CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Kos makan, minum warga asing di depot tahanan RM2 juta sebulan

[Copy link]
Post time 20-4-2014 06:38 AM | Show all posts
RM2 juta? per head brape kos?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 06:38 AM | Show all posts
mmg celaka laa BN nie...... kera di hutan gak yg disusukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke bodoh nk simpan lama2?? Belikn tiket dan2 tu gak suh balik kan abes cite

X faham betul aku la bebal tahap ape bnda camni ni pn x leh pk
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 06:55 AM | Show all posts
figure yg BN bagi ni jgn caya......RM2juta tu harga mark up dr vendor yg supply makanan....mcm tak kenal geng2 vendor BN ni...kalu tak mark up memang tak sah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu negara lain itu jam gak disuruh merambus balik. Xde makna nk stay2
Ni nk bg mkn kt kroni2 la ni Last edited by Denco on 20-4-2014 06:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder posted on 20-4-2014 06:55 AM
figure yg BN bagi ni jgn caya......RM2juta tu harga mark up dr vendor yg supply makanan....mcm tak k ...

Mcm siiiyeel je pangai kan

Agak2 klu pakatan abes la gegak gempita tv sok kabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2014 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 20-4-2014 06:38 AM
mmg celaka laa BN nie...... kera di hutan gak yg disusukan

Msia smua bole maaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 08:21 AM | Show all posts
xpayah la bg mkn berkhasiat sgt...nasi dgn sup sudah... jnji hidup.... xpyh pikir lah ckup khasitvitamin bagai tu

ni dgn roti gardenia bagai....aku duk asrama dlu pn roti keras je buat sarapan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
star_karat posted on 20-4-2014 03:19 AM
Aku dah berapa kali pergi lawat depo imigresen ni. Roti Gardenia jalan terus kat sini sama penjara ...

Fuh! Seimbang sungguh menu makanan mereka! Tak boleh ke bagi makan asal tak kebulur?

Patutlah mereka suka masuk Malaysia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 02:35 PM | Show all posts

Belanja RM828,225 sehari



Putrajaya: RM828,225 sehari. Itu jumlah di­belanjakan kerajaan untuk menguruskan 11,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih ditempatkan di 12 depoh tahanan imigresen di seluruh negara.

Jumlah itu mengikut perkiraan kos keseluruhan RM75 sehari termasuk makan minum seperti didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Januari lalu.

Setakat Rabu lalu, lebih 10,399 PATI ditangkap di seluruh negara sejak Operasi 6P Fasa II dilancarkan Jabatan Imigresen (JIM) bermula 21 Januari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen, Abdul Haidir Mohd Sukor berkata, sepanjang tempoh itu lebih 35,399 pekerja warga asing diperiksa menerusi 1,644 serbuan di pelbagai premis di seluruh negara.


Beliau berkata, serbuan di rumah kosong, tapak pembinaan, kediaman, kedai, premis perniagaan, restoran dan kedai makan, rumah urut, pusat hiburan dan perjudian, tempat cuci kenderaan dan lain-lain itu turut menahan seramai 156 majikan bagi membantu siasatan atas kesalahan melindungi PATI.


“Menerusi statistik terbaru dikeluarkan, seramai 11,043 PATI masih ditempatkan di 12 depoh tahanan seluruh negara membabitkan 8,896 tahanan lelaki dan 1,549 tahanan wanita serta 598 kanak-kanak,” katanya, semalam.

Katanya, seramai 767 PATI ditahan di lokap JIM di seluruh negara atas pelbagai kesalahan membabitkan 633 lelaki dan 134 wanita.

Abdul Haidir berkata, depoh tahanan di seluruh negara mempunyai kapasiti besar dan mampu menampung sehingga 20,990 PATI pada satu-satu masa dan boleh memuatkan seramai 16,945 tahanan lelaki dan 4,045 tahanan wanita.

Menurutnya, data terkini penahanan PATI di depoh itu tidak termasuk yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sabah kerana ia di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sepanjang tempoh operasi itu, 17,571 anggota pelbagai agensi terbabit menyertai operasi membanteras PATI membabitkan JIM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Agensi lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Ops 6P Fasa II dilaksana selepas berakhir tempoh tiga bulan Program Khas Pemutihan PATI (PKPP) pada 20 Januari lalu dan disifatkan sebagai operasi terbesar pernah dikendalikan oleh JIM.

PKPP diperkenal bagi me­nyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebab­kan kes penipuan ejen pekerja asing selain mengurangkan jumlah PATI di negara ini.

Sebelum ini, Junaidi dipetik berkata, dari Januari hing­ga November 2013, kerajaan menanggung kira-kira RM2.9 juta bagi proses penghantaran PATI.

Perbelanjaan itu bagi menjaga kebajikan keseluruhan termasuk makanan, penginapan dan kesihatan sebelum menung­gu proses penghantaran pulang.

“Kita terpaksa menanggung sebanyak RM75 sehari bagi seorang PATI dengan proses penghantaran yang mengambil masa lama.

“Hal ini kerana kita perlu berbincang dan meminta kedutaan itu membuat pengesahan bagi warga negara mereka. Ada juga pihak tidak faham perkara ini,”
katanya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047540 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list