CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] Punca sebenar buat report polis laungan azan di mesjid terlalu kuat

[Copy link]
Post time 16-4-2014 09:59 PM | Show all posts
edee_91 posted on 16-4-2014 09:57 PM
sampai mana je had kuasa kadi tuh dalam menyelesaikan masalah speaker tu wei....? hadoi la kelakar ...


kepada Tuhan aku berserah diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu tahrim ni dh lama sbnrnya..kkdg org masjid ni dia pedulik ape.x pk org baru balik keje pg2 buta..bru nk tdo pas subuh..x pk org ank kecik skt tgh2 mlm..bru nk tdo..psg sekuat2 ati ceramah..bkn aku anti ceramah..tp kita duduk dlm.kejiranan ni kena ad give n take..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:09 PM | Show all posts
axl_bach posted on 16-4-2014 09:36 PM
Bodoh x sudah2.....xper aku faham terlajak perahu bleh gostan, terlajak kata terpaksa laa teruskan ...

Sebaiknya dia patut membenarkan sahaja dan menutup tirai... tapi nampak gayanya dia meneruskan dengan penambahan speaker.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:14 PM | Show all posts
woooiitt..

kamu ngaji kuat2 time org sblh solat pun boleh jadi dosa la weeiiii..



ni apatah lagi baca / ceramah smpai pkul 11 mlm , apa tk bingit tinge..
smpai 15 speaker..

masjid tmpt aku pn 4 speaker aja..

mu tarak ada baby mudahla kata snang, sian budak2 nk tido..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:19 PM | Show all posts
batmana posted on 16-4-2014 10:14 PM
woooiitt..

kamu ngaji kuat2 time org sblh solat pun boleh jadi dosa la weeiiii..

amar rahim maarof nahi mungkar katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:25 PM | Show all posts
edee_91 posted on 16-4-2014 10:09 PM
Sebaiknya dia patut membenarkan sahaja dan menutup tirai... tapi nampak gayanya dia meneruskan den ...

tu laa pasal, patut dia ngaku jer silap....nih siap ngaku nak pertahankan Islam...bila aku cakap Islam xleh dipertahankan dgn semangat MEMBABI BUTA dia bleh konar ngadu kat mod kata aku samakan Islam dgn BABI.....adoyaaiiiiiiii

org minta hujah dia ngape sokom tindakan pasang 15 speaker xleh bagi plak....kurang2 dalil 3aqli sudah, kalo dh xder dalil naqli pun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 10:26 PM | Show all posts
batmana posted on 16-4-2014 10:14 PM
woooiitt..

kamu ngaji kuat2 time org sblh solat pun boleh jadi dosa la weeiiii..

ko pe tau, nih org pasang ceramah wei, ceramah utk kebaikan, patut tambah bagi 100 speaker kekdahnya baru ISLAM TELAH DIPURTAHANKAN.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:35 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 07:03 PM
xde hujah2 pun

komen komen saja

Disiarkan pada January 15, 2011
BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

http://drmaza.com/home/?p=1339

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aik.. thread baru... hmmm.. sian pakcik tu kan.. dicerca ummah2 bajet suci mulia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:38 PM | Show all posts
yang pasti ummah mulayu sunni pprt syumul mesti betul..xda salah..walaupon burlebihan ummah suchi secara automatik berada di pihak benar.....masjid harus dipasang 200 biji speaker agar dpat didengar sejauh 20 Km radius...bertahlil pon harus didengarin sekalian umat...

takbirrr~

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:41 PM | Show all posts
siapa suruh tak nak ikut wahabi? HARAM mengkuatkan bunyi zikir dan bacaan holy koran!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:41 PM | Show all posts
bestnya ada gado-gado
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun ni thread psl kes tarhim tahrim azan, i nk suarakan sesuatu psal polis dan aduan kebisingan...

dlu jiran i yg jauh, psang lagu terlalu kuat di siang hari.. gema dentuman sgt mengganggu.. dah ckp elok2 dgn jiran, tp dia marah i blik..

pastu i call polis suh tlg p nasihat, tp polis kata, kna redha je sbb selagi lum pkul 12 mlm, sesapa pun bebas wat bising.. huh..

kecewa.. redha... hamjad tul..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:48 PM | Show all posts
amat66 posted on 16-4-2014 07:39 PM
Aku ada kawan budak pasir gudang yang secara peribadi cukup kenal dgn pakcik ni..mengikut dia, pakci ...

biasa la, orang melayu akan follow ADAT dulu, baru syariat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak tu, bila jiran cina ada kematian, 2hari berturut i redha dgr bunyi bising suara sumbang dorang nyanyi melalak meraung..

camtu gak klu ada kenduri, menyanyi melalak karoke full blast volume smpai kul 12mlm.. lpas kul 12mlm, mmg sunyi..

tu belum lg kes tokong wat bising..




**kat mana2 pun, mmg ujud manusia yg gemar mengganggu ketenteraman..

bestnya klu tnb n syarikat air n tm sggup redah tgh utan psg kabel, paip etc, sbb i rela dok tgh utan jauh dr kebisingan, tp i perlukan air, letrik n internet..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman aku penah dok dkt betul ngan surau beberapa langkah je..bila time azan sekuat kuat nye bunyilah..memang ada jenis bilal suka perasan syok sendiri psg speaker kuat2..klu org lain azan x sekuat mcm bilal syok sendiri tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana posted on 16-4-2014 09:21 PM
kita kena bersykur sebab ada 15 speakers

org lain harap suara bilal shj

I rs dulu u ok.skrg mcm nak cr gaduh jer..perubahan cuaca ke hapa.

Syukur atau x bukan dinilai dgn jumlah speaker.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
BeeHaa posted on 16-4-2014 10:55 PM
Pengalaman aku penah dok dkt betul ngan surau beberapa langkah je..bila time azan sekuat kuat nye bu ...

Aku ada post gak dlm tred sblm ni rsnya.aku bgtau umh lama aku pun dok dpn surau.xsampai 100m.yg tu aku bgtau sk dok kat surau ni.psl alert la soal2 azan.ceramah.mmg dgr sebijik2.klu time jamuan,bunyi pinggan pun degung degang blh dgr.tp kat bumbung tu ada satu je speaker.dah dgr penjelasan smpai 15 speaker mmg sesuatu la sgt..bersederhana kan baik..bukan xbersyukur..bygkan jgk org sakit.org migrain.bukan semua maksom cam forumer sorang tu..syukur memanjang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu posted on 16-4-2014 11:08 PM
Aku ada post gak dlm tred sblm ni rsnya.aku bgtau umh lama aku pun dok dpn surau.xsampai 100m.yg t ...

Betul tu bukan x bersyukur...bila sengaja dikuatkan speaker...smp aku jd x ikhlas dgr bunyi azan...cptlah abis..kite berckp dlm umah pun x dgr menda selama 10 min azan tu..tu baru 1 speaker belum lg 15 ! Tidaklah...mmg aku repot polis lah...arwah abah aku pun jd bilal..xde ler sekuat2 alam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:20 PM | Show all posts
umat islam hari ini takdok apa nak di banggakan pada donia kecuali kebodohan depa sendiri

depa takdok apa nak beri pada dunia hari ini kecuali apa depa dakwa  'this is islam, this is the truth'

islam memang indah tapi orang islam itu hari ini jarang yang indah..sebab depa bodoh

macam mana soang yang kotor dan bodoh mahu memakai sesuatu yang paling indah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073073 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list