CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2590|Reply: 17

[Tempatan] {9} Kilang sarung tangan ke 2 terbakar dlm tempoh 1 minggu !

[Copy link]
Post time 20-4-2014 01:54 PM | Show all posts |Read mode
20 April 2014



p/s mcm bermusim plak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2014 01:55 PM | Show all posts
Kilang sarung tangan di Sepang musnah dijilat api

2014/04/20 - 11:48:21 AM

SEPANG: Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jurucakap bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada jam 10 pagi tadi dan jentera pertama tiba tujuh minit kemudian.
"Kejadian membabitkan kilang sarung tangan getah berkeluasan 30 meter lebar 30 meter panjang itu terbakar kira-kira 80 peratus dan tiada mangsa ketika kebakaran berlaku," katanya.- BH
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawable sho. Takpon ini kilang takde sho
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
baru lalu kat jalan ni tadi..asap tengah berkepul2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:06 PM | Show all posts
insurance insurance!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:36 PM | Show all posts
salam takziah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2014 02:46 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diperhatikan bentuk asap kat gambar tu, macam rupa setan. Takut la bila dipikirkan balik. Dunia nak kiamat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 03:07 PM | Show all posts
edee_91 posted on 20-4-2014 02:52 PM
Kalau diperhatikan bentuk asap kat gambar tu, macam rupa setan. Takut la bila dipikirkan balik. Duni ...

ko pernah nengok muka setan ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 03:09 PM | Show all posts
takde plak kabau radioaktif meletup bagai...

artu bagai nak rak, dlm wassap kat gitu gini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
LavaConcubine posted on 20-4-2014 03:07 PM
ko pernah nengok muka setan ker?

Pernah, mcm avatar kau. Sejibik. Nengok ke avatar kau dah cukup buat aku gerun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:18 PM | Show all posts
edee_91 posted on 20-4-2014 03:14 PM
Pernah, mcm avatar kau. Sejibik. Nengok ke avatar kau dah cukup buat aku gerun.

hehehehe... yang kat avvy aku tu anak hantu yang kekurangan kasih sayang yang suka mencari kasihsayang ngan forumer2 kat CI ni ... tapi since dia tu anak hantu.. ada ler bau bau bacang sikit ngan setan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:34 PM | Show all posts
saya lalu ke nilai around 11.50 tadi api tengah marak. Balik dr nilai pukul 1.20 api masih marak dan ramai sungguh yang berhenti melihat di tepi jalan. i think 90% terbakar. Bomba sdg giat memadam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:38 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 20-4-2014 03:09 PM
takde plak kabau radioaktif meletup bagai...

artu bagai nak rak, dlm wassap kat gitu gini...

yang ini memang baru betul kilang hasilkan sarung tangan getah..yang kt rawang itu hari, bukan kilang buat sarung tangan, hanya bagi khidmat sterile sarung tangan untuk kegunaan perubatan (contoh dlm bilik bedah).sarung tangan dari kilang lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
LavaConcubine posted on 20-4-2014 03:18 PM
hehehehe... yang kat avvy aku tu anak hantu yang kekurangan kasih sayang yang suka mencari kasihs ...

Wakaka.. Patut la perangai pon ade persamaan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 08:03 PM | Show all posts
cyclotron posted on 20-4-2014 03:38 PM
yang ini memang baru betul kilang hasilkan sarung tangan getah..yang kt rawang itu hari, bukan kil ...

Betul tu...ni baru kilang sarung tangan. Masuk news kat TV tadi..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2014 08:27 PM | Show all posts
SEPANG, 20 April (Bernama)-- Hampir keseluruhan gudang penyimpanan barang sebuah kilang memproses sarung tangan getah untuk kegunaan perubatan, musnah dalam kebakaran di kawasan perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi pada Ahad.

Kejadian yang bermula 9.45 pagi itu, turut memusnahkan beberapa lori kontena pengangkut barang yang diletakkan dalam gudang berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10 pagi ini dan jentera pertama tiba tujuh minit kemudian.

"Operasi memadam kebakaran di kawasan gudang seluas kira-kira 3,716 meter persegi itu membabitkan 45 anggota daripada 11 balai bomba.

"Pihak kami berjaya mengawal kebakaran itu sejam kemudian dengan lima jentera daripada Balai Bomba Hang Tuah, Pandan, Bangi dan Seremban 2 dikerah ke tempat kejadian," katanya kepada media di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau empat lori tangki air daripada balai bomba Cyberjaya, Banting, Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang mampu membekalkan 20,000 liter air setiap kali penggunaan turut digunakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian 20 pekerja berada dalam gudang berkenaan, bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebakaran disedari oleh beberapa orang pekerja, memandangkan kilang ini beroperasi selama 24 jam, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kerja-kerja memadam kebakaran juga sedikit mencabar kerana kebanyakan bahan yang terdapat dalam gudang berkenaan adalah getah," katanya.

Jelas beliau siasatan awal mendapati ia mungkin berpunca daripada kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan di kilang berkenaan, bagaimanapun punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 05:36 PM | Show all posts
adakah cobalt yang digunakan untuk membunuh kuman pada sarung tnagan tuh menjadi punca sekali lagik ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.387271 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list