CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16483|Reply: 341

[Tempatan] {13} Kajian: Siswazah baru kerja dah pokai ! pic

[Copy link]
Post time 15-4-2014 03:15 AM | Show all posts |Read mode
15 April 2014

KUALA LUMPUR – Satu kajian oleh syarikat pengambilan pekerja dalam talian, JobStreet.com  mendapati kebanyakan siswazah yang baru mendapat pekerjaan di Malaysia berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500.


Menurut kajian yang melibatkan 2,062 responden itu, sebanyak 77 peratus daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang  mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.


Kajian turut menunjukkan sebanyak 63 peratus daripada mereka menjelaskan bahawa barangan keperluan yang dimaksudkan itu ialah pinjaman kereta dan pendidikan serta kos pengangkutan yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran.


“Kira-kira RM1,500 daripada pendapatan bulanan mereka telah dibelanjakan ke atas keperluan tersebut dan untuk menjimatkan kos, separuh daripada mereka tinggal bersama ibu bapa, manakala 30 peratus lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20 peratus sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan.


“Kajian itu juga mendapati 87 peratus daripada responden tidak memiliki pendapatan sampingan selain pendapatan bulanan mereka, dan disebabkan itu kebanyakan mereka meminta gaji yang tinggi sewaktu sesi temu duga,” menurut kajian tersebut.


Kajian ke atas responden yang terdiri daripada siswazah yang baru mendapat pekerjaan di seluruh negara itu dilakukan pada Mac lalu.


Syarikat JobStreet.com menyediakan  perkhidmatan pekerjaan dalam talian yang memaparkan lebih 150,000 iklan pekerjaan sebulan dan memiliki pangkalan data lebih 11 juta pencari kerja.

kosmo

p/s betul 3x...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2014 03:16 AM | Show all posts

PARA siswazah kini menuntut kadar gaji lebih tinggi bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. - Gambar hiasan


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:32 AM | Show all posts
Mmg kos meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:51 AM | Show all posts
akak masa lepas graduasi dahulu, under 2.5k jah dik
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
boros kot... bujang pun dh belanja banyak sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 05:06 AM | Show all posts
mak ajar beli kereta ,kalau x ,nanti bakal mak mertua xpandang ,sudah beli ,bayar ansur kena potong gaji

dah kahwin ,buat pinjaman lg , hantaran awex tinggi mcm dia anak Tan Sri

kahwin tanggung isteri ,tanggung hutang ,tanggung perasaan ,tanggung beban sendiri

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 07:18 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 15-4-2014 03:51 AM
akak masa lepas graduasi dahulu, under 2.5k jah dik

Nilai 2.5k dulu tak macam skg kaka.. Dulu makan nasi campur masih boleh dpt RM1.50. Ayam goreng seketul kat pasar malam hanya rm1.00. Soalnya skg nilai duit kita dah mcm tisu kaedahnya..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 07:36 AM | Show all posts
hutang keliling pinggang belum dapat keja lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 07:41 AM | Show all posts
mana tak pokai...belum grad dah sibuk nk berancuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:00 AM | Show all posts
banyak mana duet pon takan cukop..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:03 AM | Show all posts
buatlah part time bisnes...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:05 AM | Show all posts
mmg kos hidup meningkat..
duit ni byk mana pun x cukup kalau xde bajet
membelil mengikut kehendak, bukan keperluan..
tp majoriti dia org ni baru keje da pakai kete..
phone mahal2.., klau yg prempuan..alat makeup, pakaian, kasut...smua nk branded gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:05 AM | Show all posts
Cer senaraikan perbelanjaan sebulan....contoh kat opis ni pun dah cukup....gaya macam gaji 20K...mana tak pokai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:07 AM | Show all posts
kalo pndi berjimat leh jek save gaji tu...
ni dpt gaji je trus enjoy...gi clubbing...gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:11 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 15-4-2014 03:51 AM
akak masa lepas graduasi dahulu, under 2.5k jah dik

Au lepas grad keje jadi Management Trainee, gaji starting 1k..lepas 6 bulan naik 1.3k. Boleh jer bagi duit kat mak kat kampung tiap bulan...simpan sikit2. Tapi aku takde motor/keta pun. Tipon pun 2-3 ratus jer (dulu alcatel..motorola ). Dok hostel jer.

Bila kawin baru le naik setingkat2...beli motor..beli keta.. beli rumah ikut kemampuan. Masalahnya Gen-Y ni sejak dalam U lagi dah hidup senang lenang dengan keta.. semakfon segala bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:14 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 15-4-2014 08:07 AM
kalo pndi berjimat leh jek save gaji tu...
ni dpt gaji je trus enjoy...gi clubbing...gitewww

Betul tu...asal hujung minggu jer kuar dengan awek. Katakan paling bajet makan, tengok wayang dah 100. Mahu 400-500 sebulan untuk enjoy jer. Bila nak kawin.. hutang dengan bank.

Harap yang muda2 ni muhasabah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 15-4-2014 03:51 AM
akak masa lepas graduasi dahulu, under 2.5k jah dik

Ok la tu kak.. Akak zmn bila? Sy zmn milenium 2014 ke arah wawasan 2020 gaji bwah 2k je
Fresh grad dgree
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tintabiru73 posted on 15-4-2014 08:14 AM
Betul tu...asal hujung minggu jer kuar dengan awek. Katakan paling bajet makan, tengok wayang dah  ...

Betul.. Rsenye yg dah keje ni lg la lebih dri 100.. Yela, da kje kn.. Mcd kepci ni xmain laa.. Kurang2 sushi king pastu klau dlu tgk wyang kapel seat, skrg nk gold class..

Sy xsmpai 2k pon, so haruslah catu giler2 pbelanjaan.. Mkn sebulan xsmpai 400, tp kurusnya x jgak.. Tensen haku!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:19 AM | Show all posts
haryatie posted on 15-4-2014 08:05 AM
mmg kos hidup meningkat..
duit ni byk mana pun x cukup kalau xde bajet
membelil mengikut kehendak, ...

phone mahal2.., klau yg prempuan..alat makeup, pakaian, kasut...smua nk branded gitu

Ini aku setuju sesangat. Tipon akupun 600hinggt jer (bole browse, baca online, edit words/excel, etc)...tak sampaipun suku gaji basic aku.
Herannya kerani aku boleh beli iphone, samsung beb...gaji 2 bulan dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:23 AM | Show all posts
sebanyak mana gaji pun..kalau tak de kesedaran kat diri...mmg takkan cukup....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073820 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list