View: 7650|Reply: 48
|
[Tempatan]
Anakku Seorang Hero (Pic)
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak tercucuk besi di Kota Kinabalu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aduh.. ngerinya.. tabah betul adik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru boleh kata macho.... |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA PENUH:
http://www.bharian.com.my/bharia ... ukbesi4jam/Article/
Huguan tahan sakit tanpa mengalir air mata sebelum pipi dibedah
Kota Kinabalu: Pipinya tertusuk sebatang besi penutup parit sepanjang satu meter, namun Huguan Isaac, 10, tabah menahan kesakitan tanpa mengalir setitik air mata sebelum diberi bantuan empat jam kemudian, semalam.
Murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart itu, hanya duduk tanpa bergerak dengan sebatang besi menembusi pipinya selepas salah seorang rakannya dikatakan terpijak hujung batang besi berkenaan menyebabkan ia melantun ke atasnya.
Huguan bersama rakannya ketika itu dikatakan bermain di luar sekolah selepas tamat persekolahan sesi pagi, kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) selepas batang besi itu tidak dapat dikeluarkan oleh orang ramai serta anggota Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata kejadian disedari oleh orang awam di kawasan terbabit sebelum menghubungi bomba yang kemudian mengiringi mangsa ke hospital selepas besi berkenaan tidak dapat dikeluarkan.
Jalani pembedahan
Katanya, mangsa yang dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Likas, menjalani pembedahan mengeluarkan besi berkenaan jam 3.55 petang dan berakhir jam 4.30 petang.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.51 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi, namun tidak melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke hospital.
Seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian beliau mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah sebelum ibu kepada seorang murid memaklumkan berhubung kejadian itu.
“Tanpa berlengah, saya ke tempat kejadian dan mendapati seorang murid sedang terduduk dengan sebatang besi menembusi pipinya. Mangsa kelihatan lemah dan cuba mengeluarkan batang besi berkenaan, namun saya menenangkannya supaya tidak banyak bergerak,” katanya yang enggan dikenali.
Katanya, pada mulanya batang besi itu masih bersambung pada penutup parit yang sudah berkarat dan hampir reput, sebelum mematahkan dengan menggerakkan batang besi berkenaan.
p/s: tabik la kat adik ni! |
|
|
|
|
|
|
|
strong nye budak ni
kita yg tgk plak rs ketaq
take note ye pihak sekolah
penutup besi ni bkn kt sekolah je yg ada mcm ni, kt mana2 pun sama
hati2 la |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk, sape akn tukar avatar guna gamba bdk ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak sanggup aku tengok....kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
mengerikan |
|
|
|
|
|
|
|
tabah adik ni...moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau bedah tu mesti kena potong pipi tu sikit untuk buka laluan besi tu. Ngeri siot |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dh slmt d bedah adik macho ni |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan...
Mulut murid tahun empat tercucuk besi penutup longkang
Oleh ASSIM HASSAN
KOTA KINABALU 21 April - Seorang murid tahun empat mengalami kecederaan teruk apabila mulutnya tercucuk sebatang besi penutup longkang ketika mangsa bermain dengan rakan-rakannya di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. _ UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... gkang#ixzz2zZj425rB
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni lah anak jantan
mmg penting utk dia tidak panik
dan tak byk bergerak
tapi dia ada gak ye cuba utk kuarkan btg besi tu
mujur ada org dewasa yg nmpk
aku bkn apa takut kawan dia tu tinggal je dia terkontang kanting sbb terlalu takut.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka rilek je bdk ni. aduh.. ngeri sia |
|
|
|
|
|
|
|
yusryimran posted on 22-4-2014 08:46 AM
erkkkk sakitnya
bengkak dah pp dia takut ada jangkitan je sbb besi berkarat kan
mujurlah kena tembus kt pp kalo kt mata?
erkk takleh nk imejin kalo menda2 gini kena pd ank2 kita
mau pitam kt situ gak aku
dulu2 kt sekolah menengah lama aku,awal tahun 90an masa tu aku blm sekolah situ lg lah ade kejadian pelajar terkena lembing kt mata/kepala dia masa hari sukan terus ninggal.
sejak tu dah xde sukan baling lembing. |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii, nk menangis aku tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun bukan anak aku tp aku tetap mengalirkan airmata, itu belum anak aku lagi.. kalau anak aku maunya aku pengsan kat situ.. kesiannya kt adik nie...semoga cepat sembuh ya adik..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|