CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2607|Reply: 40

[Tempatan] {7}Isteri ngandung dipaksa minum arak & ditendang di perut!

[Copy link]
Post time 21-4-2014 07:23 AM | Show all posts |Read mode
21 April 2014

Klang: “Mereka suruh isteri saya minum arak. Tindakan itu amat tidak masuk akal,” kata Muhamad Izuan Mosli, 22, yang mendakwa dibelasah dan disiram air panas oleh sepasang adik-beradik selepas mempertikai perbuatan itu.

Menurutnya, dia dipukul suspek selepas menunjukkan isyarat lucah akibat marah dan enggan membayar wang denda RM3,600 seperti diminta suspek.

Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang rakan di Taman Intan, di sini, yang turut dihadiri dua suspek terbabit pada 15 April lalu.

“Isteri saya yang sedang mengandung mengadu seorang daripada suspek terbabit menyuruhnya meminum arak dengan alasan minuman keras itu baik untuk wanita mengandung.

“Akibatnya saya tidak dapat menahan marah dan secara tidak sengaja menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka sebelum beredar meninggalkan majlis,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, kelmarin.

Dia berkata, dua suspek terbabit kemudian mahu berjumpa dengannya untuk berbincang berhubung kejadian itu di sebuah restoran berhampiran pusat beli-belah di pusat bandar Klang, di sini, Khamis lalu.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian menemui dua suspek itu dengan ditemani isteri.

Namun sangkaan saya meleset apabila dua beradik itu mendesak supaya saya memberi mereka wang RM3,600 sekiranya mahu perkara itu diselesaikan.

“Saya berkeras enggan membayar wang diminta kerana beranggapan ia peras ugut.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka terus menyimbah air panas ke arah saya dan memukul saya menggunakan kerusi serta meja tanpa belas kasihan,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang cuba membantu turut ditendang di perut hingga terjatuh.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan sebelum kedua-dua suspek segera melarikan diri.

Kami kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Kapar,” katanya.-myMetro

p/s tak brape tgkp punca ceritanya tapi  mmg kemabukan la asbab utamanya...



Last edited by tongkatwaran75 on 21-4-2014 07:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:25 AM | Show all posts
umur 22 tahun dah ada isteri??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:29 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 21-4-2014 07:25 AM
umur 22 tahun dah ada isteri??

Okey apa usia tu... Member aku lelaki ramai aje yang kahwin usia 21 tahun......... Tapi mungkin zaman skg agak janggal kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:31 AM | Show all posts
highcastle posted on 21-4-2014 07:29 AM
Okey apa usia tu... Member aku lelaki ramai aje yang kahwin usia 21 tahun......... Tapi mungkin za ...

aku jeles!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 sgt perangai gado2 tunjuk isyarat lucah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:39 AM | Show all posts
ini mesti ada kes hutang nee....sampai berani biadap mcm itu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 07:40 AM | Show all posts
leezzaliza posted on 21-4-2014 07:35 AM
Budak2 sgt perangai gado2 tunjuk isyarat lucah ni...

kalau setakat isyarat lucah tak akan sampai gaduh mcm itu...ini mesti kes hutang tak bayar....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:42 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 21-4-2014 07:25 AM
umur 22 tahun dah ada isteri??

ok lah tu..drp main sabun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 07:43 AM | Show all posts
kenapa laaa mesti nk ganggu wanita mengandung camtu... saspek tu bangsa apa? meleis urban?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:53 AM | Show all posts
Simunggu posted on 21-4-2014 07:42 AM
ok lah tu..drp main sabun....

siapa kata tk ok...cuma dia berpeluang main lubang lebih awal daripada kami
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:56 AM | Show all posts
haih kan tak pasal2
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:56 AM | Show all posts
wow rm3600? adekah 2org itu ahli kongsi kononnya gelap?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 08:58 AM | Show all posts
aku berasa agak suspicious ngan punca pergaduhan tu. mcm citer tak habeh je
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dipaksa minum arak? Mengikut apa yg aku faham, suspek tu suruh minum arak sbb baik utk kandungan, which is aku rasa mungkin gurauan. Tp ditulis kat tajuk "dipaksa" jadi aku ingatkan tangan kaki di ikat kemudian dipaksa minum jugak. Ini hanya disuruh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:03 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 21-4-2014 07:25 AM
umur 22 tahun dah ada isteri??

Jodoh diorang dah sampai....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:03 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 21-4-2014 07:31 AM
aku jeles!

knapa jeles pakwe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 09:04 AM | Show all posts
amiraira posted on 21-4-2014 09:03 AM
knapa jeles pakwe

jeles la..dia muda2 lg dah dapat peluk perempoan..pakwe tk dpt..nk peluk mira..mira tk nk ngn pakwe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:04 AM | Show all posts
intriQue posted on 21-4-2014 09:03 AM
Jodoh diorang dah sampai....

ye la dik...jodoh diorang lalu highway
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:06 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 21-4-2014 09:04 AM
jeles la..dia muda2 lg dah dapat peluk perempoan..pakwe tk dpt..nk peluk mira..mira tk nk ngn pakw ...

alalala
sian pakwe...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 09:07 AM | Show all posts
amiraira posted on 21-4-2014 09:06 AM
alalala
sian pakwe...

dah kesian.. ejek2 iols plak...itulah dia orang perempuan..hakak kate ko bimbo kang ko marah lak dik oi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079916 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list