CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RaihanRozhan

Misteri Bukit Tunku dan Bukit Petaling

  [Copy link]
 Author| Post time 11-4-2014 02:01 PM | Show all posts
Minta maaf semua sebab buat thread separuh jalan.Malam td lepas resize gambar memang terus upload tapi wifi buat hal.Minta maaf ye sampai ada yang marah marah.Memang x sengaja..bukan buat kerja separuh jalan ke apa,tapi memang kat kolej kediaman wifi lumpuh sampailah sekarang lepas Jumaat baru boleh online.

Gambar ni diambil didepan jalan masuk dari pwtc..masa ni da dekat 12 tengah malam..takde 1 kereta atau motor pon yang lalu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2014 02:16 PM | Show all posts
Ada seorang pegawai HEP penah cerita masa die kerja di Bukit Perdana dulu macam2 cerita ada pasal jalan kat bukit tunku ni.Antaranya kisah pengawal keselamatan yang mlalui jalan ni untuk shif malam.Pak Guard ni lalu jalan dari bukit tunku menghala ke Bukit Perdana.Sampai satu simpang die nampak ada 1 kereta macam nak keluar dari simpang.Kereta tu memang klasik..Cam Roll Royce lama..tibe-tibe bile dekat dengan kereta tu dalamnya takde orang tapi boleh bergerak..Pak Guard tu buat tak nampak je dan terus pecut ke Pejabat Kerajaan.Ada mitos(wallahualam betul ke tak) sekitar tahun 1940-1950 an) pernah berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta milik warga asing kat jalan bukit tunku.Mungkin itu kotyang Pak guard tu nampak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:18 PM | Show all posts
RaihanRozhan posted on 11-4-2014 12:01 PM
Minta maaf semua sebab buat thread separuh jalan.Malam td lepas resize gambar memang terus upload ta ...

ms ni ko sorg2 ke ...
scary nya...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:21 PM | Show all posts
RaihanRozhan posted on 11-4-2014 02:01 PM
Minta maaf semua sebab buat thread separuh jalan.Malam td lepas resize gambar memang terus upload ta ...

nk gmbo lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:22 PM | Show all posts
bukit tunku ni jalann nya mmg bahaya la klu lalu  malam2 kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2014 02:28 PM | Show all posts
Satu lagi kisah bile ada orang yang hendak pergi ke rumah seorang kenamaan untuk majlis makan malam.Die tak tahu arah nak ke rumah kenamaan ni.Die bersama family die dalam 1 kereta.Pusing punya pusing tak jumpa jumpa.Bagi siapa yang pertama kali melalui jalan ni saya yakin akan terkeliru sebab ada banyak simpang dan selekoh.Family ni punya la cari tapi x jumpa jumpa juga dan mereka decide masuk 1 lorong.

Akhirnya mereka jumpa 1 rumah besar dan nampak ramai orang masuk dan meriah seperti ada majlis.Menyangkakan itu rumah yang dicari mereka pon parking kereta dan masuk.Bila da sampai dekat perkarangan rumah baru mereka perasan mereka tersalah rumah dan keluar dari situ.Sampai kawan mereka telefon dan tunjuk arah rumah kenamaan barulah jumpa rumah yang sebenar.Bila mereka da smpai kat rumah kenamaan tu mereka ceritalah apa yang jadi.Sampai kat part rumah yang meriah tu, kawan die yang dengar kisah tu terkejut.Sampaikan kenamaan tu dipanggil untuk dengar cerita family tu.Kenamaan tu cakap lorong dan rumah yang digambarkan family tu da berpuluh tahun tak berpenghuni.

Apa lagi terkejutlah family tu..ada yang bagitahu family tu pon agak pelik dengan persekitaran rumah yag mereka tersalah masuk.Ada banyak kereta fesyen lama,orang pon pakai baju fesyen lama.Ada juga yang bagitau kalau mereka da betul2 termasuk rumah yang salah tu kemungkinan tak boleh keluar.

Kalau nak tahu kenamaan tu ialah Dato Mustapha Mohammad ( Tokpa )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2014 02:33 PM | Show all posts
masa atas motor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 02:44 PM | Show all posts
Pelik ya di tengah-tengah KL tak ada kereta atau motor yang lalu...kecuali motor raihan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2014 03:09 PM | Show all posts
nayomi_992000 posted on 11-4-2014 02:44 PM
Pelik ya di tengah-tengah KL tak ada kereta atau motor yang lalu...kecuali motor raihan..

hehehe,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat situ memang agak sunyi dan menyeramkan.... Aku lalu siang siang pun rasa seram gak sbb sunyi je
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 03:17 PM | Show all posts
donut_1752 posted on 11-4-2014 01:58 PM
betul la..
klo stay mlm tu jugak..
sedar pg sok tdo dlm umah tinggal tu

kalau sedar lah kat alam nyata - kalau terus di sorok?
huuu seram
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 03:32 PM | Show all posts
lagi story pls..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 03:54 PM | Show all posts
Bukit Tunku.

First and last time aku pegi rasanya almost 4 months ago kot. Betapa dah lama aku teringin nak tengok dengan mata kepala aku sendiri Bukit Tunku tu. Sampai la one day, aku keluar lepak ngan member aku berdua. Member aku tu agak la,, suka riki tempat2 seram ni. Aku apalagi macam disorongkan bantal ngikut je. Naik keta. Berdua pulak tu. pergh memula masuk jalan dah rasa seram. Mungkin sebab tempat dia berbukit dan sunyi kot plus gelap lagi.

Member aku ni, pendek kata memang hapai dan arif lagi bijaksana dah la dengan jalan bukit Tunku tu. Aku yang first time ni ia kan aje.

Dia nak tunjukkan rumah hantu yang memang femes orang selalu pegi tengok. Tapi aku tengok banyak je rumah kosong kat situ. Sampai la satu jalan tu.

Syok je member aku drive, naik bukit, turun bukit.. Dia perlahankan kereta. Malam tu memang berkabus. Macam dalam filem pun ada jugak aku rasa. Dalam jarak 100 meter dari satu jalan lurus, dia stopkan kereta. Dan 100 meter ke hadapan tu, kiteorang nampak ada pokok tumbang. Daun daun pokok pisang yang layu berselerakan. 200 meter ke hadapan, jalan lurus kemudian selekoh ke kanan. Berkabus.

Pergh time tu, seram siot. Meremang bulu roma aku. Bukan sebab ape, aku nampak beruk besar hitam mana tah bersila kat tengah jalan tu. Memang time tu aku tengok je. Ye la, kot aku salah tengok. Aku diam je la. Kan gelap, mana la tau benda lain kan. Batu ke ape ke. Fikir logikkk.. Time tu aku cuma sempat cakap kat member aku, stop stop..

Pastu member aku cakap, aik, bila masa pulak depan ni ada jalan. Baru minggu lepas pegi mana ada. Sepatutnya ni jalan mati. Dan berbukit. Dah berpuluh kali uturn kat sini. Kenapa boleh ada jalan? Pergh member aku time2 tu jugak dia cakap. Dup dap jugak la. Aku cakap lah. Seram. Meremang. Lain macam. Jangan lalu jalan tu. Dia cakap. Aha aku pun tak sedap hati. tAk nak lalu jalan tu sebab tau situ memang tak de jalan. Pastu dia tanya. Nampak apa.

Entah. Macam ada beruk ke monyet ke apetah kat tepi pokok tumbang tu. (pokok tu tak la pokok besar, macam batang pokok pisang yang dah lunyai2 jugak. tapi melintang lah jugak tengah jalan.) tanya dia, nampak tak? tak de pun. tapi aku tengok ada lagi. takpela, kita blah..

Member aku uturn. then blah. sepanjang jalan sejuk gila babenggg.. serius seram. Ingatkan nak pegi lagi time siang kot jalan tu memang dah ada jalan baru atau memang jalan mati, tapi sampai ke sudah tak pegi. Aku pun malas dah. Hahaha.

Okay abis. Tak seram. Tapi pengalaman ni. First hand. Hahaha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 04:05 PM | Show all posts
kat area sini bukan famous sebab ada umah si botah chin tu ke? 1 umah ada kat atas, then ada terowong yang link kepada umah area bawah bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aerolz posted on 11-4-2014 03:54 PM
Bukit Tunku.

First and last time aku pegi rasanya almost 4 months ago kot. Betapa dah lama aku te ...

Member ko tu kan dh pro area bukit tunku tu...

Kan...area situ byk banglo besar2 tp abandoned
Jalan masuk pn creepy semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 05:49 PM | Show all posts
edoraixora posted on 11-4-2014 04:07 PM
Member ko tu kan dh pro area bukit tunku tu...

Kan...area situ byk banglo besar2 tp abandoned

Ahaa. Even before jumpa jalan tu pun dia dah bagitau dah, nak uturn sebab kat depan ada jalan mati. Tengok tengok ada jalan. Creepy pulak tu. Boleh bayang tak gelap pastu berkabus rumah kosong kiri kanan.. Fuh lain macam masa tu. Aku yang hati kering selalu ni pun boleh cuak time tu. Haha. Lawak lawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 05:51 PM | Show all posts
encikWawad posted on 11-4-2014 03:17 PM
kalau sedar lah kat alam nyata - kalau terus di sorok?
huuu seram

klo cm tu..sedar2 je tgk kt alam lain..lg haru jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 07:31 PM | Show all posts
10thn lepas, aku penah lalu sana dgn member tgh malam, saja jejalan nak tgk umah2 beso yg terbiar..
Jalan kat situ memang sunyi gila laa.. dah puas meround, time nak balik bleh lak keta tibe2 termati enjin.. gabra lak kitorang

Kat situ de istana raja ke? time istana tu xsiap lagi.. xpasti sahih ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
RaihanRozhan posted on 11-4-2014 02:33 PM
masa atas motor

berani betoi ko dik..kalo tiba2 moto buat hal mcm mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 01:19 AM | Show all posts
ioll pernah sesat dkt bukit tunku..ioll ingat ioll sesat smpai hujung..dkt rumah hakim..ioll tahu rumah hakim sbb ada dia tulis besar2 ni rumah hakim..lepas tu ioll pusing..ada kereta mengikuti..rupanya kereta polis..kalau uoll naik kereta ke sana suka2..mmg la kena tahan polis..situ kwsn polis jg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.149384 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list