CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1054|Reply: 9

[Tempatan] Kelantan lancar kempen Zon Bebas Asap Rokok

[Copy link]
Post time 17-4-2014 11:32 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Medan Ilmu di Jalan Dato’ Pati sehingga ke stesen bas bandar dan melewati Tambatan Di Raja bermula hari dijadikan sebagai Zon Bebas Asap Rokok.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kempen itu dibuat memandangkan perbuatan menghisap rokok boleh memberi kesan kepada mereka yang berada berdekatan perokok.

“Insya-Allah melalui kempen tersebut kita akan dapat melindung bahaya asap rokok kepada mereka yang tidak menghisapnya.

“Ini selaras dengan kempen kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai Zon Bebas Asap Rokok,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Dr Ramli Mamat dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Menteri Besar berkata, di lokasi kempen larangan merokok akan dipasang papan tanda seperti “Anda Kini Berada Di Kawasan Larangan Merokok” sebagai peringatan kepada orang ramai.

Menurutnya juga kempen itu diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan lain pada masa akan datang.

Kata beliau juga kempen kesedaran tersebut dibuat memandangkan rokok didapati mengandungi 4,000 bahan kimia, di mana 200 daripadanya boleh menjadi faktor penyebab barah.

Menteri Besar juga berharap imam-imam di masjid atau surau menjelaskan kepada orang ramai tentang bahayanya merokok dan asapnya kepada kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 11:34 PM | Show all posts
Zon bebas sampah bila pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:45 PM | Show all posts
eloklah saya sokong. kebersihan bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa zon bebas sampah yg patut dlaksanakan dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lancarkan dulu zon bebas pil kude dgn sumbang mahram
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:10 AM | Show all posts
zon bebas dadah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 02:23 AM | Show all posts
zon bebas asap kenderaan ...termasuk zon tu ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 05:18 AM | Show all posts
saya sokong kempen ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 05:23 AM | Show all posts
jadi pada perokok2..bagi cadangan lah kita nak baring tengah jalan mana plak ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:46 AM | Show all posts
alhamdulilah bebas asap.....yumi yumi....asap bas jela pasni ade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.235141 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list