniel. Muka Arissa sudah pucat.

“Aku datang sini bukan nak tahu hal tu, mana maklumat tentang ibu aku?” Arissa semakin geram.

“Awak ni...kalau marah macam  ni..makin saya suka.” Daniel senyum lagi.

Arissa genggam tangannya. Matanya dialihkan ke arah lain. Renungan mata Daniel dirasakan sudah nak tembus ke dalam matanya. Sabar Arissa...kau akan balas juga bila tiba masa yang sesuai.

“Cepatlah! Aku tak ada masa nak layan semua ni!” Arissa bingkas bangun.

“Duduk dulu...cantik awak buat muka macam tu.” Daniel usik lagi. Dia ketawa kecil. Arissa sudah mencuka.

“Maklumat ibu awak semua ada dalam ni..” Daniel hulur sekeping sampul surat kepada Arissa.

Arissa pantas buka sampul surat itu dan mula meneliti segala maklumat yang sememangnya dinanti-nantikan sejak dulu.

Err..macam mana kau tahu semua ni?” Arissa berkerut kening.

Daniel ketawa sinis.

“Kalau awak, saya boleh culik..inikan pula benda kecik macam ni..” Daniel melemparkan senyuman sinis.

“Kau jangan sebut lagi benda tu! Aku jijik!!” Arissa mengetap bibir. Dia bingkas bangun.

Daniel turut bangun.

“Sebelum awak pergi dari sini, satu lagi saya nak beritahu, kalau nak jumpa ibu kandung awak, datang ke alamat ni.” Daniel letak sekeping kertas kecil yang berlipat atas meja.

Arissa terus capai kertas tadi dan masukkan ke dalam beg tangan. Dia segera beredar dari situ. Tak sanggup melihat renungan mata Daniel.

Daniel senyum  nakal. Arissa...aku akan dapatkan kau. By hook or by crook!!



ARISSA berehat di sofa. Terasa perutnya penuh malam itu. Tak pernah dia makan sebanyak itu sebelum ini. Pelik pula rasanya. Aku keluar makan dengan lelaki yang rogol aku?? Memang gila!!

“Betul la dia cakap..aku ni macam orang kebulur..”Arissa senyum sendiri.

Dia sandar di sofa. Alat kawalan tv dicapai dari atas meja sofa. Dari satu siaran ke satu siaran dia tukar. Semuanya membosankan!

“Hmm..macam mana dia tahu semua maklumat ibu aku?” Arissa mula teringat pertemuannya dengan Daniel tadi. Rasa pelik bila memikirkan semua tu.

“Ah! Sampai bila-bila pun aku tak akan percaya perogol tu! Entah betul entah tidak. Entah-entah itu hanya satu perangkap untuk culik aku lagi!” Sampul surat yang diberi Daniel tadi dibiarkan di atas meja.

Komputer riba dibuka. Dia melayari laman sesawang universiti di UK. Ruangan di bahagian pengajian pasca siswazah diklik. Arissa mula mengorak senyum. Permohonannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Phd sudah diluluskan. Dengan keputusan peperiksaan dulu dan menjadi salah seorang pelajar cemerlang tidak susah untuknya menempatkan diri dan terpilih untuk belajar di universiti di Edinburgh, UK. Dulu dia menghabiskan masa lima tahun di universiti Cambrigde dari ijazah sarjana muda dan sambung pula ke peringkat sarjana.

“Hmm...maknanya, aku akan belajar semula. UK! Aku datang lagi!!” Arissa mula bersemangat.

Senyumannya sudah mula lebar. Segala kepahitan yang berlaku dalam hidupnya akan dilupakan. Dia akan tinggalkan bumi tumpah tanah darahnya sekali lagi.

“Aku akan cuba lupakan semua kejadian tu..tapi untuk aku maafkan perogol tu, tidak sekali-kali! Inilah peluang aku untuk menjauhkan diri dari dia.”

Arissa tutup lampu.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 07:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:48 PM | Show all posts
pooh83 posted on 14-4-2014 04:41 PM
erk..nicki..kan zarul n daniel dh insaf n reverted back to islam..kesian la kalo kasi mati pulak : ...

Entahlah pooh. Iols tak boleh terimalah kalau perogol terlepas hukuman macam tu jek. Rasa macam nak + .  

Tak mati pun, kasi sula ke, hapa ke.... Baru kau tahu erti sebenar kehidupannnn!!!!

Waaahhh.... Emo tetiba....


Last edited by Nicki_Meow on 14-4-2014 04:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 04:59 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-4-2014 04:37 PM
Mungkin jugak tu..part kena culilk dan rogol tu..

Nicki_Meow tak tgk ke drama tu?...Ipo beli ju ...

Tak tengok pun. TERtengok sipi-sipi tu adalah....

Taste masing2. Ada yg boleh terima, ada yg tak. iols kategori 'Tak'

Atas sebab apa sekalipun, Merogol tetap salah dan patut terima hukuman.

Ceh! Terasa macam pejuang hak asasi wanita lak hari ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 05:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:48 PM
Entahlah pooh. Iols tak boleh terimalah kalau perogol terlepas hukuman macam tu jek. Rasa macam na ...

Tu la tu..Ipo sokong part hukuman tuh! patut dipancung saja!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2014 05:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:59 PM
Tak tengok pun. TERtengok sipi-sipi tu adalah....

Taste masing2. Ada yg boleh terima,  ...

Hmm..ingatkan Ipo je tak suka tapi boleh plak karang citer pasal ni...
Actually Ipo lebih suka citer seram dan thriller nih..saja try citer cintan cintun yg kdg kala tak masuk akal pun ada, ada ke orang boleh terima perogol sebagai suami di dunia realiti ni?..cuba habaq mai sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 05:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-4-2014 04:48 PM
Entahlah pooh. Iols tak boleh terimalah kalau perogol terlepas hukuman macam tu jek. Rasa macam na ...

huhu..awal2 baca cerita ni mmg geram sgt2 kat watak2 perogol dlm ni...

tp bila baca diorg dh tobat siap nangis2 minta ampun dgn Allah..rasa mcm subhanallah..sungguh hidayah tu milik Allah..Dia akan bagi dalam apa jua cara yg Dia kehendaki..

p/s: tetiba fefeeling ustazah wardah pulak dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.502451 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list