CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 9

[Jenayah] MCA kata otak naib presiden perkasa umno penuh sampah

[Copy link]
Post time 18-4-2014 04:17 AM | Show all posts |Read mode
Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah’


OLEH MD IZWAN
APRIL 17, 2014

Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014

MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini.

Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

"Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.



Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia.

"Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.

Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli.

Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik.

"Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai.

"Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi.

Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. – 17 April, 2014.


===sdkali kena sound tuan besar cina mca, ada melayu2 umno perkasa idopp melayu berani bersuara....? Pengecut, dayus, bacul pengkhianat bangsa melayu sendiri terus lari tak berani membantah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 08:56 AM | Show all posts
macai pun cam sampah laa..dorang pun sama pangai gak dgn zul ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:09 AM | Show all posts
ni lagi sampah. haha katak2 pon, untg dh dpat datuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2014 12:21 PM | Show all posts
kecimpret posted on 18-4-2014 08:56 AM
macai pun cam sampah laa..dorang pun sama pangai gak dgn zul ni

Patut la semak7n hari semakin jijik aku tgk umno nih... bukan ajer menekan hidup rakyat, malah mengasuh pengikutnya menjadi bodo dan rosakkan agama islam sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno penegak ugama melayu..ugama baru untuk mulayu alaf baru..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:31 PM | Show all posts
Bigboss ibrahim ali taknak komen apa2 ke....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 12:38 PM | Show all posts
masa Chua Soi Lek hina hudud tak pula KAPIAQ2 ni kata Chua SOi Lek otak taik

dasar KAPIAQ kat Malaysia ni, kalau kacau hal org Islam tak apa, sebab umat Islam sendiri nak jaga imej Islam

dah terbalik dah kat Malaysia ni

yg hina hukum Islam releks ja.... bahkan disokong pula
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 12:40 PM | Show all posts


  zul nordin satu bebanan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 12:55 PM | Show all posts
Sampah2 masyarakat...
perkosa, peukida dan macai2 felda pprt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:52 PM | Show all posts
KJ: Saya malu dengan Zul Noordin

17 Apr 2014 Malaysiakini

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini.

- Bernama


geng sendiri pun malu..pe lagik yg bukan geng

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.412358 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list