CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] Punca sebenar buat report polis laungan azan di mesjid terlalu kuat

[Copy link]
Post time 16-4-2014 09:05 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 06:55 PM
Tuhan beir ko nyawa bertahun2 lamanya

15 minit xkan menjadikan hidup ko neraka

Ko ni Dah lah bodo sombong pulak tu.

Ko baca ke tak penjelasan pakcik tu?
Pakcik tu suka kat Azan... cuma tapi tak suka kpd kekuatan bunyi (volume) yg terlalu kuat yg mengunakan 15 speaker untuk "Tarhim dan siri2 ceramah" yg kadang-kala sampai 11 malam.


Last edited by NeoMatrix on 16-4-2014 09:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 09:14 PM | Show all posts
biasalah orang. kalau sebut azan dah sebagainya jadi isu. kat rumah aku kalau waktu subuh tu aman syahdu dengar sebab sayup sayup dengar. bila azan dengar azan. habis je azan. takde bunyi apa dah. ada surau ada masjid lagi. ada orang bukan islam lagi tinggal di kawasan ni. tiada komplen. tiada rungutan.

begitu juga rumah in law aku. surau betul betul depan rumah ni. tapi waktu ceramah, baca quran etc pakai mike dalam surau. dalam rumah tak leh dengar. dengar azan je. pastu dah tak dengar apa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:18 PM | Show all posts
NeoMatrix posted on 16-4-2014 09:05 PM
Ko ni Dah lah bodo sombong pulak tu.

Ko baca ke tak penjelasan pakcik tu?

bila speaker gitu punya banyak - dan di taman perumahan semuanya bangunan batu
bukan nya dapat dengar dengan jelas -
bunyi bergaung2 - dengar memang dengar tapi tak dapat butir
so dari niat nak share ilmu (bersangka baik)
boleh buat orang salah faham kut dapat dari meneka neka apa ustaz berceramah
sian pokcik tu - lagi kesian porumer suka reply tak mau baca - men viva hutan jerr melulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:19 PM | Show all posts
NeoMatrix posted on 16-4-2014 09:05 PM
Ko ni Dah lah bodo sombong pulak tu.

Ko baca ke tak penjelasan pakcik tu?



berdoa kat Tuhan supaya ko dna pokcik tu pekak

dgn cara mcm tu ,tiada lagi cercaan dan hal ni langsung xjadi isu.

manusia xtahu bersyukur kannnnnnnnnn

apa nak buat , keji org bodo , diri ko bijak sgt

selesailah masalah ni dgn pekak kan telinga ko dan pokcik tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 08:45 PM
yer laa azan tu kejap, ko baca laa punca dia wat laporan polis tu pasal azan yg kejap ke pasal ape ...

Depa2 tu baca sekerat2...
Mata kanan kat ayat paling ataih...
Mata kiri dah sampai ayat paling bawah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:20 PM | Show all posts
ramai jugak yang bangang tgk tajuk terus komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
NeoMatrix posted on 16-4-2014 09:05 PM
Ko ni Dah lah bodo sombong pulak tu.

Ko baca ke tak penjelasan pakcik tu?

Jangan dilayan puak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:21 PM | Show all posts
cupu posted on 16-4-2014 08:28 PM
15 speaker tu mmg melampau la..sape la jkkk ni..

Sian pakcik.aku pun tgh imejin klu tgh study s ...

kita kena bersykur sebab ada 15 speakers

org lain harap suara bilal shj

dengar pun antara tidak

kuat lg kentut ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 09:23 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 08:13 PM
ko baca ke x penjelasan pocit tu apsal dia wat laporan polis????kang org kata bodoh sentap ngalahk ...

pondan lorong pun kalau dia Islam ,dia tetap kena dengar azan dan ceramah agama

kita tambah lg 10 speaker

syukur kpd Tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok_Batin posted on 16-4-2014 08:04 PM
Boleh tak nak salahkan newspaper tu jugak? Buat cerita berat sebelah tanpa temuramah pakcik tu jugak ...

Stended la paper nak lakukan jyalan j
X pasai2 menyebar fitnah seantereo alam
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:25 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 09:23 PM
pondan lorong pun kalau dia Islam ,dia tetap kena dengar azan dan ceramah agama

kita tambah lg  ...

hahahhaha,bodoh x abis2 lagi nih.......

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:25 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 07:13 PM
amboi ?!
org lain bodoh ,ko saja yg bijak ?!

suruh besederhana dalam bertahmid dikatakan jahat. menerakakan orang dalam forum dikatakan apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:28 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 09:25 PM
hahahhaha,bodoh x abis2 lagi nih.......



astaghfirullah al3azeem

sungguhpun Tuhan beri ko cerdik pandai DAN

Kalau ko benar2 bijak ,xkan ko membodohkan org

sebab membodohkan adalah perbuatan dosa

kita tambah lagi 20 speaker
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:29 PM | Show all posts
edee_91 posted on 16-4-2014 09:25 PM
suruh besederhana dalam bertahmid dikatakan jahat. menerakakan orang dalam forum dikatakan apa pul ...

tu laa pasal, benda yg tiada dlm agama diada-adakan,mmg laa tujuannya baik tp if caranya mengganggu kehidupan awam bleh jatuh haram.....membaca al-quran dlm masjid adalah perkara berpahala yg sgt2 dituntut tp jika membaca dgn nyaring hingga mengganggu jemaah lain yg bersolat dan berzikir Baginda Junjungan pun larang.....

tu laa bodoh dia blom abis lagi tu....layankan jer laaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:29 PM | Show all posts
edee_91 posted on 16-4-2014 09:25 PM
suruh besederhana dalam bertahmid dikatakan jahat. menerakakan orang dalam forum dikatakan apa pul ...



itu dikatakan slaing ingat -mengingatkan

amal makruf nahi mungkar

kita tambah lg 30 speaker
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:30 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 09:29 PM
tu laa pasal, benda yg tiada dlm agama diada-adakan,mmg laa tujuannya baik tp if caranya menggangg ...

jgn mcm tu

kita boleh dengar muzik berdentum-dentum ,xpernah di keji sbg mengganggu

Najib pun tunjuk baik ikut serta  majlis mahabbah rasul selawat Nabi

Kita tambah lg 40 speaker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 09:31 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 09:28 PM
astaghfirullah al3azeem

sungguhpun Tuhan beri ko cerdik pandai DAN

alhamdulillah, ALlah kurniakan aku akal fikiran yg mampu menilai sesuatu yg dituntut agama dan suatu yg dilarang.........

dah ko tu membabi buta komen cam org bodoh x kena dgn penerangan pocit tu, xkan nak kata ko cerdik laksana plak, dh terang2 laaa ORG BODOH jer komen melulu bertentangan langsung dgn apa yg diperjelaskan, ngerti??????

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:33 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 09:31 PM
alhamdulillah, ALlah kurniakan aku akal fikiran yg mampu menilai sesuatu yg dituntut agama dan sua ...

Aku terbiasa hidup dengar bacaan Koran xhenti2...xbising pun aku

Xde masalah pun utk aku

Tidur pun nyenyak saja

Bangun esoknya boleh tahajjud lg...solat taubat

boleh buat segala xdenya terganggu

masalahnya diir sendiri yg xsuka

kita tambah lg 50 speaker
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 09:31 PM
alhamdulillah, ALlah kurniakan aku akal fikiran yg mampu menilai sesuatu yg dituntut agama dan sua ...

dia tu dah terlajak kata..tu yg terus berangkai2  kebodohannya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 09:34 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 09:30 PM
jgn mcm tu

kita boleh dengar muzik berdentum-dentum ,xpernah di keji sbg mengganggu

tu individu...nih melibatkan masyarakat....kalo JKKK tu dok sorg2 dlm hutan dia nak pasang 85 speaker pun xder org nak bising......

camner dlm sirah perihal Baginda Junjungan melarang pembacaan Al-Quran para sahabat dgn nyaring dlm masjid tu???

Asri: Bacaan selain Azan di pembesar suara patut dihentikan
| Jan 15, 2011 05:57:31 pm



Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai.  Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan.  Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan.  Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah "perjuangan mempertahankan Islam".  Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.  Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain.  Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w.  Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik.  Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita.  Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara.  Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini.  Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain.  Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda.  Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: 'Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain.  Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat' (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)."


Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.  Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.  Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini.  Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).  Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim.  Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat.  Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk.  Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan.  Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.  Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni.  Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060531 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list