CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 15

[Tempatan] Paras empangan naik jika hujan setiap petang hingga pertengahan Mei

[Copy link]
Post time 14-4-2014 03:04 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menganggarkan sekiranya hujan berterusan hingga pertengahan Mei depan maka empangan dapat mencapai kadar lebih 55 peratus ditetapkan.

Pengarah JMM, Datuk Che Gayah Ismail berkata, bagaimanapun, ia tertakluk sama ada hujan berlaku di kawasan empangan yang terbabit.

Che Gayah berkata, sekiranya hujan pada sebelah petang yang berlaku sekarang ia dipercayai dapat mencapai kadar tersebut.

Beliau berkata, hujan lebat pada setiap petang serta ribut petir adalah kerana musim peralihan monsun yang lazimnya berlaku setiap tahun.

Menurutnya, ia bermula pada penghujung bulan lalu dan dijangka berterusan hingga pertengahan Mei depan sebelum Monsun Barat Daya bermula iaitu musim kering.

“Kalau hujan berterusan berkemungkinan tidak jadi masalah tetapi ia perlu berlaku di kawasan empangan.

“Sekarang ini musim peralihan monsun iaitu hujan sampai pertengahan Mei,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada musim hujan yang berlaku sekarang mampu membantu memenuhkan empangan termasuk beberapa empangan antaranya Klang Gates, Sungai Selangor dan Langat yang kini mencatat bacaan di bawah paras 55 peratus.

Che Gayah berkata, sekiranya proses pembenihan diperlukan maka ia akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, ia bergantung daripada permintaan dikemukakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Menurutnya, setakat ini proses pembenihan awan masih dijalankan seperti biasa bermula hujung Mac lalu.

Katanya, ia bergantung kepada kesesuaian awan yang ada kerana tujuan pembenihan adalah mempercepatkan proses hujan.

"Kita masih teruskan proses pembenihan awan yang dimulakan Mac lalu dan kita hanya tunggu permintaan daripada Luas untuk meneruskan proses tersebut.

"Proses tersebut dilakukan kepada awan menara kumulus yang berbentuk kobis," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 03:15 PM | Show all posts
semalam aku pi kuala kubu bharu tengok paras air kat sana..menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:17 PM | Show all posts
klang gates bukan 60+% ke??
aku baca kat paper metro last weekn
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:17 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 14-4-2014 03:15 PM
semalam aku pi kuala kubu bharu tengok paras air kat sana..menyedihkan

Ujan TAPI bukan pada area ampangan.

Haper makna tu??



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:19 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 14-4-2014 03:17 PM
Ujan TAPI bukan pada area ampangan.

Haper makna tu??

kena catu lagi ler nampaknya

semalam aku lalu 2 kali empangan berlainan. empangan batu o-kay. empangan KKB kay-o

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:23 PM | Show all posts
ren0_0 posted on 14-4-2014 03:19 PM
kena catu lagi ler nampaknya

semalam aku lalu 2 kali empangan berlainan. empangan batu o ...

Aku ghasa laaa.............

Mcm tu laa kot pabila kita mempermain mainkan Agama Allah.

Ujan tughun...............tapi bukan pd tempatnya.
Kalau buat gambaq kartun nie.............tentu best.

Tunjuk Si Abu dok bukak paip..............ayaq tarak.
Tapi kat luaq.............ujan tughun mencurah curah.!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 03:23 PM | Show all posts
       



SIARAN SEGERA

4 APRIL 2014



Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Untuk makluman, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama adalah ekoran dari penutupan Loji Rawatan Air  Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi berikutan terdapat kandungan ammonia yang tinggi di dalam Sungai Langat. Walaupun kedua-dua loji rawatan air tersebut telah dapat dioperasikan semula pada 30 Mac 2014 yang lalu, ianya masih terdedah kepada risiko ammonia apabila ketiadaan penurunan hujan di sekitar kawasan sungai. Justeru, walaupun pelan catuan masih terus diaktifkan, bekalan air dapat disalurkan ke kawasan catuan pada masa ini semasa kedua-dua loji rawatan air tersebut masih boleh beroperasi.

its not about hujan or not.....tapi sungai tercemar lah...where pbt selangor...do some job lah....

or this womann don't do a (blow)job



       
Y.B. PUAN WONG KEAT PING @ ELIZABETH WONG
ADUN N37 BUKIT LANJAN

PORTFOLIO: PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR

ALAMAT PEJABAT : PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR, TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS, 40503 SHAH ALAM
TEL : 03-55447760

E-MEL : ELIZABETHWONG@SELANGOR.GOV.MY
  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:24 PM | Show all posts
ceh

nama wong keat ping

tuka jadi elizabeth wong

puii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 03:34 PM | Show all posts
d'zeck posted on 14-4-2014 03:24 PM
ceh

nama wong keat ping

Await yang hang sakit hati kat nama dia?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 03:38 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 14-4-2014 03:34 PM
Await yang hang sakit hati kat nama dia?

pasal
cina komunis DAP perasan kokesen
sekor2 memang eksen





Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:04 PM | Show all posts
bagilah peruntukan untuk buat pembenihan hujan di kawasan catchment tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:06 PM | Show all posts
moga hujan turun selebat2nya kat area empangan2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:14 PM | Show all posts
insyaallah boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:18 PM | Show all posts
sekarang kat kl hujan lebat...harap2 di tempat empangan yang kritikal tu pun hujan lebat jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:22 PM | Show all posts
sampai bulan mei baru boleh penuh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:32 PM | Show all posts
tak jadi la langat 2 camni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.073736 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list