CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4039|Reply: 29

[Tempatan] Kos makan, minum warga asing di depot tahanan RM2 juta sebulan

[Copy link]
Post time 19-4-2014 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Teluk Intan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti prosedur bagi membolehkan pendatang tanpa izin yang tamat menjalani hukuman penjara, terus dihantar terus pulang ke negara asal mereka.

Ketika ini, selepas menjalani hukuman, mereka perlu kembali ke depot tahanan Jabatan Imigresen.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu bukan saja mempercepatkan masa dan proses penghantaran tetapi juga menjimatkan perbelanjaan kos makanan mereka sepanjang berada di depot berkenaan.

Ketika ini, kita membelanjakan kira-kira RM2 juta sebulan atau RM24 juta setahun kos makanan dan minuman warga asing di depot tahanan” Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri



“Ketika ini, kita membelanjakan kira-kira RM2 juta sebulan atau RM24 juta setahun kos makanan dan minuman warga asing di depot tahanan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Depot Tahanan Imigresen Langkap dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pembangunan dan Perolehan) KDN, Datuk Adnan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.

Ahmad Zahid berkata, penasihat undang-undang KDN akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara supaya proses dokumentasi dan urusan penghantaran pulang mereka dipermudahkan.
Katanya, 19,222 warga asing diusir menerusi Ops Bersepadu 6P Fasa 2 dalam tempoh 21 Januari sehingga 16 April lalu, manakala 15,800 masih ditahan di 16 depot tahanan imigresen dan dalam proses untuk dihantar pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 09:07 AM | Show all posts
dipercepatkan penghantaran pulang tu ok..lagi ok kalau selama tempoh mereka dipenjara itu...tak boleh ke pihak penjara sediakan tanah utk mereka bekerja bercucuk tanam, menternak lembu supaya pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan dan dapat cover balik kos makan minum pakai mereka dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm 2 miliyar spent... how much in return we get?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:31 AM | Show all posts
kerajaan perlu fikirkan alternatif lain...
tak perlu kita menanggug biawak hidup...

mungkin juga, tahanan2 ni perlu lakukan sesuatu sementara di hantar pulang...
khidmat sosial barangkali...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi makan basic basic je... Nasi beras hancur + ikan kering + telur... Cukop... Membazir duit pembayar cukai dan membazir tenaga utk uruskan mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:23 AM | Show all posts
Hantar je ke pihak kedutaan negara mereka.  Pandai2 le pihak kedutaan negara mereka nak hantar warga sendiri balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayar balik my tax ... huhuh.... mesia ni ....
cuma perlu ketat kan undang macam negeri sarawak jer..  xde imigran tau ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:31 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:07 AM
dipercepatkan penghantaran pulang tu ok..lagi ok kalau selama tempoh mereka dipenjara itu...tak bole ...

Setuju sangat, let them work for their own food.... tak nak kebuluran kenalah rajin... bukan tak biasa pun masa kat negara sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 10:36 AM | Show all posts
Buat abis duit jer... Hantar diorg balik nnt lg 3,4 bulan diorg masuk semula pastu tangkap anta balik pastu masuk.. Camtu je la prosesnya yg abis duit cukai yg untung tekong dgn ..........
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapalah yang dapat tender membekal makanan ke depot tahanan tu ye?


*untunglah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai sangat ker???...2 juta bkn sikit..mentekedarah apa smpi 2 juta? sebulan, bkn setahun..mkn tenderloin steak hari2 ker?..

2 juta byk utk saya..mungkin sikit utk anda
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:51 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:07 AM
dipercepatkan penghantaran pulang tu ok..lagi ok kalau selama tempoh mereka dipenjara itu...tak bole ...

Baguih idea pakcik AN...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:52 AM | Show all posts
zahid hamidi tolong keluarga..apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:20 PM | Show all posts
pelicano posted on 19-4-2014 10:31 AM
Setuju sangat, let them work for their own food.... tak nak kebuluran kenalah rajin... bukan tak b ...

kalau kerajaan tak nampak.....sykt2 besar yg ada masalah dgn pekerja2 diladang2 tani atau ternak...boleh lah jumpa kementerian KDN dan berikan kertas kerja mereka..tengok...kementerian terima atau tidak idea tersebut..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:21 PM | Show all posts
presint posted on 19-4-2014 10:51 AM Baguih idea pakcik AN...

terimas..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 04:23 PM | Show all posts
jengkoil posted on 19-4-2014 09:15 AM
Rm 2 miliyar spent... how much in return we get?

"We" ...ta rak ...operator.....ado....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 03:02 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-4-2014 09:07 AM
dipercepatkan penghantaran pulang tu ok..lagi ok kalau selama tempoh mereka dipenjara itu...tak bole ...

saya cadangkan dorang ni dikerah buat kerja2 pembersihan bandar ke, kerja2 landskap ke..membersihkan longkang ke..x delah menanggung biawak hidup sangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:13 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKENAAN

Wanita Antara 16 Yang Ditahan Seludup PATI

MELAKA 19 April - Seorang wanita merupakan antara 16 yang ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) ke Indonesia dalam Ops Serkap di persisiran pantai Duyung di sini, semalam. Wanita berusia 40 tahun dari Batu Kikir, Negeri Sembilan itu disyaki tekong darat yang membawa PATI ke persisir pantai berkenaan.  Ibu tunggal itu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui dua lelaki warga Indonesia yang dibawanya dengan sebuah kereta itu, merupakan Pati. "Saya hanya mendapat panggilan untuk mengambil dan menghantar warga asing ke tempat tersebut dan bayaran diterima melalui akaun bank," katanya ketika ditemui di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bandar Hilir di sini malam tadi.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan dalam satu sidang akhbar berkata wanita berkenaan ditahan pada 7.55 petang semalam selepas menurunkan warga asing berhampiran Kampung Padang Temu di sini untuk menaiki bot ke Indonesia.

http://www.rakyatnews.my/
meke nak belah ...biarkan lah ...poyi tahan ..lopeh tu rakyaat tanggung ...makan, minum
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:19 AM | Show all posts
imransulaiman posted on 19-4-2014 10:39 AM
Siapalah yang dapat tender membekal makanan ke depot tahanan tu ye?

Aku dah berapa kali pergi lawat depo imigresen ni. Roti Gardenia jalan terus kat sini sama penjara Kajang. Gardenia ni kan Bukhari punya. Bertan tan roti.

Dah tu makanan lain lagi. Beras, ikan , ayam, maggi, biskut semua jalan terus.

Kaya beb jadi supplier.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 06:22 AM | Show all posts
berapa ribu tahanan kesemuanya?  jangan 2 juta sebulan ni harga marked up udahhhh ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066111 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list