CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 9

[Tempatan] Bantuan banjir baru diagih 18 April lalu

[Copy link]
Post time 19-4-2014 05:22 PM | Show all posts |Read mode
KEMAMAN: Beberapa kawasan pendaratan helikopter (helipad) akan dibina di pedalaman Kemaman yang sering dilanda banjir bagi memudahkan penyaluran bantuan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata sejumlah peruntukan sudah diterima bagi tujuan itu.

"Kita sudah melihat beberapa lokasi strategik untuk tujuan itu," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan berbentuk televisyen, peti sejuk, dapur dan tilam serta bantal bernilai RM5,000 kepada 331 mangsa banjir Kampung Geliga Permai.


Menurut Ahmad Shabery antara kawasan yang dipertimbang untuk pembinaan helipad itu ialah Air Putih, Pasir Gajah dan Seberang Tayor yang teruk terjejas ketika bah awal Disember tahun lalu.

Dalam bencana itu, Felda Seberang Tayor paling teruk terjejas apabila kesemua 132 peneroka di kawasan berkenaan kerugian harta benda selepas kediaman mereka dinaiki air hingga ke bumbung.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata sebuah pangkalan hadapan dan pusat pemindahan baharu juga akan dibina memandangkan beberapa pusat pemindahan mangsa banjir turut tenggelam dalam kejadian itu.

Kemaman antara daerah paling teruk terjejas dalam bencana hujung tahun lepas yang turut menenggelamkan Kuantan, Pahang. Di Terengganu daripada 19,205 keluarga, kira-kira 14,000 adalah di Kemaman.
Bantuan banjir sumbangan kerajaan pusat itu diagih kepada semua mangsa banjir secara berperingkat sehingga akhir bulan ini.

Mengenai penyaluran bantuan yang agak lewat, Ahmad Shabery berkata perkara itu disebabkan ada beberapa masalah termasuk masalah stok barangan elektrik serta logistik.

- BERNAMA
Last edited by R2D2 on 20-4-2014 08:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 05:54 PM | Show all posts
hahaha...buat helipad sebab banjir..bukannya cerdik nak repair apa punca banjir..bodo ponya menteri
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:33 PM | Show all posts
Kalau pakai bot..? Tidakkah itu lebih praktikal dan memudahkan.


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Helipad..?
Samaada cerdik atau bodo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 08:08 AM | Show all posts
ha ha ha
idea masyukkkkkkkkkkkkkkkkkk

selenggara sungai2 longkang2 yg ada lagi murah kos kut

masyuk masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 08:17 AM | Show all posts
korang ni punnnnnnn

ini idea setaraf tanam padi atas bumbung komplek menyogo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kebanyakkan menteri skrg ni memang bodoh. Ko tgk lah tv kluar statement mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji dicapati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn helikopter leh landing kt mane2 tnh rata yg x berlumpur/berjerlus ke.helipad ni lukis petak atas jln tar tulis H besar2 dh jd.ke kena wat bgnn khas lak utk helipad ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 04:12 PM | Show all posts
whateverlah...susah tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.103162 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list