|
KUALA LUMPUR: Ringgit harus ditambat pada RM2.80 berbanding dolar AS untuk mewujudkan suasana 'yakin' dalam pasaran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata tambatan itu akan juga membantu perniagaan mengawal kos menjalankan perniagaan yang semakin meningkat.
"Jika kadar pertukaran ditetapkan pada satu kadar, ia akan membantu perniagaan merancang belanjawan mereka bagi satu-satu tahun, kerana tahu nilai ringgit tidak akan berubah," kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada sesi meja bulat Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia bertajuk 'Managing Rising Cost In The Current Business Environment (Mengawal Kos yang Semakin Meningkat dalam Persekitaran Perniagaan Semasa)', di sini hari ini.
Pada 1998, ringgit ditetapkan pada 3.80 berbanding dolar AS setelah unit\
tempatan itu susut mendadak semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1977.
Beliau berkata pada satu ketika, semasa ringgit ditetapkan pada RM3.80,
negara pulih dan berupaya bersaing dengan jiran-jirannya dan, pada umumnya,
perniagaan berkembang.
Dr Mahathir berkata sistem apungan ringgit sekarang hanya mewujudkan\
ketidakpastian, yang boleh menyebabkan kos menjalankan perniagaan meningkat\
kerana ahli-ahli perniagaan perlu melindung nilai bagi kemungkinan berlaku\
inflasi.
Bagaimanapun, kata beliau, kini ringgit seharusnya berada pada sekitar\
RM2.80 berbanding dolar AS.
"Sekiranya nilai mata wang itu meningkat, negara ini akan menjadi kurang\
berdaya saing.
"Bagaimanapun, jika usaha berterusan dilakukan untuk meningkatkan\
produktiviti, kos akan meningkat tetapi kita tetap masih berdaya saing," tegas\
beliau.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata semua pihak, termasuk\
kerajaan, perniagaan dan kesatuan perlu menguruskan kos menjalankan perniagaan\
dengan bijak.
"Pihak pengurusan harus bijak dalam mengendalikan syarikat, menyasarkan\
produktiviti yang lebih tinggi, dan mengkaji kemungkinan melabur dengan cara\
yang lebih baik untuk menghasilkan sesuatu," kata beliau. - BERNAMA
|
|