CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1750|Reply: 9

[Tempatan] Kadar sewa rumah PPR kekal RM124 sebulan

[Copy link]
Post time 19-4-2014 05:24 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik mana-mana unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah, jika penyewanya didapati menyalahgunakan kemudahan itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, ini termasuk penyewa tidak menyerahkan rumah PPR kepada DBKL selepas pendapatan mereka melepasi garis kemiskinan atau telah membeli rumah lain dan menyewakan kemudahaan itu kepada individu lain.

"Kita ambil keputusan drastik, kita sudah beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur kalau perkara ini berlaku kita akan tarik serta-merta dan akan memutuskan bekalan air dan elektrik di kediaman berkenaan tanpa sebarang notis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci PPR Bukit Jalil, di sini, hari ini.


Sebanyak 96 penyewa menerima kunci rumah pada majlis itu dengan kadar sewa RM124 sebulan. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan berkata DBKL tidak akan berkompromi dan setakat ini sebanyak 80 unit PPR telah ditarik balik di seluruh Kuala Lumpur akibat pelbagai penyalahgunaan.

Mengenai 'Perhimpunan 1 Mei' yang dirancang pihak tertentu, Tengku Adnan berkata DBKL kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

"Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka, kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain, tapi bukan Dataran Merdeka," katanya.
Perhimpunan berkenaan dirancang bagi menyuarakan bantahan terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), tuntutan royalti, kenaikan harga barang dan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus... laksanakan.. kroni jgn dilepaskan pulak.. ramai sgt yg keji perangai dok melahap hak org miskin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 05:55 PM | Show all posts
alah biarlah....diorang pun nk income jugak...ini menteri je mengaut tanah...hantu raya betol
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:06 PM | Show all posts
harap betul2 ambil tindakanlah...bukan takat ckp kosong....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:19 PM | Show all posts
habis xkn naik gaji pon salah
rse sume cmpny ada kenaikan gaji
pahtu nk roboh ke rumah tu klu atas tanah kita?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:55 PM | Show all posts
clarizsa posted on 19-4-2014 05:43 PM
bagus... laksanakan.. kroni jgn dilepaskan pulak.. ramai sgt yg keji perangai dok melahap hak org mi ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2014 09:27 PM | Show all posts
kerikangkung posted on 19-4-2014 06:55 PM

gambar dan caption ni ramai yang percaya..tapi gambar tak de caption zul kulom ngn abuya semua tk nk percaya... hahahaha

tp mmg betul pun kata2 dalam gambar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kerikangkung posted on 19-4-2014 06:55 PM

indeed... so true...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke ambil balik?
Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang dimaksudkan dgn rumah dirobohkan pulak? Rumah tu atas nama siapa? Dah sah2 cuma disewakan kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069115 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list