CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: nurshima

Updated: Benda Tindih - Adakah Burung hitam dan katak puru itu kenderaan jin?41#

[Copy link]
 Author| Post time 25-4-2014 03:50 PM | Show all posts

Ditindih: Adakah Burung hitam dan katak puru kenderaan jin/syaitan?

Sebenarnya kejadian ini adalah rentetan kepada kejadian kena tindih dan ada benda menekan untuk masuk badan.

Selepas kejadian yang terdahulu (rujuk posting yang pertama), tidur saya masih terganggu, antaranya macam ni:

(i) Bila nak tidur je, saya akan terkejut dengan sendirinya sprt roh tidak menbenarkan saya tidur, akibatnya tidur memang terganggu, badan pun lesu

(2) Sekali tu mimpi seram terpaksa berjalan2 di kawan kubur yg luas dan panjang di waktu maghrib dan saya terpaksa mengelak2 daripada terkena kain kapan yang melambai2 ke arah saya dan pada masa yg sama nampak mayat bertegolek atas tanah

(3)  Badan saya diraba oleh satu benda yang tidak nampak, benda tu terasa mcm tangan ada 5 jari dan apabila tangan tu berada atas badan, terasa macam segerombolan semut yang melata atas badan, bila terjaga tengok tak dak apa pun di badan

(4) Mengantuk yang amat sangat di siang hari bermula jam 12 tghari sampai maghrib. Tidur di waktu siang tiada gangguan tetapi tidur mcm org letih yang amat sanagt sampai terkeluar air liur basi

(5) bila tidur mengiring, tangan kanan dan kiri kebas yg amat sanagt, menyebabkan saya tidur melentang, tapi bila tidur melentang terasa gayat pulak mcm benda nak tindih, last2 tidur meniarap tapi sangat tidak selesa.

Masih cuba berfikiran positif bahawa tiada apa-apa gangguan, sebaliknya mungkin benteng iman yg kurang, antara usaha saya adalah minta adik lelaki azan dalam rumah setiap waktu solat (rumah saya memang jauh dari masjid), saya solat di awal waktu dan darii masa ke semasa rumah saya dialunkan dengan ayat2 rukyah.

Tetapi, kejadian baru-baru ini membuatkan saya terfikir semula, adakah memang ada yg main nak tuju2 atau warisan keluarga sedang mencari waris (ahli keluraga saya daripada mak, tok nek wan dan moyang terdahulu adalah guru mengajar al-quran di kampung) atau.......... apakah ada benda lain sedang berlegar2 di halaman rumah skrg ni.

Begini kejadian peliknya (yg peliknya sbb sebelum ni tak pernah berlaku pun benda2 mcm ni):

(1) Benda ni berlaku dalam 2-3 minggu lepas. Sewaktu saya sidai kain di ampian, tetiba terkejut seperti ada benda, macam kain hitam terbang rendah paras pinggang melepasi saya. Mula2 saya ingat perasaan saja kot, tapi kejadian berulang sekali lagi seminggu kepas tu dan kali ini saya nekad mencari apa benda yg terbang tu. Tinjau punya tinjau ternampak seekor burung hitam (macam gagak tetapi saiz dia lebih besar), matanya merah saga, bertenggek atas pokok mempelam depan ampaian. Memang meremang bulu roma tengok burung tu.  Hanya selepas azan zohor kat TV3 (sengaja saya kuatkan volume tv) berkumandang, baru burung tu terbang pergi.

(2) Benda ni berlaku sekali je dalam 2 minggu lepas, lebih kurang jam 10-11 malam mcm tu. Waktu tu saya sedang gosok baju sambil tonton tv, mak dah tidur dan adik2 lelaki keluar jumpa kawan2 belum balik, tetiba saya terdengar suara perrempuan bagi salam kat depan rumah, so saya slowkan volume tv nak make sure betul ker ada org bagi salam. Setelah fokus 2-3 saat, tak der salam kedua, saya pun kuatkan semula volume tv, then dengar lagi sekali org bagi salam, kali ni jelas kat pintu dapur, so saya pun jawab waalaikumsalam dan terus lari ke tingkap dapur dan jenguk ikut tingkap nak tengok saper yg datang (lampu rumah luar terbuka). Tengok kat luar, tak der orang, so saya berlari semula ke ruang tamu dan selak curtain nak tengok kalau2 ada org parking keta depan rumah ke, tengok....pun tak dak orang. Hati dah rasa cuak dah, tapi buat2 tak tahu jer, saya sambung gosok baju. Dalam 2-3 minit lepas tu, dengar lagi sekali org bagi salam kat belakang rumah, tapi kali ni suara lelaki, garau gitu. saya tak jawab salam, tapi cepat2 pi buka lampu belakang rumah dan buka cermin tingkap, observe kawasan belakang rumah sedetailnya dan tengok memang tak dak orang, waktu tu saya dah sedar mmg ada benda nak main2 ni, so terus saya buka ayat ruqyah sampailah adik2 saya balik lebih kurang jam 12 malam. Bila budak2 tu balik, mmg kena bambu habislah, suka keluar malam, berkawan dengan hantu

(3) Sekali tu semasa mak saya di bilik air, lebih kurang jam 4 pagi, dia terdengar mcm org berjalan-jalan seret kaki kat belakang rumah. Tapi utk menyedapkan hati dia kata kucing kot, tapi cara dia cerita tu mcm dia rasa cuak juga lah, apa tak cuaknya sampaikan dia buang air pun tak tutup pintu tandas .

(4) Yg ni baru berlaku kemarin (semalam-khamis). Malam sebelumnya tu lebih kurang jam 10 malam, mak saya dah tegur, bunyi apa kat luar tu, sebenarnya saya pun dengar jugak tapi diam je, bunyi tu kat porch depan pintu dapur, bunyi dia mcm arnab berlari-lari nak mengawan tu, sekali sekala dia langgar dinding zink (sapa bela arnab tahulah bunyi tu), lepas tu ada benda jatuh.  Kebetulan saya memang bela arnab, jadi saya kata bunyi arnab main-main la tu, utk sedapkan hati mak.  Tapi dalam hati saya terfikir "apa kejadahnya anak2 arnab aku nak mengawan, sbb anak2 arnab tu umurnya tak sampai pun sebulan, ada pun 3 ekor je". Ibu bapa anak2 arnab tu dah disedekah bagi ke kawan.

The next day nya (kemarin-khamis), seperti biasa saya sapu2 sampah kat porch depan rumah, then cuci sangkar anak2 arnab, then buka tempat makanan arnab utk ambil palet arnab, tetiba zupppp bagai nak luruh jantung, terkejut sbb ada seekor katak puru, parking cantik je atas palet arnab, dalam bekas makanan tu yg tertutup rapat. Saya tak rasa geli dengan katak tu, cuma rasa misteri bila berfikir mcmana katak tu boleh sampai dalam bekas tu (bekas tu macam taperware besar). Bekas tu duduk lebih kurang 1.5 meter dari lantai dan tertutup. kali terakhir saya buka bekas tu adalah lepas insyak, malam sebelumnya (malam yg mak saya tegur "bunyi apa kat luar tu"), tapi tak der pulak katak puru dan memang tak pernah jumpa pun katak puru dalam kawasan rumah. Ikut logik akal, tak mungkin katak puru tu lompat setinggi tu, then masuk tuperware, then tutup diri sendiri dengan rapat. Mmg rasa cuak sgt. Masih tak mau fikir bukan2, saya minta adik lelaki pergi buang katak tu kat satu kawasan lapang lebih kurang 2 km dr rumah. Then, operasi mencari katak puru sekeliling rumah pun dibuat utk elak terserempak dengan haiwan tu lagi.

Kat sebelah tempat letak makanan arnab tu, ada satu raga tinggi lebih kurang 0.75 meter dibuat daripada dawai dan hujung atas dia dibiarkan tajam, dalam raga tu diletakkan penyapu dan beberapa peralatan bertukang. So, kalau org nak mencuri, pasti tangan akan luka sbb tak tahu yg atas raga tu tajanm.  Selepas dibersihkan kawasan rumah dan dipastikan tak der sebarang haiwan merbahaya dalam semua bekas (termasuk dalam raga ni sekali), hati saya pun lapang dan sepanjang hari tak terfikir lagi pasal katak tu. Mak saya pun bagitau nak pergi majlis tahlil  dan bermalam di rumah saudara, saya kata ok je sbb adik2 ada di rumah.

Apa yg berlaku pada waktu maghrib petang semalam memang agak seram apabila difikirkan. Bila tiba maghrib, as usual, sebelum pergi ambil wuduk uktk solat maghrib,saya buka lampu porch depn dapur rumah, then letakkan makanan arnab, then ambil penyapu nak sapu sikit habuk2 depan rumah.

Sewaktu nak ambik penyapu dari raga tu, tetiba ternampak sekor katak puru, exactly mcm katak pagi tadi (depan kepala dia agak kekuningan, bintik2 puru kat badan dia tak banyak dalam 5-6 ketul mcm tu je), berada dalam raga tu dan sedang melangut pandang tepat ke mata saya. Zuuuppp, sekali lagi jantung rasa mcm nak terhenti sbb rasa pelik yg amat sangat. Pelik sbb (1) mmg dah confirm dalam raga tu takdak katak pagi tadi, (2) katak pagi tadi dah dibuang jauh dari rumah, (3) raga tu terlalu tinggi utk katak tu lompat masuk (4) kalau katak tu tak lompat sebaliknya mendaki utk masuk dalam raga tu, rasanya badan dia akan luka sbb hujung raga tu tajam (4) kalau katak tu nak mendaki masuk pun, perlu ada keinginan yg kuat utk buat demekian kerana raga tu transparent dan terletak di kawasan terbuka (bukan habitat kesukaan katak). Mustahil dia masuk ikut lubang dawai sbb lubang kecik sgt saiznya dalam 1 cm X 1 cm gitu.

Saya dah rasa pelik sangat, tanya adik2 lelaki, diaorang pun rasa pelik. So, kami sepakat nak test sesuatu semalam, nak tahu sama ada katak itu adalah katak biasa, atau katak yg datang bersama jin, atau jin yg berupa katak.

So, lepas solat maghrib, saya pergi ke tingkap yg paling dekat dengan raga tu, saya pun bercakap dengan katak tu macam ni " hai katak, kalau hang ini benar2 haiwan biasa, hang duduklah kat situ, berzikir pada allah, tolong lindungi keluarga ini. Tapi kalau hang adalah jin syaitan sama ada hang datang sendiri atau dihantar, maka nyahlah hang dari rumah aku ini, jgn ganggu kami anak-anak adam. Kalau hang tak pergi, hang akan sakit, sesakit sakitnya, sesungguhnya Allahlah pelindung kami". Lepas tu saya dan adik2 baca 3 Qul 7 kali diikuti dengan surah yasin dan bacan ruqyah dari rakaman, berulang-ulang kali.

Lpeas isyak lebih kurang jam 9.30 malam, kami keluar check dalam raga tu dan mmg confirm dah tak ada katak tu. Sama juga peliknya kami fikir mcmana katak tu masuk, mcamtu jugaklah kami pikir mcmana katak tu keluar.

Antara percaya dengan tidak, kejadian ini mmg benar2 berlaku dan menggangu fikiran saya.

Apakah pandangan forumer lain berkenaan kejadian ini? Untuk perkara2 yg tidak nampak secara fizikal, saya cuba utk berfikir positf bahawa ianya hanyalah gangguan syaitan kpd hamba yg lalai.

Tapi,...burung hitam dan katak puru tu, adakah ia menunjukkan apa-apa?     



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2014 04:05 PM | Show all posts

RE: Benda Tindih dan Menekan nak Masuk Badan (updated)

Ada sesiapa tahu mcmcmana nak ubah tajuk thread?

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
luarbiasa sungguh pengalaman shima ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 10:35 AM | Show all posts
cloudy_83 posted on 25-4-2014 06:09 PM
luarbiasa sungguh pengalaman shima ni

memang sedikit luarbiasa claudy, tapi tak der lah menakutkan sangat. Cloudy pernah terjumpa atau terbaca tak kes-kes seumpamanya?, ye lah nak agak2 punca, jadi boleh pergi terus ke root cause. Tak der effect sgt kat diri, cuma siang2 mmg rasa mengantuk sgt sampai menggagu kerja buat dan sakitbawah  tumit kaki yang melampau2 sampai berjalan dah macam org tua-tua jadinya saya ni.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nurshima posted on 26-4-2014 12:35 PM
memang sedikit luarbiasa claudy, tapi tak der lah menakutkan sangat. Cloudy pernah terjumpa atau t ...


maaf shima cloudy tak pernah jumpa lgi macam ni, tapi bila dengar dugaan kawan2 tu pernah juga la tanya mereka.

kebanyakan memang amalkan berzikir, lebih2 lagi waktu uzur. Lagi satu mereka kata mereka cuba untuk tak terlalu fikirkan sangat, sebaliknya mereka anggap sekadar dugaan atau kifarah dan berserah kepada Allah..

semoga shima dapat merungkai misteri ni.. kalau nak cuba pendinding diri cuba baca surah yasin ayat ke-9 atau doa penggerak. Mudah-mudahan Allah melindungi shima dan keluarga..
Last edited by cloudy_83 on 26-4-2014 03:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 05:42 AM | Show all posts
Hanjengh meremang bulu betis I neh serammm weiiiiii!!! ~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2014 10:37 AM | Show all posts
cloudy_83 posted on 26-4-2014 01:15 PM
maaf shima cloudy tak pernah jumpa lgi macam ni, tapi bila dengar dugaan kawan2 tu pernah juga l ...

Cloudy, ayat penggerak tu yang mana satu? ayat 9 surah yasin ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 10:44 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 27-4-2014 05:42 AM
Hanjengh meremang bulu betis I neh serammm weiiiiii!!! ~

oiii bedah, kalaupun seram sampai tegak bulu betis hang sekali pun, naperlah sampai "hanjengh" disebut ngko, kataler "kuccching" ke, "khambbing" ke, sedaplah sket baca. Nasib baik ada sekor anak arnab comel aku nama bedah cun (sbb bulu mata dia melentik), jadi tadaklah aku nak kecik hati kat hang. Eh.... bedah, ada tak pernah encounter benda2 macam nih?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun posted on 27-4-2014 05:42 AM
Hanjengh meremang bulu betis I neh serammm weiiiiii!!! ~

Hahahhahahahaaa.... kak bed....adik jeng ingatkan hakak ni tau merembes je,.... meremang pun ada dalam dictionary hakak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nurshima posted on 27-4-2014 10:44 AM
oiii bedah, kalaupun seram sampai tegak bulu betis hang sekali pun, naperlah sampai "hanjengh":cur ...

Dik shima... maapkan la kak bed.... geng CI ni.. sume menatang kat zoo bleh dijelmakan kat forum ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nurshima posted on 27-4-2014 12:37 PM
Cloudy, ayat penggerak tu yang mana satu? ayat 9 surah yasin ke?

Doa penggerak tu yang bermula dengan "bismillahillazi.."
Shima boleh cuba google doa penggerak tu, nanti shima akan dapat dengan maksudnya sekali.

Ayat 9 surah yasin tu pula lebih kepada ayat untuk pendinding diri. yang ni pakcik cloudy dulu ajar sebab masa zaman uni dulu hostel cloudy pernah kecoh dengan kes orang minyak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 02:59 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 27-4-2014 01:45 PM
Doa penggerak tu yang bermula dengan "bismillahillazi.."
Shima boleh cuba google doa penggerak tu ...

baik....terima kasih cloudy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 03:01 PM | Show all posts
jengkoil posted on 27-4-2014 10:54 AM
Dik shima... maapkan la kak bed.... geng CI ni.. sume menatang kat zoo bleh dijelmakan kat forum n ...

kenal kak bedah ni, selalu gak ronda2 CI, tapi most of time jadi silent reader je. Kak bed ni femes seantario cari ni rasanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nurshima posted on 27-4-2014 03:01 PM
kenal kak bedah ni, selalu gak ronda2 CI, tapi most of time jadi silent reader je. Kak bed ni feme ...

Antara lejen yg pemes kat CI le teww...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 05:45 PM | Show all posts
jengkoil posted on 26-4-2014 02:52 PM
Hahahhahahahaaa.... kak bed....adik jeng ingatkan hakak ni tau merembes je,.... meremang pun ada d ...

Harrusss, yang. Dh lame Bedah pindah dr Ulu Tembeling sane tiew... Euwwggghhh, I x leh bayang lar peristiwa2 momoks dh lar hubby outstesyen neh. X boleh tidoq I, gateii sgt tgn nk mengkelik bace citer serammm, wuaahuaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 05:47 PM | Show all posts
nurshima posted on 26-4-2014 02:44 PM
oiii bedah, kalaupun seram sampai tegak bulu betis hang sekali pun, naperlah sampai "hanjengh":cur ...

Eiiii, mintakk simpanggg, kes kau neh antara yg rare terjadik tauuu!! ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm.. Awak ada sakit tumit sakit badan n susah tido mlm jgk kn?? Ade la pengalaman, mak ayah sy dulu ada kene camni jugak.. Sampai nak g keje pn tak larat sbb mlm2 tak dpt tido.Lpstu selalu ada bunyi pelik kat luar rumah n gangguan yg pelik2.

Kitorg adik beradik pun selalu kene ganggu.. Lbh kurg juga la mcm yg awak alami.. Tapi adik2 laki tu kene ganggu pun jenis tak heran,still keluar mlm jugak.. Sy pun prnah juga ternampak burung gagak mcm awk cite tu.. Tapi yg pelik nye burung gagak tu besar semacam n mata dia merah.

Pernah juga adik sy yg kecik2 mengalami sakit2 ,tapi bila pegi clinic doc ckp takde pape.. Selalu dorg ponteng sekolah sbb tak sht n pljrn pn t'ganggu. Kesian dorg.

Benda ni jd sejak arwah nenek sy sakit, (strok darah tinggi) kitorg ada upah bibik jg nenek tp mlm2 dia msti akan masuk bilik sy n minta nak tido dgn sy. Siang tu sy tny la dia nape tak tido ngan nenek? Dia ckp dia takut ada bnda kacau.Sampai la nenek sy meninggal.. Lps nenek meninggal lg menjadi-jadi bnda pelik kat rumah ktorg. Sampai ktorg salah sangka ngn arwah nenek ingt dia ada membela saka..

Last2.. Tak thn sgt maklong sy ada cdgkan kat mak saya suruh jmpa ustaz berubat ke ape ke.. Or btl ke nenek ada saka.. Rupa2 nya ni semua keje jiran sblh rumah yg merangkap saudara juga la.. (Ktorg panggil tok wa)Yg paling tak boleh blah sgt tu tok wa ni mmg kalau pijak semut pun tak mati nampak baik yg amat.. Cara percakapan pun lemah lembut je. Rupa2 nya tok wa ni dengki ngn fmly ktorg disebab kan harta tanah ape tah. Menurut ustaz ni juga tok wa ni dah lama hntar bnda2 pelik kat ktorg nak suruh ktorg keluar dr tanah tu.. Tapi kitorg je yg tak pernah perasan. Al-maklum la sy ni keluarga besar adik beradik ramai rumah kecoh je 24 jam mmg tak pernah sangka pun benda2 mcmni.

Nak dipendekkan cite,tok wa ni membela pelesit, hantu raya n tak tahu la ape lgi.. Dia selalu hantak 'anak2 dia tu kat eumah ktorg'. Satu lagi,pantang org bela pelesit ni kalau kita letak kacip pinang dlm rumah dia mmg takkan jejak rumah kite sbb sakit di bahagian "tutt".Sejak letak kacip dlm rumah mmg tokwa dah tak masuk rumah ktorg. Kalau ajak masuk dia gelisah je ada je alasan.. Pnah sekali sy ni jht sikit pegi raya rumah dia letak kacip dlm beg. Hehehe mmg dia tak senang duduk! Pastu mak sy marah sy pulak suruh sy blk sbb katanya tak baik kenakn org.. Cukup la kite hndar kn dia masuk rumah kite jee.

Ok back to story, smpai skg ktorg amalkan baca yassin tiap2 mlm .. Ustaz pun ada pgrkn rumah ktorg dgn ayat2 suci al-quran.Tawakal n mohon pertolongan Allah.  Dah takde pelik2 lg dah.. Just kdg2 bila adk lelaki sy blk mlm tu ada la dia termampak sesuatu kat bumbung rumah tokwa tu..  

Sorry kalau susah nak faham story sy ni sbb sy pun tak tahu nak start dari mana.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm separa sedar laki sy kena tindih ngan lembaga hitam. Xleh nafas, lidah mcm dikunci dan xleh gerak... Sedaya upaya dia jerit Allahuakbar... Lepas tu benda tu lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:53 AM | Show all posts
eva posted on 12-4-2014 07:58 PM
oh lupa nak sambung... waktu tengahari, i terserempak cleaner yg bersihkan bilik sebelah.. i berbual ...

teringat dulu aku keje part time kat hotel 5 star area KL ni sekitar awal tahun 2000

time tu parttime house keeping.. kebetulan buat keje berdua dgn senior housekeeping ni.. dah 3-4 bulan keje aku saje tanye kat akak senior tu tentang ada satu bilik tu tak penah ada guest duduk pun..

bercerita punye bercerita al kisahnye mmg bilik tu tak bagi guest duduk walaupun full house.. mcm ada kemisterian kat bilik tu.. aku malas nak tanye banyak.. pasal mmg takmo amik tau pun... ... aku kalau lalu depan bilik tu pun mcm agak meremang gak la bulu tengkuk dgn bulu ketiak.. tapi wat dekkk je la pasal nak kerja kan..

time keje shift malam tu setakat ada bunyi pelik2 tu aku pekakkan aje .. tapi kalau bunyi guest merengek manje tu aku senyum kan aje lah.. besok kaalu kemas bilik dia kondom bersepah... hampeh betei!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2016 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Aku baca posting ko ni dah 2years later cuma aku nk crita aku pun pernah kena tindih byk kali masa aku sekolah asrama. Tapi yg paling teruk sekali kena bila aku sakit vertigo. Time maghrib. Teruk sebab sebelum ni aku xpernah nampak byg2 hitam. Tapi kali ni aku kena. Masa mata aku buka.. ada benda berat tindih badan aku. Then..tiba2..aku nmpk la roomate aku kluar masuk bilik.. aku pgil  nama dia.. mnta tlg. tp suara aku tersekat. Tgn..tubuh..kaki aku xleh gerak. Berpeluh aku mau lawan benda tu.. bila roomate aku kluar, terbuka la sikit pintu tu.. ada cahaya masuk..then dgn sekuat tenaga aku tendang kepala katil tu kuat2 supaya dpt lepas dr 'benda' tu. Suddenly aku nmpk asap tebal seolah olah kluar dr bdn aku...bergulung2 depan mata, naik ke udara dan menyusup keluar ke celah2 pintu yg terbuka td. Aku xtau apa tu.. berpeluh peluh aku lpas tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.594102 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list