CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6022|Reply: 56

Clueless

[Copy link]
Post time 12-4-2014 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Salam. First of all, aku takut jugak nak cerita kat sini. Takut kena lahar kan. Tapi takpela, aku tetap nak share and tanya pendapat korang. Sebab sekarang aku sangat clueless either aku patut tunggu dia atau blah je.

Okay, aku seorang perempuan. And im 24. Lelaki yang aku clueless nak pilih ni, is 11 years old tua dari aku dan dia duda. Tapi takde anak. Aku kenal dia 5 months ago. Aku kenal sbb dia ni one of the member club kitaorang. Jgn ty kenapa aku boleh involved dalam orang2 dewasa ni. Club yang aku join ni kebanyakannya org yg lebih dewasa dan aku adalah member paling muda dalam tu. Itulah sebabnya.

Aku kenal dia masa dinner club. Memang aku tak penah jumpa or kenal dia before. Tapi aku tak tau macam mana for the first time aku jumpa dia, we both seeing each other. and i have the feeling, eh aku penah jumpa mamat ni. aku kenal. Tapi sampai sekarang no idea dengan ingatan tu. Aku ingatkan aku sorang je, rupanya dia pun macam tu jugak. Then sampai la habis official dinner, kiteorang lepak kat mamak lak. Masa tu aku berbual dgn dia. Dia mintak Fb acc aku and aku bagi lah. Tapi time tu aku tgk dia mcm tak banyak ckp. Diam je, dengar je kiteorang borak. Seriously, weird feeling tu muncul time first pandang muka dia je. pastu fullstop. Bila balik, kiteorang balik asing2. Member aku yg lagi satu bagitau, tu lah A. Dia dah ada wife. aku lak, ouhh.. dah kawen rupanya. And seriously muka dia tak nampak pun macam umur dia. Maksudnya dia nampak muda la. Then, stop sampai situ. Aku tak fikir pulak.

two days later, baru aku approve friend req Fb dari dia. Ouh ye, before that, the day aku pegi dinner tu, actually aku baru je confess two way dengan sorang lelaki ni. Lelaki ni sebaya aku. Nama dia N.

Dijadikan cerita, N ni alim. Segan pulak aku nak berkawan dengan dia. Sebab sangat baik dan alim. Coursemate aku. Dah lama kiteorang kawan. That day we both confessed sbb ye la, dah lama masing2 pendam perasaan. Tp dia ckp, tak nak couple. Aku pun segan jugak. But after all, N cakap dia bagitau ayah dia utk masuk meminang aku, tapi ayah dia tak bagi sebab aku org jauh. Dia jauh. Agak berat la utk adat rombongan bagai kat situ utk family dia. So, kami kawan. Dan tak bagi harapan kat dua2 pihak. Aku pun memang dah boleh agak family dia mesti berat utk soal jarak dan lagi satu masing2 masih study. Then, kiteorang just continue kawan cumanya lain sebab masing2 dah tau hati masing2.

then, 2 hari lepas tu lah, aku jumpa dengan A ni. Dia ajak keluar makan. Aku macam pelik kat situ. Tapi sebab aku memang rapat dengan geng club lain yg lelaki dan lebih bro dari aku, aku positive je la. Sbb dia pun member club kan. Dan aku pun tak tau utk first day keluar tu, aku rasa macam dah lama kenal dia. The feeling was sangat lain. Feeling yg aku tak pernah rasa bila dengan lelaki lain. Not mcm fell in love for the first sight. aku tau cane jatuh cinta punya rasa sbb aku selalu rasa tp ni lain. more than that. Aku selesa dengan dia. Itu je aku boleh cakap. Tp aku tak fikir jauh pun. Cuma rasa tu lain tu je. And aku masih fikir dia suami orang. Sbb dari ape yg member aku bagitau before kan.

Then, esoknya dia ajak keluar makan lagi. Aku pulak mcm ngikut je. Aku tak tau kenapa. Aku rasa mcm gila. Tp takde la ada perasaan angau tu. Memang takde. Aku cuma ikut flow. Sometimes mcm curang dengan si N tu pun ye jugak. Tapi entah. Ye la, aku single kan. Aku bole keluar dengan sesiapa je. Tapi this time aku start fikir, eh dia ni dah kawen ke belum. Then bila borak byk benda aku conclude dia single lagi.

Then the next day, for everyday dia masih ajak keluar. Almost a month. Aku makin pelik. Aku yakin apa yg member aku bagitau masa malam dinner tu betul. Dia dah kawen. Tapi kenapa dia keluar dengan aku. Masa tu lah, baru aku terfikir nak stalk abis fb dia. Aku memang investigate gila babi. Tapi takde jejak pape. Tapi thanks god aku memang terer bab investigate ni last2 aku jumpa fb wife dia. Lebih mudah, ex wife dia. Dia dah unfriend. So no mutual friend. Kat situ sekali lagi aku conclude dia duda.

Tapi still aku keluar dengan dia. And memang dah rasa rapat sangat. Tapi aku tak penah pun tanya apa status dia. Dia pun tak penah cite pape. Cumanya kiteorng penah bukak mulut dan dia cakap buat masa ni dia tak mampu nak cakap pape. tapi aku tau. Aku diam je. Sampai masuk bulan kedua. Aku kantoi. Kantoi yang aku tau status dia. Aku pulak takut. Takut kena marah. Tp dia gelak je. Then dia cakap dia dah lama dah tau yg aku tau. Aku pun macam.... ouhhhh okay.

Actually, apa yang aku buat selama ni, aku ikut flow je. Sampai lah kebenaran tu tersingkap. Even dah kantoi tu pun, dia tak cite pape. Aku pun diam je. Aku langsung tak berani tanya pape. Tapi memang hubungan kiteorang baik je. Aku selesa dia pun selesa. Mungkin jarak umur kot. Then aku bukan macam gadis lain yang cerewet and jenis cepat merajuk ke ape ke. Mungkin sebab tu kot.

Tp aku rasa mcam aku dah dive makin dalam, aku rasa serba salah. Sebab aku fikir si N. Perjalanan kiteorang pun jauh lagi. Family dia tak setuju. Tapi hati aku kalau kat dia bunga2. Takde pun macam kat A. MAksud aku bunga2 tu mcm angau tu haa. Kat A aku selesa dan walaupun dia tak sealim N aku terbuka hati terima dia even in the first place and first time dah pun.

Then, aku buat istikarah jodoh. for the first time dalam hidup aku, aku buat istikarah jodoh. Maksudnya, aku memang dah serius nak masuk ke fasa seterusnya.  Mintak petunjuk banyak kali. Aku mintak Allah bagi aku petunjuk antara dua orang tu siapa jodoh aku. Aku mintak kat Allah supaya jauhkan salah sorang dari mereka siapa yang bukan jodoh aku. Sebelum aku istikarah, aku yakin aku akan dengan N. Tapi bila banyak kali aku mintak petunjuk, hari demi hari N makin jauh dari aku, dan A makin dekat. Aku ikut flow apa yang Allah bagi.

AKu try la jauhkan diri jugak dari N. Plus memang dia pun makin jauh. And memang aku rasa aku tak layak buat dia. Aku rasa ada lagi perempuan lebih baik utk dia. Aku tak sebaik yang dia sangka. But still kiteorang kawan. Cuma tak macam dulu dah. Agak sedih lah kat situ. Tapi aku tau ada hikmahnya.

then, utk lately ni, aku buat istikarah lagi banyak kali, adakah A tu jodoh aku. Kalau dia bukan jodoh aku, aku mintak Allah jauhkan dari aku. Tapi sampai sekarang dia masih ada. Banyak kali aku try tolak, even dia pun, tapi kami masih ada. Kiteorang tetap keluar. The chemistry, the bond sangat kuat dari dulu sampai sekarang. But we never talk too much, never fight too much, never laugh too much. It just so simple and calm. But deep inside it felt different. totally different.

Okay, why aku confius? mesti ada lahar aku dah istikarah ikut je lah. yup, aku tau tu. Tapi still aku sebagai manusia mesti nak jugak tanya org lain. did i do a right thing atau sebaliknya?

Aku tak tanya lebih2 bila tau status dia sebab aku tau dia dalam proses move on time jumpa aku. Aku faham past dia. Walaupun aku tak tau apa reason dia separate. Aku faham kenapa dia belum ready nak cerita apa2. MEmang aku terfikir even sampai sekarang, aku mungkin hanya sekadar persinggahan sebab dia tgah lonely. He told me, he do loves me, do appreciates me much. Tapi dia terus terang tak nak bagi aku harapan. Dia selalu cakap, today yes we are together, tapi esok lusa and in the future nobody knows what will happen. Dan bila dia cakap macam tu, agak luluh hati aku, sebab memang aku pun sayang dia. Dan aku dah decide utk serius dgn dia. Tapi dlm masa sama aku try put my shoes in his shoes. Mungkin dia masih serik dengan marriage. And dia pun cakap yang ikut flow je.

Until one day aku tanya, nak kahwin dengan aku tak. Dia cuma cakap, dia tak fikir pasal tu pun sekarang. Banyak lagi benda dia nak fikir. Utk ni, aku memang faham. Sebab tak semua family and kawan dia tau dia dah cerai. So banyak lagi benda dia nak setel. Keje. Hutang. Dia diam, tapi dia jenis simpan banyak. Plus alhamdulillah aku tengok dia banyak berubah. Maksudnya, utk masa ni dia lebih fikir nak capai objektif dia. Dia nak berhijrah ke arah kebaikan. Sekurang2nya kat situ aku lega.

But still, aku still rasa dia masih fikir ex wife dia. Dia penah cakap kat aku, "i will never married, kalau i nak bercerai." Malah, he said that, he hope every single thing yg ada pada aku, kalau ada pada ex wife dia, he sure they will nver separated. Know what, itu buat aku sedih. Sebab aku sedar yang macam mana pun, i will never replace his ex wife. Sadis tak. Hahahahahahahahaa. Sebab after all, i knew he still mad at his ex, tapi still he loves her.

So, sekarang. he said he do loves me. tapi terus terang cakap tak nak bagi aku harapan apa2. biar allah tentukan. But still he keeps me. Yes, dia memang sangat care. baik. tapi aku tak nampak apa2 pun usaha dia utk ke arah perkahwinan. takde. malah dia jadikan aku seperti tak wujud dalam hidup dia depan family atau kawan2 dia. itu sedih. tapi aku faham kenapa.

cuma aku tak faham, kenapa dia masih simpan aku, sebab aku ruang time lonely ke? tak. sebab he always there. aku pulak, i think i dived too deep already. aku muda lagi. tapi memang aku dah serius nak cari partner hidup. dont ask why. sebab aku rasa dunia dah nak kiamat so aku rasa aku patut selesaikan satu lagi phase hidup aku cari suami dan try to get the heaven from him. dont you see aku melihat terlampau jauh dah. tapi betul ape, kan? Haha.

so, patut ke aku tunggu dia? adakah dia keliru? atau aku patut teruskan lagi istikarah aku sampai aku betul2 yakin? sebab aku takde masalah, cumanya, dia yang tak yakin. mungkin?

ok thanks. panjang pulak karangan aku ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 07:36 PM | Show all posts
Dia pun member Cari and i do use another acc Cari which actually i have another Cari acc. Hahaha. If you ever read this, ,, Hahahaha. Sy gelak je la. ..


Makaseh banyak ye..... Sekian cerita saya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 09:22 PM | Show all posts
aku muda lagi. tapi memang aku dah serius nak cari partner hidup. dont ask why. sebab aku rasa dunia dah nak kiamat so aku rasa aku patut selesaikan satu lagi phase hidup aku cari suami dan try to get the heaven from him.

seriously? try to get the heaven from him?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia posted on 12-4-2014 09:22 PM
aku muda lagi. tapi memang aku dah serius nak cari partner hidup. dont ask why. sebab aku rasa dunia ...

Ayat tu cam xkne je i rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 09:47 PM | Show all posts
alaahh..dah ada clue pon,bkn clueless sngt dik oii..dia ckp dia suka /cinta hang tp x da effort nak nikah?..so tunggu apa lg?.

pehtu tanya diri tu,apa niat aku nak nikah?.benda asas jer ni tp ramai tak phm,yer dak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 09:49 PM | Show all posts
cekgihani posted on 12-4-2014 09:45 PM
Ayat tu cam xkne je i rasa..

Im waiting the answer from tt.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2014 09:50 PM | Show all posts
Innrukia posted on 12-4-2014 09:49 PM
Im waiting the answer from tt.....

err...ke tt pon confused dgn ayat dia sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Blm berumahtgga blh la ckp cntu cik tt

dh kwen esok tau la asam garamnya. Jgn jd cam sesetengah org yg mnjadikan perkahwinan sbg tiket ke neraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmmm.... Niat tt nak cari heaven melalui perkahwinan tu murni tapi biasa lah alam perkahwinan ada asam garam dia.. Tapi itulah jangan terlalu meletakkan harapan pada sebuah perkahwinan kerana jalan ke syurga itu bukan hanya melalui perkahwinan je. Aku bukan tak galak tt kawin, kawin la sebab itu fitrah kita sebagai insan cuma kita tak tahu jalan hidup kita kan.... Kalau kena gaya dapat suami baik alhamdulillah bahagia je hidup
kita... Berdoa dan berdoa moga ada jodoh yg baik baik...

Pasal si A tu aku rasa maybe dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dgn tt sebab dia pun baru bercerai... Ofkos dia masih ingat ex dia.. Biasalah insan yg pernah berkongsi segala galanya dgn kita tak mudah utk kita lupakan biarpun orang itu telah melukakan hati kita....

Sebaiknya tt teruskan istikharah dan berdoa... Jangan letak harapan pada dia sebab dia pun tak beri tt harapan kan... Disamping tu beri ruang dan peluang pada lelaki lain utk mendekati tt... Sebab kita tak tau siapa jodoh kita kan...

Itu je lah pendapat aku tt...  Teruskan berdoa dan istikharah... Itu yg sebaiknya

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:46 PM | Show all posts
Bertuah duda tu, kesian mamat lg sorg tu....
buat la keputusan sebaik mungkin TT..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Duda tu lonely. Dulu makan tidur bersama isteri. Lepas bercerai semua buat solo je. Bila ada adik teman, mestilah dia rasa lebih selesa, terutama bila dua2 sama kepala. Cinta pada adik itu tak semestinya ke arah perkahwinan. Dia nak cinta girlfriend lah supaya dia boleh mencinta dan dicintai. Jadi adik jangan lah begitu mengharap nanti kecewa.

Adik nak jadi ahli syurga, jangan lupa berdua2an dengan lelaki yang bukan suami tu tak elok, lagi lah adik pun dah siap tangkap cinta agung dengan dia. Jadi kalau syurga yang adik kejar, haruslah bagi dia pilihan, sama ada kahwin atau tak boleh berjumpa dah.

Sedar tak sedar cara N tu lebih mementingkan jalan syurga adik. Ini termasuklah mana2 lelaki yang jaga batas pergaulan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak rse ak paham npe tt pkir nk kawen wpun bru 24 je, ak dlu pon mse 24 mmg terpkir nk kawen je. Tkot sgt lmbtla apela, tpi lme2 ak realise utk ape ak kawen tu. Nk ke kawen awal tpi dgn laki yg x sesuai.
Skrg ak dh 26, xpkir dh nk rushing kawen lg dh, ak redha kalo jodoh ak blom smpy. Nmpknye 27 pon ak akan mcm  ni je lg
Tpi dh ini ketentuan, ak blh doa ari2 jela bertemu jodoh nnti :Q
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul cinta itu ada, berlari2 lelaki itu mengejar.
Jika tiada, "go with d flow" katanya.

am speaking from d experience.
good luck TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:34 AM | Show all posts
cekgihani posted on 12-4-2014 09:45 PM
Ayat tu cam xkne je i rasa..

Bahahahaha. Jap aku pun rasa cam tak kena.. Baca balik macam pelik. Ni confius sangat kepala otak dah kot. Hahaha.

Aku rasa aku nak maksudkan yang, ye la, kita pompuan ni, satu tanggungjawab sebagai anak kepada ibubapa, then, kakak atau sebagai adik, sebagai kawan, then sekarang aku rasa phase sebagai seorang isteri kepada suami. Kan syurga isteri terletak pada kaki suami. aku pun tak tau celah mana kepala otak aku terfikir pasal kawen kiamat bagai ni dan kejar semua pahala jadi seorang isteri. Gitewwww..

Poyo tak poyo. Tapi itu lah aku rasa. Ye la, aku sedar aku tgah mengalami phase alam awal dewasa. Haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:36 AM | Show all posts
sue_0684 posted on 12-4-2014 09:47 PM
alaahh..dah ada clue pon,bkn clueless sngt dik oii..dia ckp dia suka /cinta hang tp x da effort nak  ...

clueless lah sebab samada buta ke ape ke entah lah.. tak paham sebenarnya. sebab tu tanya kat sini. dah rasa cam kritikal sangat dah ni, itu yang tanya tu hahahah.

emm,, niat nak nikah tu,, tau. Huhuu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:38 AM | Show all posts
cekgihani posted on 12-4-2014 09:55 PM
Blm berumahtgga blh la ckp cntu cik tt

dh kwen esok tau la asam garamnya. Jgn jd cam sesetengah o ...

Tulah,, sedar tu . marriage ni banyak dugaannya. Thanks for the advice.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 01:40 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 12-4-2014 10:09 PM
Hurmmmmm.... Niat tt nak cari heaven melalui perkahwinan tu murni tapi biasa lah alam perkahwinan ad ...

Hurrrrmmm.. Ahaaa.. okay sis.. Hahahah. tau tu. Tapi maybe macam dah sampai masa je nak kawen sebab asyik fikir pasal kawen kan.. So better kawen. Tapi si calon nya pulak begitu kan.. nak buat macam mana kan..

Yup, sy teruskan istikarah sampai betul2 yakin. InsyaAllah moga Allah terus tunjukkan jalan. Nanti sy update sy kawen dengan dia tak lagi setahun dua. muahahahahaa.. Sengal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:43 AM | Show all posts
mimzero posted on 12-4-2014 11:46 PM
Bertuah duda tu, kesian mamat lg sorg tu....
buat la keputusan sebaik mungkin TT..

Hmmmm.. sy tak pilih sebarangan. Even dari mula2 kenal mamat alim tu pun dah buat istikarah. pilih antara dua pun buat istikarah. sekarang nak tentukan yg sorang ni pun nak istikarah. memang betul pasrah dah ni. huhuuhuu.. Tau mamat sorang tu lagi banyak kelebihan, tapi mcm yg sy cakap tadi sy ikut apa yg lebih berat. semua yg sy buat yg sy mintak semua lebih berat kepada duda tu.

memang kesian. tapi tu la, sy rasa ada perempuan lebih baik buat dia. Sy tak rasa sy cukup baik. Huuuu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:50 AM | Show all posts
lalasahaja posted on 13-4-2014 12:09 AM
Duda tu lonely. Dulu makan tidur bersama isteri. Lepas bercerai semua buat solo je. Bila ada adik te ...

Sy akui, sy memang fikir macam tu dari mula dah. Mungkin sebab sy ni jenis lembut hati, buat sy berbaik sangka. mungkin. tapi ape pun memang dia baik, tp utk jadikan sy sebagai persinggahan tak mustahil. sy manusia biasa, dia pun manusia biasa. sy faham masa silam dia dan keadaan dia. mungkin keadaan tak memihak kepada sy kalau begitu walaupun rasa mcam diperbodohkan disitu. tapi what to do, most of the time memang terpaksa sabar lah kan.

yup sy juga akui si N tu mementingkan syurga buat sy. masa sy berkeputusan utk lepaskan dia dan tak tunggu dia, sy rasa hati sy pedih. entah kenapa menangis. sedih. sbb sy rasa sy hilang seseorang yg sgt baik. tp mcm yg sy kata, setiap keputusan sy buat, sy buat sebolehnya ikut gerak hati selepas mintak petunjuk allah. mungkin ada hikmah. ada lagi perempuan lebih baik utk dia. sy mungkin tak layak.

Bila fikir itu, sebab tu sy asyik fikir nak nikah je. sbb nak jadi yang halal. tu je. tapi bila fikir pasal dia yg tak menuju ke arah tu, sy agak kecewa. tapi still, sy tetap masih faham keadaan dia. mungkin sy kot kena berkorban. lupakan dia terus. mungkin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:53 AM | Show all posts
pinky_incognito posted on 13-4-2014 12:34 AM
Ak rse ak paham npe tt pkir nk kawen wpun bru 24 je, ak dlu pon mse 24 mmg terpkir nk kawen je. Tkot ...

Huhuuu.. aku bukan sebab takut tak dapat kawen ke ape. malah before ni tak terfikir pun. siap plan kawen 27 28 lagi. tp entah, lately ni aku fikir pasal akhir zaman je. pasal nak kawen je. nak ada suami ada anak. pelik betul. sekejap je allah tukar hati kita. sekejap je dia tukar perancangan dan kehidupan kita. aku selalu fikir, ada hikmah dan sebab semua ni. selalu bersangka baiklah pada allah, betul tak.

aku doakan kau cepat dapat jodoh. insyaAllah, jodoh ajal maut ni, tak lambat tak cepat walau sesaat malah tepat. InsyaAllah. Huhuu..

Cumanya biasalah kalau dah masuk soal hati ni, complicated lah jadinya. ye tak. mungkin aku innocent lagi kot tak mcm orang lain yg byk pengalaman. huhuuu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.484040 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list