CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5776|Reply: 29

[Tempatan] {20} Harta Karun di Pulau Nangka milik Kesultanan Islam! post 21# pic

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2014 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Thursday, Apr 17, 2014


PULAU NANGKA, Malaysia - Hundreds of relics in Pulau Nangka have been sighted in a cave that is believed to have been used as a hideout for Sultan Mahmud when he fled from the Portuguese armada that invaded Malacca in 1511.


One of the companies given a state government approval to survey and gather pictorial evidence of the treasures hidden in the little island, 17km from here, said they have sighted hundreds of relics inside the cave.


Smart Partnership International (M) Sdn Bhd director Mohammad Fuad Khushairy Mohd Said revealed that his team used state-of-the-art scanning technology and geo-technical methods to sight the treasure.


"We have yet to determine the quantity and actual value of the relics inside the cave, but there are various types of relics inside," he said.


Mohammad Fuad also said various elaborate drawings and symbols were discovered at the entrance of the cave.


"We have to find ways to decipher the drawings and symbols that could be related to the Majapahit Kingdom and Islamic sultanates from the Malay Archipelago," he said, adding that there were several chambers inside the cave believed to be Sultan Mahmud's hideout.


Meanwhile, reports of the hidden treasures on the island have drawn droves of relic hunters there, prompting the state government to beef up patrols and security around the island.


Chief Minister Idris Haron said there had been a reported attempt to detonate a huge boulder said to have blocked an entrance two decades ago to the cave, where billions of ringgit worth of treasure were said to be hidden.


The attempt to plunder the relics failed, said Idris.


"We have to be extra vigilant to avoid anyone encroaching the site as the media report on the treasure has also received worldwide attention," he said.


Previous sightings claimed the treasures include more than 80 chests of gold, gold ingots, coins, jewels, jewellery, gold plate, land deeds, religious relics, weapons, trophies, artefacts and royal regalia.


A front-page exclusive on the treasure island on Monday had stated that the state government had given permits to two local companies to carry out excavation work under strict conditions set by the Malacca Museum Corporation (Perzim).


There is a belief that mystical obstacles are preventing the treasure from being taken, with villagers saying the buried cave is either protected by a curse or by spirits.


Representatives of the two companies that would be carrying out the excavation works for the state government had reportedly sought "spiritual help" to undertake their venture.


Idris said the work to identify the type of treasures was in progress by one of the companies.


"We will apply for permits and licences from the relevant authorities once we enter the second phase, where the company confirms the treasures could be salvaged," he said.


Fisherman Shukri Ahmad, 48, said it would not be easy for relic hunters to take away the treasures from the cave.


"I tried with a group of friends by deciphering the symbols, but all of us went into a trance-like state when we took out some of the treasures," he said.- the star


p/s ada penunggu jaga...


Last edited by tongkatwaran75 on 20-4-2014 08:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Punah ler pulau tu ditobek sini sana
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn sembarang jew nk amik Harta Karun nie Uolss.. kang lain jadiknye
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 09:56 PM | Show all posts
saya berminat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 10:00 PM | Show all posts
Bising ja lebih
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:34 PM | Show all posts
sekali dalam peti ada spender saiful bukhari..amacam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2014 11:35 PM | Show all posts
emas kalau jenis sodok tu tak payah la.....kalau takde kepakaran tak payah susah diri....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berani amik ler..tak tau ke kat pulau nangka banyak penunggu..bunian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2014 12:01 PM | Show all posts
'Benda itu memang ada'

16 April 2014

MELAKA  - Menggunakan perkhidmatan bot laju, jeti Pengkalan umbai Pernu kami tinggalkan.

Sekitar 20 minit, kaki sudah dapat menjejak Pulau Nangka. Pulau yang kini kembali menjadi sebutan.

Di Pulau ini, sesiapa saja tidak kira orang awam, wartawan atau jurugambar, tidak dibenarkan mengambil gambar  atas arahan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Kami hanya dibenarkan merakam pemandangan pulau di bahagian luar sahaja.

Pulau Nangka digazetkan sebagi hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak 1997.

Di persisiran pantai, bertemu beberapa petugas dipercayai kakitangan syarikat kontraktor dilantik Perzim untuk menjalankan kerja-kerja pencarian bukti mengenai wujudnya harta karun di pulau ini.

Kami dihalang memasuki kawasan lebih jauh dengan alasan tidak dibenarkan serta memberi amaran kawasan berkenaan amat merbahaya.

Selain bentuk muka bumi yang curam di bahagian belakang, pulau berkenaan dikatakan juga banyak dihuni makhluk halus dan keras.

Hampa kerana hasrat untuk meneroka Pulau Nangka tidak kesampaian, kami kemudian pulang semula ke tanah besar.

Di tanah besar, kami terus mendapatkan syarikat yang terlibat melakukan kerja-kerja penyelidikan di Pulau Nangka.

Dakwaan adanya harta karun bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, disahkan dengan bukti bergambar yang diperoleh syarikat itu.

Gambar-gambar tersebut merupakan artifak lama dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.

Menurut Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mengadakan penyelidikan di pulau berkenaan kali pertama pada Julai 2012 dan menemui tiga tanda besar termasuk ukiran batu berbentuk bulan sabit.

Katanya, batu berkenaan diperbuat daripada batu kuarza yang dilekapkan pada batu laut dipercayai berusia lebih setengah abad di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.

“Selain itu, terdapat ukiran batu peta Pulau Nangka sendiri yang menunjukkan simbol bermaksud adanya pinggan mangkuk lama tersimpan di situ.

“Semua itu boleh jelas kelihatan semasa air laut benar-benar surut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Jelas Mohammad Foad, syarikatnya dipertanggungjawabkan untuk mencari bukti bergambar serta menjalankan kajian di Pulau Nangka selama tiga bulan dan akan berakhir sehingga penghujung April ini.

“Mengikut kajian geoteknikal yang dijalankan, memang wujud bahan artifak lama dan selama hampir tiga bulan ini, kami bukan menemui gua seperti didakwa tetapi merupakan bilik-bilik yang dibina oleh orang terdahulu di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka.

“Saya tidak dapat pastikan berapa banyak barangan yang terdapat di dalamnya namun menerusi kajian geoteknikal serta imbasan imej bumi, mendapati memang wujud artifak berkenaan.

“Cuma sekarang ini halangannya struktur batuan yang amat keras dan perlu dipecahkan terlebih dahulu,” katanya.

Menurut beliau, binaan bilik-bilik berkenaan sama seperti struktur binaan Kota Melaka dan kemudiannya dikenali dengan nama Kota A Farmosa yang dibina oleh orang Melayu Melaka sendiri sebenarnya.

“Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain. Lebih kurang 20 tahun lepas ketika struktur pintu utama masih elok, kita boleh masuk tapi sekarang pintu tersebut sudah runtuh jadi kita kena buat pintu baru, itu sebabnya tidak boleh masuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:01 PM | Show all posts

Pengawal hanya membenarkan merakam pemandangan bahagian luar pulau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:04 PM | Show all posts
harta Ahmad Albab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:05 PM | Show all posts
Harta Karun Pulau Nangka: Mungkin Harta Karun Milik Lanun

SHAH ALAM – Persatuan Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka, Melaka, seperti kenyataan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron.

Pengerusinya, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang singgah di perairan Melaka.

Menurutnya, perkara seperti menyembunyikan harta adalah amalan lanun-lanun sahaja.

“Itu hanya kemungkinan sahaja. Ini kerana, tidak ada dalam amalan atau hikayat sewaktu Kesultanan Melayu dahulu kisah meninggalkan harta dengan menyembunyikannya.

“Sesiapa sahaja yang melarikan diri termasuk Sultan, mereka akan membawa bersama harta-harta milik mereka dan tidak akan meninggalkan di mana-mana dengan harapan akan berpatah balik untuk mengambil semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara menyembunyikan harta boleh jadi dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Kebarangkalian harta itu wujud ada, cuma saya tidak boleh kata, ia milik Sultan Mahmud Shah atau mana-mana Sultan.

“Pada zaman itu, saudagar dari China dan India yang menetap di Melaka juga kaya dan mempunyai pengaruh besar, tetapi ia tidak memungkinkan harta-harta itu milik mereka kerana menyembunyikan harta bukan amalan pada era itu,” katanya.

Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah dinyatakan.

“Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian. Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri daripada mereka yang setia.

“Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut,” katanya.

Jelasnya, semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis.

“Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding jalan darat yang lebih kepada perkampungan,” katanya.

Dalam pada tu, Omar menjelaskan jika benar wujud harta karun seperti yang dinyatakan, ia adalah milik kerajaan Melaka dan tidak boleh mana-mana pihak mengambilnya.-SH.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:10 PM | Show all posts
Bekas ahli politik nak korek berbilion harta karun di Pulau Nangka, Melaka

14 April 2014

Teori mengenai wujudnya harta karun yang ditanam di Pulau Nangka yang merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud.

Sebahagian besar jongkong emas telah dibawa untuk mengelak daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada 1511. Kisah yang dirahsiakan berabad-abad masih tidak luput sehingga ke hari ini.

Sultan Mahmud dicatatkan cuba beberapa kali menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya, mungkin kerana kekayaan yang ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.

Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).

“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

“Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar.”

Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.

Sejarah mencatatkan harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal ‘Flor de la Mar’ adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.

Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi ‘Flor de la Mar’ itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.

Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu.

http://aans1.blogspot.com/2014/0 ... orek-berbilion.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2014 12:46 PM | Show all posts
Harta karun biasa dijaga makhluk halus

19 April 2014               

MELAKA - Seorang pencari harta karundi negeri ini, Abd Aziz Husin, 59, tidak menafikan kewujudan harta karun di Pulau Nangka dan Pulau Besar, di sini.

        Bagaimanapun, katanya, harta berkenaan sukar dimiliki kerana biasanya didampingi makhluk halus.
       
        “Pulau Nangka ini memang banyak harta, tetapi orang cukup ilmu saja boleh dapat. Jika tidak cukup ilmu, memangtak dapat sebab ada 'benda-benda halus' yang menjaga harta ini.
       
        “Jika tidak banyak amalan, lupakan saja untuk mendapatkan harta,” katanya semasa ditemui di kediamannya di Muara Sungai Duyong, dekat sini, semalam.
       
        Abd Aziz yang gemar mencari harta karun sejak 2006 sudah menemui pelbagai artifak lama di sekitar Muara Sungai Duyong.
       
        Antaranya bom, tembikar, dulang timah dan duit syiling, sekali gus mengesahkan kesahihan teori kapal karam di perairan Selat Melaka.- sinarharian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2014 12:46 PM | Show all posts

Abd Aziz menunjukkan artifak lama yang berjaya ditemuinya sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif derang umum kt public psl ni?

Cam bodo plak umum de harta karun.
Apa x galakkan lagi pencuri dtg ka?
Dah lah sempadan senang bolos. Esscom xleh harap.

Ni Nk kawal harta karun lak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:27 PM | Show all posts
batmana posted on 19-4-2014 08:55 PM
Apa motif derang umum kt public psl ni?

Cam bodo plak umum de harta karun.


bkn senang nak amik..sebab dikawal oleh jin
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:38 PM | Show all posts
TuntungReturn posted on 19-4-2014 09:27 PM
bkn senang nak amik..sebab dikawal oleh jin

bleh lah suruh jin kawal perairan negara jugok...plzzz




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074832 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list