Inilah wajah juruterbang MH192 yang telah berjaya menyelamatkan 159 orang penumpang dan 7 orang anak kapal. Beliau telah mendarat dengan selamat di KLIA. Tahniah!
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.
Kini Malaysia telah dikejutkan pula dengan MH192. Walau sesukar dan sesulit mana sekalipun, Tanpa mengenal waktu siang atau malam,insan inilah yang sentiasa berdiri teguh bagi menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan demi negara.
Syukur padaMu Ya Allah kerana semua anak kapal dan penumpang MH192 selamat mendarat. Alhamdulillah
PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini.
scorpionkiki posted on 21-4-2014 08:45 AM
Kalau pecah mcm ni takkan sbb landing gear kot... manufacturer tyre pun kena check jugak...sempat ...
itu lah. teruk sgt pecah nya. tapi macam2 lahai sejak isu MH370 ni tau.. mungkin sempat kot dlm masa 2 minggu tapi sama ada maklumat tu tepat atau tidak, tak tau lah kan..
SEPANG - Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.
Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata, walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.
Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam, katanya.
"Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita.
Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.
Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita.
Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar. -
Bernama

Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar. - Bernama
semangat hisham bagi update kt twitter semalam.
agaknya mesti dia panic, kes mh370 tak selesai lagi tetiba ada plak kapal terbang MAS kena buat air turn back lagi sekali.
lega semua selamat. katanya flight MH192 akan terbang semula petang nanti. harap2 semua akan selamat sampai..