CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

Hafiz Jawab Dakwaan Ambil Dadah, Amal Ilmu Hitam

[Copy link]
Post time 23-4-2014 01:51 PM | Show all posts
bengong...

bile ko sebokkan diri dan sentiasa busy dgn kirja.. time mkn pun xteratur pastu regular exercise.... kurus laa...

dah laa malas nak exercise... mkn mcm buruk lantak... pastu gemok kata org isap dadah kena/amal sihir segala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 23-4-2014 01:50 PM
oh so trueeee...cockroaches sik sedar diriksssssss
jamal abdillah nak terang2 mendadah ya kemain  ...

Haha...mokcik paham...yah nyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:54 PM | Show all posts
Lagu Awan Nano tu lagu berhantu...ditambah plak dengan vokal Hafiz yg berhantu tu....dable hantu la jadiknya...tu yg org ckp ilmu hitam....padahal lagu tu memang best ponn...lagu Sifu M.Nasir kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mimifa posted on 23-4-2014 01:25 PM
mommymonster82 mmg semua retis dia tak kenal ye la retis yg dia kenal cuma heliza helmi yg dia sebok ...

Hahaha...sakit perut mokcik..tpkan mommy ni merata2 ada dia...kejap2 jd pakar rumah tangga..jap jap PA retis..jap jap jiran retis...kui kui kui..multi tasking.mokcik nk blajo jugak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:58 PM | Show all posts
La, kesian die... Die ada bakat, peminat suka la..
Pendengki x sudah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:00 PM | Show all posts
tak heran pon kalau amik dadah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 02:17 PM | Show all posts
camana la senang je orang nak tuduh, kurus-ambik dadah. muka cengkung-ambik dadah.
senangnya nak fitnah2 bagai, donia2

ps: bukan karatz apis. just my 10 yen
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lah tuduh org kurus ambik dadah ....  
Walau pe pun , i tak minat kat apis ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 02:23 PM | Show all posts
Hafiz kurus kerana dadah?
Kepada para peminat Hafiz Suip, pasti mereka menyedari kelainan penampilan artis berbakat besar yang seorang ini. Iyalah, tubuh badan makin mengecil dari hari ke hari.
Mana taknya, sejak akhir-akhir ini susuk tubuh Hafiz kelihatan sudah semakin kurus. Dengarnya, ukur lilit pinggang Hafiz kini 27 sentimeter dan kadang-kadang seluar dibeli di bahagian kanak-kanak.
Justeru, ramai juga yang cemburu melihatnya juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu semakin langsing.
Tapi ada juga yang bimbang, mana tahu kalau-kalau Hafiz tu sakit misteri. Namun ada juga yang berfikiran bukan-bukan.
Hafiz ambil benda yang terlarang. Faham-faham sahajalah, apa lagi dadah.
"Saya berani kerana benar. Saya pun tak takut kalau orang cabar saya buat ujian air kencing. Bila-bila masa saya boleh buat ujian itu.
"Cuma saya sedih, sikap segelintir masyarakat kita tidak boleh tengok berjaya. Mula reka cerita yang bukan-bukan.
"Saya tahu hukum hakam dalam agama dan sentiasa mengelak dengan gejala yang negatif. Jadi badan saya makin kurus bukan kerana ambil dadah," katanya tegas.
Hafiz ditemui selepas persembahannya pada majlis Minggu Setiausaha 'A Golden Moment With Hafiz' di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, di sini semalam.
Jelas jejaka berusia 24 tahun itu, berat badannya pernah mencecah 78 kilogram (kg) sebelum menyertai AF7 dan kini hanya 55kg.
"Berat badan saya jenis cepat naik tapi ia akan nampak di muka dulu. Jadi, kalau saya mula perasan muka saya macam kembang, saya tahu berat badan saya sudah naik," katanya ketawa.
Dalam pada itu, Hafiz turut menafikan mengamalkan ajaran ilmu hitam seperti menggunakan khidmat bomoh bertujuan untuk memenangi sesebuah acara atau menarik minat orang ramai.
"Saya tidak akan melakukan perkara sebegitu. Saya mencari rezeki untuk keluarga dan biarlah kejayaan yang datang diperolehi secara berkat," katanya.
Sementara itu, mengenai persembahan A Golden Moment With Hafiz, Hafiz telah berjaya menghiburkan seramai 400 orang tetamu selepas lima tahun bergelar penyanyi.
Dia menyampaikan empat buah lagu solo iaitu Awan Nano, All Of Me, Bahagiamu Deritaku dan dua lagu duet bersama penyanyi Adira iaitu Ombak Rindu serta Muara Hati.
Afdlin Shauki yang bertindak sebagai hos majlis berjaya menggamatkan dewan dengan lawak spontannya. - MalaysiaGazette





Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:26 PM | Show all posts
urine test ni... stop lam lima ke sepluh hari... clear dah... kecuali pengisap ganja tegar tetiap hari.. leh lam sampai tiga bulan..
nak bagi sahih... buat hair drug test... tu tahan 90 hari baru clear...
macam kes penyanyi jepun, nori-p... clear je urine... buat hair test baru kantoi kuda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:33 PM | Show all posts
usahkan org luar yg dengki dik hapiz oii...kat dlm thread ni pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:39 PM | Show all posts
kurus je isap dadah ek...dah tu aizat dr gumuks terus kurus..dadah gak ke keh keh



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:40 PM | Show all posts
kurus je isap dadah ek...dah tu aizat dr gumuks terus kurus..dadah gak ke keh keh



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 02:43 PM | Show all posts
makcik felda mana la tuduh dia ni. suara dia mmg best, tu la sebabnya dia laku.. kurus mesti sbb dia byk ke sane ke sini.. karier tgh up skang, takkan la dia bodoh sgt nk rosakkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:05 PM | Show all posts
digitizer posted on 23-4-2014 12:10 PM
Stendedlah kalau org swak je mula lah ckp ilmu hitam lah...typical cockroaches..kalau nk ilmu hitam  ...

Cockcroaches? Hehehe....i know wht u mean. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:15 PM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 23-4-2014 01:56 PM
Hahaha...sakit perut mokcik..tpkan mommy ni merata2 ada dia...kejap2 jd pakar rumah tangga..jap ja ...

kejap lepastu menyemak dkt CI, kena hamun dengan puak2 CI menangis2 lari balik bod gosip

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 03:37 PM | Show all posts
ARKIB : 13/03/2014

Hafiz AF7 semakin kurus

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my


HAFIZ dan Adira bakal bekerjasama menjayakan persembahan Minggu Setiausaha.

BANYAK perubahan dapat dilihat pada keadaan fizikal Hafiz sejak kebelakangan ini. Bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini misalnya telah memotong pendek rambutnya yang panjang dan kembang sejak tahun lalu.

Terbaharu, saiz badannya pula kelihatan susut. Dia nampak kurus dan sedikit cengkung sehingga ada yang mengatakan dia seperti sedang sakit. Sedangkan hakikatnya anak kelahiran Kuching, Sarawak ini semakin sihat dan ceria melalui kehidupannya.

Menurut Hafiz, dia sengaja menguruskan bentuk badan sehingga ia turun mendadak sejak kira-kira dua bulan kebelakangan ini. Ini kerana, dia mahu kelihatan lebih cantik dalam penampilan hasil dorongan kawan-kawannya.

Memang berat badan saya turun sekarang ini. Kalau dulu berat saya 65 kilogram tetapi sekarang ini berat saya adalah 57 kilogram. Semua ini saya lakukan kerana mahu kelihatan sihat dan ia bermula sejak dua bulan yang lepas.

Selain itu saya juga mahu kecilkan juga pada bahagian perut. Untuk itu, saya banyak bersukan dengan kawan-kawan bermain badminton dan futsal. Saya juga menjalani program untuk menguruskan badan secara intensif.

Buat masa ini saya menggunakan sebuah alat yang dikenali Insanity Extreme Cardio yang saya gunakan dalam lapan minit dalam sekali sesi penggunaannya sama ada sebelum tidur atau selepas bangun tidur.

Cara ini berkesan dan tidak memerlukan banyak masa untuk saya bersenam dan sekali gus menurunkan berat badan saya," katanya semasa ditemui pada sidang akhbar A Golden Moment With Hafiz di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu mengumumkan tentang persembahan Hafiz sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakannya bersama Adira di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini dari pukul 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

Jelas penyanyi Bahagiamu Deritaku, itu adalah persembahan pertama yang dijayakan sempena Minggu Setiausaha selepas menjadi penyanyi lima tahun lalu.

Menyanyi di pentas sebegini membuatkan saya agak gemuruh juga. Ini kerana corak persembahan pada Minggu Setiausaha agak berbeza bagi saya. Saya kena ada interaksi dengan para penonton dan mereka pula golongan setiausaha.

Apa pun saya akan cuba yang terbaik untuk persembahan ini. Mujurlah Adira turut sama menjayakan persembahan ini kerana ia sedikit sebanyak mampu memeriahkan lagi lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti.

Antaranya kami mungkin akan berduet dalam lagu bertajuk Ombak Rindu. Saya juga akan menyanyikan beberapa buah lagu wajib pada persembahan itu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku," ujarnya.

Sementara itu, Adira yang ditemui turut tidak menduga akan digandingkan bersama-sama Hafiz dalam persembahan itu kerana ia antara lain hasil permintaan daripada pihak penganjur iaitu Coop Matrade.

Persembahan yang akan dihoskan oleh Afdlin Shauki itu juga merupakan gandingan pertamanya bersama Hafiz pada persembahan sempena Minggu Setiausaha yang sejak menjadi penyanyi sepenuh masa.

Buat masa ini saya sedang mencari-cari lagu apakah yang sesuai untuk dipersembahkan pada persembahan itu. Apa yang pasti saya akan menyanyikan dua buah lagu solo dan dua buah lagu duet dengan Hafiz.

Cuma tajuknya akan saya putuskan kemudian. Saya memang terkejut apabila pihak penganjur mahu menggandingkan saya dengan Hafiz dalam persembahan ini. Saya tiada masalah kerana senang bekerja dengannya," katanya lagi.


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... z-AF7-semakin-kurus

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:39 PM | Show all posts
x perlulah kata mamat ni ambil dadah black magic bagai... dia berusaha untuk kejayaan sekarang kenapa nak dengki heran lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:46 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 23-4-2014 11:28 AM
mesti umah momi takde astrok kan

umah ai takde asterok tp kenal je hafiz supi ni sbb lagu dia selalu keluar hot fm..skang selalu keluar lagu dia dengan rossa tu...
hafiz ni suara dia tak berapa merdu di telinga iols..tp dia boleh maintain high note dan lontaran suara bagus..lagu pon dia selalu dpt lagu best2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:47 PM | Show all posts
skerinya muka adira dlm gambar tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077867 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list