CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: murasaki

RAJA AZMI - tak bleh terima lah x tutup rambot (bertudung) masuk neraka!!

[Copy link]
Post time 16-4-2014 02:02 PM | Show all posts
semoga nek mi diberikan hidayah dan petunjuk dari Yang Maha Esa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 03:12 PM | Show all posts
Raja azmi macam makin gedik sejak kawin baru...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 03:42 PM | Show all posts
aku berharap sgt la wartawan jgn tanya lg pasal isu aurat & tudung kt retis...
sgt cliche ok!
bila tanya soalan mcm ni membuatkan cetus kontroversi samada jawapan positif or negatif..
cer tanya pasal isu semasa lak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 03:46 PM | Show all posts
nek mi dh tetap pendiriannya..
moga terbuka hatinya akan datang..
Raja Azmi tak kisah dikritik



MENURUT Raja Azmi, dia mahu memperbetul dan melengkapkan soal lima waktu dahulu, berbanding memakai tudung.

HUJUNG minggu lalu, penerbit Raja Azmi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Kenyataan yang dikeluarkan pada satu temu bual dalam sebuah program hiburan mengenai kesediaannya bertudung selepas menunaikan umrah baru-baru ini telah menerima pelbagai reaksi negatif.

Ada yang beranggapan, kenyataan Raja Azmi yang juga selesa dipanggil Kak Mi itu sebagai kurang waras dan cetek ilmu agama.

Sementelah memakai tudung atau menutup aurat itu merupakan suatu kewajipan yang nyata untuk setiap wanita beragama Islam.

Perintah memakai tudung sememangnya jelas seperti yang dinyatakan dalam suruh An-Nur ayat 31 yang menyatakan setiap wanita beragama Islam mestilah bertudung meliputi dada dan kedua telapak tangan.

Ulama juga telah bersepakat bahawa isu pemakaian tudung merupakan perkara wajib seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan hadis.

Namun, wanita berusia 55 tahun itu tetap dengan pendirian dan menegakkan kenyataannya sebagai tidak bersifat semborono.

Dia dengan tegas juga memberitahu lebih menitik beratkan soal solat lima waktu, berbanding memakai tudung atau menutup aurat.

Raja Azmi bercakap kepada Kosmo! tentang isu tersebut. Bagi penerbit filem ...Dalam Botol itu, dia mempunyai alasan dan prinsip sendiri untuk tidak memakai tudung walaupun dikecam hebat oleh orang ramai.

Kosmo!: Bagaimanakah pandangan Raja Azmi berhubung kecaman orang ramai mengenai kenyataan anda yang mengatakan isu pemakaian tudung itu tidak wajib?

RAJA AZMI: Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah faham berhubung isu tersebut.

Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

Adakah anda tidak bersedia untuk memakai tudung?

Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.

Apakah tindakan yang diambil untuk kebaikan diri anda pada masa akan datang?

Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain.


RAJA Azmi berpendapat bahawa menutup aurat tidak boleh dipaksa, sebaliknya ia akan berlaku pada saat dia ikhlas melakukan perubahan itu.

Jadi sebenarnya apakah pendirian anda mengenai isu bertudung?

Ia merupakan pilihan masing-masing. Jika hanya memakai tudung pada luaran tapi hakikatnya berperangai tidak baik, saya kira itu tidak menjadi juga. Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan kebersihan hati itu sendiri. Mungkin disebabkan saya seorang yang dikenali, perkara ini diperbesarkan.

Apakah nasihat anda kepada orang ramai yang mengecam pendirian anda itu?

Ya, saya akui isu tersebut merupakan isu yang sensitif. Cuma saya ingin katakan di sini ialah perbaiki dahulu perkara asas agama dan saya percaya, kemudian segalanya akan beransur ke arah kebaikan.

Adakah anda terkesan dengan kecaman daripada orang ramai mengenai isu tersebut?

Tidak, saya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai. Mungkin mereka salah faham dengan kenyataan tersebut. Saya ingin membetulkan diri saya dahulu tapi mungkin ia memakan sedikit masa.

Adakah suami anda memarahi anda jika tidak bertudung?

Tidak, suami saya tidak pernah memarahi saya jika saya tidak bertudung. Dia merupakan seorang yang memahami diri saya.


Apakah perkembangan terbaharu anda?

Kini saya sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah program televisyen yang berbentuk realiti televisyen iaitu Main Masak-Masak. Saya juga ingin berehat daripada menerbit dan mengarahkan filem memandangkan industri filem sekarang dipenuhi dengan filem yang tidak berkualiti.


kredit to kosmo:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2z279yjqn
Hakcipta terpelihara

Copy the Code
Last edited by mycute on 16-4-2014 03:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:01 PM | Show all posts
artis ni klu tanya bab2 agama mcm ni..jawapan dorang mmg hancur tkde yg elok.,,so, lu pikir la sndiri..tgklah jawapan fizo omar n kak mi...pendirian dorang ni lebih kurang je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:34 PM | Show all posts
Kak mi ooii kak mi..
Hukum berdosa x pakai tudung tu bukan org yang kata..Allah yang kata..
Ekceli bkn xpakai tudung..tp secara lebih tepat tidak menutup aurat..
Kalo boleh artis2 ni jangan la nak bagi stetmen sesedap rasa..
Fikir dulu sebelum cakap ape2..lagi2 bab hukum agama ni..
Benda bab solat,puasa,tunai haji..bab tutup aurat ni bagi aku benda basic dalam agama islam..
Maka jangan lah nak complicated kan keadaan dan cuba tegakkan benang basah..sudah nyata dan jelas ape yang diperkatakan bercanggah daripada ajaran islam..
Semoga beliau mendapat pentunjuk dan hidayah NYA..dan berubah menjadi lebih baik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 04:55 PM | Show all posts
smoga d beri hidayah utk belajar agama lagi..
peringatan untuk diri sendiri jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:02 PM | Show all posts
yg fizo omar aurat tu subjektif...
yg kak mi pakai tudung xbleh paksa n kene ikhlas...
kalo yg dulu...
ogy ahmad daud pakai tudung xwajib n islam xmemaksa...
yg rebecca buat ape kalo saya tutup aurat tp x ikhlas...
hai le retis...
kalo xtau diam2 sudah la...
makin bercakap makin nampak xsekolah...

islam tidak memaksa org kafir peluk islam...
tp bila da masuk islam org itu perlu n wajib patuh ajaran islam...
tutup aurat wajib n Allah yg kata...
org islam mmg akan masuk syurga tp selepas dihitung segala amalannya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 05:51 PM | Show all posts
eddysheddy posted on 16-4-2014 03:09 AM
alahai org dlm ni pun pening kepala aku dibuatnya.. macam2 jawapan dan pandangan sedangkan jawapanny ...

Ada ke ayat quran / hadith sohih?
makcik bukan nak bangkang tp nak tahu sbb ramai yg cakap tp tak jumpa pula source
harap ada yg dapat membantu


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 06:49 PM | Show all posts
hahhaha...the best part dia tau kalau tk tutup aurat akan masuk neraka....tau apa gunanya kalau tak ikut...
bukan dia je...rakyat malaysia memang ramai camtu...negara je islam..tp tidak diamalkan...isteri pm malaysia pun tak ikut ...inikan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 07:19 PM | Show all posts
u nie.. jgn lah eksploit ape yg raja azmi ckp.. maksud die.. xsemestinya org pakai tudung jer masuk syurga, xpakai tudung neraka,,, tu jer.. bukan die nak menidakkan hukum Allah..  ishh.. kite doa baik2 saj lah semoga kite semua ditmpt dikalangan org beriman
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:57 PM | Show all posts
Kak Mi ... Dalam Al-Quran jelas Allah S.WT menyuruh kita SOLAT ... dan dalam Al Quran juga ada dijelaskan supaya wanita MENJAGA AURAT ... Soalan , Jika menutup Aurat itu adalah satu isu remeh bagi Allah  .. adakah Allah SWT akan sebut dlm Al Quran ? ... buang karan je kan ....

AL-QURAN:
http://quran.com/24/31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Hadith :
http://www.hadithcollection.com/sahihmuslim/152-Sahih%20Muslim%20Book%2024.%20Clothes%20and%20Decorations/13315-sahih-muslim-book-024-hadith-number-5310.html?highlight=WzUzMTBd

Chapter : The women who are naked even in their dresses and who deviate from the right path and lead their husbands astray.

AbU Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) having said this: Two are the types of the denizens of Hell whom I did not see: people having flogs like the tails of the ox with them and they would be beating people, and the women who would be dressed but appear to be naked, who would be inclined (to evil) and make their husbands incline towards it. Their heads would be like the humps of the camel inclined to one side. They will not enter Paradise and they would not smell its odour whereas its odour would be smelt from such and such distance.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:10 AM | Show all posts
dulu aku pernah jahil jugak.. jadi bila dengar dia cakap gini rasa kesian sangat..
semoga Allah bukakan hati dia untuk terima hidayah.. Amin
tak berani nak komen lebih2, mungkin pengakhiran dia nanti lebih baik dari kita..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik_timah61 posted on 15-4-2014 12:04 AM
Semoga kita dapat hidayah agar berhenti melahar

tapi makcik pernah juga dgr beberapa u ...

Ye betul. Betulkan solat dlu... yg lain2 akan ikut. So kak mi dh ambik 1st step yg penting, which is perbaiki solat.

Xsemua forumers kat cari ni nk mencaci cerca tau... kita baca utk info. Xramai pon yg rajin nk gado2. Juz baca diam2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:23 AM | Show all posts
sophiesoraya28 posted on 14-4-2014 06:01 PM
i can't recall kat mana i baca ,

ada ustaz ni terangkan , seorg yg bukan muslim tetapi baik amal ...

hello cik kak..celah mna org kapir x msuk neraka..
sah2 msuk neraka n jdik bahan bakar..hnyalah budak bukan islam yg mati brumur sblom baligh msuk syurga..
so budak yg blom baligh xktegori kapir lagik..
ostad mna tuh..mtk dalil n hadis2 sahih?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:35 AM | Show all posts
Bila terutusnya Muhammad saw, semua orang kafir (kitabiah atau ahlil kitab atau musyrikin) akan masuk neraka. Inilah penjelasan Ibn Abbas bila turunnya ayat AQ 3: 85

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang menutup aurat dengan sempurna pun belum tentu masuk syurga atau neraka, apatah lagi yang lansung tidak menutup aurat. Fikir2 kan la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 08:04 AM | Show all posts
xnak pakai xyah kasi confuse pada org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:58 AM | Show all posts
doakan yang baik2 untuk kita semua..amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 10:29 AM | Show all posts
umur dh senja, takkan masih lagi tk betul2 solat tu...takkan la masih lagi compang camping...nak tunggu sampai bila baru betul solat tu?...mati bila2 masa, semoga sempat berubah ke lebih baik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.649033 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list