CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3723|Reply: 6

Middleton tak abai tanggungjawab

[Copy link]
Post time 16-4-2014 11:04 AM | Show all posts |Read mode



WALAUPUN sibuk, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William, Kate Middleton tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada Putera George Alexander Louis.

Setiausaha peribadi William memberitahu, Middleton sanggup membawa George menaiki penerbangan selama 27 jam semata-mata tidak mahu  berpisah dengan puteranya ketika dia sedang menyempurnakan urusan diraja bersama William.

“Kadang-kadang mereka membawa George selama tiga hingga empat minggu berulang-alik dari Australia dan  New Zealand.

“Jika Middleton bekerja pada waktu petang, masa terluangnya akan digunakan untuk melayani George,” katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2014 11:04 AM | Show all posts


PASANGAN diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton, dalam rangka lawatan ke New Zealand telah membuat penampilan kedua puteranya, Putera George secara terbuka selepas kali pertamanya pewaris takhta kerajaan monarki England itu dilahirkan.

Keluarga diraja ini mendapat perhatian ramai sebaik sahaja mendarat di New Zealand. Seperti kebiasaannya, Kate yang terkenal dengan gaya penuh elegan itu menyarungkan kot labuh oleh pereka kegemaran Puteri Diana, Catherine Walker.

Topi rona sedondon yang dilengkapi sepasang kerongsang platinum daun fern, simbol negara New Zealand, melengkapkan lagi penampilannya sebagai Duchess of Cambridge di negara itu.

Turut disertai keluarga diraja yang lain, lawatan itu menggunakan penerbangan Australia, Qantas yang membuat perhentian di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney dan akhir sekali Wellington.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:13 AM | Show all posts
bagusnya kate.. untung la george!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:37 AM | Show all posts
kate
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:27 PM | Show all posts
Standardlah tu, alahai ingat brita apalah...
Tp knpa t.t xmerge je dgn thread william kate yg sedia ada..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:45 PM | Show all posts
ye kenapa x teruskan kat thread Kate atau George?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 01:25 PM | Show all posts
george yg bambam...
sebijik rupa ayah dia masa baby...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.773268 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list