CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1737|Reply: 12

[Tempatan] 700 Petani Cina,India,Melayu Nak Diusir Kerajaan Selangor

 Close [Copy link]
Post time 19-4-2014 02:33 PM | Show all posts |Read mode


TANJONG KARANG - Lebih 700 petani dan penternak di kawasan projek pertanian di Kampung Seri Makmur, Jalan Raja Musa buntu memikirkan masa depan masing-masing apabila diminta keluar dari tanah yang diusahakan lebih 30 tahun.

Penduduk kampung yang sebelum ini mengusahakan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan keli dan kelapa sawit di kawasan tanah kerajaan berhampiran bekas lombong yang dianggarkan seluas 1,200 hektar itu diminta keluar gara-gara memberi laluan projek takungan air yang didakwa akan dilaksanakan Jun nanti.

Notis pengosongan berakhir 20 April itu mengundang perasaan sedih memandangkan tapak pertanian berhampiran Taman Agroteknologi Pertanian Bestari Jaya itu menjadi satu-satunya punca pendapatan penduduk.

Pengusaha sayur, Norhasimah Othman, 41, runsing memikirkan masa depan anaknya apabila punca pendapatan suami yang hanya bergantung kepada hasil tanaman sayur mungkin punah.

“Sedih sangat bila diberitahu kami kena keluar dari tapak projek sebab nak bagi jalan projek takungan air. Kami buntu sebab ini satu-satunya punca rezeki selama 15 tahun.

“Mana nak cari kerja lain sebab usia pun dah lanjut. Nak tanggung anak yang masih kecil dan masih sekolah,” katanya yang mempunyai 11 anak.

Pengusaha tanaman limau, Sia Luew Hing, 41, berkata, dia juga terkejut apabila menerima notis pengosongan tapak tanaman projek yang dikongsi bersama lima rakannya.

“Modal pun habis dekat RM150,000 dan belum dapat untung lagi, tapi kena keluar dari tapak. Macam mana kami mahu hidup? Nak bayar hutang yang masih banyak.

“Ingatkan bila dapat usahakan tanaman limau, hidup kami boleh untung sikit tapi lain jadinya. Kalau boleh janganlah halau kami dan sanggup nak sewa tanah di sini sebab subur, sesuai untuk projek pertanian,” katanya.

Bagi R Logarajan, 52, yang sudah mengusahakan tanaman sayur sejak lebih 20 tahun turut kesal dan kecewa apabila dimaklumkan tanah itu mahu dimajukan untuk projek takungan air.

“Mana kami mahu pergi lagi? Dulu kawasan ini hutan dan saya bersama penduduk sanggup nak bersihkan sampai ada jalan untuk tanam sayur. Bila sudah tak semak, tanah ini mahu dimajukan pula.

“Saya pun tiada kerja lain, cuma bergantung pada hasil sayur saja. Macam mana kami sekeluarga mahu hidup lepas ini? Buntu dan tak lena tidur bila disuruh keluar sebelum 20 April nanti,” katanya sebak.

Bimbang nasib petani

Pemangku Pengerusi Persatuan Pengusaha Projek Pertanian Kampung Raja Musa, Shawaludin Kamdi, 28, berkata, petani dan penternak tidak menolak sebarang projek pembangunan yang ingin dimajukan di kawasan itu.

Menurutnya, berharap pengusaha yang ada diberi peluang untuk meneruskan tanaman masing-masing berikutan kawasan lombong yang ingin dibangunkan agak jauh dari tapak projek.

“Lagipun projek Hybrid Off River Augmentation System (Horas) 600 Negeri Selangor di Sungai Darah cukup jauh dari Kampung Raja Musa ini dan mungkin boleh beri kelonggaran kepada kami.

“Sebab hasil pertanian di kawasan ini membantu pasaran tempatan dan menjadi sumber pendapatan penduduk. Sayang sekali kalau tanah yang subur ini dimajukan untuk takungan air,” katanya.

Setiausahanya, Zabmir Baharudin, 60, berkata, pihaknya akan membawa isu ini ke pihak berkaitan supaya masalah tapak ini dapat dibincangkan supaya satu keputusan sama adil dapat diraih.

“Jawatankuasa persatuan akan bawa masalah ini untuk dipanjangkan kepada pihak berkenaan supaya masalah yang menghimpit penduduk dapat diselesaikan sebelum 20 April,” katanya.

Projek TKPM perlu dibela

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai masalah itu memandangkan tapak projek bagi Program Taman Kekal Pengeluaran Makananan (TKPM) turut terlibat.

Menurutnya, beliau difahamkan projek yang mendapat kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang ditempatkan di Taman Agroteknologi Bestari Jaya itu turut terlibat dan perlu dipindahkan.

“Saya pun kesal bila strategi yang dirangka dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan di kawasan itu mungkin tak bertahan lama.

“Patutnya kerajaan negeri beri kelonggaran untuk petani di kawasan itu memandangkan kawasan itu sebelum ini menjadi zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan dalam negara," katanya.

Noh berkata, program ini adalah jalinan kerjasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga usahawan di mana kerajaan negeri menyediakan tanah kepada usahawan dan digazetkan sebagai projek TKPM.

“Bertimbang rasalah sikit sebab usahawan itu semuanya anak Selangor,” katanya ketika diminta Sinar Harian untuk mengulas masalah yang terpaksa ditanggung usahawan tempatan di bawah kawasannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 03:03 PM | Show all posts
Land Acquisition ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:37 PM | Show all posts
Kalau penyokong Noh Omar, memang patut pun. Orang bodoh je sokong Noh Omar otak spastik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:40 PM | Show all posts
freebird posted on 19-4-2014 03:37 PM
Kalau penyokong Noh Omar, memang patut pun. Orang bodoh je sokong Noh Omar otak spastik ni...

Kena halau sebab ada pelahap nak buat kolam udang dia lagi ker....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:54 PM | Show all posts
freebird posted on 19-4-2014 03:37 PM
Kalau penyokong Noh Omar, memang patut pun. Orang bodoh je sokong Noh Omar otak spastik ni...

dia ado otak spastik ..kesian ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 07:46 PM | Show all posts
Di atas tanah kerajaan kann?
Yang buat rumah setinggan atas tanah gomen pun kena halau dan dapat pampasan.
Takat projek pertanian cenggini nanti ada laa tu nanti dapat bantuan kaa tapak tanaman lain kaa.

Lagipun bukannya pakcik dan makcik tu bercucuk tanam kat tanah gomen dengan cara suka suka pacak macam pacak rumah setinggan. Rasanya tak perlu risau laa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 08:13 PM | Show all posts
airfilterkotor posted on 19-4-2014 07:46 PM
Di atas tanah kerajaan kann?
Yang buat rumah setinggan atas tanah gomen pun kena halau dan dapat p ...

sengaja digembar-gemburkan. macam tak biasa pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:34 AM | Show all posts
untung dapek makang hasil atas tanah kerahjaan ..keno halu ...depek pampasan lagik ....siapo kato BeeEnd tak baguih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama pengerusi persatuan pon bin kamdi. Hmmm.. tanye dia mana dia branak. Ntah2 seberang sana nun
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:36 AM | Show all posts
Ramai keturunan pendatang...macam ahli parti BN
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:08 AM | Show all posts
nie tanah yg sama dgn tanah di thread nie....

http://mforum.cari.com.my/forum. ... ;page=2#pid56362907
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito posted on 20-4-2014 10:36 AM
Ramai keturunan pendatang...macam ahli parti BN

MB tak jadik import dari Permatang Pauh apa cerita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 03:42 PM | Show all posts
Bodoh betul kerajaan negeri selangor. Tadah air di bekas lombong sudah la .  Pejadah nak kacau kebun plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.077488 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list